Blogger Templates

Wednesday 26 June 2013

Azazil...raja segala iblis

Azazil, yg dulunya beribadat kepada Allah selama 80 ribu tahun, namun kerana ego dan sombong dgn kejadiannya dari api, enggan sujud kepada Adam a.s.......kini setelah berhenti posting hampir setahun, insyaAllah selepas konvensyen pengubatan Islam malaysia pada 29 & 30 Jun 2013 nanti saya akan mula menyambung posting. Semua catatan masih tersimpan dan banyak kes yang rumit dan memerlukan penelitian lanjut, juga kes2 yang memberi maklumat baru yang jarang diketahui berkaitan rawatan. Tidak kurang info2 terkini tentang aktiviti para makhluk halus, juga detail perbezaan antara syaitan, ifrit dan jin biasa, begitu juga azazil (tidak suka digelar iblis kerana dia mengaku ketua iblis, yg satu2nya). Dlm tempuh sejak julai tahun lepas (sy berhenti sementara posting) sy terus selongkar kitab2 lama dan baru, juga hasil kajian, tesis dsb berkaitan pengubatan Islam, melayu tradisional, perbomohan, perdukunan dan hal2 yg bersangkutan dgn paranormal khasnya di Indonesia, juga amalan bomoh2 siam, hindu, cina, jawa, juga bomoh2 arab. Juga menemui banyak jin2 dan ifrit serta iblis dari pelbagai negara. Terbaharu ifrit dari Nigeria dan Azazil yang bersinggahsana di Bermuda. Saya juga berdepan dengan azazil yang membuat lukisan/lakaran rupa@imej yg berbeza antara ifrit, syaitan, jin, iblis dan rupanya sendiri, juga lakaran kediaman raja azazil di Miami @ Bermuda. Dia melukis langsung di depan saya dan disaksikan beberapa perawat lain. Juga tulisan zaman sebelum nabi Musa a.s dll, semuanya ada dalam simpanan saya. Sy merasakan dunia perawatan memiliki rahsia2 dan hal2 misteri yang tak mampu dibongkar segala-galanya. Syukur dan memadai kalau kita menyedari sedikit darinya dengan izin Allah. Kita bukan hendak menjadi sakti atau memiliki hal2 bersifat luarbiasa atau super natural, namun ikhtiar rawatan ibarat berada di bawah tadahan air terjun, terjahan hampir sama, namun airnya adalah berbeza.