Blogger Templates

Tuesday, 21 February 2012

Tak nak sekolah, ular sawa dan mengamuk

Selasa (21.02.12) Malam.

Mlm ada beberapa kes, pertama budak lelaki 9 th anak bungsu 5 beradik, tak nak pergi sekolah, yg. terakhir pergi lebih 2 minggu lepas, sampai sekarang tak nak pergi, sebelum itu jarang2. Mak dia kata masa darjah satu selepas daftar langsung tak pergi sekolah, masuk darjah dua pergi walaupun banyak hari juga tak pergi, kini darjah 3 tak nak pergi balik, macam2 cara dibuat, paksa dsb tapi dia tak nak, dipakai baju tak nak, kalau dah sampai sekolah, tak nak turun dari motor, meragam dsb. Bila ditanya sebab, dia cuma diam dan geleng kepala. Dia di kelas hujung, maknanya prestasi tercorot. Ibubapa dia nampak kecewa, sy percaya macam2 cara, lembut dan keras dilakukan, namun mereka hilang punca.

Kes lain ialah penyakit kronik berpunca dari radang  paru-paru akibat jangkitan kuman, baru keluar hospital, sejak itu menangis malam2 antara 12 hingga 3 pagi, kalau tidur sering terkejut, dah 1 minggu macam ni.

Kes berikut, seorg isteri mendakwa berlaku gangguan berkaitan solat, juga sering mimpi solat, rasa ada lembaga ganggu seolah2 tak bagi dia solat, tolak dan tarik, lalu solat tak selesai, terutama masa tasyahud akhir, so, solat tak pernah selesai kerana diganggu, ini realiti. Dia juga sering mimpi main2 dengan bayi, juga suaminya turut main2, digigit ular sawa, sakit2 badan, masa mandi sebelum maghrib, ada benda macam sentuh badannya. Setelah ditanya pasal rumahnya, dia kata  tak pakai bomoh, tak juga simpan tangkal dan azimat, mereka tak percaya semua tu. Sy hairan kalau rumah yg bersih dari benda2 tu ada gangguan, kerana maklumat yg diberi tak menunjukkan ada unsur2 sihir atau saka. Sy bertegas, tentu ada sesuatu yg pernah dilakukan masa mendirikan rumah dulu, seperti menanam benda pemberian bomoh dsb, lantas suaminya mengaku, ini dah lama, lebih 8 th. lepas, selepas dapat anak bongsu yg dah berusia 8 th, sejak itu isterinya diganggu dan tak hamil2 lagi, rumah bermasalah, kelibat dan bunyi. suaminya kata itu dah lama, seseorg beri utk tanam di depan dan belakang rumah, kini dah masuk bawah konkrit lantai, atasnya sekarang ada mosaic. Katanya hanya utk memagar dan pendinding rumah. Dia pun tak percaya buat masa ini walaupun dulu percaya. Sy cadangkan buat pembersihan rumah dari kehadiran makhluk2 halus dgn kaedah tertentu dan dia sanggup.

Jam 11.00 mlm, datang perempuan dua beradik bersama tunangnya dan sy dirayu dtg ke rumahnya, anaknya kata ibunya sedang buat hal, mengamuk, banyak barang2 dipecahkan dan dibuang keluar rumah, bersepah rumahnya, sejak pagi tadi lagi, keadaan tak terkawal, dgn anak2 pun tak mahu bersemuka, bapanya tak mampu buat apa-apa, kalau keluar rumah lagi ibunya mengamuk. Ibu dan bapanya tak boleh bertentangan mata kerana ibunya benci dan meluat tenguk muka ayahnya. Tinggal sebumbung tapi panas. Sebenarnya wanita berusia 46 tahun ni pernah jumpa sy bersama anaknya beberapa minggu lepas, tapi berkaitan masalah suaminya yg buat hubungan dan sukakan seorg perempuan Indon, setelah dirawat, suaminya ok dan balik rumah, cuma rasa cemburu dan benci masih ada dan ini yg menghantui wanita ini. Wanita ini berjanji akan bawa semua tangkal dan azimat pemberian bomoh yg diberi sejak lama dah, untuk dibatalkan, namun tak mampu ditunaikan kerana dia sendiri kemudiannya dapat gangguan, sakit , demam, mengamuk, panas baran dsb. Sy minta perempuan ini minta bapanya hubungi sy sendiri krn sy perlukan keizinan selain request tuan rumah, tak boleh pandai2 ke sana. Bapanya call sy dan minta sy ke sana, Sy perlukan pembantu dan setelah hubungi seseorg, dlm tempuh 15 minit, ada 3 pembantu bersedia dan kami bertolak ke sana, jam 11.30 mula proses rawatan, bermula dgn menanggalkan dan mengumpulkan semua tangkal2 berbalut kain kuning macam uncang yg dipaku di segenap penjuru dan dinding rumah, tingkat atas dan bawah, juga banyak barangan lain pemberian bomoh. Setelah itu proses ruqyah berlaku, ke atas air, garam dan lada hitam juga ruqyah pembatal ke atas selonggok barangan tadi. Ibunya masa sy sampai nampak ok, baru sebentar tadi setelah call sy, suaminya bawa dia keluar dan pusing2 sekejap, baru tenang sikit. Sementara pembantu sy yg 3 org itu memagar dan membersih rumah, sy meruqyah ibunya dan seorang adik lelakinya. Setelah jam lebih 1.00 pagi sy minta izin utk balik dan minta dia meneruskan balingan garam + lada hitam utk sekurang2nya 2 hari lagi. Sampai rumah, rehat sekejp dan tidur jam 2 pagi lebih. Entah apa pula yg akan berlaku esok...

Pengajaran:


No comments:

Post a Comment