Isnin (27.02.12) kes hari ni agak mendebarkan dan ada yg menghibakan namun menjengkelkan.
Antaranya kes seorang isteri mengadu pasal bekas suaminya tak nak jumpa anak-anak, anak pergi jumpa dia di rumah isteri baru pun tak diendahkan, akhir dpat jumpa setahun lepas, kalau nak tunggu dia nak cari dan jumpa anak2 jangan haraplah, katanya. Anak perempuannya yg sulung, 21 th, baru2 ini muntah keluar batu dan darah dan dia mengesyakki angkara isteri baru bekas suaminya kerana dia pernah kata tak akan lepaskan keluarganya, akan disantaunya. Dia dtg jumpa sy untuk minta tolong doakan agar bekas suaminya ingat anak2, itu saja, ini tidak, kalau anak2 dtg jumpa masa isteri barunya tak ada rumah, dia nampak macam takut2, jumpa pun luar rumah, tak dipelawa masuk, kini bekas suaminya dan pindah tempat lain pulak, tak mahu dikesan2 anak. Isteri ini juga dah kahwin lain, dia mengaku pernah seorg Pak Aji , org Indon, (yg menawarkan rawatan kpdnya), beri barang seperti minyak dlm botol tapi dia tak pakai, geli tengok, botol berisi sesuatu dan kemenyan, barang2 ini dia bawa bersama utk dimusnahkan. Wak itu beri dia th lepas dan sms kata dia cintakan perempuan ini dan ajak nikah, sedangkan dia dah bersuami baru, ertinya isteri org, Wak itu cakap dia ada pssantren di Indonesia, juga pernah belajar di Mekah, barang yg diberi itupun dia kata dibawa dari Mekah, untuk pendinding. Secara selamba katanya, kalau tidak ke Lomboklah dia dibawa lari, kalau calit minyak tu, kini ada di Lomboklah dia bersama Pak Aji tua tu. Dia kata masa bersama suami terdahulu, dia juga diberi kemenyan oleh bomoh yg dibakar depan pintu rumah, pernah buat 3 kali, sekarang tak buat dah, kerana sejak itu didapati anak2nya suka melawan, degil, panas baran dan dia sendiri mula pukul anak2, suami dia sendiri dah mula pandai caci maki dan sebut perkataan2 kotor dan hina. Dia mengaku pernah masa hamil, lembaga hitam datang melakukan hubungan jenis dan dia tak mampu buat apa-apa hanya menyerah, ini berlaku dua kali, sampai mahkluk itu capai klimaks dan dia dapati ada kesannya, ini berlaku dalam keadaan sedar. Masa dtg dia bawa dua org kawannya yg menemaninya, berpandangan sesama sendiri kehairanan, cuma sy harap mereka tak jaja cerita ini di luar, sebab ini kerahsiaan yg perlu dijaga.
Kes seterusnya seorang ibu mengadu anaknya dah 3 kali lari dari rumah dlm tempuh sehingga 5 hari setiap kali lari. Masa tingkatan 2 pernah lari, kini tingkatan 3 lari lagi, ikut lelaki teman satu sekolah sampai ke Johor, dah 5 hari sana habis belanja, nak makan susah, lalu call maknya, lalu pergilah maknya ke Johor ambil anaknya bawa pulang. Dia kata anaknya kalau lari mesti ikut laki, dlm hati sy kata ini bukan lari, tapi saja pergi ikut laki, dia jenis liar, cakap pun yg kotor2 , kata babi, syaitan dan dsb tak lekang dari mulutnya, emak dia ni risau, apa nak jadi, habis ikhtiar, sedangkan anak2 yg lain2 semua ok, baik dan dengar cakap, dia ibu tunggal.
Seterusnya kes seorg lelaki yg tadi siang call nak dtg, masa tu dia ada urusan di pejabat Baitulmal, masalah dia diceritakan sedikit pada pegawai di situ, lalu dicadangkan utk jumpa sy utk selesaikan masalah, sy dlm hati kata takkan sampai mcm tu sekali, pegawai2 agama di situ ramai, boleh bantu di segi kaunseling, perundingan dsb. Sy kata insyaAllah. Malam, sebuah bas persiaran melalui lorong depan rumah sy, berhenti ke depan selang beberapa buah rumah. Dia sendiri pandu. Dia keluar bersama 4 orang anak dan seorg wanita yg kelihatan tidak terurus. Tidak pernah ada org nak berubat dtg bawa bas dan tak pernah bas melalui lorong rumah sy. Masa call tadi dia cerita pasal isterinya lari meninggalkan keluarga, dia dan anak2 sejak hari pertama tahun baru 2012. Sejak itu anak-anak terabai, dah tak sekolah, dia kerap keluar kawasan jauh2 bawa bas persiapan, sampai beberapa hari tak balik, so, anak2 pandai2lah mereka sendiri uruskan, termasuk yg masih kecil. Isteri dia menduakannya, ikut laki lain, suami org pulak tu, namun dia tetap nakkan isterinya, ingatkan isterinya, tak boleh lupa, sedangkan isterinya bencikan dia, tengok muka dia lagi benci, lalu larilah dia ikut laki lain. Sebelum ini tak pernah dia merayu pd seseorang, kini dia sanggup merayu, melutut agar isterinya kembali. Hal menduakan dia berlaku sejak Julai 2011 dan kini khabarnya isterinya menumpang di rumah abangnya. Isteri dia tak ingatkan anak2 lagi, tak bertanya khabar pun. Masa kahwin dia duda anak 2, dan isterinya janda tiada anak. Kini dah 13 th kahwin, anak dah 4 dgn isteri yg ini, tak sangka jadi macam ni, sedangkan dialah katanya yg selamatkan isterinya. Selamatkan dari apa?, nantilah...
Berbalik hal tadi, sebaik2 giliran utk rawat dia sampai, dia ceritakan pasal wanita yg dibawanya, terus cakap dia (bibik ini) keluar dari mulut rimau, masuk mulur singa, kini lari dari bekas suaminya yg nak bunuh dia, guna sihir. Sy terpinga2, dia cerita tanpa muqaddimah, tiba2 masuk plot yg rumit, Wanita itu adalah bibiknya, baru tadi diambilnya, belum sempat bekerja, sebelum ni mana pernah pakai bibik, segalanya isteri yg buat. Nasib dia, sebaik saja dibawa bibik ini balik, bibik ini terus sakit, meracau dan pengsan. Kesempatan nak dtg ni dia dibawa bersama. Bibik ni kena dera oleh suaminya di Lombok, lalu lari kerja kat Johor dgn satu majikan bangsa Cina, adalah 2-3 bulan, lepas tu lari. Dia kata tak diberi makan, setiap hari hanya seketul roti diberi yg terpaksa berkongsi pulak dgn anjing majikannya, tidur pun berkongsi kandang dgn anjing, Bibik ni Islam, namanya elok, segala kain tudung, telekong, kain sembahyang, sejadah dll habis dibakar oleh majikan cina tadi, tak bagi dia solat, lalu ditempatkan tidur sekandang dgn anjing dan berkongsi makanan anjing. Dia dtg tak bertudung, lalu sy minta isteri berikan tudung agar menutup aurat sebelum diruqyah. Baca saja ayat pelindung dan pelemah, dia mula menderam dan merasuk, sy rasa ini kes berat, lalu sy hentikan dulu sesi ruqyah, dia masih meronta2 sakit, sy call 2 org pembantu sy untuk dtg pegang kerana pesakit ini terlalu agresif dan amt bertenaga walaupun badannya kurus. ..sambung...sementara dua pembantu sy sampai, sy diberitahu isterinya masa dikahwini adalah janda, sebelum kahwin dgn suami dia dulu, dia mengalami peristiwa hitam yg dahsyat, bapanya merogolnya beberapa, kali, bapa2 saudaranya juga tumpang sekaki, dan dia syak adik beradiknya juga turut merosakkan hidupnya, lepas kahwin suaminya pula melacurkannya sehingga dia diceraikan. Dia tak tahu hal ini semua, yg dia tahu isterinya adalah janda dan yatim, tiada beribu bapa lagi maa dikahwini. Masa berbulan madu, diberitahu isterinya sedang hamil (bukan anak dia) dan cerita2 silam isterinya baru diketahui. Namun semua ini dia tak peduli, dia sayangkan isterinya, sampai dia dapat 4 orang anak lagi (turut dibawa). Sebelum ini isterinya elok saja, jaga anak dan buat kuih untuk jualan, sedangkan dia sendiri pemandu bas persiaparan yang adakala berada di luar kawasan beberapa hari, kadangkala berminggu, membawa pelancong asing. Sehinggalah diketahui isterinya buat hal, menduakan dia sejak julai tahun lepas, barulah dia rasa susah hati, sebab anak2 mula diabaikan, ditinggalkan ikut lelaki lain, suami orang, pemandu treler. Masa sambut tahun baru 1 januari 2012 isteri dia terus langsung meninggalkan rumah. Sekarang ini pulak dia berdepan dgn tuntutan fasakh oleh isterinya di mahkamah, ini lagi merungsingkan dia, dia sanggup berlutut agar isterinya balik, tak dapat lupa, walau macamana sekalipun nusyuz yg dilakukan, dia tak boleh lupakan isterinya, dia tahu orang anggap dia dayus tapi dia tak peduli semua ini. Dalam kesusahan begini, dia disyorkan ambil bibik, dapatlah bibik seorang ni, yg dia bawa tadi, yg merasuk tu, diceritakan di sini.
Sebaik2 saja sampai 2 pembantu, sy teruskan ruqyah , perempuan itu duduk berlunjur, sy pegang kedua2 hujung kaki, mula saja ruqyah dia bertempik, panas!, panas !, berulang2 kali, ada juga suara jin tu nak matikan dia, tak akan lepaskan dia, sy tak peduli, kali ni tak mahu layan, buang masa, sy tukar posisi pegang kepala sementara 2 pembantu pegang kaki, dia makin agresif, meronta2, sy cuba pendekkan sesi rawatan, terus ruqyah pelemah, pembakar dan mohon Allah keluarkan jin syaitan yg bersarang dlm badannya, akhirnya dia tidur/pengsan setelah diruqyah ayat penidur (ayat ni digunakan sekali sekala saja). Lima minit kemudian dia sedar dan sy beri dia minum air yg dicampur daun bidara, dia minum dgn rakus dan lahap, macam sedap. Sy percaya dia dah ok, sebab kalau masih ada jin jahat atau syaitan bersarang dlm badan manusia, dia tak nak minum, akan ditepisnya, tapi yg ni dah ok, diajar mengucap, dia ikut. dibirkan dia berehat. ... Lelaki tadi meneruskan aduannya mengenai isterinya, sy hanya menjadi pendengar, sekali sekali mencelah. Tiba2 perempuan Lombok tadi terima call, dia beritahu sy ada org nak cakap, dia hulur telefon, sy sambut, pemanggil memperkenalkan diri, dia adalah bekas majikannya, pernah kerja dgn dia hanya 2 hari, kerana pengsan dan merasuk, kini dia pula yg sakit2, gatal2, anak2 dia malam2 dicekik, juga dapat penyakit anih dsb setelah perempuan tu diberhentikan kerja. Dia kerja doktor perubatan dan minta bantuan sy, sy kata malam ni tak bolehlah, dah lewat mlm, sy kata lusa okeykah, dia kata lusa ada oncall, di luar KL, so sy kata apa-apa esoklah call balik. Kebetulan pulak esok sepanjang hari ada problem line telefon, sy tak terima call dari doktor ni. Sy pula tak folow up.
Lelaki tadi sambung cerita, katanya isteri dia ugut dia tak akan lepaskan dia. Dia pulak dah jumpa bomoh, baru 2 minggu, diikhtiarkan agar bomoh tadi kunci nafsu isterinya (sejenis sihir jerut), sy kata masyaAllah kenapa jadi macam ni, kita orang Islam hendklah mengelak dari menggunakan sihir untuk menentang sihir, lagipun kita tak tahu ini angkara siapa, sy katakan padanya bahawa isterinya mungkin jadi mangsa, dia bentu dia, kena kesihankan dia, dia ikut lelaki lain mungkin bukan salah dia, mungkin terkena sesuatu penangan, so, kena bantulah dia, jangan buat macam ni. Tuduh menuduh tak elok, mungkin juga dia menuduh saudara sepertimana saudara menuduh dia. Dia termenung kebingungan. Macam nilah sy kata, balik nanti banyak2 solat hajat, baca yasin, baca Quran, ajak anak2 sekali, agar Allah mengembalikan ibu mereka, mohon agar Allah selamatkan ibu mereka, memberi perlindungan kepadanya dari perbuatan sihir dsb. Dia datang tak bawa sebarang air utk rawatan, so, sy sedekahkan dia 2 botol besar air, utk keluarganya semua sekali.
Kes terakhir mlm ni, dua beradik dtg bawa 3 bungkusan besar, dari Johor, mak dia pesan utk dibatalkan barang tu sebab pemberian seseorang yg disyakki melakukan amalan yg tidak elok, sehingga dia sekeluarga mengalami sakit2 dan gangguan. Sy sempat nengok2 beberapa barang kerana banyak sangat, macam2, lagipun dah jauh malam, maka diruqyah ayat2 pembatal sihir, pemusnah dsb, so, esok akan dibuat sesuatu pd barang2 tadi.
Pengajaran:

No comments:
Post a Comment