Kes pertama, seorang nenek 78 th, tinggal sorang di selatan tanah air, anak2 jenguk kalau cuti, dibawa kemari utk dirawat, ada cerita berkaitan sanak saudara di kg yg masih meneruskan amalan pelik2, nenek ni masa di kg cakap sorang2, jerit2 dan selalu tak sedar apa berlaku, diebetes dah 20 th, pernah anaknya ambil barang2 lama peninggalan nenek moyang yg disimpan sejak zaman Jepun termasuk keris dan beberapa kertas bertulis jawi-arab yang sukar dikenalpasti, namun tercatat banyak perkataan ganjil, ini dinamakan wafak.
Kes kedua, wanita muda dah berkahwin namun belum dikurniakan anak, malam sakit perut macam kena cucuk, beralih2 tempat, serign kebas satu badan, loya dsb, tidur tak lena, muntah, mimpi pelik2.
Kes ketiga, nakanya berusia 3 tahun kerap menangis, seolah2 ketakutan bila berada di rumah, sering batuk, teruk dari jam 1-6 pagi, masa siang tinggal di rumah pengasuh, ok. ibunya cakap selalu ada benda/lembaga hitam menghempap, terutama ketika di bilik utama. Janji ke rumahnya utk memagar/membersih rumah bila ada free.
Kes keempat, seorang bawa mak mertuanya, 56 th, ada gangguan, bengkak dan keras kaki kiri dari lutut ke kaki, sukar bangun, kebas dan solat atas kerusi, ada diebetes dan suntik insulin. Stelah dirawat wanita ini mengamuk/merasuk seolah2 menjengkel biji mata menyua ke arah saya, marah setelah diruqyah, sy teruskan ruqyah dan menjangka hal ini akan berlaku, dah lama dirawat dgn pelbagai jenis kaedah, namun ini kali pertama ahli keluarganya menyaksikan dia merasuk kerana gangguan, taklah sy nak cerita dari mana gangguan itu, cuma sy beri beberapa nasihat agar keluarga ini pulih dari gangguan. Lepas itu rawat suaminya, sy syakki ada gangguan namun sy ruqyah yg ringan2 sebab nampaknya beliau kurang bersedia dan sy pun tak mahu bila menderam nanti, banyak rahsia yg keluar, tidak elok waktu ini. Seterusnya dirawat anak perempuannya yg sudah berkeluarga, merasuk lagi, agak ganas, degil dan suka menipu, adakalanya mirip masalah psikologi. Akhirnya ok dan saya beri daun bidara utk dibuat mandi. Saya nasihatkan keluarga ini agar bersepakat dalam mencari kesembuhan dan mereka pun berikrar tidak akan mendatangi mana-mana bomoh lagi termasuk yg memakai gelaran ustaz tapi mengamalkan perkara yg merosakkan aqidah.
Pengajaran: Masalah tinggalan barangan lama daripada org2 yg dulunya menyemah, menjamu/menyajikan utk makhluk2 halus perlu ditangani dengan cermat. Elok dibuat pemutus perjanjian tanpa syarat2 yg merugikan manusia dan bebaskan makhluk2 ini dari ikatan perjanjian yg dibuat oleh nenek moyang sekiranya ada.
No comments:
Post a Comment