Jumaat (2.3.12) mlm sy ada beri kuliah Hijamah (Bekam Sunnah) di sebuah surau, secara teori dan praktikal, maka balik lewat sikit. Sampai rumah peskit ni siap menunggu dan ini adalah kes ulangan, keadaan dia semakin ok berbanding dulu, tadi ssebelum datang lampu rumah dia tiba-tiba padam, tapi bukan semua, lepas tu menyala semula, padahal tiada sesiapa usik suis. Semalam pula dia mimpi ada org beri ular suruh pegang lalu dia pegang sedangkan beberapa malam lepas orang bagi kemenyan tapi dia tak ambil. Lepas pegang ular dia rasa badan rasa miang, juga lebam di peha dah 1 minggu tak hilang2, kaki juga, lalu digosok dgn garam campur lada hitam (utk rawatan rumah), yg gosok tu sy tak suruh tapi dia buat sendiri, tapi ok pulak, maka sakit kaki hilang. Masalah kini ialah sejak 1 minggu suami bersikap dingin, tak nak cakap macam biasa, ditegur atau ditanya sepatah dijawap sepatah, macam tak endahkan dia. Ini sejak dia bercadang nak ambil secara sulit wafak bertulis doa dan jampi penunduk, pengasih pemanis dsb milik suami yg disimpan cermat dan tak mahu sesiapa pun ambil dan tengok, tapi kali ni dia nekad, cari dan jumpa lalu ambil serta bawa kemari, lepas dibatalkan dia nak letak balik. Suami dia kata, pantang sesiapa ambil barang dia yg satu ni termasuk sebotol minyak pengasih, tapi minyak ni tak jumpa cari mungkin dia bawa bersama dia atau sorok di tempat lain, kebetulan suaminya kerja syif malam, lalu dia datang bersama anaknya. Sy nasihatkan dia bantu suami agar pulih dari kesan yg tak elok juga doa agar suami dia kembali solat sebab dah 3-4 bulan tak lagi solat. Air ruqyah dibekalkan.
Pengajaran: Sekiranya isteri atau suami mendapati pasangannya memilik barangan sihir, tangkal dan azimat, hendaklah berbincang utuk memusnah atau membatalkannya, sekiaranya salah seorang enggan, hendaklah cermat sewaktu mengambil untuk membatalkannya, janganlah sampai disedari pasangan sehingga membawa pergaduhan besar. Walaupun niat baik, utuk membantu memulihkan kehanrmonian rumahtangga namun hal2 sebegini perlu berhati2.
No comments:
Post a Comment