Blogger Templates

Monday 21 May 2012

Janin 4 bulan mati, tak keluar

19.05.12 (Sabtu)

Kes2 hari ini tidaklah mencabar sangat, namun agak sulit dan rumit. Kes pertama ibu yg hamil 4 bulan dan anak dlm kandungan meninggal, namun dah seminggu tak keluar, do Hospital Serdang. Doktor kata dah ada tulang dan ini anak ke5. Sebelum tu keluar ketulan darah sahaja.
Kedua seorg isteri  mimpi beremuka dgn ular, digigit, sejak Mei tak boleh tidur sehinggal 2.30 pagi, kaki habis kena gigit, kesan kat kedua2 peha, sedar bersih dgn air garam, lepas tu hilang, nak tidur balik perasaan ada benda kat luar sliding door tapi benda tu tak dpt masuk bilik. Juga ular hadap muka dia, dibaca yasin, ular tu pecah, lalu kedua2 pehanya merah. Juga mimpi gunung ganang, masuk bukit, tunggu kat bus stop, ular masa tu nak berdiri lalu diketuknya kepala ular, bas sampai dia naik. Kemudian mimpi jumpa org jawa, menjerit dan buka silat, lalu dia terajang kaki org itu.
Kes lain prpm kerja KLC C , masalah dgn suami dia yang tak nak bayar hutang RM250K, dulu tak boleh tidur langsung, skrg dah boleh tapi belum sempurna, kerja dah ok, sy beri nasihat perundangan agar dia dpt selesaikan masalah dgn suami.
Seterusnya pesakit dari Muar, prpm 65 th, gangguan masa tidur, terkejut, tarik2, badan lemah, letih, kaki berdenyut2, tak selesa. Juga kanak2 usia 4 th, selalu demam, tonsil selalu bengkak, selalu masuk dan keluar wad. Kemudian kes pening kepala, hari2 sakit, meta jadi kelabu.
Kes berikut seorg doktor pakar, usia 33 th, ada ketumbuhan (tumor ) di ovari, dah buat kemo, kini dia disahkan paru2 berair, kuman berebak ke paru2. Dia pakar radiologi dan pensyarah perubatan di sebuah hospital terkemuka di KL. Adik dia juga seorang doktor, belum dpt jodoh.
Berikut kes prpm 31 th, ketumbuhanm (cyst) belakang rahim sebelah kanan berukuran 3 cm. Doktor lain pulak kata tak ada apa-apa, sekarang ada bengkak dan doktor cadang operate pada 11.6.12 nanti.
Seterusnya budak prpm 3 th, anak sulung tunggal, tidur menangis, asyik berang, selalu tendang, ludah, mengamuk dll, dah 3 minggu macam ni. Bapanya juga ada sakit kaki sebelah kiri dan sakit belakang.

Malam pula ingat nak tengok final FA (Kelantan vs Sime Darby) namun dtg mengejut beberapa pesakit, pesakit lama, diruqyah tubuh dia bergoyang tapi dah byk ok berbanding dulu. Suami dia juga sakit belakang dan pinggang.

Kehidupan Makhluk Halus

17.05.12 (Khamis)

Pagi, ada pesakit kes ulangan, sejak 23 hari lepas tak boleh tidur mlm, pedih ulu hati, muntah2, kalau tidur setiap jam terkejut.

Petang dan malam sy curi masa utk rehat sikit, buat kajian ttg kehidupan makhluk halus, sifat, gelagat, aktiiviti dan tipuhelah makhluk halus, khasnya jin, syaitan , bunian dan makhluk yg mendakwa berasal dari ruh2 si mati. Adalah tidak sesuai utk diceritakan di sini sebab boleh mengundang pelbagai persepsi negatif, selain positif.

Trama akibat diliwat

16.05.12 (Rabu)

Masalah pelajar lelaki, 16 th, lari dari sekolah pondok kat Kuala Ketil, ikut kawan. Dia masa usia 3 th, pernah dioperate, sambung urat perut yg diambil entah dari mana, sejak itu selalu sakit, degil, keras hati dan tak dengar kata. Masa tngkatan 1 ada org buat tak senonoh kat dia, liwat dia masa tidur, hingga jadi fobia dan trauma. Setelah lari dari sekolah, nenek dia dan mak saudara ambil dia di Manjoi, dia tak balik rumah mak dia, kini di bawah jagaan nenek dan mak saudara dia , akan disekolahkan di sekolah agama kat sini, moga dia berubah. Masa di sekolah pondok dia tak minat langsung, tapi ibubapa suruh dia belajar situ, dia memberontak, solat pun malas, asyik nak berkawan.

Pesakit berikut, pesakit ulangan yg dah lama, bertahun tak dtg, kini dtg kerana ada sikit2 sakit lama berulang, dia dtg dgn suami dan anak.

Pinggang ke bawah tak boleh sentuh

14.05.12 (Isnin)

Pesakit ulangan, dulu tak oleh berjalan, kini dah boleh namun kena papah, ada gatal2 badan, berpindah2 tempat, bisa2 dari lutut ke bawah, anak dia juga gatal2, lebam2 macam kena cubit, suaminya, pemandu teksi namun selalu gayat masa pandu teksi takut2, berdebar dan rasa risau kalau melalui jln2 yg tinggi dsb. Anak dia yg lain, prpm, 17th, sekolah agama, ditimpa was2, kalau ambil wuduk berkali2, solat tak pernah khusyuk, selalu dibisikkan bahawa yg dibuat tu tak sah, so, kena ulangi berkali2, masalah ini sejak tahun lepas. Kemudian anak lelaki , 15 th, dan adiknya 7 th, asyik demam tak sembuh2.

Pesakit kanak2 lelaki 9 th, anak kenalan satu taman, masalah kaki, rasa pedih dan nyilu, sejak jumaat lepas, susah nak berjalan sebab dari pinggang ke bawah sakit menyucuk2, bisa sampai tak boleh sentuh langsung.

Wednesday 16 May 2012

Alam Misteri

Banyak kes2 yg dianggap misteri atau ghaib yg dilaporkan baik secara lisan mahupun menerusi media. Sebahagian org mempercayainya dan sebhg org mengatakan karut, mustahil, tahyul dan khurafat. Bukan mudah utk memahami hal ini jika tidak memiliki ilmu atau pengetahuan berkaitan. Umum mengetahui makhluk berakal yang dijadikan oleh Allah selain manusia ialah golongan jin. Kedua2 golongan ini adalah makhluk yg berakal, ada kehidupan, ada nafsu, keinginan berkeluarga, makan minum, bekerja dsb. Mereka berkongsi bumi ini, iaitu ruang  yg sama dgn manusia, kecuali alam berlainan. Antara perbezaan besar antara dua golongan ini ialah manusia tidak nampak mereka sedangkan mereka boleh melihat manusia. Hal ini jelas disebut dalam al-Qur'an. Menafikan kewujudan mereka dan menidakkan campurtangan mereka dlm kehidupan manusia adalah satu kesilapan dan kejahilan. Mereka umpama CCTV yg boleh memerhati setiap aktiviti manusia di mana-mana juga, bila-bila masa, selain mereka juga diberikan keupayaan tertentu yg tidak dimiliki oleh manusia biasa. Semua ini bagaimanapun dgn kehendak dan izin Allah. Surah al-Baqarah (surah 2; ayat 3) sendiri menegaskan kita wajib beriman (percaya) dgn perkara2 ghaib.  

Tuesday 15 May 2012

Hantu Kubur Suka Seluar Putih

13.05.13 ( Ahad Mlm)

Siang tadi ada pesakit call nak dtg berbekam, sy kata nantilah ada masa sesuai sy beritahu, sebab berbekam ni ada masa2 dan tarikh2 yg sesuai berbekam, tidak elok dibuat sesuka hati, lagipun kalau buat bekam, tidak boleh bercampur dgn pesakit2 lain. Maka waktu siang adalah pilhan.

Pesakit prpm, 30 th, mimpi hantu, tak boleh tidur, slps balik kerja melalui kaws kubur yg agak sunyi, dkt maghrib, naik motor pakai seluar putih, sedangkan selama ni tak pakai seluar warna putih, sampai rumah sangkut seluar tu kat pintu, mlm mimpi nampak hantu, celik mata nampak hantu kat seluar, seluar macam hantu, bnngun ambil seluar dan campak , sejak tu dia tak boleh tidur dlm gelap. Sejak Februari lepas inilah dia selalu mimpi nampak muka hantu, kejar dia, kemudian rasa ada tangan hantu kedua2 belah letak atas bahu dia.

Berikut pesakit prpm, 61 th, dari Kg Telosan Pasir Putih, dtg tumpang rumah anak, sakit lutut, pinggang, tak blh tidur, sakit2 sendi, teruk dari pinggang ke bawah, dah 1 bulan, pernah pergi mengurut namun tetap sakit. Juga suami pesakit ini yg tak lalu makan.

Seterusnya Prpm, 38 th, dari Jln Ipoh, sakit jari kaki kanan no. 2, nai ke atas sakit, ke pinggang, belakang, panas dan sakit kepala, ini dah 1 minggu, tersepak sesuatuk masa nak keluar rumah, sakit berdenyut2, macam kena pisau, ditoreh2, hairannya tak bengkak atau berdarah, tapi sakit giler, suami baru dia juga tak sedap badan.

KONGRES PENGUBATAN ISLAM NUSANTARA

13.05.12 (Ahad)
Ada program di sebuah masjid sebelah pagi, namun sy tak dapat hadir kerana ada meeting di tempat lain dan ada juga pagi ni hari keluarga jabatan, juga tak dpt hadir, dah beritahu P.A. Meeting ini sy terpaksa hadirlah kerana sy akan mempengerusikannya, selaku pengarah Kongres Pengubatan Islam Nusantara yg akan berlangsung pada 1-2 Disember 2012. Meeting ini juga diisi dgn bengkel dan didapati hasilnya amat baik dan berkesan, para ajk nampak bertambah semangat, tak sabar2, cuma yg belum confirm sekarang ialah tarikh yg dicadangkan krn sy kena jumpa TGUH dulu utk dptkan endorsement, sedangkan TGUH sejak pulang dari San Francisco petang semalam (setelah 42 hari di sana) masih perlu berehat beberapa hari lagi. Sy minta menantunya memanjangkan hasrat ini, insyaAllah perkara ini akn selesai secepat mungkin. Tujuan sy cerita ini supaya para pelawat blog ini yg berminat bolehlah menyertainya baik sebagai peserta mahupun sbg pembentang. Sy menjangkakan berpuluh2 kertas kerja akan dibentangkan meliputi pelbagai sub-topik berkaitan pengubatan Islam.
Nak tahu lanjut pasal kongres, klik tajuk AKTIVITI.

Daun Sireh dan VCO

12.05.12 (Ahad mlm)

Sepupu jiran sy, ada masalah payudra semakin mengecil, dah dtg beberapa hari lepas, kali ni dtg bawa beberapa helai sireh dan minyak VCO. Utk merawat masalah n,i sy gunakan kombinasi kaedah tradisional dgn ruqyah syar`iyyah. Daun sireh dan VCO akan didoakan dahulu termasuklah air, pesakit cuma kena panaskan @ layur daun sireh  ( yg telah disapu minyak VCO @ boleh juga guna minyak zaitun), setelah itu tekapkan permukaan atas daun sireh ke payudara kedua2 belah yg diserta doa2 tertentu, sehinggalah daun2 tersebut sejuk, kemudian ulangi sampai 3 kali. Kaedah ini perlu dibuat 3 hari berturut.  Biasanya VCO ni sy buat sendiri utk diberikan kpd pesakit2 berkaitan, namun sejak beberapa bulan kebelakangan tidaklah sempat sy membuatnya, bukan saja ia kerja rumit namun kadang2 tidak menjadi kerana kelapa tidak berapa elok, maka sy syorkan pesakit pergilah ke farmasi utk beli minyak VCO ini.

Seterusnya pesakit prpm, kes ulangan, kali ini bawa suami, dulu dia ada masalah keluarga dgn suaminya , 38 th, yg bermain kayu tiga, tak pedulikannya, ikut prpm lain, tak nak balik rumah dsb. Sy nampak pasangan suami isteri agak ceria, bahagia dan tiada tanda2 wujud pertelagahan. Isteri dia kata, sejak berubat beberapa bulan lps, kini suaminya dah pulih, dah dpt hidup bersama dan sudah meninggalkan prpm org ketiga tu. Dia nak sambung air dan minta doakan agar suaminya tak mengulangi tabiat buruk dulu. Ini kali pertama saya jumpa suaminya, sebelum ni isterinya dtg dgn anak atau kawannya.

Pesakit lain, bapa serg kenalan, bekas pelajar perubatan Islam, namun belum merawat, mungkin krn kurang yakin, belum bersedia dsb. Dia kata sakit ini akan bermula sepelas jam 10 pagi, lps tu akan sakit2 sampai ke malam. Tidur juga didatangi macam2 benda, mimpi berserabut dsb, adakalanya tidur terkejut2, sedar, lps tu rasa macam lembek.

Slps itu ada dua beranak, kes ulangan , manakala anaknya pula, prpm 18 th, asyik tersengih2, tak bercakap dan nampak malu2. Dia dikatakan akan makan seolah2 tak kenyang2, kalau makan seolah2 makanan itu tersangkut dan tidak jatuh ke perut.

Sunday 13 May 2012

Memonyok utk kumpul tenaga

12/05/12 (sabtu)

Hari ni sy tak dpt bertugas sepertimana biasa di DS Bangi kerana ada Hari Kelurga MASWAPEM di Tmn Tasik Dato' Keramat. Setiap tahun kami ahli2 keluarga akan berkumpul  beberapa kali utk berbagai2 acara demi meningkatkan silaturrahim. Bilangan ahli keluarga setakat th 2011 adalah seramai 3870 org, dan bilangan ni dah dijangka melebi 4 ribu th ni sebab ada ramai kelahiran tahun ini dan banyak perkahwinan dilangsungkan setiap tahun.  Kami bertuah dilahirkan dlm keluarga besar dan berjaya pula menyediakan data base ahli yg lengkap. Ni bukan nak cerita pasa acara hari keluarga , tapi pasal benda lain.

Acara tahun ini, sy bagi peluang pada anak2 ambil bahagian, acara dewasa juga isteri turut serta, sy hanya memerhati dan mengambil peluang bersembang dgn ahli2 dewasa, tak byk aktif macam th2 terdahulu. Rehat memang rehatlah, tapi dah jadi rutin bg sy, kalau tak merawat barang sehari jadi letih, lesu, apatah lagi hari sabtu ada beberapa pesakit kronik nak jumpa sy hari ini, kes susulan, namun tak dpt penuhi kecuali mlm nanti.  Sy cuba buat monyok atau memonyokkan diri kerana itu adalah satu cara utk menjimatkan tenaga dan mengumpulkan kekuatan dalaman bagi digunakan kemudian nanti. Ada beberapa org tegur sy, kenapa ni tak masuk acara,, sakitkah, tak nak join acara kah? ...Sy cuma jawab...tiada org yg tak sakit, kita kena mengaku, apatah lagi kalau kita terlibat mengubati org. Kita ini manusia biasa, bukankah sakit itu adalah ujian Allah. Ramai yg tak faham ttg hal ini, semakin ramai kita merawat org, semakin banyak potensi kita mendapat sakit, bukan saja penyakit fizikal, malahan spritual. Selain kawan dan kenalan yg ramai kita perolehi, juga semakin ramai musuh kita kumpulkan. Musuh ini bukan saja dari kalangan manusia (bomoh. dukun, pawang dsb), bahkan bukan manusia. Sy mengaku isteri sendiri tidaklah memahami sepenuhnya hal ini, sedangkan dia menyaksi sendiri sy mengubati beribu2 org. Dia berkata seakan berbisik: mengubat org,  tapi diri sendiri pun sakit. Sy hanya diam... moga suatu hari dia memahami. Dlm hati sy kata, Nabi saw sendiri sakit, para sahabat sakit, ahli keluarga Nabi saw sendiri sakit, tapi sy diam saja, moga satu hari nanti dia faham . TGUH sendiri sakit, petang ni beliau sekeluarga sampai dari San Fransisco, setelah mendapat rawatan di sana selam 42 hari. TGUH sendiri telah merawat lebih suku juta pesakit (ikut anggaran sy), jadi kalau sekali sekala diri sendri sakit, perkara biasalah. Sy yg cuma merawat baru beberapa ribu pesakit ini pun, biasalah kalau sekali sekala agak letih dan kurang bermaya, namun kalau berdepan dgn pesakit, sy rasa keletihan itu terbang melayang.

Memang sy cuba nak nampakkan diri letih, monyok, tak nak banyak bergerak sana sini, duduk diam, makan-makan, minum, dan melayan org2 yg tegur sy, itu saja. Kalau masuk bidang ini ada beberapa pantang atau perkara yg dulunya kita selalu buat, namun kini kena membataskan  diri atau berhati-hati, antaranya makan minum di tempat2 awam (yg ramai org mengenali kita, kecuali majlis kahwin, keagamaan atau kematian), atau kerap ke pasar, supermarket dsb, bukan tak boleh tapi kena bataskan. kenapa?. Memang sukar nak jelaskan di sini. Samada org yg dekat dgn kita faham atau tidak, bukan perkara penting lagi...cuma kena berhati-hati. Sy perlukan persiapan mental dan fizikal yg cukup utk menghadapi situasi yg sukar dijangka malam nanti.

Meeting AJK2 DS Seluruh malaysia

11.05.12 (Jumaat)

Mlm, beberapa temujanji terpaksa dipostpone sebab ada meeting bersama AJK DS Negeri2 seluruh  Malaysia. So, rehat sikit mlm ni.

Wednesday 9 May 2012

Duit Tukaran Jadi Panas

10.05.12 ( Khamis)
Sy merasakan ada sesuatu yg tak kena hari ni. Pesakit satu keluarga dari Alam Damai dtg utk sambung air, menceritakan sejak rawat rumah tempuh hari, byk dak ok, tak ada lagi mimpi2 ngeri, kelibat, bunyi, bau dsb. Kali ini antaranya anak mereka, prpm, 20 th, ada masalah resdung dan bersih tidak pututs malam dan pagi, maih belajar di UiTM. Sy test dulu samada ada resdung atau tidak dgn menggunakan kaedah bekam resdung iaitu pakai lilin. Setelah confirm ada resdung, berdasarkan benda warna hijau keluar setelah disedut dgn bekam lilin, juga bapanya telah diuji, juga ada resdung. Anak mereka yg satu lagi, prpm, 23 th, kerap mimpi ulat kecik2 dlm bilik air, juga mimpi rambut putus, bila toleh ada nampak kelibat. Seterusnya mak mereka, 49 th, kaki kebas sebelah kiri, bisa. Pernah operate di Columbia Asia, kerana ada ulser urat, urat besar dah pun dibuang, ini dah 3 th, namun sakit masih ada, macam bisa. doktor pula kata tak ada apa-apa. Slps ruqyah sy minta dia jaga pantang makanan2 tertentu.

Seterusnya pesakit prpm, 40 th, ada masalah keluarga dan berniaga, suami dia ada affair dgn prpm Indon, janda beranak 5, sakit , panas dan bisa, setiap malam kena letak air batu kat kepala baru boleh tidur, kini dia hamil 5 bulan, anak ke 6. Suami pula asyik berkepit dgn prpm Indon, habis kerja ke rumah prpm tu, sampai tak balik rumah sendiri, panas katanya, suami dia asyik nak marah, dia tolong bayar sewa rumah Indon tu dan bagi belanja, bayar semua bil, dsb, semua duit gaji diberi pada prpm itu, hubungan ini dah berjalan 4 th. Bagaimanapun suami dia kedekut dgn anak2 sendiri, tiadak diberinya belanja dan keperluan lain. Prpm yg dtg ni mengadu pernah nampak lembaga hitam kat pintu rumah, Dia yg berniaga kata jualan juga terjejas, sejak ada peniaga lain kat situ dtg tukar cuit kecil dgn dia, disentuhnya duit itu terasa panas, sejak itu urusan berniaganya bermasalah, sampai pelanggan tak nampak gerai dia, seolah2 tak berniaga. Ini mungkin salah satu bentuk sihir kerana dengki dsb, gerak hati sy mengatakan demikian, namun sy tak mengatakan demikian kpd pesakit ini.

Pesakit lain, dtg dgn suami dan anak-anak. Dia cerita masa sy rawat rumah dia sblm ni, anak sulungnya, lelaki, tak percaya dia sakit, seolah2 dibuat2, namun semasa sy rawat mak dia, berkebetulan rawat rumah sekali, baru dia percaya mak dia kena gangguan, merasuk dan meracau2. Dia cerita kalau mandi masa maghrib rasa panas, berpijar dan berpeluh2. Masa sy ruqyah, sy rasa amat mengantuk, namun sy teruskan, akhirnya dia menderam dan tak sedar, sy biarkan beberapa ketika, lps tu ok. Suami dia nampaknya ada tempias juga, sy suruh minum air ruqyah utk satu keluarga.

Usia 4 hari nangis terusan

09.05.12 (Rabu)

Lps subuh, ruqyah pada air, mak dia bawa utk anak dia, pesakit prpm, seorg akauntan. Masalah dia asyik tukar kerja,  bos2 dan staf2 lain jadi tak suka dia, jadi mintalah didoakan agar dia disukai dan disenangi oleh bos, jangan sampai dibuang atau berhenti kerja dan kena cari kerja lain pula. Lps tu ada beberapa appointment lagi dgn pesakit utk  malam nanti. Spt dimaklumkan, pesakit ini dtg memberitahu dia tak boleh berdepan dgn partner (rakan kongsi bisnes) dia di pejabat atau di mana-mana, dia akan sendawa dan tak sedap badan, juga utk meeting atau bincang pasal bisnes maka akan ada simptom tersebut, partner dia pula tak ada apa-apa macam dia, namun dia adakalanya marah2, silap sikit marah tak tentu pasal. Kalau pakai intercom utk cakap dgn partner dia, dari bilik lain2, juga jadi macam tu. Jika berada di luarpejabat juga semua ok. Masa sy rawat dia, seolah2 ada benda mencekik lehernya, menghimpit dadanya, setelah itu muntah dan ok.  Dia juga memberitahu adik ipar dia baru bersalin, sabtu lepas, so dah 4 hari, menangis tak henti2, sampai kebiruan, menakutkan, nenek dia pula panik sampai pengsan (masa dia dtg tadi mak dia masih pengsan), dia menagis terus menerus, bapa dia pula sambil lewa, nantilah jam 4 pagi nanti pergi klinik. Dia minta sy ke rumah adik iparnya, tengok baby tu, sy kata sy ada temujanji dgn pesakit mlm ni. Mlm ni juga sy terima sy dari seorg bapa, anaknya masa dlm kelas pagi tadi, terketar2 dan menggigil tangan, disyakki kena gangguan, lalu di bawa ke Hospital Serdang, kini masih tak sedar, pengsan, nak kata sawan, biasanya 3-4 jam dah sedar, ni dah jam 10.00 mlm lebih, ertinya sejak 8.00 pagi,  dah dekat 14 jam belum sedar, sy kata nantilah kalau dia sedar dan boleh balik rumah, blhlah dtg bawa kemari, kalau besok belum sedar, kalau perlu, blh call sy, nanti sy ke sana. Pesakit lain pula beritahu tak jadi dtg mlm ni sebab suami dia tiba2 ada hal lain.

Lelaki Berpayudara

Kes ni berlaku 2 minggu lps, sabtu di DS. Pesakit ni dulunya lelaki, buat operation, skrg jadi prpm, hakikat masa lahir memanglah lelaki. Rawatan tepuk buang santau atau keracunan di DS , kalau prpm hendaklah dilakukan oleh perawat prpm, kalau lelaki oleh perawat lelakilah, dan ini dilakukan sejak dulupun. Masalah timbul bila pesakit ni, dia macam prpm, ada payudara, tapi yg di bawah masih lelaki. Satu kali pernah perawat prpm lah yg tepuk. Rawatan ni pesakit kena buka baju, Mana ada perawat lelaki yg sanggup, timbul fitnah pulak. Ini kes ulangan, dia sendiri malu kalau perawat lelaki tepuk, sebab ada payudara, nak suruh prpm tepuk, dia hakikatnya lelaki. So, senang cerita, buatlah rawatan biasa, tak payah tepuk, mudah2an Allah berikan kesembuhan, kaedah atau cara hanyalah teknik, tak semestinya pesakit santau kena tepuk, rawatan biasa pun boleh keluar mcam2, kaca, habuk, pasir, tanah kubur, dawai, paku, rambut, miang rebung , serangga dsb dgn izin Allah. Pesakit ini memang dah bertaubat, cuma nak kembali jadi lelaki susah sikit, hormon, psikologi, emosi dan fizikal dah berubah, nak tukar balik bukan saja kosnya berganda, bahkan risikonya amat tinggi. So, ini satu pengajaran.

Tuesday 8 May 2012

Tua Semakin Muda.

08.05.12 (Rabu)

Sy ada terima sms tapi tak tahu dari siapa, mengucapkan terima kasih kerana membantu keluarganya. Sy tak simpan no. tu, kalau pesakit yg bagi sy ada simpan, dh beribu2, dlm 2 sim dan dlm phone. Sy bls sms, rupanya pesakit yg dtg bawa keluarga smlm, dia kata keluarganya dah sihat, termasuk 2 org anaknya yg amat hyperaktive tu. Sy kata okeylah, itu kehendak Allah sebab Dia penyembuh sebenar.

Mlm, ada byk kes, 7 keluarga confirm nak dtg mlm. Pertama prpm yg dtg minggu lps beritahu anak dia yg takutkan cikgu sampai tak nakpergi sekolah, kini dah baik, bahkan berkawan pulak dgn cikgu, cuma suami dia ada mimpi maknya dtg dgn wajah tua, makin lama makin muda dan dia perasan itu bukan mak mertua dia, lalu disentak tangan kenalah muka isterinya ini,. dtg ni nak sambung air sebab solatnya juga diganggu selain tak tahan dengar locing dari rumah India depan rumah dia, tiap2 petang menjelang maghrib. Kawan dia pula, 47 th, dulu ada kanser payudara, dah operate okt 2011, dah buat kemoterapi pun, 6 sesi kini sdg tunggu radioterapi utk 10 sesi, doktor dah remove ketulan 1.5 cm, stage 2, payudara kanan. Ujian mamogram utk sebelah kiri akan menyusul krn bimbang mereka pula ke situ.  Kawan dia sorang lagi, 45 th, mengadu masa solat badan dia rasa goyang, khayal, takut2, nak jatuh, selalunya lepas sar kaki mula rasa seram sejuk.

Lepas tu, prpm, dibawa anak dan menantunya, 52 th, sejak operation buang cyst kat overy, remove semua, dia tak boleh tidur sampai la nih. Operation 27.4.12 (dah 12 hari), selera tiada juga tak tenteram, berdebar2. Menantunya pula mengadu hilang kunci kereta tiba2, lepas tu kunci motor, yg hairan kunci2 tu diikat pada segugus kunci yg banyak2, tapi yg hilang yg tu, lain2 tidak,  lepas kunci kereta, kunci motor. Entah kenapa sy tanya, baru naik pangkat ke?, dia jawab ya, dan tukar tempat kerja, tapi dlm bidang sama. Sy hanya tanya dan tak ulas apa-apa kat dia, hanya ruqyah.

Setelah itu, guru tadika, 30 th, yg dapati budak2 di tadika dia asyik menangis sejak bakas suaminya dtg menjenguk anaknya yg ditempatkan di situ. Dia tinggal di tadika tu bersama guru lain dan anak2nya dgn bekas suaminya yg tadi tu. Menurutnya, bekas suami ada mengamalkan benda pelik dan suaminya pernah kata selepas cerai talak 3, nak hancurkan tadika tu, nak buat kacau, biar tak boleh beroperasi. Anaknya yg diganggu, berusia 1 th, 9 bulan turut dibawa. dia juga kata ada nampak lembaga macam suami dia di katil, tempat tidur, mlm2, lepas tu berlalu pergi tanpa kata apa-apa.

Kemudian, pesakit ulangan yg sendawa tak henti2, lps tu, pesakit prpm, dia juga ada masalah jantung, kali ni mengadu, pagi tadi tidur dan mimpi tangan keluar dari perutnya lalu memulas tangannya sehingga tak berjaya dilepaskan, bawa Allah akbar juga tak boleh, tak terkeluar, lama juga dipulas tangannya sampai renyok, akhirnya sedar. Suami dia pula nampak pening dan mencengkam kepala masa sy ruqyah isterinya itu. Minta dia relaks dan boleh dtg lain kali sebab dah lewat, tengah mlm dh.

Pesakit akhir, tadi suami dia call, dia kata bekas pelajar sy, pelajar sarjana, dia sebut nama, sy kurang cam sebab ada beberapa nama mcm dia, akhirnya sy perasaan, dia pelajar M.A sy dulu, kini guru sekoah di Gombak. Masalah ialah isteri dia, lps berada di rumah abang ipar dia 3 hari lepas, kakak dia merasuk, lalu berjangkit kat dia, kemudian anak saudara dia, yakni ketiga2 beradik kena berturut2, berantai2. Masa tu  dipanggil seorg perawat, dia sebut nama sy kenal, kwn sy jugak di DS. Perawat tu kata kena pergi ke DS sabtu nanti, buat rawatan tepuk dgn ustazah. Nak tunggu sabtu lambat lagi sedangkan badan dia dah lemah, sakit2, tulang rusuk menyucuk2, pedih mcm kena hiris, senak ulu hati, sakit ni sejak 11.4.12 lagi, suami dia call sy, ingat hampir 10 th tak jumpa, tak tanya dari mana dia dpt no. . Dulu th 2010 dia ada kanser payudara, lumb tu dah dibuang, dh buat kemoterapi 6 sesi dan radioterapi 20 kali, masih makan ubat. Masa ruqyah sy dapati hanya 1 poin di belakang yg bermasalah, tulang belakang bwh, selain badan msaih lemah2. Sy kata lps rawat masalah mcm ni biasalah lemah, 3 hari biasanya dah ok. Pasal perawat tu yg suruh pergi tepuk dgn daun nangka, sy kurang setuju sebab dia tak ada tanda2 batuk berterusan, keluar darah atau simptom lain terkena racun atau santau, so, ini bukan kes santau dan bukan juga kes sihir. Sy cadangkan cukup dgn rawatn biasa, gangguan warisan.Suami dia juga mengaku, arwah bapa saudaranya seorg bomoh kat kampung.

Thalasemia Trait


Tadi sy terima emel bertanyakan ttg thalasemia trait dari seorg ibu, lalu sy jawab secara ringkas spt berikut: 
 
Salam,
Sy sekadar nak tanya adakah puan ahli Darussyifa'?. Sebelum mencadangkan apa-apa sy nak tahu adakah puan termasuk dlm jenis talasemia alpha, delta ataupun gama.Juga diklasfikasikan  sbg minor atau major. Talasemia terjadi apabila tubuh tidak boleh menghasilkan hemoglobin yg mencukupi utk membentuk sel darah merah yg mengangkut oksigen dari paru-paru ke selurh tisu2 tubuh. Pembawa (Dikatakan juga talasemia minor) biasanya tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan, hanya boleh menurunkan gen talasemia yg mempunyai kecacatan kpd anak-anak. Talasemia major pula berkaitan genetik, mempunyai baka talesemia sepenuhnya dan menunjukkan simptom talasemia. Ringkasnya kita memerlukan hemoglobin yg baik utk membentuk sel darah merah yg baik tanpa kecacatan. Doktor di hospital akan melakukan transfusi darah penderma 2 minggu atau sebulan sekali dan ini cuma menambahkan darah, bukan sebenar2 terapi penyembuhan, sehingga menyebabkan pengumpula zat besi yg berlebihan dan membahayakan organ2 penting  badan. .Dlm rawatan kaedah Darussyifa' meminum air yg mencukupi adalah disyorkan di samping mengambil habbatussawda',  madu dan minyak zaitun sebagai agen pengimbangi sistem2 dlm badan manusia. Pengambilan air zamzam yg konsisten di samping doa2 penyembuhan yg diajar di DS dapat membantu insyAllah puan akan mencapai bacaan Hb yg normal.

t.kasih
AY (2498)

Monday 7 May 2012

Disambut 30 Bidadari

06.05.12 (Ahad)

Pesakit prpm dari Putrajaya, sakit kepala dah berkurang setelah dirawat dulu, namun kalau puasa (ganti) terus sakit, sejak hari pertama, dia dtg ni nak sambung air sebab dia ni ada masalah gangguan.

Pesakit seterusnya yg pernah dtg 2 hari lepas bawa emaknya yg tak boleh berjalan dna berkerusi roda. Masuk saja dlm rumah dia tak putus2 ucapkan terima ksih sebab emaknya kini dah boleh berjalan. Lepas balik malam tu emak dia tidur, terjaga jam 5 pagi, terus bangun dan berjalan. sy kata bersukurlah kpd Allah sebab dialah penyembuh sebenar. Meskipun demikian, jgnlah cepat leka, air yg ada tu kena terus minum dan sapu dan amalkan bacaan tertentu yg disuruh sebalum dan selepas tidur. Kali ni bawa anaknya pula, prpm, 32 th, dia rasa kebas, tak boleh angkat tangan, sebelah kanan, bahu sampai ke kaki, tidur pula terkejut2, perasan ada org ketuk pintu rumah, sakit ini semakin kuat dekat nak maghrib, sampai kepala sakit dan pening2, ini dah 1 bulan. Sejak 1 bulan lepas dia mengaku tak ada nafsu langsung terhadap suaminya. Dia ni dtg pakai baju lengan separuh, sedangkan masalah dia banyak ada kat lengan, dari pangkal bahu hingga hujung kaki, so rawatan agak sulit sebab ada poin2 tertentu kena sentuh, dan sentuh ni pun kena berlapik, maka terpaksalah ubahsuai sikit kaedah. Selepas itu mak dia mengadu pasal motor suaminya hilang, 2 hari lepas, minta diusahakan agar ditemui atau dikembalikan ke tempatnya. Sy kata kes ni dah lebih 24 agak sukar sikit, namun demikian akan diusahakan, kalau ada rezeki dan diizinkan Allah, adalah dpt kembali. Selain itu keluarga di atas bawa beberapa org lagi yg sakit macam2, ada yg asyik menangis, sdelalu jatuh2, dll.

Pesakit ini seorg  cikgu, pesakit lama yg masih ada gangguan, sy ambil masa sikit nak dptkan info terbaharu, MH dlm badan dia dah lama kenal sy namun tidaklah kami bersahabat, tak boleh bersahabat dgn makhluk2 ni, tak ada sebab dan alasan pun. dia tak mencurigai bila sy ruqyah dan menyakitkan dia, dia kata biasalah, dia nak protect org ini, ni dah tugas dia. Pagi tadi sy ada program kat sebuah masjid, pesakit ini juga ada kat situ. MH halus ni cerita dia nampak sy kat situ tadi, juga ada kira2 30 bidadari yg sambut pesakit ini. Semua bidadari ini adalah asalnya jin2 yg pernah sy Islamkan. Sy sebut beberapa nama jin Islam yg sy ingat, termasuk yg paling cantik di situ. MH ni kenal semua mereka. Sebab semua MH tu pernah masuk dlm badan pesakit ini sebelum diIslamkan. Dia kini adalah yg terakhir dan satu2nya yg masih ada dlm badan pesakit ini dan makhluk jenis ni dikatakan tak mungkin diIslamkan. Bila sy kata bhw di sisi Allah tiada yg mustahil, dia kata tengoklah, kalau tuhan menghendaki begitu, dia akan masuk Islam. Di tempat kerja pesakit ini, dia berdepan dgn ujian yg agak besar iaitu dari jin2 yg didatangkan dari Indon beratus bahkan beribu, di segenap penjuru dan ruang kecuali ada beberapa lokasi. Byk info ttg seorg pengamal ilmu hitam dan situasi yg berlaku sekarang namun sy tak nak ceritakan di sini, biarlah rahsia amalan sesatnya itu terbongkar sendiri. Pesakit ini pula seorg pengamal ibadat dan penzikir yg istiqamah, bahkan hafal Quran, so dia mampu bertahan dgn situasi di situ. MH ini mengaku , keberadaannya menyebabkan jin2 lain takut dan mengelak dari ganggu pesakit ini. Pesakit ini istiqamah sebab tak pernah putus minum dan sapu air ruqyah, kalau tak dia tak boleh solat, baca Quran dsb, kini cuma sakit lutut sebab ekor makhluk tu berada dilutut dan kepalanya di tengkuk pesakit ini, itu katanya, bukan sy kata.

Pesakit seterusnya prpm, 24 th, nak kahwin hujung th ni, sakit bahu, tangan, kaki dan tengkuk, tidur pula ok. Dia sakit teruk mulai awal tahun ni sejak buat perancangan kahwin. Kemudian Mak dia, 60 th, bisa2 bdan, bahu kanan, sampai hujung jari, ke lutut sampai bawah, bisa, sakit tengkuk dll, juga kebas2, kalau pijak lantai sakit macam menyucuk2, juga selalu berdebar2. Dia juga kerap mimpi jatuh dari tempat tinggi, mimpi kenduri, org ramai, tengok org mati dll. Sakit macam ni dah 3 th, macam2 ikhtiar, pergi klinik, tapi doktor kata tiada penyakit. Setelah ruqyah sy nasihatkan dia elakkan mengambil makanan berbisa dan tajam seperti limau, nenas, rebung, cuka, pulut bersantan dan pisang emas.

Pesakit terakhir akhir kronik dan pelik. Dia pernah dtg 2 tahun lepas, ada gangguan, ini sebelum kahwin lagi, lepas tu ok. Sejak hamil masalah ini dtg, Masa hamil 8 minggu pergi check semua ok, jantung baby elok, berdegup dsb, Lepas tu, yg sepatutnya 13 minggu dia pergi check spt biasa di klinik, doktor kata kantung (rahim) dia dah kosong, tak ada apa-apa, so baby dah tiada, scan pun tiada. Dia terkejut besar dan sedih. Dia rasa selama ini tiada pendarahan atau keganjilan, biasa saja, takkan boleh hilang begitu saja. Dia diminta pergi hospital Serdang utk cuci. Setelah ke sana, dia minta tangguh dulu, nak balik kg dulu, check di Perak rabu ni. Sebenarnya kakak dia yg nasihatkan dia jumpa sy kalau ada masalah macam ni. Tak apalah, sy ruqyah dia, mohon agar kandungannya masih selamat dan Allah membentenginya dari sebarang gangguan baik bersifat fizikal mahupun spiritual. Sy masih menaruh harapan bhw kandungannya masih ada, masih ada baby, cuma mungkin dihijab ketika itu, wallah A`lam, Sy ada byk kes2 serupa ini, pernah seorg yg hamil 34 minggu,  hampir nak dicuci, di minta tangguh dulu,  sempat dtg utk dirawat, lepas tu scan balik, ada, baby sihat dan dia dahpun selamat bersalin. Bagaimanapun kalau dah ditakdirkan tiada rezeki , kita kena terimalah, itu ketentuan Allah.


Mulut Berbuih

05.05.12 (Sabtu)
Rawatan pagi sabtu di DS. Pesakit dua beradik, prpm, masalah zuriat dan gangguan, sambung rawatan, sementara tunggu gliran tepuk, mereka jumpa sy mengadu macam2, gangguan yg berlaku, juga akan send via email gambar2 dua ekor haiwan pelik yg ditemui di rumahnya setelah dirawat tempuh hari. Mereka terdiri 3 beradik semua prpm. Mereka juga kata kakaknya yg menetap di UK dan kahwin mat salleh (usia tua, dah pencen) akan kembali ke Malaysia, dia juga tak akan dpt anak. sebab suaminya, itu  dah dipotong, dah tak boleh keluarkan benih lagi. namun ada 2 anak tiri iaitu anak suaminya dgn isterinya minah salleh dulu. Sy yakin mereka akan sembuh berdasarkan komitmen mrk menerima rawatan.
Berikut, seorg prpm dan suaminya dibawa masuk ke bilik rawatan oleh seorg perawat wanita DS, minta tolong sy penuhi hajat org ni.  Dia  kata, ada seorg pesakit lelaki 54 th,  kenalannya, skrg  berada di wad ICU Neurosains PPUM, kena stroke, jatuh dlm bilik air dan tak sedarkan diri sejak April lepas, Semalam dah buat operation tapi belum sedar. Dia baru bercerai dan kini dlm proses kahwin lain. Bakal tunangnya (janda 3 anak) selalu datang ziarahinya bersama kawan2nya dgn kelakuan yg agak anih dan mencuigakan, mulutnya berkumat-kumit membaca sesuatu mcm jampi mentera setiap kali dtg tanpa jelas apa yg dituturnya. Dia mohon agar sy bantunya, datang ke PPUM utk didoakan kesembuhan, juga agar pesakit sedar. Sy kata dlm hal ini, insyaAllah sy pergi, namun ada syaratnya...eloklah ahli waris dia sendiri seperti anak-anak dia yg memberitahu dan mengundang sy, telefon ke apa ke, sebab takut ada salah faham di kalangan ahli waris lain, sebab mungkin ada yg tidak percaya atau menolak kaedah rawatan Islam di DS. Dia kata mamang betul sebab ada ahli keluarg pesakit yg tak percaya rawatan alternatif, selain hospital. Kalau semua adik beradik atau anak-anak pesakit sepakat nak jemput sy, maka sy tidak boleh menolak membantu org. Inilah etika dan prinsip yg diamalkan di DS selama ini. Kami tak menawarkan diri, namun kalau diminta bantuan, kenalah tolong. Sy memang dah pergi banyak hospital dan pusat2 perubatan terkenal, berbagai penyakitDia faham dan akan balik berbincang dgn anak-anak pesakit.

Seterusnya prpm, 48 th, badan rasa lemah, tak bertenaga, asyik tidur samada di rumah mahupun di ofis, sejak akhir2 ni sakit dada, muntah sampai tak boleh bangun, anak dia juga selesema tak baik2. Kemudian kanak-kanak prpm, 11 th, juga syik tidur saja sepanjang hari, ini dah 1 minggu, dia jadi panas dgn mak dia. Dia anak tunggal. Bapanya tak tinggal bersama dgn maknya dan dia tapi mereka tak bercerai. Bapanya balik kampung kerana susah, tak mampu lagi tanggung keluarga. kini kerja kampung, dulu dia usahawan berjaya, mewah, pakai kereta2 mewah, merz dsb, kini dah jatuh bisnis, kata mak budak ini.

Pesakit seterusnya prpm 48 th, gatal2 dari lutut ke atas, ini dah 2 minggu, dah 2 kali ke klinik doktor kata tak ada apa-apa, dia kata badan dia bau busuk, sebelum tu dia ada mimpi ada org bagi keris kat suami dan suami dia ambil, dia juga dengar bunyi guli, pasir dll dalam rumah, juga nampak kelibat.

Seterusnya prpm 51 th, anak 5 org, ini susulan ke 3 di DS, ada gangguan, sakit dada kiri, tidur tersentak2, kalau nak tidur saja berbuih2 mulut. Setelah diruqyah datang jin yg mengaku jin penyihir dari Siam, melakukan pendarahan, pesakit dirasuk dan menderam kuat, agak ganas, akhirnya jin itu keluar dan pesakit keletihan. dia mengaku suaminya bertugas di luar semenanjung, NAVY, Dia di sini dan suami di sana, dia rasa tak perlu tinggal bersama sebab sejak 2 tahun lepas dia dah tak boleh bersama suami, setiap kali nak bersama, anu suami dia tak naik, period dia bagaimanapun regular, suami dia asyik baran tak tentu pasal. Juga pesakit yg buat rawatan tepuk santau, ada masalah bersama suaminya dan juga di tempat kerja.

Petang ada satu temujanji rawat rumah yg ada masalah gangguan selain gangguan pd para penghunu. Rawat sehingga masuk waktu maghrib selesai.

Dulu Pelajar Pondok

04.05.12 ( Jumaat )
Suami isteri mengadu anaknya, lelaki 17 th , ke 2 dari 7 beradik, tak nak belajar, tak minat, asyik bermain game dgn kawan2. Dulu masa tikg. 2 - tkt. 4, belajar di sekolah pondok di Perak, elok masa tu, tapi dia mengadu terkongkong dan bukan atas kerelaan sendiri, hanya kehendak mak bapak, sekarang berkawan dgn budak2 tak sekolah, budak2, nakal, merokok dsb, serta tak solat lagi. Adik dia juga, 11 th, juga malas dan seolah2 menurut watak abangnya. Setelah didoakan pagar utk diberi minum pd anaknya, agar dilembutkan hati, sy beritahu elok kalau dpt pujuk anak dia tu, bawa ke mari, mungkin pendekatan psikologi dan kaunseling boleh membantu, sebab sy tak pasti apa masalah sebenar dia kerana menurut maknya, yg membisikkan kpd sy, suami dia selalu berkasar, selaku pukul dan belasah anak2, pantang silap sikit. Suami dia juga mengaku dia pernah belasah cukup2 anaknya itu , namun tetap degil.

Seterusnya prpm, 32 th, dari S.Alam, mengadu sakit dada, belakang dan kepala, paling teruk sakit dada, selalu masuk keluar hospital, terbaru dirujuk kpd pakar di KPJ, setelah diagnosis, tak ada apa-apa penyakit, lalu pakar tersebut syor agar mendapat rawatan ini (dirujuk kat sy). Tidur dia kadang2 da gangguan, kena tindih, ada juga lebam, doktor pernah suspect ada masalah jantung, diperiksa tiada apa-apa masalah. Kakak dia (masi rawatan susulan) yg bawa dia kemari, katanya adik dia ini masih solo, tak nak kahwin, kerja bagus kat bank, tapi berkawan dgn seorg tomboy bagai nak rak, rapat sangat, macam suami isteri. sy ruqyah dia dan ternyata ada getaran tertentu iaitu simptom gangguan, sy cuba berdialog, namun sy fikir dia masih nak menyorok, tak apalah, mungkin waktu lain.  Seterusnya rawatan ke ats kakak dia yg tadi, masa nak bawa adik dia tu dtg ke sini, sejak semalam dia mula rasa sakit semacam. Sy teruskan ruqyah ke atas dia dan air.

Selepas itu, kanak-kanak prpm 5 th, asyik demam, termenung, katanya ada budak berkebaya putih suka kat dia, ikut dia pergi mana-mana, di tadika dsb. Ramai yg syak ini bunian. Ini berlaku sejak dia masuk tadika, kwn dia (ada gangguan blh nampak benda2 tu) yg satu tadika kata ada budak tadi ikut kerana sukakan dia.

Seterusnya prpm, kes ulangan, katanya selepas dirawat dulu, balik tidur, jam 4 pagi mengigau2, lepas tu banyak dah ok, kini nak sambung air. Saudara dia, prpm, 68 th, datang berkerusi roda, tak boleh berjalan, lemah sangat, diangkat, letak atas kerusi roda pun lemah, asal Perak, ini duduk rumah anak2 kat sini, sakit teruk ni dah 2 bulan, sakit lutut, kaki, lebam dan bengkak. Tidur tak mahu lelap, 1/2 jam pun susah dpt, makan tak ada selera , selurh badan sakit2, bengkak dan bisa seluruh badan dan sesak nafas. Doktor setelah periksa dia, kata tak ada apa sakit, tapi doktor tu suruh dia berubat kampung, cara lain, itulah yg saudara dia bawa ni. Seterusnya anak pesakit di atas, prpm, 50 th, dia rasa takut2, dia angkut budak2 sekolah, tapi keretanya rasa berat, nampak senget keretanya sedangkan tiada yg rosak.


Sunday 6 May 2012

Cacing Dari Kemaluan

03.15.12 ( Khmis )

Pesakit prpm, cina muaalaf, asal N. 9, dah kahwin 8 th, isteri kedua, tidak bekerja, belum ada zuriat, setiap kali nak mengaji, demam, selesema, kena chicken pox dsb, ambil wuduk juga diganggu, air yg kena anggota badan sama banyak dgn yg jatuh, waktu solat, tangan dia akan jatuh, tak boleh letak di perut. Pergi klinik doktor kata tak ada ap-apa penyakit, sedangkan dia menderita masalah ni dah 1 1/2 th. Pernah buat IVF Disember 2011 namun gagal, sebelum itu pun doktor scan, sekejap ada nampak ovari, sekejap tak ada. . Period dia juga kacau, doktor check macam ada biji dlm ovari, itu kalau suami ada bersama masa check, kalau dia pergi sorang check ada cuma 2 biji ketumbuhan atau tiada langsung. Ini berlaku belum buat IVF, selepas itu scan tak ada apa-apa. Doktor pun geleng kepala macam ni. Kalau dia niat nak solat atau bersama suami, terus keluar darah dari kemaluan. Kadang2 dia tengok suami nampak lain, mata dia merah semacam, menakutkan. Dia juga kadang2 beberapa hari makan tak apa-apa, namun ada juga dalam sehari dia boleh makan berkali2, tanpa rasa kenyang. Selain itu dia mimpi cacing banyak keluar dari kemaluannya, kemudian terbentuk dlm 2 bhg, satu longgok putih dan satu lagi hitam, di atas lantai. Faraj dia juga berbau kuat katanya, ini bila nak bersama.

Seterusnya dtg suami isteri dan anak2, mengadu rumahnya bermasalah, kalau dia pasang CD  Quran ke, apa ke yg baik2, semua player atau laptop akan rosak, kipas juga ada terpasang sendiri, main speed, on dan off, bulb rumah dia selalu terbakar, kadang2 4 biji sekaligus, kadang2 penyapu dimain2kan, pokok bunga pula kalau dia tak ade di rumah, keluar, bila balik seolah2 kena siram, pintu rumah pula unlock dan lock sendiri, mesin basuh juga off berkali2, tak rosak, cuma mati dan hidup, benda tu selalu main2 air kat pokok dan car porch. Sy rawat beberapa ahli keluarganya dan berjanji akan rawat rumahnya bila ada kelapangan dlm masa terdekat.

Payu Dara Makin Mengecil

01.15.12 (Selasa)
Seorg ibu dari Balakong beritahu utk ikhtiarkan agar anak dia, prpm,  yg belajar di Melaka, kini tak nak balik rumah, ikut keluarga angkatnya ke mana-mana, dan tak pergi kuliah lagi sedangkan hanya tinggal 2 semester sebelum tamat belajar. Dia merayu anaknya namun tak nak balik rumah dan ini amat merisaukan dia. Sy menenangkan dia dan cuba berusaha ikhtirkan dgn doa dan solat hajat agar Allah kembalikan dia kpd keluarganya.

Petang ni sy diminta ke rumah satu keluarga (appointment dah lama, cuma petang ni baru dpt pergi) yg ada gangguan utk proses rawat rumah. Didapati gangguan di rumah ini agak teruk. Sy perasaan ada beberapa barang dari beberapa bomoh, dukun dan guru persilatan yg tak elok disimpan dlm rumah ini kerana dikhuatiri ada pendamping akibat dijampi dan dimentera. Dia mengaku pernah mendatangi bomoh dan dukun dan anaknya juga terlibat dlm persilatan sehingga ada menyimpan kain putih utk diselubungkan masa tertentu , iaitu kaedah dptkan kesaktian dan kekebalan. Masa balik sy diberikan  3 helai kain/baju hitam yg pernah disediakan oleh dukun utk dipakai masa mandi, dia , suami dan anak, selain itu kain putih dari perguruna silat dan beberapa ketul tahi besi yg diletak di atas kayu kat pintu masuk rumah. Barang 2 ini sy baca ruqyah pembatal dan pemusnah.

Mlm,  prpm, 34 th, asal Segamat, beritahu masalah suami dia, 36 th, (tak dibawa bersama krn sakit, terlantar). Suami dia ni pernah dpt rawatan santau dari Us M di Kajang (juga guru sy, bab santau). Kini dia pulak disahkan ada TB, oleh Institut Rapirastory Negara, dkt Hosp. Tawakal, paru2 sebelah kiri teruk, bila makan, muntah, sakit2 badan. Masa call tadi dia tak beritahu pasal TB, kalau tak sy cuba sediakan ramuan2 tertentu utk suami dia. Dia sendiri juga ada gangguan, lebam2 badan, tak sihat sangat, pernah ke DS Segamat pada Ahad lepas, dia juga nampak kelibat2 dlm rumah. Sy ruqyah dia dan tangan dan lengan kanan dia terangkat2 seolah2 gerakan menari, sy teruskan ruqyah, tangan kiri pula terangkat dan meliuk2, kemudian kedua2 belah tangan terangkat2 dan dia sudah tidak sedarkan diri. Sepanjang gerakan seolah2 dia cuba menyapu atas payudara pesakit ni, seolah2 menyapu sesuatu. Gerak hati sy mengatakan kemungkinan ada masalah kat situ atau terkena barang sihir, Sy cuba berdialog, namun dia jawab hanya menerusi gerakan kepala dan tangan saja. Setelah selesai dan pesakit sedar, dia membisikkan bahawa payudara dia semakin mengecil dari hari ke sehari, macam budak prpm sekolah rendah, suami dia komplain juga kenapa kecik sgt macam budak, dia nak buat macam mana, dah jadi mcm tu, sblm ni pernah dirujuk klinik dan hospital tapi doktor cakap tak ada apa-apa masalah. Dia pelik, sedangkan masa mula2 kahwin ok, elok saja walaupun dia tidaklah berisi sangat. Dia mengaku suaminya pernah belajar silat dan mengambil keris dari gurunya. Dia ada anak 4 org, setiap kali lps bersalin, dia menyusu cuma 2 minggu, lps tu susu kering sendiri dan payudara kembali mengecil. Sy sambung doa tertentu termasuk doa pembesar dan mengecil, selain minta dia kalau dtg lain kali bawa 7 helai daun sirih dan minyak VCO serta air zam-zam utk rawatan. Ini integrasi kaedah rawatan tradisaional dan Islam. Blh dilakukan asalkan tidak menyalahi hukum/syariat, jgn ada jampi serapah, mentera atau memohon bantuan jin, syaitan dan iblis, atau khadam2.

Seterusnya bayi, 2 bulan, asyik menangis dan berjaga, lama baru tidur, tak nak susu botol, menyusu badan hanya masa mula2 lahir, lps tu tak nak, masa kat rumah terutama lepas maghrib mata dia syik memandang dan melalak ke atas. sy ruqyah doa pembuka selera dan mengelak gangguan MH dll, selain itu guna daun pokok kacang botol sbg bahan mandian untuk menjauhkan bayi dari gangguan benda2 halus, sekiranya ada. Kenapa guna daun kacang botol?. Ini dah diceritakan dlm blog ini.

Kitab Panduan Buat Tangkal/Azimat

30.04.12 (Isnin)

Mlm, Pesakit ulangan nak sambung air, sakit2 badan, mimpi org bagi budak, dia ambik, juga kalau nak solat saja, ada gangguan dan dia kena lawan, lps tu sakit.

Kemudian pesakit prpm 66 th, kepala dia pusing, macam mabuk, tangan jadi bengkok, tak blh angkat, ini dah 2 bulan, dia juga ada kencing manis dan darah tinggi. pernah scan di hosp. serdang, tak ada apa2, ujian darah juga tak ada apa2 penyakit. Tidur sikik sangat, menggigil dan mimpi2 yg menakutkan. mimpi ada org tengok jari kiri dia, ada paku katanya, dibelah jari, diangkat , ada darah terpercik, ini berlaku bulan Mac lps. Bila sedar rasa sakit berdenyut2, pergi klinik, doktor cucuk, macam tu juga. Poin yg amat sakit ialah tangan kiri, kaki kanan, belakang ke bahu dan mabuk2. Pernah dia pengsan. Asal dia Melaka, ada bunyi kena baling2 kat rumah, sekali selaka bunyi batu, pernah tak makan apa-apa, tak ingat makan.

Berdasarkan simptom tadi, sy ruqyah dia, tak lama jin dlm badan dia keluar dan berdialog. Dia dakwa sihir lama yg nakkan dia, sukakan dia, tuan dia hantar, sy kata dia dah jadi nenek, kamu nakkan dia lagikah?, itu cerita lama, sudahlah, hentikan dendam dan khianat kamu ni, beritahu tuan kamu, cukuplah kamu siksa dia selama ini, dari muda sampai dah jadi nenek. Sy gunakan perdekatan berlembut, psikologi dan kaundeling, akhirnya jin penyihir itu akur, nak tinggalkan badan org ini. Dia akui ada 3 paku di kepala dan 1 di tangan kiri. Sy dah baca ruqyah pembatal, mudah2ah kesannya hilang. Sy dakwahkan dia, minta dia bertaubat dulu dan beri nama (nama dirahsiakan). dia mengucap 2 kalimah syahadat dan berikrar tidak akan murtad selama-lamanya. Lps tu dia pergi ke satu tempat (dirahsiakan). Semoga dia menjadi jin muslim yg baik, insyaAllah. Sy tak pasti ini jin yg ke berapa masuk Islam, sebab nak semak cacatan makan masa, dah berpuluh2 buku catatan. Inipun kena taip mana-mana yg patut dlm blog perlukan masa. Selepas cuti nanti dan masuk kerja belum tentu ada masa macam ni.

Berikut pesakit yg pernah sy rawat di DS tapi kali ni dtg nak bawa beberapa barang tangkal dan azimat. Antaranya buku/kitab lama cetakan 1965 bertajuk DH(ini kependekan tajuk) mengandungi kaedah dan cara2 membuat dan menyediakan tangkal, azimat, wafaq dll, juga menghadirkan jin pendamping dan khadam. Sy teliti sepintas lalu, ada perkara2 yg menyalahi syariat dan aqidah terkandung dlmnya, lalu sy beitahu dia ttg ni dan dia pun tak mahu lagi simpan kitab ni dan beramal dgnnya. Satu lagi cincin teras kelo yg bila sy pegang macam ada suatu aura yg tak elok, panas, berdenyut dsb. Dia baru kahwin tak sampai 2 bulan masa jumpa sy dan mengadu sejak kahwin macam2 benda pelik berlaku padanya termasuk rasa nak mati dll (ada dlm cacatan sebelum ini).


Saturday 5 May 2012

Rawat Kereta Baru

29.04.12

Lelaki 26 th dari Arau, dia kata tak ada semangat, tak boleh berada dekat org ramai, cepat penat, makin ramai makin penat, tidur asyik tersedar, mimpi makan ulat busuk hingga 3-4 kali. Namun bila berada kat rumah ok, keluar saja mula tak tenteram, kini tak boleh makan, banyak pantang . Dia berniaga kongsi dgn kawan yg diakuinya pakai sejenis minyak sebagai pelaris.. Kini kwn dia yg uruskan kedai, kalau dia ke kedai, akan sakit. Masa rawat, sy dapati badan dia sebelah kiri lebih sejuk, tak cerita kat dia, hanya rawat. Pesakit berikut, kwn dia, prpm 26 th, kerja di utara, kini balik pindah sini. Masalah dia tidak tenteran, fikiran kacau, asyik berubah fikiran dan keputusan atas sesuatu perkara. Dia minta dibantu, cara agar Allah permudahkan segala urusan dan murah rezeki dia.
Pesakit lain, Pesakit dari Slim River yg sy pergi rumah dia sebelum ni utk rawat dia, kini dah boleh berjalan walaupun masih lemah. Isteri dan adik dia dtg nak minta sambung air ruqyah.

Sebelum maghrib ada seorg bawa dtg kereta proton Preve, warna putih. baru beli, nak minta doakan agar selamat dan terhindar dari sebarang musibah berkaitan keretanya. Sy ruqyah dgn doa2 tertentu agar kereta ini memberi kebaikan kepada pemilik atau pemandunya dan terhindar dari sebarang kecelakaan dsb dgn izin Allah swt.

Pesakit wanita yg dtg beberapa hari lepas, dia kata lepas balik dari rawatan, dia buat apa yg sy suruh tapi cuma 2 hari, lepas tu ada halangan, jadi lupa, kepala sakit, mata mengantuk, dada ketat dan semua jadi lenguh. Suami dia juga sakit sendi2, kaki kedua2 belah, berselang seli sakitnya, juga bahu dan belikat. Anak mereka, prpm 12 th, juga sakit tengkuk dan bahu selain siku dan lengan ada lebam. Anak bungsu, lelaki 9 th, juga sakit kepala, sesak nafas, sakit pinggang, tulang belakang, mengantuk dsb.





Penyakit jasmani dan rohani

Boleh dikatakan 60 % pesakit yg datang berubat kerana penyakit jasmani, namun setelah dirawat separuh darinya mempunyai masalah gangguan atau rohani. Pesakit jasmani yg datang, didapati 80-90 %  pernah merujuk kes yg dialami di hospital, klinik atau pakar. Separuh darinya mengatakan penyakit tersebut gagal dikenalpasti puncanya oleh doktor dan sebahagian lagi kerana tidak dapat kesembuhan dlm tempuh tertentu. Selebihnya merupakan kes2 berulang spt terjadinya simptom tertentu setelah menjalani sesi kemoterapi atau kesan perubahan hormon akibat operation spt kes buang hempedu, ovari, kidney dll. Di kalangan pesakit gangguan pula, Sy mendapati sekitar 10 % dtg atas cadangan atau syor doktor setelah gagal mengesan punca penyakit.

Selepas Terapi Air, Kemurungan

28.04.12 (Sabtu)

Remaja prpm, 16 th, asal kaki sebelah kiri sakit, selepas operate bengkak kanan, kini kedua2 belah, dibuat di HKL, ini dah 2 minggu. Doktor cakap ada kuman yg hanya didapati di ladang kelapa sawit atau lombng, namun dia mengaku tak pernah ke tempat2 tersebut. Masa operate doktor hanya buang nanah. Sy ruqyah doa mengecilkan bengkak dll. Seterusnya prpm 67 th, ada diebetes, kini lupa ingatan, butir2 percakapan tak jelas, kena ulang2, pernah kena minor stroke. Pesakit seterusnya budak prpm 5 th, tadika pasti, suka mengamuk, tak dengar kata dan degil.

Pesakit seterusnya, guru wanita, ini kes ulangan, buat rawatan santau, 2 minggu lepas muntah darah, sejak itu tak makan, tak boleh telan, selera tiada langsung, sakit belakantg, pinggang, kepala, leher hingga ke bahu, semua sakit, dada macam disiat2.  Anak dia, 13 th belajar MRSM, dan adiknya 7 th, mohon agar dipermudahkan belajar dan penerang hati.

Pesakit lain, prpr 37 th, dari Batu Pahat, buat rawatan tepuk (kes keracunan/santau . Rawatan sebelum ini keluar benang, dawai dll. Berikut pesakit wanita yg baru bercerai, seorg profesional, minggu lps datang mengadu tak boleh tidur, kini dah boleh, cuma masih ada resah, sedih dsb. Setelah ruqyah dia menangis kuat terisak2.

Pesakit prpm,  31 th, ada gangguan, keletihan, dah 2 th menjalani rawatan tepuk (santau), kini attack kat mata, dia benci tengok org, juga tak boleh tahan buang air, bila2 masa nak buang air, keadaan ini baru berlaku 2-3 bulan lps. Makan tak tapi buang tetap buang. Setelah diruqyah, ada gangguan,jari2 tangan kedua2 belah bergerak, menjungkil2 dan menggigil.

Pesakit lelaki 29 th, kepala rungsing dah 3 minggu, sakit sangat, mata dah tak jelas. Isteri dia, 30 th, ada angin, sakit kepala, tidur terganggu sampai 3-4 kali  terjaga kalau tidur.Bila sedar susah nak tidur, ini dah hampir 4 minggu. Setelah diruqyah dia muntah agak banyak.

Seterusnya pesakit wanita, ibu dan pelajar kejurteraan, peringkat PhD, org Arab warga Iraq, petugas kaunter serahkan kpd sy kerana dia hanya blh cakap Arab dan Inggeris dan ini kes ulangan rawatan tepuk. Masa diruqyah ada getaran kuat sampai kaki kiri terangkat2 dan terketar2, lama, akhirnya ok. Dia ni hafal Qur'an, dia kata anaknya yg ada bersama juga hafal beberapa surah. Sy uji dia minta baca surah Muhammad, dia terus baca, lancar dan baik, selesai baca sy ucap tahniah, namun yg dibacanya itu bukan surah Muhammad tapi surah lain, dia tertukar, tak apalah , dia budak kecil yg ada keberanian.

Kemudian prpm 15 th, dari Shah Alam, dah 1 minggu murung, suka dalam gelap, berlaku sejak mak dan bapa dia pergi umrah, kini dia tak nak buat apa-apa kerja sekolah, juga banyak tidur. Kes ini berlaku sejak mak dan bapa dia per gi umrah dan cikgu dia bawa dia pergi berenang iaitu sejenis terapi air untuk sejenis penyakitnya. Kini di rumah kalau dia mandi dgn pakai baju, berlama dlm bilik air, tak nak cakap dgn org, dll.
Malam pula antaranya lelaki 43 th, sebelum ni isteri dia dtg berubat, kini dia pula sakit belakang, kaki, pinggang dan dia mengaku mudah lupa serta gelisah masa nak tidur. Dah pergi check SJMC tapi tak ada apa-apa, disahkan sihat. Sihat, tapi sakit sangat, lalu datanglah dia.

Nak bunuh diri

27.04.12

Satu keluarga dtg dgn masalah anak beranak hampir serupa. Anak dia, pesakit remaja lelaki, 17 th, Dengkil, pengawas, malas sekolah, kalau pergi pun tak nak buat kerja sekolah, tak ada semangat langsung, tak blh kawal diri, ini berlaku sejak minggu lepas sejak ada budak sekolah tengking pengawas atas sebab2 tertentu, kini dia rasa takut, berat kepala, migrain, lemah dan sakit2 badan. Juga mimpi perempuan pakai kuning. Adiknya 3 th juga mimpi , cakap ada darah kat rumah, selalu. Kakak dia juga ada mimpi sama spt ular, menyusu bayi . Maknya juga ada mimpi suaminya datang, nak bersama sedangkan suami dia k masjid ketika itu. Terakhir mimpi ni minggu lepas. Sy ruqyah dia dan dia rasa kebas2 dan sakit2 kaki dan jari. Mak dia juga mengaku, kalau bersama dgn suami akan bleeding dan ini berlaku sejak mula kahwin lagi.  Selain itu setelah diruqyah, kakak dia juga muntah.

Pesakit berikut, pesakit prpm, 11 th, sejak minggu lepas asyik masuk dan keluar hospital, termasuk Hospital Pantai. Doktor suspek ada masalah saraf, mata , otak dan telinga namun tak dpt confirm setelah buat diagnosis. Dia kalau sedang berjalan blh jatuh ke depan begitu saja lalu pengsan, so, habis lutut dia luka2, kena balut, asyik jatuh dan pengsan. Bila dia pening, nampak cahaya biru di samping objek lain, kadang2 tak nampak apa2 kecuali biru. Tidur selalu mimpi kartun micky mouse, pergi jalan2 jumpa princess. Ini berlaku sejak minggu lepas. Dia juga kepar lapar, tiada sepertimana sebelum ini, asyik minta makan, juga kaki sebelah kiri dia lemah. Sy rawat berdasarkan simptom yg ada.

Berikut pesakit kes ulangan sambung air ruqyah. Kini masalah dia nampak org prpr tua kat kelas, masa buat tuisyen malam di sekolah, tangan dia dicucuk2, muntah2 dan sakit. Seorg cikgu lain yg disyaki ada pendamping (jin asal jawa) juga demam. Murid dia beritahu dia esok pagi bhw semalam rupa cikgu ni (pesakit) macam pontianak dan menyeramkan. Peristiwa ini berlaku sejak lepas gotong royong sekolah, termasuk mengemas bilik2 darjah. Benda2 anih lain tak perlulah diceritakan di sini, takut budak2 tak nak pergi sekolah.

Semasa rawatan, terima call, minta tolong sebab ada perempuan, 19 th, mengamuk nak bunuh diri, nak terjun flat, kerana masalah dgn tunangnya. Sy minta tunggu 1/2 jam lagi nak selesaikan sesi rawatan. Sy bergegas ke sana dan dapati dia masih belum tenteram, asyik menangis, meraung dan meracau2, menyebut nama tunang dia dan minta lelaki tu datang. Sy diberitahu dia baru saja dipukul oleh tunangnya setelah mabuk kemudian meninggalkan dia. Ini diklasifikasikan sbg kes gangguan emosi, Sy mulakan ruqyah penenang, penunduk dan pelembut, setelah itu minta mak dia berikan air yg didoakan utk minum dan sapu muka. Dia mula tenang, raungannya mula perlahan dan reda. Sy balik, jam dah lebih 1 1/2 pagi, esok pagi kena berada di klinik DS kerana bertugas. 

Hafal Quran masih diganggu

25.04.12 (  )
Pesakit wanita, 45 th, suka termenung, 4 th lepas pernah dirawat di DS Sijangkang, elok selama 4 th, kini berulang, tinggal di Puncak Alam, dulu dia mengajar tapi dah berhenti kerana sakit, dia kata dia hafal Qur'an tapi kenapa masih ada ganguan padanya. Anak2 dia semua berjaya kecuali yg bungsu tak nak pergi sekolah. Ini kali pertama dia dpt rawatan dari sy menggunakan kaedah DS.

Friday 4 May 2012

Saka Tua

25.04.12 (Rabu)
Petang, kes ulangan, prpm yg kena sihir jerut perkahwinan dan gangguan saka. Dia mengadu lengan kanan sakit semula, kaki kiri pula terasa macam ada benda nak masuk balik, dia dapati ada 2 tompok merah kat betis, juga masalah mata, jadi kabur.

Mlm, pesakit prpm 45 th, tinggal depan sebuah masjid, selalu sakit belakang, sakit pinggang, kepala, perut, selalu sebu, makan tak kenyang2, ini dah lama cuma ketara lebih setahun lepas, tidur mimpi yg menakutkan, ular, arwah mak ayah, menyusu anak dsb. Nak solat atau beribadat, sakit mulalah menjadi2. Dlm rumah selalu ada bunyi di celah2 kerusi, dengar org mandi di tingkat atas, org tutup suis, buka tutup buka tutup, . akhir2 ini ada bau hancing, busuk, telor temelang, ada kelibat, org bagi salam. Mak dan ayah dia meninggal pada 2010. Dia mengaku dia mewarisi saka keluarga. Sy katakan jgn mudah meyakininya, apa-apapun kalau ada gangguan tak kira saka ke, jin penyihir ke, jin sesat ke, khadam ke, kalau mengganggu, kita kena halau dan usir, kalau enggan kena ajar mereka. Dia pernah diberi azimat oleh seorg imam berasal Indonesia utk diamalkan, sy kata bawalah nanti nak tengok, patut beramal atau tidak. Setelah diruqyah dia menderam, merasuk kuat dan ambil masa sikit utk settle.
Berikut anak dia, lelaki 9 th, tak nak pergi sekolah, nak pergi saja sakit kaki dan tulang belakang, tahun ni cuma 15 hari pergi sekolah. Dia kerap mimpi kucing , anjing dll, nampak penat dan mata kerap merah2. Masa darjah satu ok, sejak djh 2 mula ada masalah dan kini ketidakmahuan ke sekolah menjadi makin serius.

Toyol Kencing

24.04.12 (Selasa)
Petang, jam 6.30 sy sampai ke rumah yg ada kes toyol semalam. Tuan rumah mengatakan pagi tadi ada pulak air kencing tempat yg sama diberak semalam. Dlm hati sy kata ni kena ajar betul2 ni. Juga beberapa keanehan berlaku seperti daging ayam yg siap dibersih utk dimasak esoknya, didapati terbuka tutupnya disusun elok2 di atas lantai di ruang dapur beralas kain alas kaki, ikan 2 ekor dlm balang juga tiada, ditemui seekor di tengah2 ruang tamu dan 1 lagi tidak ditemui. Yg ditemui itu dah mati tapi tak berbau langsung dan tidak juga dihurung semut. Anak dia mengadu kepala gatal dan ada yg demam, panas tak turun2. Sy meneliti keadaan rumah dan sy merasakan ada sesuatu yg disembunyikan oleh tuan rumah iaitu tangkal azimat yg menjadi penyebab kemasukan makhluk2 halus dgn mudah, namun demikian sy teruskan ruqyah pembatal sihir dan pendinding makhluk halus dgn menggunakan air, garam dan lada hitam. Petang ini sy buat sendiri dan esok dan lusa diminta tuan rumah lakukan sendiri balingan itu.

Malam ada beberapa pesakit nak dtg namun sy kata besoklah (sy perlu kerehatan mlm ini), namun demikian tiba2 sampai pesakit yg tiada appointment, so, terima jugalah. Pesakit pertama wanita 33 th, dari Kg Melayu Subang, tangannya bisa sebelah kanan sampai tak boleh angkat apa-apa, sejuk panas. Baru sy tahu, tadi dia nak pergi mengurut dgn seseorg dekat sini, namun tukang urut tu tak nak mengurut dia, kalau mengurut dia sendiri yg demam, so tukang urut itu cadangkan dia jumpa sy utk dirawat sebab sakit tu tak boleh diurut. Dia dah 2 hari rasa bisa tangan sampai tak boleh buat kerja apa-apa. Selesai dirawat, dia nampak ok dan sy minta dia istiqamah minum dan sapu air yg telah didoakan itu. Kemudian kakak dia pula, prpm 45 th, dulu pernah operate sebab ada cyst kat breast, kini sakit berulang pulak, urat bengkak dan breast kiri sakit. Sy merasakan memang kedua-dua beradik ini ada gangguan. Kes begini tidak boleh mengurut, kalau tidak tukang urut yg sakit sampai tak boleh mengurut org lagi.
Juga ada panggilan dari bekas jiran sy yg kini bertugas di utara semenanjung, masalah gangguan anaknya yg selalu berat kepala, sakit tengkuk dan belakang. Sy beri beberapa petua utk mengatasinya.

Thursday 3 May 2012

Toyol Berak

23.04.12 (Isnin)\
Malam, pesakit lelaki ini, dulu ada masalah gangguan, mengigau2 masa tidur, mimpi seram danmenakutkan, bunyi macam2 di rumah, bau macam2 dll kejadian aneh, kini semua itu dah tiada. Kali ini dia tak boleh makan, tak ada selera, kalau makan keluar balik, tenaga dah tiada, tak boleh kerja, mata pula tak boleh buka, asyik nak tidur saja. Hal ini dah lebih seminggu. Kalau suap makanan, tak masuh, tendang keluar. Kalau telor 4 biji masuk separuh, boleh masuk tapi kena cepat2 hirup, perut juga jadi kembung. Mata dia kini ada bayang, nampak objek bertindih, pejam lagi baik.

Pesakit berikut seorg. prpm, 28 th, rasa tak tenang, dia rasa diri dia macam tak ada kaki, terapung, ada mimpi macam2 spt org mati dll. Dia kerja perhilitan, pernah 2 th lepas pergi kursus selama 2 bulan di beberapa lokasi. Habis kursus balik rasa panas dari hujung kaki ke lutut dan fikirannya asyik nak mati saja. Dlm masa 2 th sakit ni dia dah pergi merata, macam2 tempat, bomoh, dukun dsb, tak juga sembuh. Tangan dia menggeletar sblh kanan, seolah2 rasa tak ada kaki dari lutut ke bawah, fikiran melayang, tidur mimpi dan sesak nafas, dia perasaan ada benda dlm rumah. Sy kata kes2 macam ni biasanya berpunca dari benda2 yg kita ambil di hutan tanpa izin atau memakai tangkai azimat sebagai pendinding, kita anggap ia boleh menolong, namun benda2 tu tidak memberi manfaat apa pun kecuali menyusahkan. Dia dan suaminya saling memandang. Dia akui ada kayu kemuning yg dibuat cincin, pernah juga arwah bapanya beri kayu secabir kecik dan suaminya buat cincin utk pelindung. Dia juga memakai talipinggang putih dan di dlmnya ada azimat dlm lipatan kertas utk dipakai di pinggang, ada 3 utas semuanya.  Sebelum dirawat sy terpaksa memberi penjelasan ttg penggunaan benda2 dlm kumpulan tama`im, tiwalah dan wafaq yg boleh mengundang kesyirikan dan kekufuran kerana menyengutukan Allah. Setelah dirawat dia dah ok, tangan tak menggeletar lagi dan dia kata dia dah ada kaki sekarang.

Pesakit beikut, mengadu pada awal pagi tadi, bibinya terjumpa najis yg masih baru di luar pintu bilik anaknya. Setelah disiasat dan diperiksa semua seluar anak2nya, didapati tiada sesiapa pun yg berak. Lps tu bibi dia basuh. Dia juga mengaku sering kehilangan duit di rumahnya, kerap sangat, tapi bukan semua hilang. Sy lebh cenderung mengatakan ini permainan toyol tapi taklah beritahu dia ketika itu. Rumah itu dihuni oleh 7 org termasuk bibi. Sy beri air yg diruqyah utk diminum oleh semua ahli rumah dan direnjis di tempat2 tertentu dlm rumah. Sy juga janji akan tengok rumahnya petang besok sblm maghrib. Seterusnya pesakit suami isteri yg ada masalah peribadi yg amat sulit dan rumit. Ini kes ulangan dan mereka kata dah ok sikit cuma nak sambung air penawar agar hati mereka dpt bersatu kembali.

Wednesday 2 May 2012

Khadam Ayat Terbangkan Hafiz

21.04.12 (Sabtu)

Catatan utk hari ni dah hampir siap tadi, namun entah kenapa tiba2 hilang, so, kena taip lain semulalah ni. Hari ini sy rawat 20 org dan agak memenatkan kerana sebahagiannya adalah kes2 kronik. Pesakit pertama pasangan suasmi isteri sama2 usia 24 th, kahwin akhir 2008 namun belum dikurniakan zuriat, isteri pula period tak konsisten. Kedua kanak-kanak lelaki 11 th, kerap kencing malam, sejak usia 7 th sampai sekarang, dia juga nakal, tak nak belajar, tak nak solat, pernah berubat di Puncak alam, pakai darah masa berubat. Pesakit lain, prpm 44 th, batuk tak baik2, pernah berdarah, dada sejuk mlm, ada gangguan, mimpi2, dia ibu tunggal.

Berikutnya pesakit lelaki 79 th, dari Felda Kechau 1, K.Lipis, sakit kepala, belakang dan ada gout sejak 4 th lepas. Kemudianya pesakit bayi , 65 hari, mata pandang2 penjuru bilik waktu mlm dan mudah terkejut, dia cucu pesakit yg tinggal di KMS. Seterusnya pesakit lelaki 68 th, dari Taiping, ada angin, sekak perut, muntah2, dah 2 minggu, sakit berulang 2-3 kali setahun. Lepas itu anaknya, guru, pesakit wanita 35 th, disyakki ada gangguan saka, rumahnya ada perempuan tua rambut panjang, kini dia hamil 7 minggu iaitu kehamilan ke 3. Pesakit berikutnya prpm, 6 th, namanya agak pelik, dia ketakutan, nak berteman dan asik nangis, dah 1 minggu mcm ni, tidur pandang atas dan kurang selera makan.

Pesakit seterusnya mengalami gangguan yg teruk dan ganas. Dia datang sama kawannya, kedua2 guru di sebuah sekolah tahfiz dekat Jenjarom. Dia seorg hafiz, mengaku ada didampingi sejak usia 14-15 th, masa belajar di sekolah tahfiz lagi. Dia kata mulutnya masin, apa saja dia sebut, akan jadi, seperti nak terbang dan berjangkit dari satu pokok ke pokok lain, dlm tidur mahupun sedar, dia rasa ada benda mengalir dlm badannya, Kalau tidur dia tutup lampu, benda tu ajak dia pergi mengubat, kalau buka lampu tak berlaku. Dia sering bermimpi dan betul berlaku apa yg dimimpikan, macam halusinasi. Dia boleh nampak macam2 di alam ghaib. Maklumat ini penting sebelum memulakan rawatan. Sy mulakan dgn ruqyah berkubu, pelemah dan penentang sihir, pesakit ini mula tunjukkan aksi yg agresif, terangkat badannya bersama2 kerusi, bergerak/berpusing kiri dan kanan, sy letak tangan di lutut, dia mula menepis,menderam. Sy hentikan dulu ruqyah utk minta bantuan rakan2 perawat lain bantu pegang pesakit ini. Kini selain pesakit ada 4 org kesemua utk pegang dan tindih ke lantai. Ruqyah diteruskan dan benda dlm badan dia amat ganas sehingga dia menyentap lalu terpelanting semua. Dia ditenangkan kembali, rehatkan dia. Dah ada antuan tambahan sehingga 6 org maka ruqyah diteruskan, dia makin agresif, namun akhirnya dia longlai, sedar dan ok.

Berikut pesakit wanita 38 th, dlm tempuh 6 bulan dah masuk hospital 5 kali, check ada ulcer colon, pernah minum air akan kenerak yg dibeli dari seorg perawat di DS, tak berkesan. sampai kena operate, kini timbul rungsing, tak boleh tidur, berdebar2, tangan terketar2, blur, tak ingat apa org cakap, bos dia pun tak sukakan dia. Dia kerja profesional, handle projek hampir RM 500 juta, kini maintain 4 projek serentak, namun ada staf lain yg cemburu dan buat khianat, katanya. Bila masuk ofis saja terus sakit2, di luar ok. Kat rumah juga tak boleh tidur, baru saja bercerai dgn suami, dlm eddah lagi, tiada anak. Dulu suami dia pernah bawak jumpa bomoh, bomoh tu kata nama dia tak sesuai, dia kena mati dulu dan kena mandi di beberapa air kolah masjid tertentu. Suami dia suka jumpa bomoh dan ambil pelaris. Suami dia juga hutang dengan dia lebih RM 200K tapi tak mahu bayar, larikan duit begitu saja Mak dia di kg juga lumpuh. Ada beradik 5 org semua prpm. Kini dia tak boleh tidur langsung, cuba juga berzikir sampai terlelap, tak tak boleh, ini berterusan sampai pagi. Doktor beri ubat tidur, tak boleh tidur juga, jadi blind. So, pergi kerja jadi lemah dan tiada fokus.  Dia minta tolong usahakan agar hati tenang dan boleh kerja dgn baik. Setelah diruqyah dia menangis terisak2. Pendekatan kaunseling digunakan dan dia nampaknya ok sikit dan makin ceria.

Petang. Ada saudara pesakit yg minta ke rumahnya utk rawat lelaki 75 th, sakit pinggang, tgak boleh berjalan, kena papah, tak lalu makan dan tak boleh tidur, ini dah 2 minggu. Dia kena di Slim River tapi dibawa ke rumah saudaranya dkt sini untuk berubat. Sy juga terima panggilan seorg lelaki yg kehilangan motornya pagi tadi dan minta diikhtiarkan agar motor itu dpt dikesan atau dikembalikan, sy kata insyaAllah.

Malam, pesakit prpm yg dulu ada masalah biji2 gatal tumbuh seluruh badan, dia dtg lagi nak sambung air ruqyah. Katanya kini fikirannya tenang sikit, tak lagi berat atau rungsing, sebelum ini tidur dihimpit, ditekan kepala dan rasa macam ada jari pegang dia, bahkan pernah ternampak kelibat tangan dan jari yg panjang kira2 3 jengkal, macam jari katak. Kini tiada lagi. Masa ruqyah dulu dia rasa sakit sangat, menggelupur dan berguling2. Dia bawa air zamzam dan mineral utk didoakan. Apabila diruqyah, masih ada sikit2 getaran tapi dah jauh berkurang berbanding kali pertama dulu.

Seterusnya bayi 9 bulan, ada gangguan di rumah, di tangga, asyik pandang ke atas, bila letak atas katil terus menjerit, dulu kakak dia nampak ada org tua di katil tu. Bayinya menangis setiap kali suami tak ada kat rumah, juga ada bunyi guli dan nampak pocong melayang2 di lorong depan rumah. Jiran dia sebelah kiri mendakwa ada bunia manakala jiran (suami jiran)  sebelah kanan baru mula mengubat orang, buat tangkal azimat dan jampi2 dan tak kerja. Selain dirawat dia juga mohon pagar rumah bila ada kelapangan.

Pesakit lain, lelaki, kes ulangan tapi kini lengan kiri berasa sakit, kesan accident yg dah sembuh. Juga cucunya 27 hari yg badannya panas, demam, dulu kuning, dah ok. Juga ruqyah nenek bayi tadi, kes ulangan, sendawa yg kerap.

Berikut, prpm 20 th, pelajar politeknik, sakit kepala, angin satu badan, sakit dan lenguh2, kembung perut,  tidur ok pulak. Dia juga period sakit, ada senggugut, sampai berguling2, bangun tidur juga sakit, kepala lagilah. Yg akhir budak prpm, 9 th, mohon kesejahteraan dan penrang hati.

Tukang urut muntah

20.04.12 (Jumaat)
Pesakit wanita 55 th, badan dia rasa sakit, menyucuk, lemas, rasa nak gaduh laki bini, panas, batuk, selruuh badan rasa berbisa, kebas satu jari kaki kanan tengah. Juga ada masalah asma, keturunan katanya. Cucunya pula , lelaki, 14 th, mak dan bapa dia dah berpisah 2 th lepas, ada 5 beradik, , merokok di sekolah, cikgu jumpa h/set bawa sekolah, ditukar sekolah, tapi nak minta tukar balik ke sekolah, tak nak pergi sekolah baru. Seorg lagi cucunya, prpm, 7 th, sangat keras kepala katanya.

Pesakit berikut, anak yg di atas, prpm, 33 th, ada thyroid sebelah leher kini dan leher depan, juga masalah buah pinggang yg kini dicuci 3 kali seminggu sejak 2008, juga ada darah tinggi. Kemudian anak dia, prpm, 10 th, keras hati, lelaki 8 th, malas, suka ponteng sekolah, keras hati, juga ada masalah semput dan asma. 

Pesakit berikut, ke tujuh mlm ni,  kes ulangan, selepas pergi mengurut dgn seseorg, sabtu lepas, tukang urut itu muntah, muka merah padam dsb. Dia kini perutnya keras kiri dan kanan. Dia kata masa nak dtg sini tadi, tiba2 perutnya dah jadi lembut. Suaminya kata sebelum ni ajak dtg sini, susah, tak nak dtg, tapi tadi tiba2 ajak dia pula dtg. Selepas kejadian mengurut, tukang urut tadi dikatakan cuba mengelak darinya, pernah jumpa dkt stesen minyai, dia buat2 tak kenal. Pernah dia cerita ada tukang urut yg mengelakkan diri darinya, tak mahu mengurut dia sampai tukar sim card lain, tukar no.lain,  tak mahu dihubungi utk diurut. Pesakit ini setelah diruqyah, menderam, tapi taklah teruk sangat, selepas tu ok.

Rawat premis

19.4.12 (Khamis)

Pagi ada beberapa appoinment yg dah lama dibuat, namun tertangguh, iaitu utk rawat sebuah kedai, bengkel kereta, di Gombak, lokasinya berhampiran sebuah pusat rawtan Islam (selalu keluar TV). Dlm hujan lebat dan kesesakan trafik, perjlnan ambil masa hampir 2 jam, lepas tu terus ke pejabt (w/pun sy cuti).Waktu lunch ada satu lagi lokasi iaitu di Setapak, rawat kedai (cafe) yg baru dibuka 1 bulan lps, kemudian ke satu kwsn perumahan dkt Balakong, rawat rumah yg asyik ditinggalkan oleh pemiliknya (kecuali hujung minggu), ada gangguan di situ.

Selain merawat manusia, rawatan juga boleh dilakukan ke atas bangunan, premis perniagaan, sekolah, kilang, hospital, ladang/kebun/tanaman, haiwan dsb, sebab semunya adalah makhluk Allah swt yg lemah dan kemungkinan tdpt gangguan. Kalau melibatkan kws yg berskala besar dan luas, rawatan dilakukan secara berkumpulan, mungkin melibatkan sehingga 40 org atau lebih. Hal ini akan diuruskan oleh pihak DS sendiri setelah permohonan dikemukakan oleh pihak yg berhajat.

Mlm, ada program di surau dan ada pesakit wanita yg dtg dari Kelaya Jaya, dibawa oleh suaminya, sakit kepala teruk, ada gangguan.  

Dimandi darah ayam hitam

18.04.12 ( Rabu)
Mlm, pesakit yg dtg smlm, bawa angkal dan azimat utk dibatalkan, juga buat ruqyah ulangan. Antara barang yg dibawa ialahtangkal iaitu telekung khas yg diambil dari bomoh yg tinggal berdekatan sebuah masjid di sini, bedak sejuk jampi utk anak, kain kuning oleh arwah seorg bomoh di Damansara, pernah dia dimandikan oleh bomoh tu dgn darah ayam hitam utk menghalau gangguan, juga guna 4 biji limau dari seorg bomoh di Alam Megah, yg diletakkan di 4 penjuru rumah, dua 2 bungkusan (uncang berisi) warna putih dan hitam,  sejenis tali, minyak dan tasbih. Seorg driver teksi yg dia jumpa di S.Alam kata, dia takkan senang selagi kahwin dgn suami sekarang, lepas tu 3 hari, kat rumah dia jumpa 3 kuntum bunga dlm bilik yg entah dari mana. Setelah itu dia tak dpt bersama dgn suami selama 3 bulan, kerana slps bersama dia jatuh sakit teruk. Driver teksi itu juga tunjukkan dia 1 botol kosong, setelah dia tengok, ada dlmnya bunga kertas. Dia sebenarnya tak kenal driver ini, jumpa secara kebetulan.

Pesakit lain, wanita 23 th, rambut gugur keterlaluan dlm bilik, jumpa sekeliling katil, ini dikesan selepas SPM lagi, terasa ringan sebelah kepala. Pernah pergi kem di Ayer Keroh, Melaka, sentuh bahu kawan dia, tiba2 rasa berat. Juga masa baca yasin, sampai wala ya`uduhu dst...keluar suara lain dari mulutnya.
Dia ada ijazah tapi tak blh buat kerja, hanya sekejap, sakit ini sejak 2006 lagi. tidur terganggu, rasa nak berkurung, mimpi pelik2, kena kejar binatang2 pelik, hantu dsb. Kat rumah mcm ada benda kat belakang, kadang2 ada bunyi kat rumah. Ayah dia dulu pernah belajar silat, ada keris, adik dia juga belajar silat, ada kain putih yg perlu diselungkup masa upacara2 tertentu, di rumah ada tasbih besar, kayu koka dll. 

Berikut adalah mak yg di atas, 46 th, gatal seluruh badan, teruk di tengah2 dada, mata, kedua2 tangan/lengan, belkang dll. Gatal ni dah lebih 20 th, ramai yg mengubatinya, tak juga sembuh, ramai yg syakki dia kena santau. Diruqyah, marah dan menderam.
Berikutnya kawan di atas, wanita 45 th, dinganggu masa solat, rasa pening, kaki tangan sejuk dan kerap bunyi benda jatuh, macam benda pecah dan jatuh, lps tu senyap, dulu ada kelibat, ada banyak ulat bulu, kat tempat menjahit, kepala rasa goyang, rasa ada 2 kepala.

Seterusnya pesakit ulangan, yg pernah rumahnya dipagar, kelibat2, gangguan tidur suami dia, meracau2 dll dah tiada, cuma kini ganggu dia nak solat, nampak muka penyanyi kat depan dia, juga kacau masa dia ajar budak2 mengaji. Kemudian pesakit prpm 12 th, tak boleh mengaji, tak boleh membaca, rasa penat macam org sakit jantung, nak solat juga terganggu, bila ditegur mudah marah. Kemudian pesakit prpm 10 th, demam tak kebah2, dah 5 hari, muntah, berak dan muntah lagi, tak boleh makan dsb. Dia turut fobia kerana dipukul oleh seorg cikgu atas kesilapan kecil, katanya ramai kawan2 dia takutkan cikgu tu.

Sakit setiap lepas raya

17.04.12 (Selasa)
Pesakit prpm, dah kahwin 12 th tak dpt zuriat, kini bela anak angkat, selama ini dia sakit setiap lepas raya, namun skrg sakit menjadi2, anak angkat dia sering kacap ular ada masuk rumah, dia sendiri sakit2 macam jarum mencucuk2 belakang dia, mimpi spt duduk di awan, terbang, mimpi najis, budak dan macam hamil (masa period). Sakit ini dialami sejak kahwin 12 th lepas. Dia mengaku sebelum ini ada jumpa ramai bomoh, dukun dan tukang urut, ada simpan minyak, kain kunig beruncang, tali tangkal utk dipakai di pinggang , kain kuning dsb. Dia janji nak bawa dtg lain kali utuk dibatalkan. Masa diruqyah dia merasuk dan menderam agak teruk. Jin itu mengaku sebagi opah dia, yg tak puashati, nak musnahkan hidupnya. Dia cakap pesakit ini berlagak, banyak duit tapi dia nak pinjam tak dibaginya. Selepas selesai, suami dia cakap masa sampai tadi kereta dia panas, temperature tinggi, meragam dan mati. Sy keluar tengok keretanya dan ruqyah pembatal sihir dan halau benda tu. Dia start kereta, hidup dan pergi.

Enggan balik rumah

16.04.12 (Isnin)
Mlm, Pesakit wanita dtg tanpa temujanji, 42 th, gatal satu badan, hanya mlm gatal, macam miang rebung, dah 1 bulan, pergi klinik doktor hanya kata alahan. Sy minta sediakan kulit pisang mas yg dah dikeringkan utk buat ubat sakit kulit.  Berikutnya,  anak dia, remaja prpm 16 th, rasa ada jin dlm badan, selalu ikut kwn2 ke mana2 pun dia pergi, kadang2 tak ingat nak balik, baik siang mahupun mlm, dia tak boleh kawal, asal kwn sjak saja dia pergi, dia selalu mimpi dan dengar suara org menangis.

Masa rawatan sy  trima beberapa panggilan, satunya dari pelajar DS sebuah negeri utk dptkan kepastian ttng penggunaan satu bahan yg diajar TGUH utk kembalikan org lari dari rumah. Satu lagi pesakit yg call beritahu lepas beli dan tanam anak pokok bidara, tangannya sakit2 dan datang perasaan marah2 pada suami dan anak2. Sempatlah juga layan panggilan2 tsbt utk beri penjelasan.

Lepas cerai, rindu

15.04.12 (Ahad)
Petang ke Setia Alam, utk rawatan pagar rumah seorg pesakit yg dulu mendakwa ada gangguan, sampai benda tu tukar channel TV , atau TV terbuka sendiri di rumahnya. Dia ni adalah kwn satu tempat kerja dgn kenalan sy, sampai rumahnya spt dijanjikan. Mereka sekeluarga sering dengan bunyi guli, org berjalan, kelibat terutama lepas maghrib, org tolak pintu, anaknya rasa macam terangkat, pernah masa separuh sedar, mcm abg ipar dtg menindihnya, sedangkan abg ipar dia ada tempat lain masa tu, kereta rasa berat, kelibat depan pokok dpn rumah, ada org panggil2, ada haiwan spt belalang , mentadak dll kat luar rumah dll. Sy rawat rumah tu spt diajar oleh TGUH.
Mlm pula ada beberapa kes, pertama lelaki, ceraikan isteri kerana marah stlh kahwin 4 th, tiada zuriat, kini kesian dan amat teringatkan isterinya, entahkan makan, entahkan tidak, apa keadaannya skrg. Dah 1 minggu kerinduan yg amat sangat. Kes lain pesakit gangguan lama, ada ketua syaitan dlm badannya. Seterusnya pesakit batuk kronik sejak 1 1/2 bulan lps, juga pesakit yg ada masalah dgn bosnya, yg tak nak sokong confirmation kerjanya. Berikut adalah pesakit kanak-kanak 2 th lebih, tapi belum boleh bercakap apa-2, kecuali ma ma dan ba ba shj. Dll.

Bolehkah manusia ghaib ?

Perkara berkaitan ghaib ini selalu ditanya oleh rakan-rakan perawat dan juga para pesakit mahupun org awam. Sy memang banyak menelaah  buku atau kitab mengenai kaedah dan cara2 serta amalan berkaitannya sejak akhir 70 an lagi, sewaktu di bangku sekolah, cuma sy tidak mengamalkannya, sekadar maklumat atau pengetahuan, lagipun tiada guru mursyid yg boleh sy rujuk ketika itu. Bagi sy semuanya ini adalah ketentuan Allah. Kita tidak boleh mendakwa boleh ghaib dan bila2 masa boleh melakukan demikian, sebab ini perkara yg mencarikkan adat. Selepas simposium perawat awal Januari lepas, ada peserta bertanya kenapa saya tidak menerangkan berkaitan ghaib, sedangkan ada catatan dlm kertas kerja saya. Saya hanya catat maaf dan rahsia, bimbang disalah guna. Maksud ghaib dlm kertas kerja tersebut ialah ghaib dari pandangan mata musuh, atau orang2 yang mempunyai hasad dan berniat jahat kepada kita. Bukannya ghaib dan kemudiannya menghilangkan diri dan kemudian berada di tempat lain. Ia sebenarnya berupa hijab dan terlindung pandangan, menerusi bacaan rugyah pendinding, di samping ada juga menggunakan bahan tertentu. Seperti juga masalah gangguan kita guna garam, lada hitam, air dan sebagainya, mohon zuriat guna akar beringin, elak gatal guna daun mambu dsb. Kita boleh memohon pelindungan daripada Allah agar dilindungi, misalnya keberadaan kita di sesuatu tempat tidak disedari atau dilindungi dari pandangan orang tertentu atau musuh, sedangkan hakikatnya wujud. seperti juga mohon perlindungan untuk rumah kita dari sasaran pencuri atau penyamun. Penjahat tidak nampak rumah kita atau pandangan mereka dihijabkan. Permohonan kita terus kepada Allah, bukan kepada makhluk lain. Ini bukan sihir atau pukau atau melakukan hipnotism, kuasa metafizik, aura atau tenaga dalam, atau perantaraan seperti tangkal dan azimat tetapi lebih kepada memohon agar diselamatkan dari musibah dll. Ingatlah bahawa pergantungan hanya kepada Allah, bukan pada mentera, jampi, tangkal atau objek2 tertentu. Penyalahgunaan boleh berlaku sekiranya kira melakukan sesuatu melampaui hajat dan keperluan. Mungkin sewaktu melintas jalan orang akan melanggar kita kerana tidak nampak kita, sedangkan kita nampak diri sendiri. Kita pun tak boleh confirm orang tu tak nampak kita. Adalah bertuah sesiapa yang meperolehi atau dianugerahi maunah, ialah satu anugerah Allah kepada sesiapa yang dikehendakinya, dengan berbagai cara dan bentuk tertentu. ok dulu sekadar ini.

Tuesday 1 May 2012

TGUH dtg bantu sy rawat

14.4.12 ( Sabtu mlm)

Kes mlm, agak teruk, wanita 40 th, dtg bawa anak dia yg dikatakan ada masalah gangguan di sekolah, pening yg tak hilang2. Masa rawat sy merasakan punca mungkin dtg dari mak dia yg bawak ni. Mak dia cerita, mak suami dia bidan kampung, ada juga masalah dan gangguan di kg. Ruqyah ke atas mak dia menghadirkan jin ifrtit, bertaraf iblis yg mengaku dimiliki jiran org ini (siap sebut nama), dia diambil kat Gerik, ifrit ini pernah dua kali balik ke Gerik tapi jiran dia dtg ambil balik, termasuk pelesit. Tujuan ialah utk kecantikan, agar sentiasa nampak cantik. Rasukan yg berlaku amat ganas dan suaminya tak mampu memegangnya, lalu sy panggil beberapa pembantu utk pegang dan sambung ruqyah. Ifrit ini banyak menabur fitnah masa diruqyah. Masa sy ruqyah, jin ifrit ini beritahu Us Haron Din dtg bantu sy, lepas tu dia keluar dari badan org. ini. Dia kata Us Haron saja dia takut, yg lain tidak. Sy jawab makhluk hendaklah takutkan Allah, makhluk tak boleh takutkan makhluk, dia nampaknya cuba pusingkan aqidah manusia.

Penangan Back to Face

14.04.12 (Sabtu)
Satu keluarga besar dtg berubat utk berbagai2 jenis masalah, semuanya 13 org, sy tak dpt ceritakan satu persatu.
Pesakit lain, pasangan yg baru kahwin 16.3.12 lepas. Suami cerita 2 minggu sebelum kahwin rasa macam nyawa nak ditarik, ketakutan. Ini berlaku bermula sejak dia tengok cerita perang Back to Face, lps tu dia rasa takut. Masa merisikpun dia rasa kena kapit muka dan gigi ditarik2, lps kahwin masaih ada rasa takut dan berdebar. Isteri dia juga mengadu ada masalah gangguan pada 2007, pernah berubat, juga masalah gangguan di tapak rumah di kampung. Dia berjanji akan bawak tangkal kemudian iaitu buku pengubatan (cara buat tangkal dll) sert keris silat.

Pesakit berikut ialah wanita, staf di salah sebuah hospital pakar perubatan terkenal  di negara ini. Ada masalah psiriosis iaitu ovary cancer, 16 cm @ 1 kg, dah operate sebulan lps, masa tu stage 3, kini dah buat kemoterapi 1/6 kali. Kini doktor cakap sel tu dah merebak ke liver, disyakki sel ini dah membesar. Sy ruqyah dia dan beritahu blh teruskan rawatan di hospital, cuma ada pilihan utk ditambah dgn doa dan ruqyah sebab kesembuhan itu sebenarnya milik Allah swt. Sy berjanji utk sediakan formulasi khas utknya (penyakit berkaitan hepatitis), berilah sy beberapa hari utk dptkan bahan dan sediakan khusus utknya.

Sihir Jin katak

13.04.12 (Jumaat)
Kes bayi (usia 10 bulan) yg tak mahu tidur, makan dsb, lepas baca ayat kerusi dia tergelak, lepas tu merah2 di kaki, belakang dan ada ruam dlm mulut. Nenek dia juga tak boleh tidur dan 2 mlm, pesakit diebetes yg ambil insulin 4 kali sehari, ada darah tinggi, perut kembung sblh kanan.

Pesakit berikut dpt penyakit kulit berbiji2 , gatal , menggerutu macam kulit katak, hidapi sejak umur 24 th iaitu selepas 2 th bercerai (1992). dia tak boleh tidur, kena tindih, ditekan kepala, ada penda pegang macam tapak tangan di kepala, blh rasa ketika dia nak hadir. Terakhir 2 minggu lps dia nampak benda tu, macam katak besar.. Anak tunggal dia meninggal waktu usia 15 th, kini tinggal dgn kawan, selalu mimpi menyusu budak, jatuh dari tempat tinggi, mimoi badan banyak lintah. Bekas suami dia dah meninggal dan masa bercerai dikatakan ada org ketiga. baru2 ini dia mimpi bekas suami dia duduk ditangga flat tempat dia tinggal. Ramai doktor2 pakar kulit yg ditemuinya namun tidak dpt dikenalpasti apa penyakitnya. Pernah barang2 dlm rumah berubah seperti tudung saji tiba2 jatuh, pisau duduk atas meja dll.  Gangguan ini makin teruk sejak 3-4 th lepas dan siksaan ini dia tanggung dah lebih 20 th. Setelah diruqyah dia marah2, mengamuk, merasuk dan tergolek2 di lantai, garang, sehingga terpaksa diikat kaki dan lutut. Sy call 2 pembantu dtg utk pegang krn dia semakin agresif. Dia mengaku jin penyihir yg membawa penyakit itu. Jin terus mengganas namun setelah diruqyah kira2 20 minit, dia mulai ok.
Sementara itu seorg pesakit lain yg menunggu giliran utk dirawat, meminta sy suruh pesakit di atas balik, amat busuk katanya, entah jin tu dari longkang mana, suruh dia balik, sambil dia menutup hidung. Yg bercakap tu jin Islam, namanya... (sy yg Islamkan beberapa bulan lepas). Pesakit ini dtg utk sambung rawatan. Jin ini hanya ikut pesakit ini, tak masuk dlm rumah dia, hanya berada di luar, sebabnya...tak blh diceritakan di sini, ada sebab2 tertentu. Pesakit ini pun turut dirawat dan ok. Ada beberapa maklumat yg tak sengaja diceritakan olehnya termasuk tarikh PRU 13. Sy tanya macamana kamu tahu, dia kata dia tengok cacatan dlm diari di rumah PM. Tarikh ini biarlah sy rahsiakan, kalau betul betullah, kalau tak, dia cakap bohong, itu saja.

Pesakit lain, sepasang suami isteri yg belum dpt zuriat, dtg bawa 2 jenis tangkal utk dibatalkan, termasuk yg kena diikat oleh suami di pinggangnya. Suami isteri ini cerita byk perkara 2 pelik terjadi dlm keluarganya. bapa dia dulu pernah berubat dgn TGUH pada 1989, ini 23 th lepas. Dia baru mimpi labah2 besar(ada foto ditunjukkan kpd saya), semalam dia mimpi ayah dia. Sebelum sy rawat pasangan ini utk dpt zuriat, selepas itu ok, period lewat 2 minggu, entah kenapa lps tu mimpi jin ....sehingga dia keluar darah.