Hari ni Khamis (9.2.12) cadang nak rehat sikit, namun terima banyak call dan sms ttg rawatan susulan, sy cakap nantilah kalau ada free, blh confirm kemudian. Lagipun pagi ni sy kena resmikan satu program di sebuah sek. men. di Puchong, kebetulan saya adalah YDP PIBG di situ sejak 7 th lepas dan kerap juga terima jemputan utk program mcm ni. Kes pertama dia cakap pernah jumpa saya disember 2011 kerana masalah period yg berterusan sejak kahwin, tak henti2, belum dapat anak walau lebih 8 th kahwin. Setelah dirawat dan diminta minum beberapa jenis ubat, dia kata haid terbaru 25 januari 2012 dan habis 2 februari 2012. Itu dah normal, cuma hari akhir keluar ketulan darah hampir sebesar hati ayam. Dia tanya macam mana, sy cakap insyaAllah episod gangguan haid dan pendarahan yg berterusan akan ok dgn izin Allah. Cuma rawatan elok secara istiqamah, kena teruskan minum air ruqyah dsb, jgn cepat leka dan puashati kerana penyakit yg berpunca gangguan boleh dtg kembali kalau kita leka dan lupakan pergantungan kpd Allah, elok diteruskan. Sy tak cakap kena jumpa sy, sebab ini berkaitan etika perawat, jangan offer diri dan jgn dorong pesakit jumpa kita, biarlah dia sendiri buat keutusan, dia dtg berubat dgn kehendak dan kerelaan dia sendiri. TG selalu berpesan pasal ini.
Kes lain pasal gatal semakin keronik, ini memang sy dah jangka sebab gatal disebabkan gangguan (sebab ramai doktor pakar dan periksa, macam2 ujian dan kaedah radiologi/radioterapi dilakukan, masih tidak diketahui puncanya, dan doktor sendiri minta berubat di DS. Isteri pesakit ini risau, sy kata itu antara simptom yg biasa berlaku, dlm seminggu biasanya oklah, teruskan sapu air zamzam yg diruqyah, namun sy tanya dah buatke sapuan pakai serbuk kulit pisang emas yg dijemur kering dan dirumus dgn bedak sejuk asli atau kapur kerang, dia kata belum lagi. Dlm hati berkata; patutlah sakit dan rasa gatal teruk, dia hanya guna daun mambu (daun mambu hanya utk elak gatal, bukan merawat penyakit kulit tu), sy dah pesan kena cari kulit pisang emas (serbuk) atau guna kayu sepang tapi dia belum buat.
Kes lain pasal tangkal yg menurut pesakit, bapa saudaranya di Singapura akan buang ke laut. Sy cakap nanti dulu, perlu dibatalkan dulu dan dibuang segala kesan menerusi ruqyah syar`iyyah, lepas tu nak buang ke , tanam ke bolehlah, jangan main hentam, nanti benda tu mengamuk, dia cakap akan bawa dari Singapura utk dibatalkan. Ok sy tunggu.
Peringatan: Setiap rawatan mesti istiqamah, jangan cepat berpuashati bila ok sikit, kena teruskan berdoa agar penyakit sembuh sepenuhnya. Kedua, bahan rawatan yg disyorkan hendaklah dipatuhi, jgn main mudah, termasuk minum dan sapu air yg diruqyahkan di samping solat hajat minta Allah swt sembuhkan segera. Ketiga, tangkal dan azimat hendaklah ditawarkan atau dibatalkan dulu sebelum dibuang atau dimusnahkan kerana dikhuatiri ia masih ada dampingan tertentu apabila diisi dlm upacara mementera dan menjampi benda2 tu, khususnya dari kalangan yg memiliki saka.

No comments:
Post a Comment