Blogger Templates

Sunday, 26 February 2012

Kertas kerja di World Congress for Islamic History and Civilisation pada 10-11 Okt. 2-11

HIJAMAH  DALAM  TAMADUN ISLAM: APLIKASINYA DI MALAYSIA MASA KINI

Abdullah Yusof[1]

Department of Islamic History and Civilization, Academy of Islamic studies, Universiti Malaya, 50603, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 013-6720840, E-Mail: abdy@um.edu.my

Abstrak

Hijamah merupakan salah satu amalan pengubatan yang dipraktikkan sejak beribu-ribu tahun dalam sejarah peradaban umat manusia. Amalan ini dipraktiikan diseluruh dunia dan menjadi tradisi di kalangan pelbagai bangsa baik di Timur bahupun di Barat sehingga hari ini. Pada zaman Islam, Nabi Muhammad sendiri melakukan amalan ini dan diikuti oleh para sahabat, tabiin dan seterusnya diwarisi sehingga ke hari ini serta menjadi sebahagian dari sunnah Nabi SAW sepertimana ditegaskan menerusi beberapa hadith SAW. Di Malaysia hijamah dijadikan salah satu amalan dalam pengubatan alternatif bukan sahaja di kalangan masyarakat Melayu bahkan dalam masyarakat lain. Terdapat beberapa jenis dan kaedah hijamah dilakukan seperti hijamah kering, hijamah basah dan hijamah  luncur. Objektif kertas ini ialah mengenengahkan kebaikan dan kelebihan hijamah yang berupaya mengatasi pelbagai jenis penyakit baik penyakit jasmani mahupun penyakit rohani di kalangan manusia. Untuk memahami  amalan ini, kertas ini akan menunjukkan poin-poin utama hijamah, garis panduan dan kepentingan menjalani sunnah ini. Di kalangan masyarakat Islam di Malaysia, hijamah dikenali sebagai Bekam Sunnah.  Semoga kertas ini berupaya mengajak masyarakat Islam khususnya untuk kembali mengikut sunnah dengan mempraktiikkan kaedah rawatan hijamah selain perubatan alopati, alternatif dan komplementari lain.



Key words: Hijamah-bekam- cupping- pengubatan Islam-Nabawi









[1] Beliau merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarh dan Tamadun islam, Akademi Pengajian islam, universiti Malaya..

No comments:

Post a Comment