Blogger Templates

Sunday, 26 February 2012

Abstrak Kertas Kerja utk Kongres Pengubatan Islam Nusantara 2012

Abstract for The 1 st Regional Congress for Islamic Medicine)
TITLE:
THE USING OF TIWALAH, TAMA’IM AND WAFAK AMONG THE TRADITIONAL AND ALTERNATIVE MEDICINE HEALERS  IN MALAYSIA: AN EXPLANATION FROM ISLAMIC PERSPECTIVE
By
Abdullah Yusof, Ph.D
Academy of Islamic Studies
University of Malaya
Penggunaan tiwalah, tamimah dan wafak di kalangan para pengamal pengubatan tradisional dan alternatif di Malaysia masih terus berlaku meskipun Islam telah menjejaki bumi Tanah Melayu dan Nusantara sejak beratus-ratus tahun dahulu. Sebahagian dari para pengamal masih menjalankan aktiviti mereka sebagai lanjutan atau warisan dari nenek moyang mereka terdahulu dan sebahagian lagi memiliki kebolehan tersebut hasil perguruan dan pengalaman yang diperolehi dari masa ke semasa. Kalimah tiwalah, tamimah @ tama’im misalnya telah disebut banyak kali dalam hadith-hadith sahih yang melarang penggunaannya kerana boleh membawa kepada kerosakan akidah dan terkeluar dari Islam, namun atas nama ikhtiar sebahagian bomoh, dukun dan pawang, bahkan ahli agama serta orang ramai masih terus terlibat tanpa sebarang rasa bersalah. Apatah lagi sebahagian amalan mereka telah diwarnai dengan unsur-unsur Islam dan mendakwa amalan mereka tidak bercanggah samasekali dengan Islam. Justeru itu ramai di kalangan orang jahil bahkan yang berpendidikan agama terpedaya dan terperangkap dalam tipuhelah ini dalam situasi  mereka mahukan kesembuhan segera walau apa cara sekalipun. Kertas ini akan membentangkan petunjuk-petunjuk dari al-Qur’an dan nas-nas dari Hadith Nabi SAW serta hujah para sarjana Islam mengenai penglibatan sebahagian dari ahli masyarakat Islam dalam permainan dan tipu daya makhluk halus yang terdiri dari samada jin, iblis, syaitan dan sebagainya. Semasa pembentangan nanti peserta akan ditunjukkan sebahagian dari foto yang dirakam dari objek-objek yang benar-benar digunakan dalam amalan perbomohan dan perdukunan bahkan yang mengecewakan sebahagiannya disediakan oleh ahli-ahli agama yang bergelar ustaz dan ustazah, imam, hafiz dan sebagainya. Meskipun amalan pengubatan adalah perkara yang dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri, menjadi fardu kifayah serta menjadi warisan tamadun umat Islam, namun pelbagai faktor termasuk kosmologi telah membentuk suatu situasi yang bercampur aduk antara haq dan batil. Apatah lagi usaha mereka mempamerkan banyak hal yang mencarikkan adat, maka tentulah dengan penglibatan makhluk halus samada disedari mahupun tidak, samada disengajakan mahupun tidak, adalah menjadi komponen penting dalam amalan para kahin, ‘arraf dan munajjim ini.


Kertas ini dalam proses pembikinan....

Abdullah Yusof, Ph.D
abdy@um.edu.my

013-6720840

No comments:

Post a Comment