Blogger Templates

Sunday 26 February 2012

Kertas kerja lengkap dibentangkan pada International Conference on Humanities 2011

International Conference on Humanities 2011

AMALAN PENGUBATAN ALTERNATIF DAN KOMPLEMENTARI


DI MALAYSIA MASA KINI: SOROTAN CIRI-CIRI RAWATAN ISLAM
Dr Abdullah Yusof



Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Abstrak
Kertas kerja ini merupakan suatu sorotan ke atas amalan pengubatan alternatif dan komplementari di Malaysia masa kini. Amalan ini dipraktikkan oleh para pengamal bukan allopati yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, penggunaan kaedah dan bahan rawatan yang mempunyai persamaan dan perbezaan tertentu antara satu sama lain. Pada masa kini terdapat banyak persatuan, akademi atau pusat rawatan yang memberikan pelbagai khidmat rawatan baik yang berdaftar mahupun yang tidak berdaftar. Rawatan diberikan termasuk berkaitan dengan masalah atau penyakit fizikal, penyakit spiritual atau rohani serta kombinasi antara kedua-duanya. Kertas ini bukan bertujuan untuk menghukum atau mempertikaikan mana-mana kaedah rawatan dan jauh sekali dari memperlekehkan amalan oleh para pengamal tertentu. Apa yang ingin didedahkan ialah mengenai ciri-ciri sebenar rawatan Islam berdasarkan Tibb al-Nabawi yang bersumberkan al-Qur’an dan sunnah Nabi SAW. Justeru dalam perkembangan pengubatan tradisional di kalangan masyarakat Melayu-Islam terdapat usaha transformasi rawatan ke arah Islam dan diterima dengan pelbagai persepsi oleh masyarakat. Namun demikian masih terdapat sebilangan masyarakat Islam yang menerima apa saja kaedah rawatan atas nama ikhtiar meskipun ianya jelas bertentangan dengan syarak sehingga boleh membawa kepada syirik. Kertas ini berusaha untuk mengajak anggota masyarakat untuk mencari keredaan Allah SWT dalam menerima rawatan kerana Dialah penyembuh sebenar dan para pengamal merupakan manusia yang mempunyai kelemahan dan kekurangan tertentu. Turut disentuh dalam kertas ini ialah konsep rawatan Islam, ciri-ciri perawat yang sebenar, etika rawatan Islam, penggunaan ruqyah dan bahan rawatan yang dibenarkan. Semoga kertas ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai agar mereka tidak tersasar dalam usaha atau ikhtiar mencari kesembuhan sehingga terjebak dalam amalan syirik yang boleh menjauhkan kita dari rahmat Allah SWT.

No comments:

Post a Comment