Jumaat (24.02.12) lepas kuliah di surau ingat nak rehat, namun dtg ramai juga, antara kes yg boleh dijadikan pengajaran ialah; seorg pesakit suami isteri yg belum ada zuriat, dtg bawa banyak tangkal azimat termasuk yg direndam dlm tangki air rumahnya, dah lama dah, sampai hampir reput, kata bomoh yg bagi utk pendinding diri.
Kes lain seorang wanita yg sebelum ni mimpi nak dipegang oleh 4 lembaga, esok paginya tak lalu makan, lepas tu amat lalu, nak makan saja, sampai tak boleh bernafas, tersedak, juga lembaga hitam duduk atas sejadah, sejuk sangat sampai nak solat asar dah tak boleh.
Kes lain pesakit yg dulu mengadu pasal perniagaannya dah ditutup, datang bawa baki sejenis serbuk macam kopi yg dibakar masa berniaga dulu, utk asapkan tempat berniaga sebagai pelaris. Masa nak dtg tadi dia sakit belikat, sebelah kanan dan menggigil. Waktu ruqyah sy perasaan bhg depan dahinya agak panas menajam sehingga jari manis sy terasa tercucuk. Sy agak ini kesan susuk. Bila ditanya dia mengaku pernak pakciknya beri dua botol benda berisi utk dicalit setiap pagi dan malm di bhg kening sebagai penyeri. Botol tu dah kosong dan dia lupa dimana diletakkan kedua2 botol kosong tersebut, sy minta cuba cari, kalau jumpa perlu dibatalkan. Sy pula kena ruqyah jari sendiri sebelah kanan utk hilangkan kesan tu dan al-Hamdulillah ok. Dia menceritakan suaminya tidak mempercayai tangkal azimat namun ada sesuatu yg disorok suaminya macam tangkal, marah sungguh kalau disentuh atau diminta tengok, beg duitnya pun tak boleh disentuh isteri, apalagi nak belek apa yg ada dalamnya. Selain azimat atau tangkal, suami dia ada menyimpan ganja termasuk di rumahnya sendiri, isteri ada jumpa dan ambil sepeket utk simpan sebagai bukti, tapi dah dibuang sebab kesalahan simpan dadah. Isterinya mengaku suaminya ambil dadah dah lama, lebih 18 tahun sebelum nikah lagi, mereka sendiri pernah bersekedudukan sebelum nikah, sekarang dia dah insaf, bertaubat dan rajin juga solat, kecuali suami dia kini dah 3 bulan tak solat langsung, cuma solat jumat pergi juga. Anak2 tak tahu pasal ni kecuali yg sulung, ahli keluargnya juga tak tahu kecuali baru2 ni bila dia mohon fasakh. Antara sebab mohon fasakh kerana tak tahan sebab suaminya gila seks melampau. Setiap mlm dia masuk bilik air ambil dadah dan selepas itu minta bersama, dan nafsu suaminya ini tak kira samada dia period atau tidak, dia tak tahu pasal hukum, macam binatang, sedangkan isteri langsung tak bernafsu , katanya kalau hari2 macam ni, mana ada selera. Itu antara sebab dia mohon fasakh, tapi keluarga sebelah suami tak tahu apa yg ditanggungnya berbelas tahun, anak2 juga tak perasan.
No comments:
Post a Comment