Blogger Templates

Saturday 31 December 2011

KEMBARA KE ALAM BUNIAN

berdasarkan kisah sebenar...tunggulah catatan mengenainya selepas simposium nanti...

SUSUK

Terdapat beberapa jenis susuk dalam ilmu pengubatan dan perdukunan  tradisional (kategori sihir) untuk pelbagai tujuan iaitu:

1. Susuk emas
2. Susuk berlian
3. Susuk raksa
4. Susuk geliga buaya
5. Susuk mutiara
6. Susuk besi atau beruang
7. Susuk bunga
8. Susuk tulang manusia
9. Susuk buluh perindu
10. Susuk bulu rusa
11. Susuk ayat / khadam ayat
Nota:
1. Susuk ini dipakai oleh kaum perempuan dan ada juga di kalangan lelaki untuk pelbagai tujuan seperti mendapatkan belas kasihan, ingin kekayaan, hidup bermadu, nafsu, kekebalan, kasih sayang/pemanis, nampak alam ghaib, suara merdu, perkasa atau waja, kebal besi/tak lut senjata dan lain-lain.
2. Pemakai susuk mempunyai pantang larang tertentu yang tidak boleh dilanggar, kalau tidak pemakainya akan menerima akibat buruk. Antara pantang larang ialah:....bersambung...
3. Terdapat beberapa kaedah, doa dan ruqyah untuk membatalkan susuk secara rawatan Islam (rujuk kuliah Tuan Guru). Untuk detail, ...bersambung...

(AY_R n D)

ARTIKEL SIMPOSIUM

Saya telah membentangkan artikel bertajuk di bawah dalam Simposium Perawat Darussyifa' SeMalaysia 2012 pada 8 Januari 2012 bertempat di IPGM, Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor.
ETIKA PENGGUNAAN BAHAN  RAWATAN BUKAN HERBA: SATU TINJAUAN BERDASARKAN AMALAN PENGUBATAN ISLAM

Friday 30 December 2011

HIDUPAN AKUATIK

ada beberapa khasiat yang disumbangkan oleh haiwan ini...di segi perubatan

APA KHASIAT HAIWAN INI?

Harimau Malaya antara haiwan yang dikatakan memiliki khasiat tertentu dalam pengubatan.Nak Tahu? Tunggulah simposium nanti. Foto ini dirakam pada Ahad lepas di Zoo Negara.

Wednesday 28 December 2011

GARIS PANDUAN BOMOH


1. TUJUAN

1.1. Garis panduan ini disediakan untuk dijadikan panduan kepada umat Islam khususnya mereka yang terlibat dengan amalan perbomohan tradisional supaya terhindar dari amalan yang bertentangan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam yang sebenar.

2. PENDAHULUAN

2.1. Islam amat menitikberatkan soal-soal aqidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber asal Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qias adalah ditolak. Dalam urusan perubatan kepada pesakit, satu perkara harus diingat oleh semua pihak, bahawa hanya Allah sahaja berkuasa mutlak menentukan sesuatu dan menjadikannya, lebih-lebih sesuatu dan menjadikannya, lebih-lebih lagi sakit dan sembuh adalah hak-Nya, manusia hanyalah disuruh berusaha dan berikhtiar. Dalam hubungan ini, umat Islam di negara ini adalah kepercayaan-kepercayaan dan amalan-amalan tradisi tertentu dan sedikit sebanyak ada hubungkaitnya dengan pengaruh dari fahaman anamisme, dinamisme, Hindu dan lain-lain.

2.2. Garis panduan ini perlu dijadikan asas dan panduan supaya dapat mengelakkan diri dari penyelewengan dalam aqidah dan syariat Islam. Allah sw.t. berfirman:
Maksudnya:
“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka apda saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)”. (Surah Yunus: 106)

Di samping itu Islam tidak membenarkan umatnya menggunakan sihir, kerana Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya:

“Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan”. Para sahabat bertanya, “apakah tujuh perkara itu?” Baginda menjawab: “menyengutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk”.

(Hadith riwayat al-Bukhari, Kitab Sahih al-Bukhari, Kitabul Hudud, Bab 44 m.s.33).
Selain itu Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: Berkata Abu Zubair, aku dengar Jabir bin Abdullah berkata, seorang lelaki daripada kami telah disengat kala jengking. Ketika itu kami duduk bersama Rasulullah s.a.w. Maka berkata seorang lelaki wahai Rasulullah! Bolehkah aku jampi? Baginda bersabda “Barangsiapa yang mampu di antara kamu untuk memberi manfaat kepada saudaranya maka hendaklah dilakukan"

(Hadith riwayat Imam Muslim – Bab Istihbab al-Ruqyah min Al-Ain wa An Namlah wal Hummah wal An Naqrah, Jld.9, m.s. 5905)

2.3. Dalam sejarah Islam memang wujud cara perubatan tertentu sepertimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Selain dari cara pengubatan biasa, mereka juga telah menggunakan doa-doa, khusus bagi mengubati penyakit-penyakit sepertimana yang terdapat di dalam buku-buku perubatan ini. Walau bagaimanapun, mereka tidak menggunakan kaedah atau kepercayaan seperti yang difahami oleh sesetengah pihak yang tidak dikehendaki syarak seperti dengan memanggil roh datuk nenek, roh wali-wali, syeikh-syeikh dan khadam-khadam tertentu. Oleh itu, kita dibolehkan untuk melakukan jampi kepada diri, kaum keluarga atau orang lain yang ditimpa kesusahan, kerana jampi merupakan doa perlindungan berdasarkan syarak. Jika lain dari itu, perlu dilihat adakah ia berlawanan dengan syarak atau tidak.

2.4. Takrif

2.4.1. Bomoh, menurut Kamus Dewan ialah tabib kampung (yang mengubati orang sakit dengan menggunakan tradisional atau cara jkampung dan jampi-jampi).

2.4.2 Dukun ialah orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional (dengan membaca jampi serapah dan sebagainya) (Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL. 1989, m.s. 297)

2.4.3. Pawang ialah:
i) Orang yang mempunyai kebolehan yang istimewa untuk melakukan sesuatu (biasanya dengan menggunakan kuasa ghaib).
ii) Orang yang pandai mengubati orang sakit dan lain-lain (dengan menggunakan jampi mentera dan lain-lain) (Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL, 1989 m.s. 920).
2.4.4. Takrif Kita:

Jampi ialah perlindungan yang dijampi keapda seseorang yang mengidap sakit seperti demam, pening dan lain-lain penyakit. Dalam bahasa Arab, jampi dikenali dengan al-Ruqa atau al-Ruqyah.

2.5. Garis panduan bomoh ini mengandungi perkara-perkara berikut:

2.5.1. Asal usul Perbomohan

2.5.2. Matlamat Perbomohan

2.5.3. Syarat-syarat Perbomohan
2.5.4. Mengenai Bomoh
2.5.5. Ikrar dan Sumpah

2.5.6. Pantang Larang

2.5.7. Adab Semasa Perbomohan
2.5.8. Pengamalan Perbomohan

2.5.9. Bayaran Perkhidmatan>Pengeras
2.5.10. Pengijazahan
2.5.11. Tertakluk kepada Undang-undang Negara.

3. GARIS PANDUAN PERBOMOHAN

3.1. Asal-Usul Perbomohan

Setiap individu atau kumpulan itdak boleh mendakwa bahawa perbomohannya bersumber dari Nabi Muhammad s.a.w. para anbia atau diambil dari al-Quran dan hadith atau berasal dari amalan para sahabat Nabi s.a.w. atau lain-lain jika tidak ada alasan yang kukuh berdasarkan nas al-Quran dan al-Hadith.

3.2. Matlamat Perbomohan
3.2.1. Matlamat perbomohan hendaklah matlamat yang baik seperti untuk kesihatan tubuh badan, kerukunan hidup bermasyarakat dan berumahtangga.

3.2.2. Dilarang sama sekali untuk membalas dendam, membuat aniaya, menakut-nakutkan, mengugut orang lain dan lain-lain.

3.3. Syarat-syarat Perbomohan

3.3.1. Bagi mempastikan perbomohan tidak bercanggah dengan ajaran islam perkara berikut hendaklah dikenalpasti:

i) Tidak menggunakan bentuk amalan sihir, ilmu hitam, tilik tenung, tukang nujum, ramalan tapak tangan dan silap mata.

ii) Tidak boleh mengaitkan sesuatu pengeras dengan suatu akibat.

iii) Tidak boleh percaya keapda sial dan mudarat yang menimpa seseorang atau diri.

iv) Tidak boleh melakukan perkara-perkara yang berunsur syirik seperti semah pantai, sembelihan binatang, buang ancak dan lain-lain.

v) Tidak boleh menyembelih binatang untuk sesuatu tujuan yang bukan syar’i.
vi) Tidak boleh melakukan perbomohan atau bacaan tertentu yang menggunakan unsur-unsur meminta izin atau bantuan dari kuasa-kuasa makhluk “ghaib” dalam acara perbomohan.

vii) Tidak boleh menyajikan makanan untuk menjamu penunggu.

viii) Tidak boleh mentaati bomoh atau seseorang pada perkara-perkara yang jelas bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam.

ix) Menolak sebarang syarat yang diberikan yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.

3.4. Mengenai Bomoh

3.4.1. Bomoh hendaklah beragama Islam, aqil dan baligh serta mengetahui apa yang diucapkannya.

3.4.2. Tidak melakukan perakra-perkara yang boleh membawa syirik, sama ada melalui iktikad, perkaraaan atau perbuatan.
3.4.3. Tidak meninggalkan ibadat-ibadat wajib dalam Islam seperti sembahyang fardu, puasa dan zakat.

3.4.4. Tidak melakukan maksiat, jenayah dan yang bertentangan dengan undang-undang negara.

3.4.5. Tidak memecahbelahkan masyarakat dan keluarga.

3.4.6. Tidak mentafsir ajaran agama islam mengikut hawa nafsu.

3.4.7. Tidak memasukkan atau menggunakan unsur-unsur yang bercanggah dengan islam seperti sihir, ilmu hitam dan menurun kerana pengamalnya termasuk dalam kategori penyeru iblis dan syaitan dengan ucapan-ucapan yang tidak wajar atau boleh membawa kepada kufur dan syirik.
3.4.8. Tidak boleh bersahabat dengan makhluk ghaib seperti jin dengan tujuan mendapat pertolongan dalam perkara yang ditegah oleh syarak walaupun dikatakan dengan jin Islam kerana kita tidak tahu sama ada betul Islam atau tidak.

3.4.9. Tidak boleh meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik kerana dibimbangi wujud unsur menafikan kudarat Allah.

3.4.10. Tidak harus meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan kerana dibimbangi wujud keyakinan bahawa makhluk-makhluk ini mempunyai kuasa yang sama dengan Allah atau mengurangkan keyakinan kepada kuasa Allah semata-mata.

3.4.11. Tidak harus meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum atau ‘menurun’ kerana ia termasuk dalam amalan syirik atau dilarang oleh Allah dan boleh merosakkan aqidah orang yang terlibat dengnanya.

3.4.12. Tidak boleh melakukan ramalan tentang buruk atau baik pada masa akan datang dan tidak harus menyatakan pada ramalan yang telah lalu dengan cara tebakan, tenung dan lain-lain.

3.4.13. Hendaklah mengikhlaskan hati dengan amalan, semata-mata mencari keredhaan Allah S.W.T.
3.4.14. Hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah. Kerana Allah sahaja yang memberi kebaikan dan pertolongan.

3.5. Ikrar Sumpah Dan Taat Setia

3.5.1. Sumpah tidak dibolehkan semasa perbomohan, hanya ikrar saja boleh digunakan mengikut kesesuaian.

3.5.2. Pengamal perbomohan tidak booleh taat secara membuta tuli kepada bomoh. Mereka boleh mengikut suruhan bomoh tertentu selama tidak bercanggah dengan hukum syarak.

3.5.3. Bacaan-bacaan, amalan dan ikrar yang terdapat di dalam pengakuan ikrar hendaklah tidak mengandungi perakra-perkara yang bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam seperti memuja dewa atau nama berhala.

3.5.4. Di dalam upacara ikrar sama ada dari segi fizikal atau mental hendaklah tidak mempunyai unsur-unsur yang mensyirikkan Allah dan menjatuhkan maruah seseorang sebagai orang Islam.

3.6. Pantang Larang
3.6.1. Tidak boleh dikaitkan dengan pantang larang sesuatu unsur pemujaan, meminta izin, perlindungan atau bantuan daripada makhluk-makhluk ghaib seperti hantu, jin, penunggu atau orang halus dan sebagainya.
3.6.2. Tidak boleh memenuhi kehendak pantang larang bomoh sehingga melakukan perkara-perkara yang ditegah di dalam Islam seperti meninggalkan tanggungjawab sebagai suami atau isteri, membuka aurat, bersunyian antara pesakit yang lain jantina dengan bomoh sahaja dan sebagainya.
3.6.3. Perkara-perkara yang haurs dan halal dalam syariat Islam tidak boleh dihukumkan haram atau sebaliknya.

3.6.4. Tidak menurut apa-apa pendapat bomoh yang bertentangan dengan apa juga perkara yang berhubung dengan apa juga perkara yang berhubung dengan apa juga perkara yang berhubung dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.

3.7. Adab Semasa Perbomohan

3.7.1. Tidak mendakwa perkara-perkara yang ghaib.

3.7.2. Bomoh tidak boleh takbur dan tidak boleh menganggap orang lain lemah dan lekeh.

3.7.3. Bomoh hendaklah melarang pesakitnya memuja, mengagung dan taksub kepadanya.

3.7.4. Bomoh hendaklah mengikut adab sopan dan tatatertib Islam ketika menolong seseorang sama ada bersendirian atau bersama pesakit.

3.7.5. Hendaklah menjaga kesopanan susila adab sebagai orang Islam.

3.8. Pengamalan Bomoh

3.8.1. Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan sifat-sifat-Nya atau merupakan maksud di sebalik kalimah atau nama-nama Allah atau sifat-sifat-Nya seperti mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus dari Allah atau kudaratnya adalah kudrat Allah atau melalui mimpi berjumpa wali, malaikat atau lainnya.

3.8.2. Pengamalan bomoh tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada diri atau jasad dan roh Rasulullah s.a.w., para malaikat, nabi-nabi dan orang soleh seperti Nur Muhammad menjelma ke dalam diri dan sebagainya.

3.8.3. Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atua peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang seperti wali syeikh, rijalul ghaib, roh datuak nenek, sahabat, hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busur, batu, kayu, cincin, kain kuning atau putih dan lain-lain.
3.8.4. Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seprti objek-objek tertentu dan bercampuraduk dengan ayatnal-Quran dan jangan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa.

3.8.5. Penggunaan jampi dibolehkan dan digunakan dengan syarat:

i) menggunakan ayat al-Quran

ii) menggunakan bahasa yang difahami
iii) jangan mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh, sebaliknya Allah yang berkuasa.

3.8.6. Tidak boleh mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami maknanya dikhuatiari mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala, iblis, syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan ayat al-Quran.
3.8.7. Tidak boleh membaca mana-amana ayat al-Quran secara songsang, sepertiQul Huwallah dan lain-lain.

3.8.8. Tidak boleh menggunakan Kitab al-Quran secara tidak wajar menurut syarat seperti menggantung al-Quran dan tunggu berpusing atau tidak untuk dijadikan alasan tertentu jika berpusing begini dan jika tidak, begini pula maksudnya. Semuanya ini termasuk menghina al-Quran (Istihza’).
3.8.9. Tidak boleh meninggalkan ibadat-ibadat wajib yang dituntut di dalam Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadan ketika melakukan amalan perbomohan.
3.8.10. Tidak boleh mengguna perbuatan ‘menurun’, memanggil roh orang mati atau sebagainya dalam kaedah perbomohan.
3.9. Bayaran Perkhidmatan/Pengeras

3.9.1. Sebarang pengeras tidak boleh digunakan dalam perbomohan jika ia dikaitkan dengan untung nasib, buruk atau baik.
3.9.2. Bayaran perkhdimatan hanya dibolehkan mengikut kesesuaian perubatan dengan tidak terlampau tinggi hingga boleh memberatkan atau menindas dan tidak membawa maksud tolong-menolong.

3.10. Pengijazahan

3.10.1 Tidak boleh melakukan upacara-upacara yang mengandungi unsur-unsur penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa-kuasa atau tenaga-tenaga ghaib seperti mempersembah sedulang makanan, menyembelih ayam dan sebagainya.

3.11. Tertakluk Kepada Undang-undang Negara
Semua pengamal ilmu perbomohan perlu patuh kepada undang-undang negara.
4. PENUTUP

Dengan mengikuti garis panduan ini diharapkan apra pengamal ilmu perbomohan dapat menghindarkan diri dari ajaran sesat dan aqidah yang karut agar hidup sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

NOTA:
ISTILAH BOMOH MASIH DIFAHAMI SEBAGAI SUATU GELARAN KEPADA SESEORANG YANG MENGENDALIKAN PERMASALAHAN MANUSIA BAIK BERKAITAN PENYAKIT, KEINGINAN, HAJAT (BAIK ATAU BURUK), MERAMAL ATAU MENILIK, PENGGUNAAN SIHIR (DENGAN BANTUAN MAKHLUK HALUS) DAN SEBAGAINYA. INI BOLEH MELIBATKAN BOMOH YANG MENDAKWA MENJALANKAN KAEDAH ISLAM MAHUPUN TIDAK. JUSTERU ITU ISTILAH BAGI PARA PENGAMAL RAWATAN ISLAM PERLU DISERAGAMKAN AGAR TIDAK TIMBUL KEKELIRUAN ANTARA AMALAN YANG BERCAMPUR ANTARA HAQ DAN BATIL.

(AY_R & D_ DARUSSYIFA')

My.Document/Garis Panduan Perbomohan/nhs.

ETIKA PESAKIT

ETIKA PESAKIT DAN PENEMANNYA

Sebagai tambahan, seperkara lagi dinasihatkan kepada pesakit agar tidak mengambil sikap sambil lewa ketika didoakan bagi memastikan kesempurnaan doa yang dipohon. Pesakit perlu ada sikap bersungguh-sungguh dengan memberi sepenuh perhatian ketika sedang dirawat. Elakkan menjawab telefon, berbisik-bisik, membaca surat khabar dan sebagainya. Hal ini kerana, keseriusan dalam menerima rawatan amat penting supaya doa dan permohonan didengar oleh Allah SWT dan seterusnya mendapat kemakbulan daripadaNya.

(Petikan dari Buku Pengantar Pengubatan Islam– terbitan Darussyifa’, Jilid 1, m/s 81)

SAKA

Info Saka

Saka adalah amalan mewarisi jin atau syaitan untuk membolehkan makhluk halus itu memberikan pemiliknya pelbagai kekuasaan ghaib seperti kekuatan luar biasa, kecantikan, pengaruh dalam masyarakat dan pelbagai lagi. Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah syirik dan haram di dalam Islam. Jin yang menjadi saka boleh memperdaya tuannya seperti menjelma di dalam mimpi sebagai seorang yang warak dan kuat beribadat. Akan tetapi ia bagi memastikan manusia itu terpedaya dengannya seterusnya sesat dari Islam. Saka tidak semestinya diwariskan kepada saudara sedarah tetapi kepada sesiapa saja dan cara mewariskan saka pula pelbagai antaranya menerusi perbuatan seperti bersalaman, menerusi lafaz atau menyerahkan barang tertentu seperti keris, cincin dan azimat.

Nasihat saya kepada mana-mana ahli waris yang berpotensi untuk menerima atau mewarisi saka agar cepat-cepat membuangnya, memutuskan hubungan atau penjanjian dengannya dan berikrar tidak mahu menerima saka di samping mengharamkan saka berada dan campur tangan dalam urusan keluarga. Sekiranya saka itu baik saka darat mahupun saka laut tidak mahu pergi dan bertaubat maka kita berhak bertindak mengusir atau memusnahkannya dengan izin Allah SWT. Mintalah bantuan mana-mana perawat yang mengamalkan kaedah yang betul berlandaskan syariat Islam, tanpa campur tangan atau khidmat iblis, syaitan mahupun jin. InsyaAllah saka akan pergi dan kita akan diselamatkan oleh Allah SWT dari gangguan saka. (Dr Abdullah Yusof - 013-6720840)

BEKAM SUNNAH

BEKAM SUNNAH



KEINGINAN untuk hidup sihat dan kelihatan cantik menyebabkan manusia berikhtiar dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu. Tidak cukup dengan perubatan moden, perubatan tradisional atau alternatif turut menjadi pilihan. Antara kaedah yang sudah lama wujud di negara ini, tetapi tidak begitu mendapat perhatian masyarakat ialah bekam.


Apakah bekam? Ia adalah proses membuang darah toksik dari dalam tubuh melalui permukaan kulit sebagai organ terbesar manusia. Bekam dikatakan teknik detoksifikasi yang berkesan dan dapat merawat pelbagai penyakit dan memulihkan fungsi tubuh.


Teknik ini dikatakan berasal dari China sejak 1,500 tahun lalu. Ada juga pendapat menyatakan asal-usul bekam bermula di Timur Tengah dengan masyarakat Arab memanggil teknik ini sebagai al-Hijamah yang bermaksud membuang darah kotor. Bagaimanapun, sejak sekian lama bekam mempunyai imej negatif bukan saja di negara ini, malah di kebanyakan negara yang mengamalkan teknik ini.  Masih wujud hingga hari ini, pemandangan orang berkerumun di tepi jalan menyaksikan tukang bekam melaksanakan tugas. Pelanggan pula duduk di atas kerusi dengan gelas kaca atau tanduk kerbau melekat pada belakang badan.

FAKTA BEKAM

A. Jenis Bekam

Bekam Kering

Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

Bekam Basah

Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.

Waktu Berbekam

Pengamal perubatan tradisional berpendapat bahawa berbekam paling baik dilakukan ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit.

Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.

Alat Bekam

Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.

Larangan Berbekam

Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

Kebaikan Berbekam
  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
  • Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
  • Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.


Disunting oleh AY (Biro R & D)

Tuesday 27 December 2011

AJK BIRO R & D

1. DR ABDULLAH YUSOF - KETUA BIRO
2, US, MOHD REDZA AHMAD - TIM. KETUA BIRO
3. US. KHADER AHMAD - AJK
4. US MOHD SHARI CHIK - AJK
5. PM. DR. AMIR FEISAL MERICAN - AJK
6. US HJ ABU BAKAR MOHD TAIB - AJK

REHATKAN MINDA

kalau bosan, jom pusing-pusing, jalan-jalan ke OTK ke...mana-mana ke...lepas tu singgah penkena apam balik di puchong perdana

ORANG MINYAK

Sabtu malam lepas saya dihubungi oleh seorang hamba Allah, memberitahu sebuah kampung di pinggir KL telah diserang oleh Orang Minyak (setiap malam dan dah 4 malam)  dan ingin meminta bantuan saya untuk pergi ke kampung tu malam tu juga. Saya agak serbasalah, pertama kes ini tidak boleh dan tidak elok dikendalikan secara keseorangan. Kedua, pagi-pagi besok saya kena ke DS Melaka, ada kuliah pengubatan di sana. So, saya minta dia rujuk ke Pusat rawatan DS terdekat dan saya call orang kuat di situ. Saya ingin membantu, namun apakan daya, cuma dapat berdoa dari jauh - kaedah telepathy. Saya percaya DS berdekatan dah ambil action dan moga kes ni dah ok. Ini sedikti info kalau betul2 itu orang minyak;
1. Orang minyak menggunakan kaedah pukau bertujuan bagi memudahkan menceroboh ke dalam rumah bagi matlamat tertentu, khasnya melengkapkan pensyaratan ilmu hitam iaitu menodai gadis yang masih dara. Justeru itu yang menjadi sasaran ialah rumah-rumah yang ada penghuninya anak dara.

2. Orang minyak mampu memasuki rumah yang berkunci dengan mudah. Selain itu ia dikatakan dapat menghilangkan diri dengan mudah sekiranya dikejar. Mampu melekat pada siling seperti cicak dan mampu juga naik ke atas dengan sehelai benang (seperti spiderman) dan mampu menggunakan bantuan pelesit dan bertindak secara bersendirian.

3. Sekiranya seseorang itu tidak mahu diganggu oleh Orang Minyak pada waktu malam terutamanya gadis, sekeliling tempat tidurnya harus ditaburi dengan kelopak jantung pisang dan daun keladi bira (sebagia alternatif boleh guna garam dan lada hitam yang telah diruqyah)  Untuk menangkap Orang Minyak, apabila Orang Minyak itu telah dikepung, ia harus diselubungkan dengan kain batik lepas untuk melemahkannya (membatalkan ilmu pukau ) dan dibaca  ayat2 pembatal sihir . Hanya setelah diselubungkan dengan kain batik lepas baru boleh digigit ibu jari Orang Minyak itu untuk menghapuskannya (kaedah tradisional) . Oleh kerana orang minyak takutkan cermin, maka carilah cermin dan halakan ke wajahnya.
4. Awas!, ada orang minyak yang tidak menggunakan sebarang ilmu hitam, hanya melumurkan badannya dengan minyak gris untuk menghitamkannya dan melicinkan badan supaya mudah meloloskan diri bila ditangkap. Yang ni orang minyak tiruan, pencuri dan penyamun biasa.

PERINGATAN:
Anda dinasihatkan berhati-hati sebelum mendakwa sesuatu lembaga yang dilihat itu orang minyak atau  jin atau makhluk halus. Info di atas berdasarkan maklumat mengikut kaedah tradisional nusantara. Umat Islam digalakkan mengadakan doa selamat, solat hajat dan membaca Quran dan zikir di samping mengelakkan dari perbuatan yang menyebabkan kemurkaan Allah SWT.

AY (Biro R & D Darussyifa')

BUNIAN

BOLEHKAH MANUSIA MASUK KE ALAM BUNIAN
Pernah datang kepada saya orang yang rapat denganku dan juga mereka yang tidak saya kenal berkenaan dengan perkara ini. Hendak saya mulakan dari mana ceritanya. Rasanya tidak perlulah bermula dari sejarah bagaimana permulaan kejadian alam dan orang bunian itu. Rasanya baik saya terus menceritakan yang berkenaan dengan tajuk yang tersebut di atas itu. iaitu bolehkah manusia ini masuk kedalam dunia bunian dan bagaimanakah caranya hendak masuk kedunia bunian ini.
Jawapan saya pada pertanyaan ini adalah, boleh. Ya, manusia boleh masuk kealam bunian. Tetapi setiap apa perkara pun, perlukan caranya. Ilmu pengetahuan sahaja tidak mencukupi syarat untuk memudahkan sesuatu itu terjadi. Dan sesungguhnya segala yang berjaya itu adalah dengan izin Allah-lah jua.Turutan orang yang layak masuk kealam bunian.(Perlu diingat, apa yang saya tuliskan disini adalah bagi mereka yang berada ditahap yang terendah dalam maqam-maqam rohnya(boleh baca mengenai tingkatan-tingkatan roh di artikel yang lepas). Dan mereka yang masih dimaqam nafsu yang menurut tingkatan yang terbawah juga. Yang mana alam malsayat itu sulit bagi mereka kerana terlindung disebalik hijab-hijab yang banyak dan belum mencapai kesesuatu tahap untuk terbukanya segala tabir itu. Orang-orang yang dipermudahkan baginya ke alam bunian itu adalah:
1.       BERSAUDARA DENGAN ORANG BUNIAN
Adalah orang yang mempunyai pertalian darah(keluarga) dengan orang yang hidup dialam bunian ini. (Yang hidup diantara mereka, tinggal dalam ertikata telah menjadi seperti mereka). Jadi mereka inilah yang mempunyai kelebihan yang lebih dari yang lain untuk masuk kealam bunian dengan mudah. Namun ada permasalahannya disini. Saya contohkan bergini. Sebagai contoh si Ali mempunyai saudara kandung yang diambil oleh golongan bunian ini sewaktu lahir dan katakanlah dinamakan dia Abu. Maka Ali ini lebih utama dalam ketogerinya untuk masuk kedalam alam bunian. Dengan meminta abang kandungnya membawa dia ke alam bunian tersebut (syaratnya dia(Ali) masih berhubung dengan saudaranya itu(kerana dalam hal yang sedemikian, ianya sama saja dengan persaudaraan dikalangan manusia itu), yang mana orang bisa saja melupakan saudaranya dikala senang dan bergitu jugalah sebaliknya.)
Dan dalam keadaan ini si Ali akan bisa kesana dengan mudah. Dan boleh kepada dia(Ali) apa yang dibolehkan keatas saudaranya yang hidup dialam bunian itu. Namun sebagai contohnya jika saudaranya itu hanyalah tinggal bersama keluarga yang miskin dan susah(kerana orang bunian juga seperti manusia ini ada yang susah, ada yang senang. Ada yang berilmu dan ada juga yang jahil. Diantara mereka ada yang sangat baik dan ada juga yang melsayakan perbuatan ceroboh dan merosakkan. Jika keadaannya sedemikian(miskin dan susah) maka tiada banyaklah yang menjadi menafaat bagi Ali, melainkan hanya pertolongan untuk ke alam bunian itu dengan lebih mudah. Selebihnya tiadalah juga saudaranya itu mampu. Maka disini bermulanya cubaan bagi Ali. Terpaksa dia bergantung dengan kebolehannya sendiri dialam bunian itu(untuk tujuan dan maksud dia kesana)
Jika yang dihajatkan itu tiada dikalangan penduduk bunian tempat tinggal saudara kandungnya itu. Maka bertambah sulitlah keadaannya. Jika saudaranya itu dari kalangan orang-orang besar didalam masyarakat bunian tersebut, seperti contoh ia adalah Penghulu atau pembesar. Maka ini akan menjadi lebih mudah pula. Yang mana ia hanya perlu mengarah dan memerintahkan anak buahnya sahaja demi melsayakan sesuatu pekerjaan. Atau lebih tinggi dari itu, ianya seorang raja. Yang mempunyai negeri dan jajahan.
Kepada pembaca sekelian, jangan salah faham apa yang saya sifatkan “mudah atau lebih mudah” itu. Sebenarnya mudah dalam ertikatanya disini ialah tidak mustahil untuk dilaksanakan. Bukanlah bermakna mudah itu bererti sangat senang. Dan bila saya katakan dalam soal yang berkaitan dengan alam bunian ini adalah susah. Bukan bererti susah mengerjakannya, namun ianya dua kali lipat lebih dari itu sehingga ianya hampir mencapai kepada maksud ‘mustahil’ untuk dilsayakan.
2.       BERSAHABAT DENGAN ORANG BUNIAN
Secara kasarnya manusia ini tidak digalakkan berkawan atau bersahabat dengan golongan jin ini. Dan orang bunian ini adalah salah satu suku kaum jin. Yang mungkin ianya ujud lebih kemudian dari suku-suku jin yang lain. Namun sifatnya juga lebih cenderung kepada jin yang asal itulah juga. Namun kita akan menyentuh perihal bersahabat dengan jin ini nanti secara terperinci dalam bab yang khusus. insyaAllah. Tetapi ini adalah salah satu untuk lebih memudahkan perjalanan ke alam bunian ini.
3.       KHADAM BUNIAN
Mempunyai khadam dari kalangan bunian itu sendiri. Namun perlulah di ingat tahap-tahap pertolongan khadam ini tertakluk pula kepada kemampuan khadam itu sendiri. Dan dari golongan mana dia berada(profesion) boleh rujuk pada artikel terdahulu(menari duit dari alam jin). Jika khadam itu dari yang berkedudukan tinggi maka lebih banyalah tugas yang mampu dia lsayakan. Jika khadam itu tergolong dari golongan yang bodoh dan tidak berpelajaran tinggi, maka ianya hanyalah menyusahkan sahaja dan bukanlah tambah memudahkan kerja seseorang itu.
4.       ORANG YANG MEMPUNYAI AMALAN TERTENTU
Seperti umum tahu, di zaman Nabi Sulaiman a.s. seorang ahli kitab telah mengalahkan kehebatan jin dari bangsa ifrit dengan kemampuan membawa singgahsana Ratu Balqis dengan lebih pantas dan cepat. Dan diletakkan didalam istana Nabi Sulaiman a.s.

Kesimpulannya disini ialah, manusia ini boleh menjayakan dengan lebih baik sesuatu pekerjaan itu dari golongan jin yang sedang perkara itu dilebihkan kepada golongan itu(jin). Dan semua itu boleh terjadi dengan hanya pertolongan Allah semata-mata. Namun saya tidak menyertakan amalan-amalan tersebut secara terperincinya disini. Selain dari kurang pengetahuan saya dalam bab ini. Saya juga berpendapat amalan-amalan tersebut tidak boleh dipelajari dengan hanya membaca sedikit keterangan mengenainya lalu terus mengamalkannya. Dikuatiri akan memudaratkan seseorang itu.
5.       ORANG YANG DISUKAI (DIPILIH) OLEH GOLONGAN BUNIAN
Dalam hal ini ianya sedikit berbeza dengan bersahabat. Kerana bersahabat itu hanya melibatkan 2 atau 3 orang sahaja(orang-orang tertentu) sedangkan dalam keadaan ini, manusia itu dipilih dan disukai oleh satu puak, atau kampung bunian ini. Dan dia dibukakan jalan kearah alam mereka pada waktu-waktu tertentu. Pada hari keramaian dan kenduri-kendara contohnya. Dan biasanya pada peringkat permulaan orang ini tidak menyedari yang itu adalah alam bunian. Dan tidak menyedari perbezaan tersebut untuk jangka waktu tertentu. Dan biasanya orang yang dalam ketogeri ini akhirnya akan diberi pilihan, untuk berkahwin dengan anak-anak gadis mereka dan di kenakan syarat, jika mahu terus bersama anak dan isteri kenalah memilih untuk terus tinggal sahaja di alam bunian secara kekal. Dan jika dia memilih untuk tinggal disana(alam bunian) maka ini adalah orang-orang yang rugi kerana dengan sendirinya dia telah menghina dirinya. Kerana manusia itu adalah sebaik-baik kejadian. Dan dijadikan sebagai manusia itu adalah semulia-mulia tempat. Tambah pula dilahirkan di dalam islam itu adalah sebesar-besar rahmat. (Namun rugi dan beruntungnya disini adalah berbentuk subjektif, maka kerugian bagi umum itu mungkin juga keberuntungan bagi individu tersebut, jadinya saya tidak juga berkeras dengan pendapat saya dalam hal ini)
Dan dalam keadaan tertentu manusia itu bisa disesatkan(disorok) oleh golongan bunian. Sehingga biasa kita dengar mereka ini telah disorokkan berhari-hari, malah ada yang berminggu-minggu. Dan makannya berupa cacing tanah dan ulat-ulat. Yang mana mata-mata mereka telah dikaburkan sehingga nampak seperti mee atau nasi. Dalam hal ini saya tidak berapa setuju dengan pendapat lain. Yang mana itulah keadaan yang terjadi bila manusia itu diambil oleh golongan bunian. Kerana perbuatan membagi makan dengan barangan-barangan yang kotor dan jijik itu adalah pekerjaan syaitan dan golongan yang kafir.(tujuan menginiaya dan mengkhianati) Jika mereka(bunian) yang dijumpai itu adalah dari golongan yang islam agamanya, dan celik pada hukum-hukum agama, mereka juga tidak mungkin sama sekali bertindak melampaui batas yang sedemikian.
PERKARA YANG PERLU DITITIK BERATKAN
Orang yang jahat dan busuk hati itu ada dimana-mana sahaja. Dengki dan khianat itu juga telah datang kepada alam ini lebih awal dari keujudan manusia itu sendiri. Sedangkan untuk melihat niat jahat dalam hati seseorang manusia itu juga sudah sangat sulit untuk dilakukan. Ini pulalah dari kalangan jin atau bunian yang kita tidak dapat lihat itu. Secara peribadinya saya memandang, terlalu sedikit menafaatnya berhubung mesra dengan ala mini berbanding mudarat yang bakal datang. Dikuatiri individu yang cetek pengetahuannya akan mudah terpesong, akan terjebak dengan amalan-amalan kurafat atau lebih jauh akan melakukan perbuatan-perbuatan syirik kepada Allah. Sedangkan makhluk ini boleh saja menipu seperti layaknya manusia yang juga ada diantara mereka itu yang gemar menipu demi untuk kepentingan tertentu.
Contohnya bergini, diantara kita ramai yang kurang arif dan dapat membezakan antara orang Sweden dengan orang Denmark. Kerana tidak ada pengetahuan mengenai mereka. Atau dapatkah kita membezakan antara orang Jepun dengan orang Korea? Jika tidak mempunyai ketelitian yang benar-benar mengenainya, nescaya bisa saja manusia ini tertipu  kepada syaitan-syaitan atau golongan jin-jin kafir yang jahat. Dengan menyatakan yang mereka itu dari golongan jin, atau bunian yang Islam. Kesimpulannya disini, dalam mengambil sedikit menafaat dari perbuatan ini(berhubung dengan dunia bunian) perlukah kita meletakkan akidah sendiri dalam keadaan yang tidak selamat?
Tidak dinafikan yang manusia ini dibekalkan dengan sifat ingin tahu yang tinggi. Dan kerana itulah manusia itu maju, baik dari sudut rohani atau jasmaninya. Namun semua itu tidak membolehkan kita memandang ringan kepada perkara ini. Walau dalam keadaan apa sekalipun, bila melibatkan iman dan amal kita, berbaliklah kepada syariat yang telah ditentukan, dan bagaimanakah sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Saw.

(nota: artikel ini adalah suntingan dari info sesawang)

TOYOL

TOYOL DAN RAHSIANYA
                                         
Toyol berperangai seperti anak kecil yang mempunyai susuk tubuh setinggi 50-60cm sahaja. Kulitnya merah kemerahan dan berwajah bulat dengan mata agak terkeluar sedikit. Dahinya menonjol, mulut lebar dan berkepala botak. Kegemarannya sama seperti anak kecil yang ingin dibelai dan mengikut apa yang dikehendakinya. Memiliki perwatakan sedikit nakal, suka mengomel tetapi licik dan pandai menjerumuskan manusia mengikut telunjuknya.Ia adalah dari bangsa jin kafir yang kebanyakannya dipergunakan oleh manusia untuk mendapatkan wang dan menjadi kaya dengan cepat. Penggunaan toyol adalah merupakan kaedah ghaib bagi memperkayakan diri pemeliharanya yang jauh menyimpang dari ajaran agama dengan merompak dan mencuri harta benda orang lain secara ghaib.

Seorang penguasa dari bangsa jin kafir yang darjat dan kekuatannya lebih tinggi dari bangsa toyol akan mengawal dan memelihara ribuan toyol. Tempat yang digemari oleh toyol ialah tempat yang di kuburan yang dianggap keramat oleh manusia, gelap, sunyi dan jauh dari kegiatan keagamaan. Tidaklah menjadi hairan jika golongan toyol ini berada di hutan-hutan tebal, bukit bukau, kuburan dan tempat-tempat yang diadakan pemujaan.Toyol sangat mudah berdamping dan bekerjasama dengan manusia walaupun dengan syarat-syarat tertentu yang dikenakan ke atas manusia. Melalui seorang perantara yang memiliki ilmu hitam, seseorang itu boleh mendapatkan khidmat toyol dan memeliharanya jika beberapa syarat dapat dipatuhinya. Syarat-syarat yang dikenakan adalah segala yang bertentangan dengan hukum Allah SWT dan perkara ini amat disukai oleh iblis dan anak buahnya bangsa jin kafir. Antara syarat-syarat yang dikenakan ke atas seseorang yang ingin memilihara toyol ialah:

   1. Tidak boleh mengamalkan ajaran agama.
   2. Tidak boleh membuat kebajikan atau kebaikan.
   3. Bersedia menyerahkan isteri untuk disetubuhi toyol atau menghisap susunya.
   4. Bersikap cinta kepada harta benda.
   5. Menyediakan sajian untuk makanan toyol.
   6. Rumah harus jauh dari orang ramai dan kegiatan agama.
   7. Suasana rumah harus redup.
   8. Sediakan ruang atau bilik khusus yang berbau kemenyan sebagai tempat tinggal toyol.
   9. Harus bersikap lembut dan santun terhadap toyol kerana toyol itu seperti anak kecil.
  10. Harus membawa toyol berjalan-jalan mengikut kehendak toyol.

Masyarakat boleh mengetahui ciri pemilik toyol dengan memperhatikan keadaan atau perilakunya. Perilaku seseorang pemilik toyol adalah tidak berlaku pada masyarakat umum atau keadaan yang logic yang menyebabkan suatu suasana. Ciri-ciri pemilik toyol antara lainnya ialah:

   1. Pemilik toyol mempunyai isteri yang gemuk dengan payudara yang besar.
   2. Berjalan dengan tangan di belakang seperti menggendong sesuatu.
   3. Suami isteri pemilik toyol memiliki sifat peribadi yang berlainan dengan masyarakat umum seperti pendiam namun menonjolkan kebatilan secara tiba-tiba.
   4. Rumahnya yang dahulunya ramai penghuni tetapi sunyi secara mendadak.
   5. Sering mendiamkan diri dalam masa yang lama bila berada di rumah orang kaya.

Setelah syarat-syarat dipersetujui, maka perantara akan berhubung dengan penguasa toyol dari bangsa jin untuk menghadirkan toyol di hadapan bakal tuannya. Toyol dihadirkan dengan memunculkan terus di hadapan bakal tuannya untuk dibawa pulang. Kos bagi memiliki toyol kelas rendah antara RM100 – RM1000, bagi toyol kelas pertengahan antara RM1000 – RM2000 sedangkan toyol diperingkat tinggi antara RM2000 – RM5000. Walaupun setelah dibayar, pemiliknya tidak boleh terus membawa toyol pulang kerana toyol harus dilatih untuk mengenal matawang. Hal ini terjadi jika seseorang itu membeli toyol dari luar negara. Namun di Malaysia, toyol sudah mengenali nilai mata wang Ringgit. Cuma ianya dilatih untuk mengambil jumlah wang tertentu dengan keadaan baik tanpa diketahui oleh tuan empunya wang. Toyol hanya akan mencuri jumlah wang yang telah diberitahu atau dilatih oleh pemiliknya sahaja.

Memelihara toyol adalah mengikut kesesuaian kelas toyol. Toyol kelas rendah hanya memerlukan sesajian yang ringan dengan menyediakan tempat tinggal yang biasa sahaja. Sedangkan toyol kelas pertengahan dan tinggi memerlukan penyajian yang mewah dan berkualiti serta tempat tinggal yang bagus. Menjaga toyol tidak jauh bezanya dengan menjaga anak kecil. Ianya harus dimanjakan dan dituruti apa yang menjadi keinginannya seperti bunga tujuh jenis yang segar, bubur harus panas dan bilik yang ada bau kemenyan dan lembab. Pemiliknya harus sentiasa bersiap sedia setiap saat untuk melayani toyolnya terutama memberi makan dan menyusuinya.Penjagaan yang baik dan tidak leka setiap masa oleh pemiliknya akan memberi kesan yang positif kepada pemiliknya. Namun jika toyol yang berbangsa jin kafir yang mempunyai perangai paling cerewet, manja dan mengomel ini tidak puas hati dengan layanan pemiliknya, ianya akan berhenti dari mencari wang bahkan akan membocorkan rahsia pemiliknya dengan menjelma di sekitar rumah pemiliknya atau mencuri hanya di kawasan sekitar jiran-jiran pemiliknya. Bahkan jika toyol kelas pertengahan dan tinggi akan berlagak kurang ajar dengan memaksa pemiliknya membenarkan isterinya disetubuhi oleh toyol pada setiap malam. Akhirnya, tujuan untuk menjadi kaya dengan pantas tidak tercapai dan isteri tergadai maruahnya kepada sang toyol yang menggatal.

Jika ditinjau dari sisi agama Islam bahawa berhubungan untuk meminta tolong dari toyol sebagai bangsa jin kafir sangat tidak mungkin membawa kebaikan bagi manusia bahkan akan membawa kepada keburukan dan kebinasaan dunia dan akhirat. Masyarakat hendaknya tidak terliur dan terjebak dengan fenomena menggunakan khidmat toyol untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan yang menyesatkan ditegah oleh agama.
 
(artikel ini disunting dari info laman sesawang) 

KELIRU SELAWAT SYIFA'?

Penjelasan Tentang Selawat Syifa’

Dalam rawatan Islam, penggunaan doa daripada ayat-ayat al-Quran, doa-doa daripada hadith Nabi SAW atau doa-doa yang tidak mengandungi kata-kata pemujaan kepada makhluk atau mensyirikkan Allah SWT adalah diharuskan. Salah satu doa atau selawat yang sering digunapakai sebagai bacaan dalam rawatan penyakit adalah Selawat Syifa’. Bagimanapun timbul sedikit kekeliruan terhadap Selawat Syifa’ ini sehingga ada yang mengatakan selawat itu boleh membawa kepada kesyirikkan kepada Allah. Kerana itu perlulah diberikan penjelasan berikut.
1. Selawat ini namanya Selawat Syifa’ dan bukan Muhammad Syifa’. Ini bermaksud yang menjadi ikhtiar atau alat untuk mendapat kesembuhan adalah selawat dan bukannya batang tubuh Nabi Muhammad SAW.
2. Selawat ini terkenal keseluruh dunia Islam dan diamalkan di seluruh dunia khasnya di Nusantara dengan tidak menimbulkan pemahaman apa-apa kerana tidak pernah terlintas dalam hati pengenal selawat ini untuk menyandarkan pengubatan penyakit dan menyandarkan kesembuhan kepada zat Nabi Muhammad SAW.
3. Selawat ini bukan baru tercipta iaitu telah lama berlegar. Ia terdapat dalam kitab al-Tibb al-Nabawi

1 . Dalam Mukadimah pertamanya ditulis oleh Dr. Mahmud Muhammad al-Tafahi Profesor Madya di Kuliah Syariah Universiti al-Malik ‘Abd al-‘Aziz Makkah al-Mukarramah ditulis dibaris pertama mukadimahnya dengan Selawat Syifa’.



4. Jika diandaikan Selawat Syifa’ itu mengundang kesyirikkan kepada Allah seperti yang didakwa, apakah wajar selawat itu boleh berada dalam kitab terkenal al- Tibb al-Nabawi yang diterbitkan di Makkah al-Mukarramah dan ia tidak ada sebarang masalah yang diragukan. Oleh itu yang mengusahakan penerbitannya seperti yang disebutkan tadi tidak pula mempertikaikan tentang Selawat Syifa’tersebut lalu penerbitan itu diedarkan kepada bacaan awam. Jadi, dapat difahami bahawa jika selawat itu mengundang kesyirikkan kepada Allah sudah pasti ia telah dipadam atau tidak diterbitkan untuk edaran orang ramai.
5. Yang menyatakan Selawat Syifa’ itu Maha Besar kerana perkataan Tibb al- Qulub dalam selawat itu  dii‘rabkan berbagai-bagai. Apa pun yang boleh dii‘rab oleh pengkritik sepatutnya mengambil kira tajuknya. Adapun yang mengamalkan selawat ini berhujah “ tibbi( W ) dalam kedudukan i‘rab ialah mudaf ilaih bagi mudaf yang dihazafkan atau dibuang.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah: Maktabah wa Matba‘ah al-Nahdah all-Hadithah al-Mamlakah al-‘Arabiyyah al-Sa‘udiyyah, Makkah al-Mukarramah. Ditulis pada halaman utama dihadapan kitab ini ditulis Mukaddimahnya. Ditahqiqkan dan ditashihkan dan dikawal selia komentarnya oleh Fadilah al-Sheikh ‘Abd al-Ghani ‘Abd al-Khaliq Profesor Usul al-Fiqh Fakulti Syariah Islamiyyah.



Pengkritik mendakwa boleh ditakdirkan dengan takdir lughawi boleh diandaikan ada perkataan yang sengaja dihazaf iaitu “

salatan” (89:!), berkedudukan maf‘ul mutlak pada waktu yang sama dia mudaf   Maka selepas itu terdapat lafaz “tibb” menjadi mudaf ilaih majrur.




Jika ini diakui bahawa boleh diterima maka itulah yang sebenarnya Selawat Syifa’ iaitu selawat rawatan bukan zat Muhammad sebagai penyembuh. Namun dikatakan pula bahawa takdir yang demikian itu tidak ada hujah dalam bahasa Arab kononnya untuk diterima pakai. Seolah-oleh mereka mengatakan bahawa tidak ada dalam bahasa Arab kaedah nahunya yang boleh berbuat demikian. Dakwaan tersebut amatlah meleset dan dakwaan kosong yang sengaja atau terlupa rujuk. Sebenarnya dalam nahu ‘Arab khasnya dalam kitab terkenal syarah Ibn ‘Aqil juzuk yang kedua bab al-Idafah ditulis dalam kitab itu sedemikian:





Maksudnya:
Terkadang dihazafkan (dibuang)

Mudaf (sandaran) dan ditinggalkan Mudaf Ilaih (yang disandarkan kepadanya) berbaris dibawah sama seperti disebut atau ditulis al-Mudaf. Akan tetapi dengan syarat yang dibuang itu ada contohnya atau imbasannya diatafkan seperti syair Arab yang tersebut. Dalam syair itu jelas perkataan “nar”(.  ) dibaca kasrah (majrur bi al-kasrah) kerana ia berkedudukan Mudaf Ilaih yang dibuang. Takdirnya “kull” ( W <). Kalau dalam syair boleh dibuat sedemikian tentulah dalam penulisan dibolehkan juga. Bukan sahaja dalam syair ‘Arab yang sememangnya menjadi hujah dalam nahu ‘Arab malah dalam al-Quran al-Karim ada ayat Allah SWT yang juga dibuang mudaf.
Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 67:





Terjemahannya: “
Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana



.” (surah al-Anfal ayat Dalam satu qiraat ada yang membacanya dengan kasrah takdirnya bagi. Ada yang mentakdirkan.
Jikalah bahawa ada kaedah bahasa Arab yang diambil daripada ayat al-Quran dan di dalam Syarah Ibn ‘Aqil bahawa diterima pakai hujah yang kuat bahawa mudaf boleh dibuang (dihazafkan) dan yang tinggal mudaf ilaih majrur bi alkasrah.
Oleh itu Selawat Syifa’ ada kalimah yang sengaja dibuang iaitu (
89:!), bacaan asalnya I‘rabnya maf‘ul mutlak mudaf dan Tibb () mudaf ilaih (majrur bi al-kasrah Qarinahnya ada dengan perkataan salli ( ), iaitu ada perkataan salli ( ( ) sebelumnya.
Salli adalah dalil yang menunjukkan ada perkataan sebanding dengannya yang dibuang iaitu salatan (8; 9:!). Dengan itu hilanglah kekeliruan dan keraguan bahawa yang menyembuhkan sebenarnya bukan Muhammad, atau zat Muhammad atau batang tubuh Muhammad yang menjadi bahan ikhtiar yang menyembuhkan ialah keberkatan selawat. Selawat adalah termasuk dalam amal soleh dan ianya tidak menyalahi syariat dan boleh diamalkan tanpa sebarang keraguan.
 Sabda Rasulullah SAW yang diiwayatkan daripada Abi Hurayrah RA:Terjemahannya:
Sesiapa yang berselawat ke atas sebanyak 1 kali, Allah SWT akan berselawat ke atasnya 10 kali ganda.


Hadith riwayat Muslim [Kitab (89:3 ), Bab no.hadith 939], j.2, h.
(ada sedikit typing error...akan diperbetulkan...)