Blogger Templates

Wednesday 29 February 2012

Muka jadi belon

Selasa (28.02.12), ...ada beberapa kes, hanya satu nak dicoretkan iaitu pesakit seorang lelaki, dia datang dgn isterinya. Lelaki ini juga dulu pernah datang, sakit agak teruk, diganggu masa di rumah, masa tidur, masa kerja dll, kini terkejut masa tidur sampai 5-6 kali terjaga dah tak ada, mimpi2 seram dah tak ada, sakit2 dah ok. Semua tangkal, azimat, wafak dsb yg banyak di rmahnya telah dikeluarkan dandibatalkan. Masalah sekarang dia datang dgn muka macam belon, menggelembong kedua2 pipi dan muka, berkilat, dicucuk2 sakit, matapun tak boleh buka, dah pergi klinik, hospital, doktor tak dpat kesan punca, disyakki silap makan, kata doktor kena ambil sampel darah, lepas tu 2 minggu akan diketahui keputusannya. Isterinya ajak dtg ke sini, so datanglah dia dan diruqyah. Minta dia teruskan memohon kepada Allah agar disembuhkan dari segala penyakit baik penyakit fizikal mahupun rohani. Jangan bila ok sikit, dah rasa sembuh, mula lupa berdoa dan solat hajat. Perlindungan hendaklah dipohon dari Allah sentiasa.

Pengajaran: Dalam tempuh rawatan, kita hendaklah sentiasa istiqamah, memohon kesembuhan kepada Allah, jangan putus asa dan yakinlah Allah akan sembuhkan penyakit kita baik bersifat rohani mahupun jasmani.

No comments:

Post a Comment