Blogger Templates

Monday 30 January 2012

Pelaris

Pesakit ni dah beberapa kali dtg tp ditakdirkan sy tiada sbb dtg mengejut dan x buat appointment dulu, sy x buat rawatan sepenuh masa, kalau cuti, hari minggu atau malam, insyaAllah ada, yg dtg kebanyakan buat appointment, tapi tak apalah, ini yg semalam telefon, pagi ni dia betul2 dtg, beritahu kawanya yg suaminya lari dari rumah dah balik, so, kawannya tak datang bersama. Pesakit ini selain sakit2 seluruh badan, lebam dsbnya,  ada masalah dengan suami dan perniagaan, banyak halangan yg berlaku, sebelum ni jenuh berubat merata tempat namun semuanya bukan cara Islam, ini kali pertama dia tahu dan jumpa perawat yg menggunakan kaedah Islam, dia ada bawa minyak pelaris dlm tas tangannya yg diberi bomoh, namun katanya masalah tak juga selesai bahkan semakin menjadi tak keruan, dengan suami juga bermasalah, di rumah dan dlm kereta ada banyak lagi tangkal dan azimat, bermacam2. Sy ambil masa agak lama menerangkan ttg rawatan Islam agar dia memahami kaedah ini dan terhindar dari amalam membawa syirik dan  kufur. Dia berjanji tak akan mendatangi bomoh atau mana-mana penilik lagi, akan dibuang segala tangkal, dlm hati sy kata ini bukan kerja mudah, mungkin ada halangan selepas ni, ancaman bomoh2 misalnya, namun doa kepada Allah dipanjatkan agar aqidahnya dpt diselamatkan dan yg syirik itu dihindari.

Peringatan: Sekiranya masih ada hubungan dengan mana-mana bomoh, dukun, kahin dan pawang yg mengamalkan perkara pelik dan berunsur sihir, jauhilah segera, putuskan hubungan rawatan dgn mereka kerana ia boleh membawa kerosakan aqidah dan membawa kesyirikan serta kekufuran.

Saturday 28 January 2012

Tangkal dan Benteng Rumah

Pagi ni (29.1.12) sepertimana dijanjikan, dtg seorg wanita, anak dan mak saudaranya dari Singapura, bawa baki tangkal dan azimat yg pernah dibawanya minggu lepas. Tangkal berupa satu bekas bertalikan warna kuning diletakkan patung tembaga macam tokong, ada cecair dan beberapa jenis bahan terapung, warna kemerahan, juga baki 3 batang logam berukir yg dipasak dlm konkrit (mozek) di empat penjuru rumah sbg bengeng dari gangguan. Pesskit minta dibatalkan dan ditawarkan tangkal2 tadi agar gangguan di rumah dan pejabat dapat dipatahkan. Alhamdulillah pesakit nampaknya dah sedar dan insaf bhw benda2 macam ni boleh merosakkan akidah dan berikrar tidak mahu lagi mendatangi bomoh. Moga azam dan niatnya dimakbulkan oleh Allah. Peringatan: Minggu lepas batang logam yg dipasak tak boleh dicabut, dipaksa dan hanya satu dapat, itupun patah bhg hujung tertinggal dlm konkrit. Saya nasihatkan lepas ini, jirus atau siram dulu dgn air ruqyah diikuti dgn bacaan ayat Quran tertentu, setelah itu mohonlah Allah permudahkan. Dia buat apa yg disarankan dan dengan izin Allah, dia boleh cabutnya dgn mudah, pakai tangan saja, tanpa cangkul, sedangkan batang logam yg dipasak dlm konkrit itu panjangnya hampir sejengkal. Nasihat saya bacalah dulu doa2 pembatal sebelum mencabut barang sihir dsb.

Petang ni sy diminta ke rumah saudara seorang pesakit, ada sesuatu menunggu di sana dan sy menjangkakan pertembungan menarik akan berlaku dan pertarungan dahsyat akan terjadi, so, sy kena buat persiapan lebih awal...moga Allah swt mempermudahkan usaha ini...bersambung...seperti dirancang sy sampai ke rumahnya, beri penerangn sikit ttg bagaimana nak melindungi diri dan keluarga dari gangguan fizikal dan spritual, lepas tu baca yasin beramai2, kedua ibu bapa, adik beradik dan cucu2 semua ada, berkumpul, kalau hari raya belum tentu dapat berkumpul serentak macam ni, masing2 perlu berniat utk memohon kpd Allah agar diselamatkan dan dilindungi keluarga ini dari sebarang masalah baik penyakit mahupun lain-lain. Dlm keluarga ini semua adik beradik mengalami simptom yg hampir sama, berat kepada, sakit badan, sengal, kebas dll, yg agak teruk 3 orang yg perempuan. Selepas maghrib,buat solat hajat dan merawat beberapa org ahli keluarga, termasuk yg menderam masa dirawat, ada yg masalah cyst (masa rawat, kakaknya amat marah, seolah2 jangan bagi rawat), dlm hati sy dah tahu sebabnya, bapanya pernah simpan 2 keris, satu keris yg dah makan korban 2 komunis dan ini dah diberi kpd saudaranya, 1 lagi yg pernah datuknya guna utk perasap dan buat sajian tertentu, oklah ringkas cerita sy tak nak merisaukan keluarga, nasihat guna air ruqyah dan jangan fikir yg bukan2, dia juga minta sy rawat maknya (nenek) yg dulu bidan, tukang urut dan bomoh yg pakai macam2, menjamu benda tu, dsb, tak mahu dirawat, skrg, sakit terlantar, x dpt bercakap dah, uzur sangat, sy kata tengoklah masa sesuai nanti, sy maklumkan,  sebelum balik ada seorg pesakit yg call nak jumpa sekarang, masalah peribadi, kawannya kehilangan suami (lari dari rumah) dan dia sendiripun ada masalah, sy cakap mlm ni sy perlu rehat, esok pagilah...namun demikian dlm hati sy terus memohon agar Allah beri kesembuhan kpd pesakit dan dipermudahkan...

Peringatan: Sekiranya terdapat penyakit2 ganjil, kronik dan sukar sembuh menerusi rawatan alopati, maka berusahalah kumpulkan kesemua ahli keluarga, baca yasin, solat hajat dan doa selamat agar Allah swt memberi perlindungan dari segala penyakit baik rohani mahupun jasmani.

Jin Buta, Bisu dan Pekak

Pagi sabtu (28.1.12), bermula pagi ini, di bilik ICU, merawat pesakit wanita dari Pahang, masuk saja dia pejam mata, mengeraskan diri dan tak mahu bercakap, keluarga dia seramai 5 orang ada. Setelah diruqyah hampir 20 minit, tiada sebarang reaksi, berbagai ikhtiar dilakukan, dia tetap macam tak sedar, membisu, cuba belek kelopak matanya, tak terbuka seolah-olah tergam, terkatup, mulutnya juga kejap tak mahu buka, sy ruqyah terus, lepas itu rehatkan dia sebab nak layan ramai lagi pesakit lain. Sy minta mak dia terus sapu air ruqyah muka dan cuba titiskan juga ke mulutnya. Jam 10 pagi belum sedar, 11 juga belum, sy minta beberapa perawat lain melanjutkan rawatan, berbagai cara dilakukan, berbagai teknik dicuba, namun dia tetap tak mahu bukan mata dan mulut. Akhirnya dia tiba-tiba mengerang putus2, macam orang bisu, macam kucing lekat tulang, tapi suara tak keluar, mata tertutup rapat, kelebek pun macam melekat kelopak mata, dlm hati kata mungkin ini jin yg dah buta dan bisu, mungkin juga pekak sekali. Agak buntu, jam dah lebih 1 tengahari, dah ramai pesakit lain dirawat selepasnya, namun dia masih tetap pejam mata, macam tunggul, sy kata bawa balik dulu, mandikan dgn air daun bidara dan beri minum air ruqyah, banyak zikir dll, insyaAllah akan dipermudahkan.
Petang pesakit dari Semban datang, anak dia dari Bangi pergi ambil dan lepas dirawat akan dihantar pulang lagi,lepas tu balik lagi, so,  masa perjalanan banyak jam jugalah, namun anak yg ini amat mengambil berat kesihatan bapanya meskipun dirinya sendiri sakit ada gangguan, masalahnya  perut semakin membesar, sakit, macam ada angin beralih2 kiri ke kanan dan sebaliknya, dah check di klinik tak ada apa-apa, tidur tertganggu, sesak nafas. tak boleh lelap, siang ok sikit, makan tak lalu, tak ada selera, selepas dirawat ok, balik kira2 jam 6.40 ptg,, jam 10.41 mlm terima call dia baru sampai Seremban. Pengajaran: Setiap anak yg baik akan sentiasa mengambil berat kebajikan dan kesihatan orang tuanya, meskipun masa, tenaga dan wang ringgit dihabiskan, demi ibubapa dia sanggup meredah kesesakan trafik demi kesembuhan untuk orang tuanya. Moga Allah swt memberi kesembuhan buat keluarga ini.
Malam, pesakit pertama ada gangguan, makhluk tu kata dia suka dan sayang orang ini, ustaz lepaskan saya, jangan sakitkan saya, saya tak mahu pergi, dia ada suami ke anak ke, sy apa peduli, faham tak? . itulah yg dikatakannya berkali2. Sy tetap bertegas, perbuatannya adalah zalim, sy kata kamu tak layak berada dlm badan org ini, berdosa dan manyakitinya, dia kata apa peduli, ok sy kata, kalau diizinkkan Allah kamu akan musnah, akan terbakar, akan cacat, buta dsb, dia merayu2 tak nak tapi dia tetap degil, sy teruskan ruqyah berkali2, akhirnya dia terpaksa pergi juga dan pesakit kembali normal. Saya nasihatkan pesakit teruskan amalan susulan dgn meminum air ruqyah sehingga benar2 sembuh. Pengajaran: Pesakit gangguan jgn cepat berpuashati dan leka, selagi gangguan belum hilang sepenuhnya, teruskan amalan zikir, minum air jangan putus, mandi daun bidara dsb...insyaAllah sembuh.
Seterusnya pesakit ini dah banyak kali dibawa ke bomoh, dgn pelbagai cara rawatan yg tak perlulah sy ceritakan di sini, semuanya blh membawa kpd syirik dan kufur. Setelah diruqyah tak ada tanda2 jelas gangguan, namun gerak hati sy tetap mengatakan ada gangguan berdasarkan simptom yg ada, dia hanya melentuk badan, buat malas dan mengantuk. Sy dpt idea tekan satu poin penting di belakang dn mengena, pesakit mengerang dan mula mengamuk tapi tidaklah agresif sangat, terhumban ke lantai dan menggolekkan badan, ada ketikanya mengilai tapi perlahan, cuba mengejek, setelah rawatan hampir selesai dan dia nampak dah ok, sy minta dia mengucap syahadat, tersekat2 dan tercekik leher, tersangkut, seolah ada benda yg menghalang, dia cuba tapi tak boleh lafazkan juga, sy ruqyah kembali doa pembuka benteng dan pelepas dan alhamdulillah dia boleh mengucap dgn baik, letih dan lesu, diberi minum air ruqya dan diminta berehat. Curi masa berborak dgn suaminya dan masyaAllah rupanya dia (suami) ada pertalian keluarga dgn saya, sekampung, di sekolah sama masa sekolah rendah, namun setiap kali perhimpunan keluarga khasnya di KL dia sekeluarga belum pernah hadir, justeru itulah tak cam.
Sementara itu sy beralih kpd seorang pesakit wanita yg berumur lbh 70 th, nampak berani sebab masa dirawat pesakit gangguan tadi dia cuba mendekati pesakit itu menanyakan sesuatu, menasihati pesakit itu, seolah2 benda dlm badan dia cuba berkomunikasi. ok dulu mlm ni sebab jam dah melepati 1 pagi...siang nanti dan petang ada temujanji, malam pula cadang nak rehat sebab dah lama tak rehat, hajat nak bawa keluarga pergi makan2 kat luar...Namun petang nanti ada temujanji di sebuah rumah saudara seorang pesakit...

Pengajaran: Sebelum rawatan elok pesakit buang dulu segala tangkal dan azimat yang dapat dikesan, setelah baru dibatalkan segalam susuk sekiranya ada kerana benda2 ini boleh menghalang kesembuhan dan pesakit kena memberitahu kalau pernah mengambil benda2 ini.

Friday 27 January 2012

Makan Uri

Pagi tadi (27.1.12) sy ingin rehatkan badan habiskan buku yg dibaca, semalam pergi kedai buku popular di IOI Mall belilah 3 buah buku berkaitan pengubatan dan alam jin serta sihir. Buku pertama hampir selesai dibaca, cuma bila diamati rupa-rupanya isi dan kandungan banyak yg diciplak secara langsung dari buku2 terbitan DS, tanpa dilakukan olahan sendiri, sy sedari hal ini sebagai salah seorang yg terlibat langsung dlm penyusunan kelima2 buku yg menjadi teks resmi pelajar di DS, termasuk buku berkaitan makhluk halus. Namun hati memujuk, tak apalah, yg penting ilmu tersebar, lagipun dlm bibliografi ada senarai buku2 keluaran DS disertakan sebagai penghargaan. Oklah. Tiba2 sy terima panggilan, agak cemas nada pemanggil, beritahu isterinya sudah tak larat, lemah badan, tak boleh berjalan, sakit dan berat kepala amat sangat, dia minta nak datang rumah. Saya tak ingin hampakan harapan orang, datanglah sejam lagi. Ssampai ketika, tiba, isterinya dipapah, memang tak bermaya. Setelah ruqyah pembuka (pemanas badan) dimulakan, terdapat gerakan dan getaran pada pesakit, sy tekan beberapa poin di leher dan belakang, jin diajak berbicara, menurutnya dimasukkan oleh mak saudaranya sejak kecil. masa baby, sewaktu mengasuhnya. Mak saudaranya diakui oleh pesakit adalah bidan yg melakukan upacara perasap dan menjamu, namun dia kini jadi lumpuh dan tidak mampu bertutur, oklah ringkas cerita, menurut pesakit waktu bersalin dulu, makciknya menyuruhnya makan uri dan dia makan. Beberapa ketika kemudia dia rasa tak enak, gangguan mula berlaku, pelbagai domoh dicari sehinggalah dia mengenali DS. Dia datang rumah sebab jarak rumahnya taklah jauh, lagipun sy pernah deal kes pesakit ni sebelum ini dan kenal sy.

Pengajaran ialah: berbagai cara dilakukan termasuk memakan benda kotor seperti uri, manusia sanggup kerana liciknya penipuan makhluk halus, baik yg bernama saka mahupun tidak. Sekian dulu, esok merawat di DS, petang ada temujanji dan hari minggu juga ada temujanji.

Thursday 26 January 2012

hantu raya vs pelesit

Kisah berkaitan hantu raya dan pelesit dah ramai yg mengetahuinya. Namun....pesakit yg satu ni dah lama menderita. Katanya ahli keluarga dia sendiri mengadakan upacara menjamu dan perasap senjata. Apa yg nak diceritakan ialah penipuan jin yg cukup licik, sekejap kata dari gunung ledang, sekejap kata dari Melaka dan sekejap dan Semarang, Indon. Memang makhluk jenis ni suka menipu, mempermainkan perawat. Justeru itu jangan percaya sangat cakap mereka, teruskan ruqyah sehingga dia surender, surender pun jangan berhenti, teruskan ruqyah, biar dia merayu2 minta dikeluarkan, barulah boleh dibawa berbincang, beri amaran jangan masuk badan manusia lagi, haram, nanti bertambah dosa, sarankan dia bertaubat, perkenalkan Islam, bila dia setuju bertaubat, dakwahlah secara berhikmah, beri nama, janji dan bersumpah tidak akan murtad, akan belajar agama, jadi makhluk baik, bebaskan diri dari tuan dia yg menipu dia selama ini. Doa agar Allah memelihara keislamannya kalau dia benar2 ikhlas, beri peluang, jangan tutup pintu. Moga usaha ikhlas dipermudahkan oleh Allah swt. Pesakit ini satu keluarga dan ibubapa sakit, pecah belah, panas baran, masalah jodoh, zuriat dsb. Semoga pesakit ini terus istiqamah mencari kesembuhan hakiki. Dan dia dah serik cari bomoh, akuinya.

Peringatan: Berhati2lah dengan bomoh yang menipu dan mengambil makhluk halus sebagai khadam atau pembantu ataupun melakukan sihir. Sihir adalah perbuatan yang amat dilarang keras dalam Islam.

Tuesday 24 January 2012

Syaitan vs Jin Keturunan (Saka)

Kes ni sebenarnya sy handle dah lama (lebih 3 tahun),Sebelum itu ramai pengubat yg merawatnya, namun sy tidaklah nak ceritakan hal ini nanti timbul riak pula. Kebetulan pesakit ni kuat beribadat, membaca Quran dan berzikir, banyak jin yg berjaya diIslamkan (menerusi beberapa siri rawatan) menerusi pesakit ini. Kemudian ada beberapa syaitan beria2 nak ganggu pesakit ini, namun semuanya gagal, tak tahan, antaranya kerana pesakit ini kuat beribadat dan sentiasa berzikir, tak tahan, setelah dirawat mereka akur dan belah, yg ada sekarang hanya satu syaitan, dakwanya ketua syaitan setelah yg lain2 dah keluar. Syaitan ini pun tak tahan tapi dia sukakan pesakit ini kerana cabaran sebenar berlaku. Pesakit2 lain senang digodanya tapi yg ini tidak, itulah dikatakan cabaran dan dia sanggup mati kerana ini, tapi mana ada syaitan mati, usianya sendiri dah 100 ribu tahun. Setiap kali rawatan dan diruqyah, syaitan mengaku rasa sakit dan panas , kami berdialog, ada ketikanya dia akur dan keluar dan ada ketikanya dia minta tempuh. Bg sy semua itu dgn izin Allah swt. Syaitan adalah makhluk halus yg tidak boleh diIslamkan, sia-sia berdakwah kepadanya kerana tidak muingkin beriman, dia sendiri mengaku, mana ada dalam sejarah syaitan masuk Islam, kalau berlaku padanya, ini adalah sejarah. Ada ketikanya saya buntu, sejak dua tahun ini bicaranya selamba, tidak mengganas, tidak mengancam sy dan katanya dia tak lagi menyakiti pesakit dan ini diakui sendiri oleh pesakit. Sakit hanya datang ketika dia berdepan dgn seseorang yg mengamalkan ilmu ilmu dan ilmu sesat. Pertarungan sebenar antara jin dan syaitan. Syaitan ini tidak menyukai jin2 yg ada perjanjian dgn manusia, bukannya jin2 liar. Kali terakhir sy berdialog dgnnya semalam. Dia offer nak tunjukkan rupanya, tapi sebelum saya jawab terus dia kata tak payahlah, sebab rupa dia buruk, hodoh, tidak sepertimana jin2 Islam yg lain. Tiba2 datang makhluk yg menurutnya bunian, menghampiri kami, sangat cantik katanya, beriman dan dari keluarga kuat beragama (saya tahu dan kenal mereka sekeluarga tapi tak elok diceritakan di sini). Sy kata itulah kamu syaitan rupa buruk, kalau Islam tentu rupa kamu elok dan cantik. Nak buat camna dia syaitan katanya, selama-lamanya begini, tugasnya memang utk menyesatkan manusia. Mana ada syaitan baik, tapi dia dah penat, nasib baik ada pesakit ni, tak payah dia buat kerja lebih2. Adanya dia menyebkan pesakit ini sentiasa menggandakan ibadatnya kepada Allah swt. Sy minta dia tinggalkan pesakit ini, dia setuju, 30 saat kemudian pesakit sedar. Ini kisah semalam (Isnin malam - 24.1.2012).

Monday 23 January 2012

Pemanas badan

Hari ini cuti tahun baru cina, hajat nak rehat pagi ni, namun diminta oleh seorang kenalan utk mengubati jirannya yg sering tidak sedarkan diri setelah dirasuk, Sy kata tak apalah, datanglah. Setelah lima minit diruqyah dia menggeliat dan terus pengsan, beberapa ketika kemudian beberapa bahagian badannya menggigil, sy teruskan ruqyah dan akhirnya dia sedar. Katanya perkara ini berlaku sejak dia melahirkan anak kedua 11 bulan lepas. Antara pengajaran yg boleh diambil ialah berkaitan penggunaan tangkal dan azimat juga terdapat banyak gangguan di rumahnya seperti kelibat2 makhluk halus dan cahaya putih yg mengganggu ketenangan keluarganya. Oklah mlm ni ada temujanji dgn tiga keluarga, sy kena rehat...

Malam...sy tak bercadang nak sebut semuanya, cuma kes ke 2, memberi beberapa info berkaitan yg mengaku wali atau pendekar, khasnya dari keturunan wali sembilan (wali songo),  makhluk halus yg satu ni mendakwa sebahagian dari wali2 songo bukanlah org yg baik2, contohnya penglibatan mereka dgn permainan kuda kepang, diiringi mentera dan jampi2 jawa, membawa kerosakan aqidah, upacara menurun dsb sehingga pemain kuda kepang tidak sedarkan diri, begitu juga aspek senibela diri yg diperaktikkan oleh wali songo dan keturunannya banyak menyeleweng dan mmbawa kesesatan  aqidah kepada mereka, namun dia mengaku bukanlah semua, ada yg baik cuma sedikit. . Kes lain, yg ni sy pernah handle beberapa kes saja iaitu pesakit yg keluar air (macam peluh) di kedua-dua tangan dan kaki, sentiasa basah. oklah itu sedikit sebanyak pengajaran boleh diambil dari kes ini(hari ni lebih 20 org dirawat).
Pengajaran: Terdapat kes bersifat warisan atau saka yang diterima samada dalam keadaan sedar mahupun tidak. Pesakit yang merasakan ada sesuatu yang mendampinginya, apatah lagi keturunan datuk nenek atau moyang ada membela dan menjamu makhluk halus harus berusaha mengubati dirinya tanpa jemu. carilah orang yang pandai dan ikhlas dan elakkan menemui bomoh yang menilik dan meramal. Selain itu kalau terdapat penyakit kronik, janganlah menolak untuk mengubatinya kerana setiap penyakit ada penawar atau ubatnya dan ingatlah kesembuhan itu milik Allah swt.

Rijal al-Ghayb

Pagi ahad semalam ada beberapa kes, tidaklah serius sangat, lebih kpd masalah peribadi, pengalaman pesakit menemui bomoh dgn pelbagai ragam, ada yg dlm perjalanan ke rumah bomoh tetapi takdir Allah menyebabkan dia tersilap masuk ke rumah saya, sy kata sy bukanlah org yg dicarinya, setelah berfikir sejenak, dia menukar fikiran dan mahu sy merawatnya. Alhamdulillah, ringkasnya dia dah insaf atas ketelanjuran sebelum ini kerana terlibat dlm amalan2 yg menyalahi syarak.
Malam pula adalah kira2 lebih 20 orang dtg daripada 3 keluarga, dua darinya masalah serius. Sy cuma nak ceritakan satu shj, iaitu pengalaman berdepan dgn pesakit yg tiba2 dirasuki ruh rijalul ghayb (yg dah mati sebenarnya tak kembali lagi, yg datang tu mungkin qarinnya) , seolah2 tanasukh, dakwanya keturunan panglima, susur galurnya wali sembilan, sayapun pernah dikatakan oleh bunian keturunan wali sembilan namun sy tak ambil peduli pasal tu dan sy tak percaya. Bermula elok, salam perkenalan dihulurkan dgn ucapan salam, sy sambut dgn fikiran masih mencari petunjuk, siapalah sebenarnya yg mengaku wali dan panglima ni, tak apalah, perbualan nampak mesra, namun setelah sy minta dia tak usah mendiami badan pesakit ini (yg didakwanya keturunan yg akan dijadanya), tiba2 panas baran muncul mungkin kerana darah panglimanya, seolah2 marahkan sy, sy baca beberapa ayat Quran dimarahinya seolah2 sy anggap dia kafir, sedangkan sy tidak menuduhnya begitu, sy kata kalau dia makhluk baik tentu tak takutkan ayat Quran,  sy teruskan ruqyah ayat2 pelemah dan penunduk, nampak ok sikit, lepas tu dia buka silat lebih ganas, seolah2 mengamuk, beberapa kerusi dan meja terpelanting, air mineral, zam2 dan garam/lada hitam berterabur, terpelanting dibuatnya ,sy cuba bertenang, biarkan dia begitu, minta jgn dipegangnya, ahli keluarga pesakit ada yg terkejut dan menggelabah, sy cuba tenangkan diri, minta dia jgn buat begini, wahai Tuan Haji, kalau kamu betul2 makhluk yg baik dan beriman apatah lagi bertaraf wali, ini bukan contoh yg baik, akhirnya dia minta maaf, dia setuju, sekali lagi berslaman minta maaf, sy kata mungkin pendekatan antara sy dan dia berbeza walaupun matlamatnya sama. Dia anggap sy mencabarnya sebab dia tak setaraf sy, TG Nik Aziz dan TG Haron Din juga tidak setaraf dia katanya. Dia meminta sy menasihati ahli keluarga tersebut yg berpecahbelah, dia nak jaga keluaga ini yg sering berdendam, pecahbelah, dengki dan irihati, sy kata insyaAllah selepas ini akan cuba menasihati mereka. Dia mohon diri utk pergi, tak lama kemudian dtg lagi meminta sy beri peringatan kpd keluarga trsbt dan minta maaf sekali lagi.
Dia kata tadi dia marah sebab seolah2 sy cuba mencabar dia, sedangkan ramai perawat (bukan dari DS) sebelum ini hanya tunduk dan tak berani berbuat demikian, mencabar dia. Sy kata kita sbg makhluk yg beriman kena tunduk kpd Allah, bukan kpd makhluk, hanya Dia tempat kita memohon bantuan, bukan kpd makhluk2 yg manusia tak nampak dan tak tahu asalusul dan hakikat mereka. Dia dah mula berlembut, sy masih bimbang kut2 dia mengamuk lagi. Dia juga sedia utk berkenalan dgn sy seterusnya dan memberi kaedah utk memanggilnya  (dgn membaca ayat2 Quran tertentu) dan insyaAllah dia akan datang berbicara, malam ni, saya kata mungkin bukan malam ni sebab sy agak kepenanatan, saya kata tak apalah bila2 masa, dia setuju, kalau ada kesempatan dia sudi dipanggil utk berbicara hal2 kebaikan khasnya utk keluarga ini. Maaf, sy tidak bercadang utk menyebut di sini apa ayat2 yg sy kena baca utk menghadirkannya, dan sehingga sy menulis blog ni, sy belum praktik kaedah ini, tenguklah nanti bila keadaan dan situasi mengizinkan. Masih tertanya2 siapalah dia ini sebenarnya. Pada tahap ini sy tidaklah bersangka buruk, walaupun banyak kes begini penuh dgn penipuan. Tengoklah nanti...mungkin perkenalan sy dengannya semalam memberi beberapa pengajaran dan tips utk sy ambil. Satu lagi pertanyaan sy adakah beliau sebagai pendekar dan panglima menenali Hang Tuah, dgn cepat dia katakan bahawa Hang Tuah tak wujud, mitos dan khayalan saja, namun Taming Sari adalah benar2 wujud. Bagaimanapun gerak hati saya menyatakan wali yg muncul tadi kena berhati2, namun sy tak ambil pendekatan agresif kerana kalau menderem sy kena sediakan 10 lelaki untuk pegang berdasarkan saiz badan pesakit ini. . Wallah A`lam.

Saturday 21 January 2012

tokong siam di tumpat

kes hari ni agak menarik, antaranya jin sekeluarga empat ekor mengaku dah ada dlm badan seorang makcik sejak lebih 20 tahun lepas, diupah dan berasal dari sebuah tokong di sempadan siam,hanya beberapa tahun lepas baru kehadirannya dirasai oleh keluarga makcik tersebut. dah puas pergi bomoh sehingga  sampai putus asa, akhirnya tergerak nak pergi DS, kali pertama mereka dtg. Mereka (jin2 ini) beragama buddha....ok sambung esok dah ngantuk ni...bukan apa sebab ada pengajaran dari cerita ni yg boleh dikongsi.

Thursday 19 January 2012

Jin dari tokong

Petang semalam saya dijemput seseorang ke rumahnya di KLsebab anaknya kerasukan. Sy bertolak dari tempat kerja. Setelah diruqyah, datang jin, beberapa ekor dan alhamdulillah dgn izin Allah, pesakit sedar. Tiba2 datang lagi gangguan baru, diajak berdialog, katanya dari tokong cina di Batam, Indon, katanya dia baru dihantar setelah beberapa ekor yg dihantar sebelum ni berjaya dikeluarkan, sy agak kepenatan sebab dah lebih sejam kena handle kes ni, kekuatan dtg kembali, geram pun ada, tiba2 jin tadi meraung2 dan berayu2 dlm bahasa cina, sy tak faham, namun dari lenggok bahasa sy merasakan dia tidak menempelak saya, tetapi sami yg menghantarnya. Saya kata kamu ni tersilap masuk, dihantar ke tempat yg salah, dia angguk, tak sepatutnya kamu menjadi peluru tak bermata, sia-sia kerana Allah swt akan halang kerja kamu.  Dia kata sami di tokong akan hantar banyak lagi. sy jawab hanya kpd Allah kami mohon pertolongan, kamu semua bodoh kerana ditipu. Di sini dia cuba bongkarkan kenapa dia dihantar, sebab-sebab dan siapa punya angkara. Sy tak percaya kesmua yg dikatakannya. Ruqyah diteruskan dan akhirnya dia minta tolong agar dikeluarkan, oklah. Setelah itu datang jin akhir, setelah dipujuk berkali2 hentikan kerja jahat ni, akhirnya dia akur, dia turut mengeluh kenapa org Islam sendiri sanggup pergi tokong minta bantuan dan jin2 kafir yg dihantar, dia ingin bertaubat. Dia asalnya Islam tapi sekarang tak solat dsb. Saya minta dia perbaharui syahadat, dia x dapat lafazkan, berkali2, sy hampir buntu. Sy terus minta dia ikhlaskan diri, bertaubat dan jangan ulangi lagi kerja jahat ni, dia nangis minta ampun, sy kata mohonlah kpd Allah agar dipermudahkan usaha ini. Akhirnya dia cakap sebelum pergi, dia minta ampun dan maaf kepada kedua ibubapa budak yg diganggunya, dia tak akan buat kacau lagi. Sy bertanya ahli keluarga budak perempuan yg dirasuk, betulkah nama org yg disebut jin2 tadi, mereka mengaku kenal dan budak perempuan itu juga kenal. Cukuplah sy tak nak panjangkan sebab ini hal cinta yg terhalang, maka jalan salah diambil untuk meraih cinta secara paksa.

Iktibar dari kisah benar ini ialah; apabila kita sudah terpesong, meninggalkan Allah, tak amalkan lagi Islam, maka berlaku kesukaran utk mengucap syahadatain. Harap keluarga tersebut memahami hal ini dan mendapat pengajaran dari musibah yg berlakuj ke atas anaknya. Kata kedua-ibu bapanya: kalau besok dia (lelaki misteri) datang meminang dgn ikhlas, mereka akan terima...

Wednesday 18 January 2012

Jin budak dan jin kampung

Saya percaya ramai perawat dah jumpa jin jenis ni, jin budak (biasanya lelaki) dan berasal dari perkampungan. Mereka selalunya ditangkap oleh jin2 belaan pawang dan bomoh untuk tujuan dijual, maksudnya setelah dibayar pengeras, bomoh tadi akan arahkan jin2 tertentu yang masih akur dan mendengar kata, pergi memberi khidmat kpd manusia yang berurusan dengan bomoh tadi. Tugasnya samada menyakiti atau mengawasi orang2 tertentu yang bermusuh atau didendam oleh pengupah. Jin jenis ini mudah dipujuk untuk meninggalkan tuannya (manusia pengupah) serta memutuskan ikatan dengan bomoh. Serangan sekiranya ada adalah dari ketua jin yang memantau dan menguasai jin2 budak atau jenis kelas rendah seperti itu. Cara yang paling mudah adalah menggunakan pendekatan psikologi, memujuk dan mendedahkan tentang agama Islam. Ini hendaklah dilakukan secara berhikmah dan yakin ......bersambung..
petang ni baru boleh sambung...ringkas cerita jin ini ingin beriman kepada Allah dan memeluk Islam. Saya meminta dia bertaubat, berjanji dan berikrar tidak akan murtad dan melakukan kerja2 jahat lagi. Sy sarankan pergilah belajar agama di mana-mana surau dan masjid yg berdekatan. Sebelum itu kena ada nama, dia nak nama Aziz, sy tanya kenapa nak nama tu, dia kata budak ini adalah peminat Aeron Aziz, pelakon tu, dia tahu nama tu, saya kata tak apalah asalkan maknanya elok. Saya cadangkan nama Abdul Aziz, dia setuju. Setelah diislamkan, dia pergi ke satu tempat (tak perlulah disebut) utk mengaji agama. Dlm kes sebegini, sebilangan perawat kata kita jangan percaya helah jin, semuanya penipu. Entahlah, mana kita tahu dia menipu atau tidak, seolah2 kita tahu perkara ghaib,  adakalanya kita cuba bersangka baik, setelah beriman kita berdoa agar Allah selamatkan keislamannya, hal2 yg berlaku selepas itu adalah hak Allah, dgn izinNya, bukan kita yg menentukan.
Cuba renungkan kes ini (berkaitan menyebut benda2 ghaib) ;
Perawat 1: setelah ruqyah pesakit gangguan, dia kata ada jin.
Perawat 2: setelah ruqyah pesakit gangguan, dia kata tiada jin.

Bagi saya kedua2nya menimbulkan kekeliruan. Kedua2nya menyebut perkara ghaib.

Friday 13 January 2012

SMS dari jin Siam (Wilayah Saturn)

Kes ni jarang ditemui, walaupun beberapa kali dah saya lalui yg mirip sebegini, namun yg ini lain sikit, ada bukti. Tengahari tadi (14.1.2012) jam 1.00 lebih kurang saya merawat seorang wanita yg ada gangguan. Semasa diruqyah satu jin yang berasal dari sebuah kampung di Siam muncul berdialog. Jin ini telah ditangkap oleh seorang sami dan dibawa ke tokong. Kisah bagaimana dia sampai ke Malaysia, dia dipotong sayap sehingga tak boleh lagi kembali ke Siam dan harga yg dibayar oleh pengupahnya tidak perlulah saya ceritakan. Ringkasnya jin yang beragama Budha ini setelah disaikologikan, bersedia memeluk Islam dan beriman. Sebelum peluk Islam, dia ingin meminta pengupah yg bawanya ke Malaysia untuk menyakiti wanita tersebut agar bertaubat , membebaskan dia dan biarlah wanita tadi memilih pilihan hatinya, bukannya lelaki pengupah yg dah berkahwin itu. Tiba-tiba jin itu meminta handphone untuk memberitahu sendiri kepada pengupah tersebut, diseluknya beg tangan wanita tadi dan mengambil phone lalu menulis sms, setelah siap meminta saya tekan bukan send kpd pengupah (yg bawanya dari Siam). Kemudian dia forward sms itu kepada saya.  Kandungan sms juga tak perlu saya sertakan di sini. Sy ada simpan sms tu. MasyaAllah jin pun tahu ICT, Saya tanya bagaimana dia boleh berbahasa Melayu, dia kata apa nak dihairankan, dia guna otak wanita tu.  Jin itu berikrar untuk memeluk Islam dan menjadi makhluk beriman serta tidak akan murtad. Setelah diIslamkan dia meminta saya membantunya keluar (dari rusuk sebelah kanan) dan pergi ke sebuah surau (tak perlu sebut surau mana) untuk belajar agama. Saya beri nama Abdul Aziz dan dia setuju. Semoga dia menjadi makhluk yg beriman dan Allah kekalkan keislamannya itu. Kesian dia masih muda, jin kampung yg diperdayakan oleh manusia.

Saturday 7 January 2012

Ghaib



Ghaib

Selepas simposium semalam, ada peserta bertanya kenapa saya tidak menerangkan berkaitan ghaib. Saya hanya catat maaf dan rahsia, bimbang disalah guna. Maksud ghaib di sini ialah ghaib dari pandangan mata musuh, atau orang2 yang mempunyai hasad dan berniat jahat kepada kita. Bukannya ghaib dan kemudiannya menghilangkan diri dan kemudian berada di tempat lain. Ia berupa hijab dan terlindung pandangan, menerusi bacaan rugyah pendinding, di samping ada juga menggunakan bahan tertentu. Seperti masalah gangguan kita guna garam, lada hitam, air dan sebagainya, mohon zuriat guna akar beringin, elak gatal guna daun mambu dsb. Kita boleh memohon pelindungan daripada Allah agar dilindungi, misalnya keberadaan kita di sesuatu tempat tidak disedari atau dilindungi dari pandangan orang tertentu atau musuh, sedangkan hakikatnya wujud. seperti juga mohon perlindungan untuk rumah kita dari sasaran pencuri atau penyamun. Penjahat tidak nampak rumah kita atau pandangan mereka dihijabkan. Permohonan kita terus kepada Allah, bukan kepada makhluk lain. Ini bukan sihir atau pukau atau melakukan hipnotism, atau perantaraan seperti tangkal dan azimat tetapi lebih kepada memohon agar di selamatkan dari musibah dll. Ingatlah bahawa pergantungan hanya kepada Allah, bukan pada objek2 tertentu. Penyalahgunaan boleh berlaku sekiranya kira melakukan sesuatu melampaui hajat dan keperluan. Mungkin sewaktu melintas jalan orang akan melanggar kita kerana tidak nampak kita, sedangkan kita nampak diri sendiri. Kita pun tak boleh confirm orang tu tak nampak kita. Adalah bertuah sesiapa yang memperolehi atau dianugerahi maunah, ialah satu anugerah Allah kepada sesiapa yang dikehendakinya, dengan berbagai cara dan bentuk tertentu. Janganlah kita sengaja melakukan perkara yang mencarikkan adat sehingga mirip kepada perbuatan sihir. Namun demikian tiada yang mustahil bagi Allah SWT, sesuatu yang dianggap pelik, namun adakalanya berlaku dengan kehendak dan izin Allah SWT. Ilmu tidak boleh disembunyikan, namun bukan semua orang layak menanggung semua ilmu sekiranya persiapan mental, fizikal dan spritual tidak cukup untuk menghadapi cabaran dan ujian tertentu. Justeru itu ilmu pengubatan tidak boleh diperolehi dalam sehari, sehari dua kursus atau menerusi mimpi, menurun dan sebagainya. Hendaklah kita berguru, dengan guru yang kita percayai, guru yang memiliki kualiti terbaik dan menguasai ilmu yang diajarinya dengan segala selok beloknya. Tanpa berguru, maka guru yang paling hampir adalah syaitan. .
Wallah A`lam..

Wednesday 4 January 2012

Duyung atau dugong

Misteri yang masih belum tersingkap ialah mengenai ikan duyung. Adalah ia makhluk atau hidupan akuatik atau sebahagian makhluk misteri alam ghaib yang sekali sekala muncul menampakkan diri kepada manusia sepertimana makhluk ghaib lain yang memiliki kerajaan di langit, di belantara, hutan dan rimba, di sungai, dan di dasar lautan. Bagaimana kejadian mereka, asal usul mereka, kehidupan dan masyarakat mereka, aktiviti seharian mereka. Adakah ia hanya ilusi dan khayalan manusia saja tentang mereka. Mereka dikatakan pernah beberapa kali muncul dan disaksikan di beberapa tempat di dunia baik di timur mahupun barat dan terdapat imej yang sempat dirakam oleh lensa kamera... Sekiranya kewujudan mereka hanya khayalan, kenapa pengkarya menghasilkan beberapa filem yang diterbitkan tentang mereka sejak tahun2 60 an sehingga kini.  Bukankah karya filem tercetus hasil dari pengalaman pengkarya yang dimanifestasikan menerusi sinematografi. Ertinya mereka pernah hadir dalam alam nyata, samada kita sedar atau tidak. Sekiranya ada duyung perempuan maka tentu ada duyung lelaki. Bukankah Allah SWT menjadikan sesuatu di dunia ini berpasang-pasangan. Ada yang  cantik dan ada yang kurang cantik. Begitulah juga duyung ni. Saya tak fikir semua duyung adalah berupa perempuan cantik. Tentu ada yang sebaliknya, yakni bukan sepertimana yang diimaginsikan oleh kebanyakan kita.

Peserta simpo

MasyaAllah peserta mencecah lebih 1000, melebih jangkaan awal  iaitu 500 perawat. Mudah-mudahan akan bersemaraklah amalan pengubatan Islam di bumi Malaysia yang telah beberapa dekad diselimuti dengan amalan bercampur syirik dan kufur sejak sekian lama. Moga pengamal ilmu sihir, ilmu hitam, mistik, paranormal dan segalanya kembali kepada amalan yang selari dengan kehendak syarak, marilah kita sama-sama kembali ke pangkal jalan kalau tersasar selama ini. Moga Allah SWT ampunkan hambanya yang sedia dan ikhlas bertaubat.

OHH, dah lega sikit, simpo dah selesai, diakhiri acara bergambar dan doa. Peserta yang datang luar biasa, mencecah atau mungkin melebihi seribu orang, fail tak cukup. Pihak urusetia hanya membuat persiapan untuk 800 sahaja. Bagaimanapun acara bai'ah cukup, lencana dan borang bai`ah pun cukup, kepada yg datang lewat, daftar lewat selepas 8.30 pagi, nak wat camna, maaflah, insyaAllah bahan simpo akan diberi nanti berdasarkan request. Kami menghargai semua ajk dan urusetia, serta petugas2 di kaunter pendaftaran yang sama2 membantu, secara sukarela, ada yg tidak diarahkanpun turut membantu, kami amat menghargai sikap proaktif anda, inilah sikap yg patut ditunjukkan. Juga sajian, para peserta berpuashati sampai ada yg tak sabar2 ke meja makan, belum diarahkan pun dah makan. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yg membantu, juga para penasihat yg tidak jemu2 memberi pandangan dan idea. Kredit untuk semua. Tuan Guru pun tersenyum lebar sepanjang program berlangsung, namun kami risau juga sebab nampaknya TG agak kepenatan kerana selain membuat pembentangan, memimpin bacaan talaqqi 3 ruqyah, kemudian acara bai`ah melibatkan beliau bersalam dgn seribu ahli bai`ah, memang penat, melayan bergambar dgn para peserta dari seluruh Malaysia. Pihak penganjur merasakan mungkin ada kekurangan dan kelemahan di sana-sini, insyaallah akan dibuat penambahbaikan pada masa akan datang. Terima kasih juga semua ajk pusat yang tidak putus-putus, memberi galakan. Antara komen diterima berkaitan masa soal jawab dikatakan sedikit. Nak wt camna itu saja masa yg ada, kalau plan asal tiada slot soal jawab, sebab ahli boleh beri respon menerusi berbagai cara komunikasi kepada DS selepas program. Balik rumah study betul2 dulu buku etika tu, kemudian kemukakan cadangan dengan detail. Sekian dulu, sebentar lagi nak ke DS, ada meeting ajk mlm ni, besok pula acara konvokesyen kumpulan ke 23. Postmortem akan dibuat dlm masa terdekat.

Tuesday 3 January 2012

Kertas pembentangan

ooohhhh, kertas kerja dah siap, slaid pembentangan juga dah siap, lega...sekejap saja, lepas ni kena semak urusan lain pulak. syukur kerana semua ajk bersemangat...

Syaitan manusia?

Nama-nama seperti pelesit, langsuir, anak kerak, dan penanggal sering diucapkan di kalangan masyarakat Melayu apabila merujuk kepada gangguan makhluk halus. Adakah mereka main serkap jarang atau kalau mereka yakin, siapakah yang mengesahkan jenis-jenis spesis makhluk halus tersebut. Justeru itu eloklah terlebih dahulu memahami jenis dan sifat makhluk halus ini. Nama-nama tersebut diberi berdasarkan asal usul dan cara pengambilan atau kehadirannya, sifat dan tabiat gangguannya, juga simptom yang terjadi ke atas mangsa gangguan tersebut.  Kalau mereka sememangnya makhluk halus, maka bagaimana untuk menanganinya? membuang atau menyingkirkannya? . Bolehkah disembelih atau diseksa dia, dibakar dia, dipasung atau dipenjarakan dalam botol, dikurung sampai bila-bila, dibuang ke sungai atau ke laut. Diperapakan dia mengikut niat kita semata-mata yang diiringi doa atau ruqyah, logikkah? Memang tiada mustahil bagi Allah, tapi bab harus dan mustahil ni  tak boleh dibuat main-main , jangan disalah tafsir. Macamana kita boleh mengesahkan dia terbotol, tersembelih, terbakar dan sebagainya?. Betulkah dakwaan menggunakan mata batin?, menggunakan teknik makrifat?.Main agak tapi tembak macam dah confirm. Persoalan ini selalu bermain di minta masyarakat kita. Nama lagi dia makhluk halus, maka haluslah sifatnya, lembutlah juzuknya, lenturlah jisimnya, tiada yang  boleh menghalang laluannya (dengan kehendak Allah) walaupun rongga/lubang itu amat sempit, amat halus, sehalus urat darah, sehalus saraf manusia, terhalangkah dia kalau dikurung dalam botol, tidak tersasarkah sehingga dia melencoong dan masuk ke dalam tubuh perawat. Justeru itu perawat tertentu mendakwa boleh melihat benda-benda ghaib, boleh mengira pula berapa ekor jin, sedangkan jin dalam badan sendiri  dia tidak boleh mengira, kecuali perawat lain mengiranya. sedangkan dakwaan melihat yang ghaib itupun sudah menyalahi nas (Tiada seorangpun tahu perkara ghaib kecuali Dia, yakni Allah). Berani betul manusia macam ni yang terang2 menyalahi nas. Lebih parah mendakwa dirinya perawat Islam. Semoga para Darussyifa' tidak dengan sengaja mendakwa boleh melakukan perkara2 yang mencarikkan adat. Kalaulah ada itu maunah namanya, ,Nabi dan Rasul dianugerahi mu`jizat, para wali ada keramat (bukan semua), yang bermain sihir diberikan istidraj (ini untuk orang fasiq, amat tercela). Moga kita dijauhi dari perkara yang tercela, dan marilah kita mendoakan agar dihindari dari keburukan dan celaan Allah, didoakan juga rakan-rakan perawat tidak kira dari aliran mana sekalipun, baik Darussyifa' mahupun yang lain,  agar diberi petunjuk oleh Allah, sentiasa dan selama-lamanya.
(Nota: Ada syaitan memberitahu melalui pesakit bahawa ada ramai syaitan di kalangan manusia, hari-hari kerjanya seperti manusia, mengubat orang, nampak warak, suruh orang baca Quran dan zikir, namun dia melakukan syirik dan kufur kepada Allah_ ertinya manusia yang menjadi proxy syaitan untuk menyesatkan manusia. Macamana nak kenal ?....  tunggulah. Tazkirah ini untuk diri sendiri, yang lain pun boleh kalau inginkan)

Monday 2 January 2012

RAWAT TAK SEMBUH ?

...tugas perawat hanya merawat, hak menyembuh adalah milik Allah SWT, Dia pemilik segala-galanya.
Bagaimanapun ada beberapa sebab kenapa Allah SWT belum memberi kesembuhan, atau sukar untuk sembuh...segala-galanya dah dibuat tetapi kena masih tak sembuh sembuh, .ini kena bincang secara tertutup sebab agak sensitif bagi sesetengah orang.