Blogger Templates

Monday, 27 February 2012

Cucunya benih orang asli kafir

Sabtu (25.02.12) kes hani ini agak banyak, sy sendiri merawat kira2 30 org, termasuk di DS. Hanya beberapa kes nak dicoretkan di sini.
Pertama pesakit yg dah pergi kepada ramai bomoh dan hasilnya bila tengok cermin nampak badannya bongkok, tak tengok biasa saja. Penyakit dan simptom yg dialami bantyak sgt nak diceritakan di sini, dia pernah terlibat dlm satu aliran silat, masa sakit dulu pernah pergi mengurut, tukang urut itu pula yg sakit, lalu tukang urut tu pergi berubat, sejak itu tukang urut itu cuba mengelak, kini senyap terus, dia tak mengurut org lagi. Dia menghilang entah ke mana.

Kes lain seorg lelaki pertengahan umur, pengurus sebuah syarikat, masa main futsal, bola terkena lehernya, balik rumah tak boleh bercakap , besoknya tak boleh buat apa-apa, cakap lain tapi yg sebenarnya dia nak lain. Ke hospital scan dsb, ok tak ada apa-apa, lepas tu ke hosp. lain, disyakki ada darah beku, masalah saraf juga, memori ok tapi doktor kata masalah vocabulary, dia tak boleh sebut nama sendiri, dia ingat, boleh tulis, tapi bila disebut nama lain, begitu juga nama isteri dan anak2, hari pun lain, jam lain dsb. Dah 2 minggu dia macam ni.

Kes lain, ini agak berat, sepasang suami isteri dan emaknya mengadu dgn wajah sugul dan kebingungan. Ini masalah anaknya yg sekarang menjadi penghuni sebuah rumah perlindungan. dia minta diusahakan agar anaknya kuat semangat, tabah dan mendapat ketenangan. Sy seorang guru, tapi anak sy terlanjur, hanya itulah anak kami, prpm pulak tu, 17 th, nak ambil SPM, hanya sy dan suami serta emak yg tahu, lain2 ahli keluarga tak tahu, kami cuba sorok sebab malu dan tak mahu masa depannya terjejas. Sy biarkan dia ceritakan, lepasnya keluhan dan rasa sebak yg terpendam. Anaknya skrg dah ditukar sekolah (hanya dokumen sebab hakikatnya tak bertukar, sebab setelah selesai segala-galanya dia merancang utuk ditukarkan kembali ke sekolah asal). Kisahnya bermula bila anaknya mengalami period yg tak teratur, sedangkan sebelum ini ok. Dibawa ke hospital utuk check kalau ada apa-apa penyakit, ibubapa menjaga dia bagai menatang minyak yg penuh, dia anak tunggal. Bila diberitahu rahimnya dah berisi, usia 6 dah minggu, terkejutlah anaknya, bertempik dan meraung2, emak dan ayahnya hanya mampu tanggung beban, nak marahkah anak, hal ini dah berlaku, dah terlanjur. Emaknya kata anaknya seorg yg baik, tidak sosial, hanya keluar sekali sekala hujung minggu dgn kawan2 utk makan di restoran makanan segera, itu saja, tapi tak tahulah apa yg terjadi sebaliknya. Anaknya kata ada seorg lelaki yg dia kenal dan mereka suka sama suka, umur lelaki itu 21 tahun, tak sekolah, kerja bengkel motor. Sy hiba bila dengar emaknya cerita, lelaki itu adalah orang asli, betul2 org, asli, kafir pulak tu, beragama kristian dan ramai org perempuan yg dah dirosakkannya. Selepas diketahui hal ini mereka pernah bersemuka dgn pemuda itu dan dia buat selamba saja, dgn egonya, namun kedua ibubapa ni tak mahu repot polis sebab tak mahu kehilangan masa depannya, pelajarannya, rumahtanggannya nanti, malu pada kawan2, jiran, ahli keluarga dll. Emak dan ayahnya sejak diketahuinya perkara ini, terus pindah rumah walaupun tempat kerja masih sama. Justeru itu dia tak repot, hanya nak tunggu anaknya bersalin, kini usia kandungan 7 bulan, penantian 2 bulan lagi amat mendebarkan, apatah lagi doktor yg memeriksanya mengesahkan kandungannya songsang. kalau dibedah nanti, tentulah meninggalkan parut, parut yg sukar disembunyikn, sebagai bukti pernah bersalin, pernah terpalit noda,mana nak disorokkan. Luka boleh sembuh namun parutnya tetap ada. Ohh, dia menangis lagi, suaminya turut bergenang air mata, ibunya (nenek mangsa) juga yg dah tua ada sebelah mengesat2 air mata dgn hujung lengan baju yg dipakainya. Sesi ini memakan masa lebih sikit sebab pendekatan kauseling perlu dilakukan. Kena berikan semangat agar  kembali kepada Allah untuk memohon keampunan, mungkin sebagai balasan atas kesilapan2 kita masa lampau. Selepas bersalin nanti ibunya akan memasukkan kembali anaknya ke sekolah asal, pasal bayinya, dah ada org sanggup ambil, dia sendiri tak sanggup jadi nenek dari benih seorang org asli kafir, yg bukan menantunya. Emaknya harap bila sekolah semula, anaknya dpt lupakan mimpi buruk ini, igauan yg entah boleh dilupakan, entah tidak. Yg dirisaukan pemuda yg buat hal itu akan hubungi kembali anaknya, dan anaknya sendiri masih ada hati pada pemuda itu. Bingung sungguh kes ini, namun sekiranya kita memohon pertolongan Allah, nescaya Allah sentiasa menolong. Identiti watak2 dlm kisah benar ini tetap dirahsiakan sampai bila2. Setelah selesai dan diberikan air ruqyah, mereka keluar, lalu masuk pesakit lain yg gelisah menanti gilirannya dari tadi.
Malam pula, ada dua kes menarik, satu batu bersaiz dua penumbuk yg tiba2 muncul kalimah Allah dan minta saya pagarkan rumahnya dgn ruqyah perlindungan dari gangguan jin dan syaitan. Satu lagi kes syaitan yg menumpang dalam badan seorang wanita, degil, syaitan ini yg tak mahu saya datang ke rumah  pesakit ni, macam2 cara dibuat, dia kata akan sesatkan saya nanti, sampai tak jumpa jalan menuju ke sana, dia merayu2, menyembah2, minta jangan pergi ke rumah pesakit ini. Kata bertegas akan datang juga nanti, kita jumpa di sana. Pesakit ini sendiri yg minta tapi ada2 saja yg tergendala. Wahai syaitan laknatullah. akhirnya syaitan itu pergi, namun permainan ini belum berakhir. Sy pasti datang tapi belum dipastikan bila.

Pengajaran:


.

No comments:

Post a Comment