Hari ni (4.2.12) sabtu, rawatan di DS Bangi agak memenatkan, byk kes2 gangguan baik bayi, kanak2 dan orang dewasa bahkan nenek. Sy tak nak cerita yg lain2 kecuali yg satu ini sebab banyak pengajaran yg boleh diambil. Pesakit ini (seorang wanita) sebelum ni dah lama berkhidmat sebagai perawat di salah sebuah pusat rawatan DS di luar Selangor, khasnya rawatan keracunan (santau). Nak jadi cerita, ketika dia tak berapa sihat, maklumlah usianya dah 60 th, ada org datang minta tolong, maka dia tolonglah buat rawatan santau, ini berlaku kira2 sebulan lepas, sejak itu dia tak lagi merawat kerana sakit teruk, ditangkapnya (serangan) pada belakang, belikat ke pinggang dan turun ke kaki sehingga ke hujungnya, seluruh bagan lemah, macam bisa seluruh badan, menyucuk2, seakan2 seluruh bisa santau terkumpul dalam badannya. Sebelum ini dia cuba dapatkan rawatan di salah sebuah pusat rawatan DS, namun ketua perawat di situ yg juga pengerusi pusat rawatan meminta beliau ke DS Bangi dan berjumpa seseorang (perawat). Tiba giliran beliau masuk ke bilik tempat saya merawat, bilik ICU (Intensive Care Unit). Sy suka merawat di bilik ini sebab ada 2 set katil dan tandas di dalam, senang kalau ada kes2 kecemasan dan kerasukan, lagipun kurang bising. Setelah duduk depan saya, sy tanya pasal simptom dan hal2 berkaitan sakitnya, dia ceritalah secara ringkas, katanya dia dah pergi ke pusat rawatan tu, tapi ketua perawat di sana minta datang ke sini jumpa saya (disebut nama saya). Dlm hati sy kata kenapa jadi begini, semua perawat di DS sama saja di segi kebolehan, bahkan pengalaman sy tidaklah lebih byk berbanding ramai perawat2 senior di situ. Tapi tak apalah, mungkin ketua perawat tu tahu sy biasa handle kes macam ni. Tak apalah, mula saja meruqyah, sy merasai getaran yg luar biasa, badan pesakit menggigil, menggeletar dan bergoncang2, sy merasa seolah2 ada aliran memasuki badan sy, sy kuatkan semanagat dan terus baca ruqyah pelemah dan pembatal sihir, baca ayat hantar balik santau dll, badan sy rasa lega kembali, akhirnya pesakit longlai dan sy minta suami dan anaknya papah dan baringkan dia di katil bersebelahan, selimutkan dia dan biar dia berehat kira2 20 minit. sementara itu sy teruskan merawat pesakit2 lain. Antaranya pesakit gangguan tegar, usia dah 31 th belum kahwin, perempuan, tangannya menyentap bila2 masa, seluruh badan sakit, pinggang, dada, perut, mengah, lelah, tersekat sesuatu di leher, macam meletup bawah rahang, dagu, menyhucuk2 semua sendi, mimpi2 ngeri setiap malam, rasa macam nak bunuh diri dan nak bunuh orang lain. Setelah selesai handle pesakit ini sy minta seorg perawat wanita yg senior teruskan ruqyah pesakit (perawat) wanita yg sebelumnya tadi kerana ada beberapa poin sulit yg sy sebagai perawat lelaki tk boleh sentuh, dia faham dan teruskan bacaan...akhirnya nampak ok dan minta pesakit ini balik dan teruskan amalan2 susulan untuk pemulihan.
Malam, ada 4 kes yg dikendalikan, ada yg ringan dan ada agak kritikal.
Pengajaran: Para perawat hendaklah buat persiapan rapi di segi rohani dan jasmani keran ada situasi di mana perawat patut menahan diri dari merawat dan kembali merawat setelah keadaan ok. Jangan main pakai redah saja, asal saja org minta tolong, ditolongnya, sedangkan diri sendiri ketika itu, tidak sihat ketika itu. Ini boleh mengundang bahaya dan risiko, apatah lagi utk kes2 berkaitan sihir dan gangguan makhluk halus. Tuan Guru selalu ingatkan, kalau ada tanda2 tertentu, hentikan dulu rawatan, buat persiapan, kuatkan rohani dan jasmani dulu, kalau keadaan nampak dah ok, line clear, smooth, maka teruskan rawatan. kalau tidak perawat mungkin akan diserang bertalu-talu sehingga tak sempat menepis dan akhirnya menerima padah, lebih teruk dari pesakit yg kita rawat. Mungkin pesakit pula yg merawat perawat.
No comments:
Post a Comment