Blogger Templates

Sunday, 12 February 2012

Perut buncit tiba2, sakit misteri dan trick agar jin tertipu

Hari ni (Sabtu 11.02.12), pagi di DS sempat merawat kira2 18 orang dan malam pula 6 orang. Kebanyakan kes gangguan dan rasukan. Ada beberapa kes yang pelik. Antaranya seorang pesakit, pengendali kedai makan, bila diruqyah terdapat gangguan, lepas tu perutnya buncit tak semena-mena. Sy tanya dah pergi check hospitel ke apa ke, dia kata pergi check klinik tak ada apa-apa, x-ray pun tak ada apa-apa, oklah setelah diruqyah, perut mula kempes dan minta dia terus sapu air yg diruqyah di perut setiap malam sebelum tidur.
Kes kedua seorg pesakit kes ulangan, dulu jinnya yg berasal dari Siam dah pergi dah, dah masuk Islam. Kini yang baru dihantar, asal sempadan kat Perlis, dia marah sebab tak dapat makan babi iaitu sajian kegemarannya dan tuannya tidak bagi makan apa-apa, dia marah lalu menyakiti wanita ini. Seperti jin terdahulu, yg ni tak beragama, harganya lebih murah dari dulu. Bila tanya tentang Islam, dia tak tahu apa-apa, sy kata di Perlis takkan kamu tak tahu apa-apa ttg orang Islam. Dia diam sebentar kemudian berkata bahawa dia tahu Juanda. Sy tanya mufti tu ke. dia angguk. Setelah menerangkan serba sedikit ttg Islam dan akibat menzalimi manusia, juga tentang syurga dan neraka serta dirinya ditipu oleh manusia pengupah, maka dia sanggup, angguk. setuju terima Islam dan beriman kepada Allah. Sy tanya boleh kamu tunjukkan rupa kamu supaya dpt membezakan rupa kamu antara sebelum dan selepas Islam? rupa kamu sekarang amat buruk dan setelah Islam insyaAllah rupa kamu akan jadi cantik, dia setuju lalu tunjukkan rupanya, sy kata jangan duduk kat muka dia, kamu pergi kat situ (sy tunjukkan di belakang pintu), tiba-tiba pesakit sedar, pesakit kata jin tu dah pergi. Teringat bhw sy belum Islamkan dia, lalu sy panggil masuk balik dan dia masuk. Dia ni jin lelaki, diberi nama.(nama spt sy, dia yg minta).....setelah mengucap syahadatain, sy minta dia pergi belajar agama di sebuah surau iaitu..... Moga dia tidak menipu. Ini trick yg pernah dipraktikkan utk mengalih tumpuan jin dan minta dia keluar dari badan pesakit dan lepas tu kena terus ruqyah dgn doa hijab atau berkubu agar dia tak kembali memasuki badan pesakit dgn izin Allah.
Kes ketiga seorang permuda, berlaku masa memancing waktu mahgrib dkt westport, sblm tu kerja serba tak kena, nak tebang satu pokok bermasalah,mesin tiba2 berhenti, buat hal dsb, seolah2 tak bagi tebang, balik memancing, mukanya naik bengkak satu kepala sampai ke pipi macam kena kayap, amat sakit dan pedih, kat rumah sewa kawan dia dengar suara dia tapi dia tak ada, juga nampak kepala manusia serta kain kuning berbungkus kat katilnya, juga ada lembaga di situ.
Kes keempat setelah dirawat, jin ini tak mahu keluar, dia merayu sungguh2, dia suka sangat org ni, dah duduk sejak kecil, dia enggan keluar dan kalau satu masa tuhan engkau izinkan baru aku keluar (dia ckp kat sy). Sy kata tak blh macam ni, kamu dah zalimi dia, kalau kamu betul2 suka kamu tak akan zalimi dia, sakitkan dia. Oleh krn jin ini boleh keluar dan masuk dgn senang dari tubuh org ni, sy doakan agar Allah permudahkan kerja ini, satu masa yg sesuai keluarkan dia, kerja keluarkan jin bukan kerja manusia, manusia hanya pohon, itu hak dan urusan Allah, kalau ada perawat mendakwa dia yg keluarkan jin, itu tidak betul, perawat hanya berusaha, sembuh itu hak Allah. Jin yg satu ini berjanji dan bersumpah tidak akan menyakiti wanita ini walau sedikit pun, kalau dia berbuat demikian dia akan disiksa oleh Allah dgn azab yg pedih. Dia dah peluk Islam sebentar tadi, namanya .....Bolehkah kita pegang janji ini?. Manusia hanya berikhtiar, itu soal antara dia dgn Allah, kalau kita betul2 ikhlas, nescaya Allah maqbulkan permintaan kita (perawat dan pesakit serta jin tadi). Lalu diruqyah dan dia tak lagi menyakiti pesakit. Moga hal ini berterusan.

Peringatan: Jin adalah makhluk yg banyak tipu muslihat dan amat sedikit yg boleh dipercayai. Berhati-hatilah jangan mudah terpedaya.

No comments:

Post a Comment