Peringatan
i) Umat Islam digalakkan untuk mengkaji dan menganalisis dengan lebih mendalam perkara-perkara yang berhubung dengan bidang perubatan ini, samada untuk menghasilkan ubat-ubat yang lebih mujarrab ataupun untuk mengenal pasti teknik-teknik rawatan dan pengesanan penyakit (diagnosis) yang lebih baik ataupun lain-lainnya, insyaAllah.
Ini berpandukan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Kalimah yang bijaksana ialah barang yang kehilangan dari seorang yang bijaksana. Di mana saja ia mendapatinya, dialah yang lebih berhak memilikinya."
(Ibn Majah dan Tirmidhi)
Berhubung dengan ini Hasan Al-Banna telah berkata: "Islam membebaskan akal mendorong supaya menilik dan mengamati kejadian alam sekeliling. Islam mengangkat tinggi kedudukan ilmu dan ahli-ahli ilmu. Mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hikmah adalah suatu barang yang hilang daripada seorang mukmin di mana saja beliau mendapatinya, beliaulah yang lebih berhak memilikinya. Sesungguhnya usaha-usaha yang seperti ini adalah merupakan suatu ibadah.
ii) Kadang-kadang di dalam proses pengubatan, para doktor terpaksa membuat keputusan-keputusan penting. Umpamanya ia terpaksa memilih satu di antara dua cara untuk mengubati seseorang pesakit sedangkan kedua-dua cara pengubatan itu mempunyai risiko dan kemudaratan yang tersendiri. Sebagai contoh, persoalan samada perlukah suatu pembedahan yang berisiko tinggi dilakukan ataupun dibiarkan sahaja si pesakit dengan keadaannya, yang mana ini juga mempunyai risiko yang tinggi.
Kaedah yang mesti dipegang ialah:-"Harus mengambil yang ringan di antara dua kemudaratan."
Sekiranya seseorang doktor tidak ada pilihan melainkan terpaksa memilih satu di antara dua bentuk pengubatan yang sama sama memudaratkan, hendaklah dipilih cara pengubatan yang kurang memudaratkan dibandingkan dengan cara yang lainnya. Sebagai contoh, Rasul pernah menyuruh dua sahabat Baginda memakai sutera untuk mengubati penyakit gatal mereka. Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Walaupun jelas mengikut kacamata syari'at, memakai sutera bagi lelaki adalah memudaratkan kerana ianya haram, tetapi ianya merupakan kemudaratan yang lebih ringan jika dibandingkan dengan kemudaratan yang akan menimpa jika dibiarkan penyakit gatal-gatal ini berterusan! Lantas Rasul telah memilih kemudaratan yang lebih ringan dengan mengizinkan kedua-dua orang sahabat Baginda itu memakai sutera untuk seketika.
(maklumat di atas dipetik dari tulisan Dr Daniel Zanal Abidin dengan melakukan suntingan)

Pembedahan (Operation)
Pada ketika-ketika diperlukan, Islam mengizinkan pembedahan dilakukan ke atas pesakit.
Menurut satu hadis:
"Nabi telah menghantar seorang tabib kepada Ubai ibn Kaab yang sedang sakit. Tabib itu telah memotong saluran darahnya dan kemudian menyelar (cauterize). (Muslim)
Menurut satu hadis yang lain:
Abdullah ibn Abbas telah berkata: "Nabi telah berbekam dan telah memberi upah kepada si pembekam darah. (Bukhari dan Muslim)
Berbekam bererti memotong satu bahagian badan untuk mengeluarkan darah daripadanya. Kesemuanya ini menunjukkan harus memotong badan pesakit untuk mengeluarkan darah dan melakukan pembedahan pembedahan lain dalam usaha untuk mengubati pesakit.
Menyapu Ubat Di Atas Kulit (Topical Application)Menurut satu hadis:
"Nabi telah menghantar seorang tabib kepada Ubai ibn Kaab yang sedang sakit. Tabib itu telah memotong saluran darahnya dan kemudian menyelar (cauterize). (Muslim)
Menurut satu hadis yang lain:
Abdullah ibn Abbas telah berkata: "Nabi telah berbekam dan telah memberi upah kepada si pembekam darah. (Bukhari dan Muslim)
Berbekam bererti memotong satu bahagian badan untuk mengeluarkan darah daripadanya. Kesemuanya ini menunjukkan harus memotong badan pesakit untuk mengeluarkan darah dan melakukan pembedahan pembedahan lain dalam usaha untuk mengubati pesakit.
Rasul pernah berubat dengan cara menyapu ubat di atas kulit yang dihinggapi oleh penyakit. Menurut satu hadis:
'Tidak mengenai Rasulullah sesuatu luka ataupun duri melainkan disapukan inai diatasnya."
(al-Tirmizi)

Memasukkan Ubat Ke Dalam Rongga-Rongga Badan.
Harus juga memasukkan ubat ke dalam rongga-rongga badan sekiranya ia diperlukan untuk mengubati sesuatu penyakit. Sesungguhnya Nabi telah menyuruh mengubati sejenis penyakit bernanah di antara hidung dan halkum dengan memasukkan ubat ke dalam rongga hidung pesakit itu. (Abu Daud)
Di dalam hadis yang lain: Seorang wanita telah diserangi penyakit di bahagian matanya, lantas berkatalah Abdullah ibn Mas'ud: "Sekiranya kamu melakukan seperti mana yang dilakukan oleh Ar-Rasul ini lebih baik untuk kamu dan lebih layak untuk sembuh iaitu kamu memasukkan air ke dalam mata kamu dan berkata: Jauhilah penyakit. Wahai Tuhan bagi manusia, sembuhilah penyakit kerana Kamulah Yang Maha Penyembuh dan tidak ada ubat melainkan ubat kamu, penawar yang tidak akan meninggalkan penyakit."
(Ahmad, Ibn Majah dan Hakim)
Lantas harus memasukkan ubat-ubat ke dalam rongga-rongga badan seperti hidung, mata, telinga dan lain-lainnya sekiranya ini diperlukan untuk merawati sesuatu penyakit.

Memakan Ubat
Satu bentuk rawatan yang telah ditunjukkan oleh Rasul ialah memberi ubat-ubat untuk dimakan oleh pesakit-pesakit (oral medication).
Menurut satu hadis: Seorang sahabat telah datang memberitahu Rasul bahawa saudaranya sedang diserang oleh penyakit cirit-birit. Maka Nabi pun menyuruh agar diberikan madu kepada saudaranya, untuk dimakan. Akan tetapi penyakit cirit-birit saudaranya itu tidak berkurangan malah semakin bertambah buruk. Sahabat ini telah menjumpai Rasul sebanyak tiga kali mengadukan perkara ini dan di setiap kali perjumpaan itu, Rasul menyuruh agar diteruskan memberi madu. Pada kali yang keempatnya, Nabi pun bersabda: "Allah bercakap benar dan perut saudaramu yang ber- dusta." Lantas diberikan madu untuk kali yang keempatnya, maka baiklah penyakit saudaranya itu.
(Bukhari dan Muslim)

Berpantang Ketika Sakit
Islam menyuruh mereka yang sedang mengidap sesuatu penyakit, berpantang daripada apa-apa saja, yang akan menyemarakkan dan menambahkan lagi serangan sesuatu penyakit itu.Mengikut satu riwayat:- "Rasulullah telah memasuki rumah Ummu Munzir bersama Saidina Ali. Saidina Ali ketika itu sedang hampir sembuh daripada penyakitnya. Rasulullah pun bangun mencapai buah-buah tamar yang tergantung di dalam rumah itu untuk dimakannya dan Saidina Ali pun turut bangun untuk mengambil buah tamar seperti yang dilakukan oleh Ar-Rasul.
Lantas Ar-Rasul pun bersabda kepada Saidina Ali: "Sesungguhnya kamu hampir-hampir sembuh daripada penyakit!" Saidina Ali pun tidak jadi memakan buah-buah tamar itu. Ummu Munzir pun memasak bubur gandum dan menjamu mereka dengannya. Bersabda ArRasul kepada Ali: "Makanlah ini. Ia lebih bermanfaat untuk kamu."
(Abu Daud, Ibn Majah dan Tirmizi)
Di dalam hadis yang lain, Suhaib telah berkata aku pun datang kepada Rasulullah, dan di hadapan Baginda ketika itu terhidang roti dan buah tamar, Bersabda Ar-Rasul: "Marilah dan makan." Maka aku pun mengambil buah tamar dan terus memakannya." Bertanya Ar-Rasul: "Adakah kamu memakan buah tamar sedangkan mata kamu sedang sakit?"
(Tirmidhi dan Al Hakim)
Walau bagaimanpun, jika si pesakit berselera untuk memakan makanan yang sepatutnya dipantangi, maka berikanlah sedikit makanan itu kepadanya. Jangan dihalangi sama sekali daripada menjamahnya, kerana andaikata dihalangi ini akan mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kemudaratan apabila ia memakan sedikit sahaja daripada makanan itu. Satu ketika Saidina Ali telah datang kepada Nabi dan ketika itu dia (Saidina Ali) sedang sakit mata. Di hadapan Rasul ketika itu terhidang buah-buah tamar yang sedang dimakannya. Bersabda Rasul "Ya Ali, adakah kamu teringin kepada buah tamar ini?" (Abu Nuai'm dan Ibn Majah - Hadis Hasan) Maka Rasul memberikan sebiji-sebiji buah-buah tamar kepadanya hingga genap tujuh biji. Selepas itu Baginda bersabda: "Cukuplah setakat ini" (Abu Nuai'm dan Ibn Majah -- Hadis Hann)
Adapun tentang makanan-makanan lain yang tidak harus dipantangi oleh si pesakit, berikanlah apa saja yang disukainya.
Satu ketika Ar-Rasul telah memiarahi seorang sahabat yang sedang sakit dan bertanya kepadanya: "Apakah makanan yang kamu terasa suka untuk memakannya?"
Jawabnya: "Aku teringin hendak memakan roti gandum."
Kemudian bersabda Ar-Rasul:
"Sesiapa yang mempunyai roti gandum, maka hantarlah ia kepada saudaranya."
"Sekiranya seseorang pesakit di antara kamu berkehendakkan sesuatu berikanlah makanan itu kepadanya." (Ibn Majah)
Kesimpulannya:- Sekiranya si pesakit perlu dipantangi daripada sesuatu makanan, janganlah diberikan makanan itu kepadanya. Tetapi kalau ia berkeinginan juga untuk menjamahnya berikanlah sedikit makanan itu kepadanya. Adapun makanan-makanan lain berikanlah mengikut kesukaannya.

Menganalisa Untuk Memastikan Punca Penyakit
Pada dasarnya Islam (di bidang perubatan) menerima hakikat bahawa tanda-tanda zahir penyakit (symptoms) yang sama bukan bermakna punca dan sebab penyakit juga adalah sama. Perhatikanlah apa yang Ar-Rasul sabdakan tentang darah istihadah:
"Ia adalah berpunca dari saluran darah dan bukanlah ia darah haid..."
(Bukhari dan Muslim)
Daripada ini jelas menunjukkan, walaupun seseorang wanita boleh mengalami keadaan keluamya darah daripada farajnya, akan tetapi sebabnya mungkin berbeza. Satu disebabkan oleh penyakit disaluran darah yang di panggil sebagai istihadah dan sebab yang lain ialah haid. (Diseases with the same symptoms but different causes).
Islam menekankan aspek memastikan punca penyakit untuk tiap-tiap penyakit terlebih dahulu sebelum diberikan ubat. Ini disebabkan, sekiranya ubat yang salah di berikan kepada pesakit, akibatnya lebih membahayakan daripada mendatangkan kemanfaatan. Oleh itu ubat yang diberikan mestilah mampu, dengan izin Allah, mengubati punca sesuatu penyakit (cause), bukan hanya mampu mengurangkan tanda-tanda zahir penyakit itu (symptomatic treatment).
Perhatikanlah sabda Rasul tentang penyakit yang dibawa oleh lalat:
"Jika terjatuh lalat di dalam bekas (air atau minuman) seorang di antara kamu, maka hendaklah dibenamkannya kemudian dikeluarkannya, kerana sesungguhnya salah satu daripada dua sayapnya mempunyai penawar dan sayapnya yang lain mempunyai penyakit." (Bukhari)
Di dalam hadis ini, Ar-Rasul memberi isyarat tentang kepentingan menghapuskan punca penyakit dengan ubat yang tertentu. Ar-Rasul tidak menyuruh sahabat-sahabat Baginda membiarkan saja racun dari lalat itu dimakan dan kemudian apabila kelihatan tanda-tanda racun itu dibadan (symptoms), maka terus diubati sahaja tanda-tanda zahir itu. Akan tetapi Ar-Rasul menyuruh kita memusnahkan punca penyakit ini dari awal-awal lagi, dengan menyuruh sahabat- sabahat membenamkan lalat itu didalam bekas makanan ataupun minuman. Ini merupakan suatu peringatan tentang kepentingan memusnahkan punca penyakit di dalam usaha-usaha pengubatan.
Mengikut hadis yang lain riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi telah mengubati penyakit sihir yang menimpa Baginda dengan mengeluarkan bahan-bahan sihir daripada sebuah perigi dan kemudian membuangnya. Ini juga merupakan petanda bahawa pengubatan sesuatu penyakit mestilah bermula dengan memastikan puncanya terlebih dahulu dan kemudian menghilangkan atau memusnahkan punca atau penyebab sesuatu penyakit itu.
Lihatlah pula perkataan Imam Ibn Qaiyim tentang cara pengubatan penyakit pening:- "Dan cara pengubatannya berbagai-bagai kerana pelbagaian jenis dan sebab-sebabnya. Ada bentuk pening yang memerlukan pembuangan sesuatu benda dari badan. Ada yang memerlukan makanan-makanan (tertentu)..."
Perkataan Ibn Qaiyim menunjukkan kepada kita tentang kepentingan memastikan punca sesuatu 'symptom' (tanda penyakit) sebelum memulakan rawatan. Kesamaan'symptoms' penyakit-penyakit bukan bermakna kesamaan punca!. Lantas tidak salah bagi umat Islam mengujudkan makmal-makmal tertentu untuk memeriksa umpamanya, air kencing, air ludah dan sebagainya untuk memastikan punca sesuatu penyakit, sekiranya ini diperlukan. Begitulah juga diharuskan penggunaan X-ray, alat-alat ultrasounds dan lain-lainnya untuk menentukan sebab sesuatu penyakit ketika ini diperlukan.

Pengasingan Atau Isolation/Quarantine
Islam telah mengutarakan konsep pengasingan (iaitu mereka Yang sakit tidak boleh bergaul dengan mereka yang sihat terutamanya di dalam pengubatan penyakit-penyakit berjangkit).
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Sekiranya kamu terdengar taun menyerang di suatu tempat, jangan kamu memasuki tempat itu. Dan sekiranya kamu berada di suatu tempat dan taun menyerang, jangan kamu keluar daripadanya." (Bukhari dan Muslim)

Menggembirakan PesakitPesakit perlu diberikan semangat dan kekuatan psikologi. Ini akan menghilangkan perasaan putus asa. Jangan sekali-sekali dikatakan kepadanya: "Awak sudah tidak ada harapan lagi!"
Telah bersabda Ar-Rasul:
"Tatkala kamu menziarahi seseorang pesakit hilangkanlah kerisauannya tentang ajalnya. Walaupun ini tidak dapat menolak sesuatu, tetapi ia dapat menenangkan jiwa.
(Ibn Majah dan Tirmidhi)
Di samping itu mintalah si pesakit mendoakan kita, kerana doanya dimakbulkan Allah.
Telah bersabda Ar-Rasul:
"Apabila kamu menziarahi seseorang pesakit, suruhlah dia berdoa untuk kamu, kerana sesungguhnya doanya seperti doa malaikat." (Ibn Majah)
Namun di institusi-institusi perubatan sekarang, sering kita melihat para doktor, jururawat-jururawat dan lain-lainnya mengherdik dan menengking pesakit-pesakit, Ini cukup menyedihkan bukan menggembirakan mereka.

Ikrar Perawat
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani
Saya bersumpah demi Allah ... Yang Maha Agung
Bahawa saya akan mengingati Allah di dalam menjalankan tugas saya
Bahawa saya akan melindungi nyawa manusia di semua peringkat dan di dalam semua keadaan, melakukan dengan seberapa daya saya untuk menyelamatkannya dari maut, penyakit, kesakitan dan kegelisahan ..
Bahawa saya akan menjaga kehormatan semua orang, melindungi perkara-perkara peribadi dan mengunci rahsia mereka ..
Bahawa saya akan sepanjang masa memperhambakan diri kepada belas kasihan Allah, memberikan khidmat perubatan saya kepada yang dekat dan yang jauh, yang baik dan yang berdosa serta kawan dan lawan .. Bahawa saya akan berusaha di dalam mengejar pengetahuan dan menggunakannya untuk manafaat dan bukan untuk merosakkan manusia ..
Bahawa saya akan menghormati guru saya, mengajar perawat dibawah saya dan menjadi saudara kepada pengamal perubatan lain dan bekerjasama di dalam semangat ketaqwaan dan kebajikan ..
Bahawa saya akan menghidupkan keimanan saya semasa berseorangan atau di khalayak ramai, mengelakkan perkara yang boleh mencemarkan saya pada pandangan Allah, RasulNya dan orang beriman yang lain. Semoga Allah menjadi saksi kepada ikrar ini.

KERAHSIAAN PROFESIONALOrang-orang yang beriman diperintahkan menyimpan rahsia orang lain ... lebih-lebih lagi jika orang itu seorang doktor, kerana orang akan memberitahu rahsia dan meluahkan perasaan kepada doktor mereka dengan rela hati, yakin dengan kerahsiaan profesional yang dipegang oleh profesion perubatan semenjak awal zaman lagi. Rasulullah s.a.w bersabda bahawa tiga ciri-ciri orang munafik ialah: "Bila dia bercakap dia bohong, bila dia berjanji dia mungkir dan bila disuruh pegang amanah dia khianati". Seorang doktor hendaklah merahsiakan seketatnya segala maklumat yang diperolehinya melalui penglihatan, pendengaran atau secara kesimpulan. Semangat keIslaman juga memerlukan butir-butir di dalam undang-undang patut menekankan hak pesakit untuk melindungi rahsia mereka yang telah diluahkan kepada doktor. Pengkhianatan keatas amanah ini akan menjejaskan imej amalan perubatan, selain dari menjauhkan kumpulan tertentu dari mendapatkan bantuan rawatan perubatan.
(maklumat di atas dipetik dari tulisan Dr Daniel Zanal Abidin dengan melakukan suntingan)
No comments:
Post a Comment