Semalam (31.1.12) spt dijanji, dtg pesakit dgn kakak dan abg ipar serta mak dan cucu2nya. Yg bermasalah abg iparnya, gatal2 seluruh badan setelah balik dari mandi2 laut di Teluk Batik, Lumut, dah 2 hari, check hospital, ambil darah xde apa. Setelah itu dirawat pula mak mertua dia, umur dah lebih 70th, nampak sihat berbanding dulu tapi masih sakit, dia terpaksa tinggalkan suami kerana mengamalkan perkara pelik, tak nak solat dsb. Suaminya ada simpan keris dan golok warisan dan mendakwa mengetahui apa yg org lain nak buat ke atasnya termasuk anaknya sendiri, dia pula hidup tak terurus, kotor, sampah berselerak dlm rumah khasnya tahi kucing yg banyak dibelanya. Dia tinggal sorang2, anak cucu tak suka dan dia sendiri tak berapa suka org lain ada bersama. Dilawati anak2 dua minggu sekali.Ok kembali kepada isterinya (nenek) yg dh diceraikan ini, setelah 2 minit diruqyah tiba2 menyentak, seolah2 ada benda mengejut keluar, sy merasakan ada sesuatu di luar rumah, meluru keluar lalu baca doa berkubu, ruqyah diterusnya, tiba2 datang suara beri amaran keras jangan kacau dan ganggu dia, dia suka org ni, dah lama dah ada sama dia. Oh, itu taktik lama, dia mengaku Islam tapi sy tak percaya, ada sebab2nya, sy dpati dia menipu, poin rusuk kanan bawah sy pegang dan mengena, bertempik kesakitan dan meracau2, sy tak peduli, sy beri amaran baliklah kpd tuan kamu, kamu ditipu dan buang masa, kalau tidak Allah akan seksa dan sakiti kamu kerana menzalimi manusia, dgn izin Allah kamu boleh musnah terbakar, dia berkeras, poin lain sy pegang dan dia macam menggelupur, akhirnya mengaku nak keluar, dgn izin Allah pesakit sedar dan berkali2 mengucapkan terima kasih pd sy, saya kata bersyukurlah kepada Allah kerana Dialah penyembuh sebenar, manusia hanya berikhtiar.
Peringatan: Berhati-hati dgn keris atau senjata yg dianggap ada kuasa sakti, apatah lagi sering dipuja dan diperasap utk dptkan hajat sesuatu. Apa yg dpt sebenarnya penderitaan, keluarga pecah belah, cerai berai dsb. Juga jangan kotorkan tempat tinggal kita kerana jin, syaitan dan iblis sukakan tempat2 kotor dan busuk. Namun bapanya (bekas suami wanita tadi) sengaja biarkan kotor, tambah lagi anaknya balik 2 minggu sekali utk mengemas, namun dia tidak berubah, percayakan keris dan benda 2 pelik dan warning anak2 jgn buat benda yg dia tak suka..iaitu cuba mengubati dia.

No comments:
Post a Comment