Semalam (1.2.12) rawatan taklah memenatkan sangat, agak ringan. Pesakit pertama mengadu kena kayap dah disahkan oleh pihak hospital. Kayap ni disebabkan virus, samada kayap ular, tali pinggang, tapak kucing dsb, antara bahan yg sy syorkan ialah kapur kerang sama rumput sambau atau kayu sepang diasah, basuh dgn air rebusan patawali dulu, tapi pesakit hanya bawa air mineral dan air zam-zam. Sy beri dia muntah belut utk dilumur di kawasan kena kayap, air zam-zam utk minum dan disapu sebelum comor muntah belut.
Kedua, satu keluarga, masalah dia dan suami masih ada gangguan tidur dsb, juga anaknya yg enggan masuk kelas, sampai sekolah saja buat hal, pura-pura muntah, buat keras tak bergerak macam pengsan, mengadu sakit dan enggan bercakap, dibawa balik elok terus, hal ini kerap dilakukan, ibunya hilang punca dikatakan anaknya buat olok-olok dan beliau mati akal memikirkannya.
Ketiga seorang isteri yg keadaannya bertambah baik berbanding dulu, namun masih ada sesak nafas, sukar tidur mlm dan sering sendawa. Beberapa bulan dulu saya beri beberapa jenis herba untuk direbus dan minum, saya tanya dah habis ke herba tu direbus. Suami isteri berpandangan sesama sendiri dan berkata: Belum lagilah ustaz. Oh patutlah, ubat periuk tu elok direbus dan diminum utk membuang angin dalam badan sebab disyakki banyak angin yg terperangkap dalam badan. Sy kata elok balik nanti, rebus dan minum secara istiqamah agar penyakit hilang dgn izin Allah swt.
Peringatan: Ruqyah dan guna bahan rawatan hendaklah dibuat secara istiqamah sehingga pesakit benar2 merasa sudah sembuh dan terhindar dari segala macam gangguan.
No comments:
Post a Comment