Blogger Templates

Wednesday 8 February 2012

Singlet dan seluar pendek ketok

Rabu 8.2.12 , ada beberapa kes, termasuk yg ada temujanji tapi tak dpt datang manakala ada yg tiada temujanji tapi tiba2 muncul depan pintu. Drp 7 kes, ada dua yg agak serius dan blh dijadikan pengajaran dan kedua2nya melibatkan kes dgn pasangan masing2. Pertama masalah kemurungan, kebingungan dan kesedihan yg melampau kerana bekas isterinya kahiwin lain 2 hari lepas tanpa disangka2 sedangkan bekas isterinya sudah berjanji utk rujuk semula. Dia tak boleh lupa isterinya dan amat menyanginya walaupun isterinya bermain kayu tiga dan keluar dari rumah (nusyuz). Pendekatan kaunseling digunakan utk membantu lelaki ini dan nampaknya dia blh terima pandangan; dia harus bekerja krn anak2 amat memerlukannya, jangan membinasakan diri sendiri, terimalah ketentuan Allah swt, jangan biarkan anak2 menderita, kalau diikutkan hati yg hancur luluh, dia akan sakit jiwa dan boleh jadi gila. Mahukah dia jadi gila dan anak2nya seramai 5 org itu berbapakan seorang gila?. Dia blh terima nasihat dan moga Allah swt mengeluarkannya dari kekusutan fikiran dan kepedihan ini. Berdoa dan solat hajat antara tindakan yg boleh diambil utk tenangkan fikiran.
Kes kedua, inipun agak memeranjatkan. Sebuah teksi berhenti depan rumah dan pemandu, seorang India dtg minta tolong, katanya ada seorg perempuan Melayu dlm teksi, masalah besar dgn teman lelakinya yg tak nak bertanggungjawab, ajak kahwin tak nak dan dia seolah2 nak main-main saja. sy kata oklah sy cuba tolong dan minta dia pergi beli air mineral dulu, lepas tu dtg balik.
Sewaktu sy sedang ruqyah seorg pesakit tiba-tiba meluru masuk seorg perempuan pakai t shirt dan seluar pendek (kain jeans) singkat macam spendour saja, lalu duduk di kerusi kayu di ruang tamu. Ini kes berat, nasib baik cuma ada 3 pesakit lain masa ni yg nampak dia. Sy panggil isteri dan membisikkan agar diberi pakai kain batik dan tudung kepala pd perempuan tadi. Semasa sy meneruskan ruqyah pd pesakit lain, dia dah siap pakai kain batik sarung yg diberikan. Sy pergi kat dia dan tanpa apa masalah sebenar. Terkejut juga sy sebab dia memang pakai nama Melayu, asal Jawa Barat tetapi penganut Protestan dan umur 20 an. Dah lebih 1 tahun dtg kerja kat Malaysia. Dia tinggal bersama seorang lelaki cina pertengahan umur, beragama Budha di sebuah apartment tanpa ikatan perkahwinan, dah hampir setahun dan perempuan ini tak kerja, lelaki tadilah yg menyaranya dan mereka hidup bagai suami isteri. Menurutnya keluarganya di kampung tidak tahu hal ini dan keluarga cina tadi juga tak sukakannya. Yg jadi masalah dia ajak kahwin, pelbagai alasan diberikan, nak ditinggalkan lelaki tadi tak boleh sebab dia kata dah cinta sangat. Sy kata ramai lelaki Indon di sini tapi dia tak nak, lelaki cina ini baik katanya. Dia minta agar lelaki tadi sudi kahwin dgnnya dan tak ingat lagi dgn bekas kawan perempuan  cina tadi yg dah putus beberapa tahun lepas. Sy kata elok ajak cina tu pergi Medan atau Jakarta, kahwin sana ikut Kristian (masuk Budha lebih bermasalah), senyap2 dan balik Malaysia blh hidup bersama, hati pun senang. Dlm hati terlintas nak dakwah kpd Islam, namun ini bukan masa sesuai. Menurutnya nenek dia Islam tapi keturunan dia lepas tu semuanya Kristian, itupun hanya nama, tak patuhpun. Alang2 dah bawa air sy doakan agar Allah berikan petunjuk kepadanya dan jangan biarkan lelaki cina tadi ambil kesempatan...diminta dia dan cina itu minum air malam dan pagi agar terbuka hati untuk kahwin, kalau tidak maksiat akan terus berlaku dan juga agar Allah bukakan pintu hatinya kepada Islam. Kita boleh doakan agar dpt hidayah tapi tak boleh doakan agar Allah ampunkan dosa org bukan Islam. Katanya org Indonesia biasa saja kahwin Kristian dgn Islam, tapi dgn Budha jarang. Dua jam lepas sebelum blog ni ditulis, perempuan tadi sms katanya, selepas balik semalam, dia bagi minum air ruqyah pd cina tu dan kesannya yg lelaki cina tu terus tidur, lama....
Pengajaran: Jangan cepat putus asa dan belajarlah menerima takdir Allah swt kerana isteri itu adalah pinjaman, bila2 masa boleh diambil, bukankah jodoh itu ketentuan Allah, mungkin akan diganti dgn yg lebih baik. Kedua, kita sebagai perawat tidak boleh menolak kalau org bukan Islam meminta bantuan kita, asalkan utk perkara2 kebaikan dan ini kena dilakukan dgn cara paling berhikmah agar mereka menyenangi Islam dan niat berdakwah mesti ada.

No comments:

Post a Comment