Blogger Templates

Wednesday, 29 February 2012

Syaitan temberang, jerut perkahwinan dan pelaris kedai

Khamis (1.3.12), ada beberapa kes, antaranya wanita dtg bersama suami, ini kes ulangan, isterinya ada gangguan sejak hamil anak bungsu, ke 6. kena operate utk bersalin, lepas tu ada gangguan, sempat jugalah berdialog dgn syaitan tu yg mengaku datang dari Golok, Siam, dihantar oleh salah seorang ahli keluarganya sendiri, suami dia mengaku sebelum kahwin ada juga ahli keluarga sebelah isteri yg tidak suka. Syaitan itu tak akan bagi hidup keluaganya senang, nak musnahkannya. Sy kata kat syaitan tu, kamu bukan tuhan nak tentukan itu ini, kamu adalah makhluk yg lemah, dia cuba nak tumbuk sya berkali2, sy tahan, cubalah, tapi dia tak berani, sekadar acah2 tapi acah2 yg geram, sy memang dah standby kalau ada apa2 berlaku. Pesakit nampak lemah dan diberi munim air daun bidara, dia kata busuk dan pahit, itu tandanya syaitan masih ada, dia kata ada 50 syaitan dlm badan org ni, sy kata tak nak ambil tahu sebab kamu suka bohong, itu temberang kamu, sy terus ruqyah dan akhirnya pesakit sedar dan diberi lagi air daun bidara, setakat ni ok, bergantung pada pesakit sendiri utk istiqamah mengamalkan doa2 dan zikir2 tertentu sebagai benteng dirinya dari gangguan syaitan yg degil ini.
Kes seterusnya seorang wanita yg dikatakan disihir agar dia tak kahwin sampai bila2, masa dialog jin penyihir tu mengaku, namun spt biasa sy tidak pegang sepenuhnya apa yg dikatakan oleh makhluk2 ini, sebab dia suka memperdayakan manusia dgn penipuan yg sungguh licik. Ini juga kes ulangan, bapa dan mak dia datang bawa dia utuk sambung air penawar sebab kata mereka keadaan dia jauh lebih baik berbanding dulu, cuma air ruqyah dulu dah lama habis, sejak itu keadaan kurang stabil, lemah dan tak nak campur dgn kawan2. Setelah diruqyah dia menggigil dan sedikit menderam, juga sempat juga sy berdialog dgn makhluk jin tu, yg datang dari tokong Budha. Setelah itu pesakit pengsan/tidur, sy kata 5 minit lagi insyaAllah sedarlah dia.
Sementara tunggu pesakit tu sedar, saya melayan pesakit lain yg bawa banyak barangan tangkal dan azimat yg dikutip di kedainya (dia dpt dari beberapa org bomoh sebelum ni) utuk dimusnahkah/ditawarkan. Juga dibawa garam kasar, lada hitam dan air mineral utk rawatan di kedai dan rumah nanti. Dia cerita pasal saka keluarganya yg dulu ada menjamu makhluk tu dan juga kehadiran harimau putih (saka rimau) ke dalam rumah keluarganya, nampak lembaga, kelibat dsb. Katanya ini nenek atuk dia yg buat, kini mak dia sakit, suka marah2 dan baran dgn anak cucu. Dia sendiri belum ada anak dan peluangnya agak tipis kerana isterinya dah masuh 42 tahun kecuali dirawat betul2, insyaAllah. Adik perempuan yg datang bersama juga belum kahwin, usia dah lebih 40 th. Sy kata samada saka atau tidak, kalau ada kehadiran maklhluk2 tu perlu diselesaikan.

Pengajaran: Berhati2lah dgn penipuan syaitan yang amat licik, jangan sampai terperangkap, Begitu juga sentiasa memohon agar Allah selamatkan diri kita dari sebarang perbuatan khianat sihir sehingga sukar mendapat jodoh. Selain itu tangkal dan azimat untuk tujuan pelaris perniagaan sebenarnya mengundang lebih banyak masalah kepada manusia.

No comments:

Post a Comment