Ahad 19.02.12, pagi ada kursus di sebuah masjid, tengahari ziarah anak di asrama SAMBEST USJ5 dan jam 2.30 ptg bertolak dari Subang Jaya menuju ke Johor kerana menziarahi seorang lagi anak di asrama Pusat Matrikulasi Tangkak, lepas tu terus balik dan sampai Puchong sebelum maghrib, pandu antara 140-160 kmj, sekali sekala lebih sikit. Selepas isya', datang pasangan suami isteri, dulu 2-3 bulan lepas pernah datang kerana sakit bisa tangan sebelah kiri, dah ok dah, sekarang sakit kaki pula, bahagian tumit, nampak bengkak, yang ni dah 2 minggu, seminggu lepas jumpa bomoh, katanya kerana kawan dia ajak, tapi tak sembuh, lalu dtg sini. dia dah kahwin 4 th, masih tiada zuriat, ada senggugut, masa awal perkahwinan masing2 tak suka, kalau mak dia sakit, dia juga turut sakit, di rumah juga ada gangguan, bunyi, nampak kelibat, mimpi bukan2, pernah dipatuk ular 2 minggu sebelum kahwin. Dia simpan banyak tangkal dan azimat di rumah, termasuk memasukkan sejenis kayu dalam tangki air, botol ada ranting kayu utk minum airnya, dia janji nak bawa semua benda2 tu esok mlm utk dibatalkan, namun sehingga post ini ditulis (21.2.12), dia belum datang. Mungkin juga silap saya sebab kali pertama datang dulu sy tak beritahu ttg keburukan benda2 tu yg boleh membawa kpd syirik, justeru dianggap dulu hanya penyakit fizikal, so rawat sebagai sakit fizikal dan dia pun tak beritahu ada simpan benda2 tu, dan sy pulak tak tanya, barangkali kesuntukan masa waktu tu.
Pengajaran:
No comments:
Post a Comment