Hari ni (Khamis 16.02.12), mlm, keluarga pesakit ini (lelaki usia 17 th) datang dari Pahang, dekat kawasan Lentang, Bukit Tinggi, ibunya baru ambil pesakit dari Hospital Temerloh di bawa kemari, sebelum itu dimasukkan ke hospital Bentong, doktor kata ada gastrik, beri pain killer dan disuruh balik, sebelum ditransfer ke situ. Kes ini agak pelik, doktor2 pakar hairan, pakar otak, pakar saraf, pakar telinga dll. Simptom ada tapi ada keanihan, doktor suspek macam2, namun tak konsisten, terakhir suspek dikatakan menghidapi meningitis (sejenis penyakit akibat jangkitan kuman pada selaput otak), air sumsum di tulang belakang sudah diambil, macam2 ubat dan vaksin dicucuk, diagnosis dibuat tapi puncanya belum dikesan. Ibunya cakap selepas balik dari hosp Bentong, anaknya muntah, jadi lembik, mata meliar, terkencing atas katil, dah buat CT Brain di Hosp Temerloh, dikatakan ada Meningitis tahap 4, lepas itu anaknya macam tak boleh mendengar, telinga mendengung (tuli total), menggelupur, tenaga kuat macam 4 orang lelaki dewasa, macam beruk bercakap dan beraksi (menurut ibunya). Ujian pendengaran sehingga tahap kebisingan 120db pun tiada tindakbalas. db adalah sklala pengukuran tahap kebisingan atau kenyaringan di mana tahap ini menyamai kenyaringan jet supersonik sewaktu nak take-off atau bumyi letupan batu di kuari. Namun itupun tidak memberi apa-apa tindakbalas ke atas pesakit ini. Doktor di situ kata, belum pernah ada kes meningitis yg menggelupur macam ni. Rekod interaksi dgn doktor ada, tapi menggunakan pen dan kertas, tahap ingatan masih tajam. Dia mula kena serangan ni waktu bantu bapanya berniaga gerai di satu kawasan R & R 2 minggu lepas, kebetulan waktu maghrib. Masalah sekarang tak dengar apa-apa, dulu lidah macam itik, kaku, hanya bunyi mcm beruk, lepas 5 hari di ICU baru boleh bercakap, tapi tak boleh mendengar. Soalan ditulis baru dia jawab, pertuturan masih elok.
Sy rawat lelaki remaja ini dan bapanya minta air penawar. Ibunya macam rasa tak apa-apa, tak minta dirawat atau didoakan, cukup dgn air ruqyah utk anak, suami dan dia. Gerak hati sy mengatakan tentu ada sesuatu yg dia tak ceritakan. Selepas rawat suaminya dan seorang kakaknya (mak saudara pesakit), barulah dia duduk dan bersedia utk diruqyah. Sewaktu dia diruqyah, dia nampak relaks tapi cemas dan membaca sesuatu dan sy dengar macam ayat2 Quran, adakalanya dia ikut apa yg sy baca, mana-mana yg dia tak tahu dia diam,,,adakalanya hanya nampak mulut berkumat-kumit. Rasa macam ada getaran yg kuat, dlm hati sy kata ini bukan sembarangan org, namun yg ni sy tak ceritakan pd sesiapa. Selesai rawatan barulah ibunya membisikkan banyak perkara, apa yg dia amali masa dulu2 sampai sekarang. Dia dgn suami nampak baik dan mesra, dipanggil sayang pd suami, namun mereka tidak tinggal bersama, tinggal asing-asing, mereka ada 5 anak, sy tak nak cerita selanjutnya kisah yg mereka sendiri ceritakan, cuma mereka kata rasa panas, tinggal asing-asing tak apa, tapi kalau dekat, bersama tak boleh, oklah tinggalkan dulu kisah mereka. Isteri memang adakalanya boleh nampak sesuatu, pasal tragedi tsunami dulu, dia kata dah nampak sebelum berlaku lagi, dan kisah2 lain yg menggemparkan negara dia nampak sebelum berlaku lagi (sy tak nak sebut sebab sensitif dan kontroversi kerana melibatkan tokoh2 terkenal dan selebriti tanahair), dia sering rasa macam nampak cahaya, kelibat dsb, bila diselidiki dia ada opah jadi bidan, bukan sorang tapi dua, bidan tradisional dan tukang urut yg ada dampingan. Setelah ditanya, maknya beritahu, sebelum anaknya berkelakuan anih, dia meleteri anaknya dan sebagai tindakbalas terjadilah sebagaimana yg terjadi, bunyi dan aksi macam beruk. Dia ingatkan anak dia buat2 bodoh, sedangkan dia tak tahu anaknya dah tak boleh dengar apa-apa ketika itu, hanya kerkebil2 dengar leteran emaknya, lalu hot sakanlah maknya.
Mengenai apa yg dialaminya (mak pesakit) selama ini, dia rasa apa yg ada pada dirinya adalah kurniaan dan anugerah Allah, sentiasa berdoa dan minta pertolongan Allah, namun dia selalu mimpi yg anih2, misteri, ular macam2 jenis dan warna, banyak pulak tu dll. Dia kata setiap kali musibah, kemalangan, sakit dan sebagainya belaku pada hari Jumaat (siang atau malam), hari2 lain tak berlaku, sy jawab itu hanya kebetulan, jgn fikir yg negatif. Sy cuma berkata mintalah pertolongan Allah dari tipu muslihat dan tipu daya iblis dan syaitan, yg datang kpd kita biasanya yg tak elok, yg baik tak ada masa nak campur urusan manusia, yg dah mati, ruhnya tak akan kembali, yg datang dan mendakwa macam2 tu, wali ke tok syeikh ke, kemungkinan syaitan dan iblis. Dia mengaku ada kawan dia nampak dia ada dua, kawan dia nak tegur dan beri salam tak tahu yg mana satu. Dia juga tanya pasal qarin, sebab ada org kata dia ada qarin, sy kata memang ada disebut dlm Quran, namun kita tak tahu mana satu yg baik dan mana yg tidak, elok sentiasa memohon perlindungan Allah. Guru saya (TGHD) sering memperingatkan bahawa manusia yg sering nampak makhluk2 halus, bukanlah satu kurniaan, anugerah dan keistimewaan baginya, bahkan satu bala yang perlu dihindari dan perlu pohon agar Allah menjauhkannya.
Berbalik pada anaknya tadi, sy nasihatkan balik nanti potong rambut biar nampak kemas sikit, bersihkan diri. ini tidak, sangat kusut masai, panjang bergentel2, tak terurus dan baunya sudah cukup digemari oleh jin2 jahat. Tak apalah mungkin duduk hospital dah lebih 2 minggu. Sy cakap potong rambut nanti jangan pakai mesin, pakai gunting saja utk elak gegaran. Tujuan sy agar air ruqyah tadi dpt disapu di kepala, mengenai kulit kepala, dan diterap (bungkus) dgn tuala atau sapu tangan yg dibasahi dgn air ruqyah dan doa, agar sakit di kepala (selaput otak) dan telinganya sembuh dgm izin Allah. Berkemungkinan pendengarannya dikunci, dihijab atau ditutup oleh makhluk halus, sebabnya pemeriksaan rapi oleh pakar menunjukkan organ pendengaran elok dan tiada masalah. Bab kunci pendengaran, pertuturan, penglihatan dan fikiran sering berlaku dan sy hadapi byk kes2 sebegini.
Pengajaran:
Pergilah dulu jumpa pakar di hospital utk diagnosis dan kalau tak dpt dikesan puncanya, bolehlah guna rawatan cara Islam. Cuma kes ini agak lewat, setelah disyorkan berubat cara Islam, barulah datang. Pergi ke mana dulu pun tak apa, sebab hak kesembuhan hanya milik Allah.

No comments:
Post a Comment