Blogger Templates

Wednesday 15 February 2012

Pasangan India mahu zuriat lelaki

Hari ini rabu (15.02.12), ada satu pasangan berbangsa India, janji nak dtg semalam namun  sy tunda sebab smlm agak ramai pesakit, so mereka berdua dtg sebentar tadi, bersama seorang ustaz, kawan dia satu tempat kerja. Pasangan ni beragama Hindu tapi percaya kaedah rawatan Islam boleh membantu mendapatkan zuriat, dia kata nak anak lelaki, anak sedia ada satu 13 tahun dan satu lagi 8 tahun, kedua2 perempuan, kalau boleh mahu anak lelaki pula. Masa dia call sy tak syak dia India kerana fasih macam org melayu cakap. Ok lah sy rawat mereka berdua dan doakan agar diberikan zuriat, sebelum ni mereka dah buat check-up dan tiada sebarang masalah, termasuk klink pakar di Damansara oleh pakar sakit puan terhandal di negara ini. dah makan berbagai jenis ubat, mengurut dsb, namun belum berhasil. Sy doakan juga pada air dan minta pasangan ini minum, sapu di beberapa bahagian anggota badan dsb...insyaAllah tuhan akan makbulkan, kena yakin.

Peringatan:
Pasal doa ke atas pesakit non-muslim ni, tiada masalah, di DS sendiripun ada juga pesakit2 non-muslim dtg kerana pelbagai jenis penyakit. Kita boleh doakan kesembuhan, namun tidak boleh memohon keampunan Allah utk mereka sebab mereka non-muslim, kita juga boleh doakan agar dibuka pintu hati dan diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah. 

No comments:

Post a Comment