Perawat hendaklah bersedia menghadapi fitnah yg ditimbulkan oleh golongan jin, syaitan dan iblis laknatullah, tak kira dari aliran atau pusat rawatan mana sekalipun. Walaupun sudah berhati-hati namun hal ini sukar dibendung. Fitnah yg ditimbulkan dan meracuni fikiran para pesakit dan ahli keluarga mereka. Kebiasaannya perawat yg banyak menyusahkan golongan jin dan syaitan akan terdedah dgn fitnah ini. Sy mendapat maklumat ada beberapa rakan sy yg juga perawat telah difitnah oleh golongan jin lantaran tindakan keras mereka berdepan dgn jin khasnya jin penyihir. Fitnah ini disebarkan samada oleh jin sendiri atau melalui pesakit atau perawat lain, namun sy tak semudah itu hendak percaya, walaupun diberikan bukti2nya, sebab maklumat itu datang dari makhluk halus. Fitnah menyebabkan kita memandang serong kepada perawat2 tertentu dan inilah kerja2 iblis dan syaitan. Tidak dinafikan bhw mungkin ada sebilangan perawat yg didampingi baik disedari mahupun tidak, membawa saka, khadam dsb, namun hal ini kita berserah kepada Allah. Tidak ada yang mengetahui perkara ghaib kecuali Dia.
Monday, 13 February 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment