Hari ni (6.2.12) Isnin, cuti umum, sy ke HUKM ziarah ahli keluarga yg masuk wad setelah buat operation pangkreas, masa di situ, sy terima sms wanita yg sakit nak bersalin di Hospital Labuan dahpun bersalin. Pagi tadi sy doa lagi (kaedah telepathy) agar sakitnya hilang dan bukaannya yg ketika itu hanya 3cm moga bertambah dan moga dia bersalin mudah dan cara normal. Ini semuanya kehendak Allah dan dia selamat bersalin bayi perempuan 3.5 kg. Selepas ziarah sy teruskan perjalanan ke lokasi yg diberikan oleh seorg pesakit agar ke rumahnya utk merawat bayinya serta rumah yg dia sendiri tak snggup tinggal di situ kerana ada gangguan. Ringkas cerita masuk saja ke rumah, saya tinjau beberapa tempat dan ada 3 tempat yg mendebarkan, menyeramkan, sy perhati keadaan rumah dan ternyata ada banyak azimat dan wafak (kertas bertulisan pelbagai gaya dan huruf) dilekatkan di semua tempat dan penjuru rumah. Tuan rumah cakap wafak dan azimat tersebut diberikan oleh beberapa org ustaz yg merawat keluarganya sebelum ini. So, bila digelar ustaz, dia pun percayalah. Di pintu masuk dan keluar rumah ada tapak kuda (ladam) yg dipebuat dari logam yg dah berkarat di sangkut di atas pintu, ada 4 semuanya dan lain-lain. Sy minta ditanggalkan kesemuanya dan dikumpulkan utk dibatalkan. Sy perhatikan tanda-tanda lebam di bayi dan ibunya, lebam2 ini sekejap ada, sekejap tak ada.
Sy tak berhajat nak cerita keseluruhan episod rawatan di sini, cuma ada satu perkara yg cukup memelikkan dan tak terfikir dek akal, inilah sesuatu yg tidak pernah sy alami dan mungkin juga rakan2 perawat lain. Bayi 3 bulan bercakap. Itulah yg terjadi pd bayi ini. Bayi ini ada gangguan dan dia bercakap dengan suara yg bukan telor kanak-kanak. Jelas dan nyata. Dia kata pada ibunya: Maa, maa, ada hantu,sana ada hantu, sambil tuding jari ke arah ruang tengah atas rumahnya (tempat tangki air). Memang di tempat tu ada beberapa wafak dan penyepit buluh (seperti penyepit ayam percik) yg sebelum tu sy minta turunkan. Hal ini adalah pertama kali berlaku pada sy sebagai perawat. Sy teruskan rawatan dan sapu air ruqyah di beberapa tempat lebam di badannya, mohon Allah selamatkan dia dari gangguan dan jangan dikacau ganggu lagi bayi ni selepas ni. Kesian usia dia baru 3 bulan tapi dah dipergunakan oleh makhluk halus. Moga2 tak berlaku lagi pada bayi ini, biarlah dia bercakap ketika usianya munasabah. Sy pun tak berhasrat nak cerita panjang kalau ditanya hal ini kerana ada sesuatu yg patut dirahsiakan demi mengelak aib seseorang.
Pengajaran: Kita hendaklah sentiasa memohon agar diselamatkan oleh Allah dari segala gangguan berpunca dari manusia mahupun bukan manusia dnn jangan disangka kanak-kanak terselamat dari gangguan, mentang-mentang akalnya masih mentah dan mindanya belum matang. Hal ini tidak mustahil berlaku dan kes ini adalah antara buktinya...satu lagi jangan pakai azimat, tangkal dan jampi mentera yg menyeru nama-nama makhluk halus walaupun dilakukan oleh perawat bergelar ustaz, Hadith sahih menyebut" Bahawa jampi mentera, tangkal dan azimat adalah perbuatan syirik.
No comments:
Post a Comment