Blogger Templates

Tuesday, 21 February 2012

Angin pasang, sentuhan misteri dan putus tunang

Isnin (20.02.12) mlm, ada beberapa kes, antaranya seorg  isteri bawa suami yg dulu pernah datang kerana gatal seluruh badan, setelah macam2 dibuat termasuk pemeriksaan pakar2, tiada diketahui punca dan gatal makin menjadi2, setelah dtg berubat diberi air ruqyah dan zamzam, dia balik minum 2 hari, dah tak gatal lagi, isteri dia pernah call pasal ni, sy kata meskipun dah tak gatal, teruskan minum dan sapu air tu, jangan cepat leka, namun suaminya kata dah ok dan tak payah minum dah. Mlm ni dia dtg bukan pasal penyakit gatal sebab dah ok, namun timbul penyakit baru iaitu angin pasang, dah diperiksa doktor di hospital namun gagal mengesan puncanya setelah dilakukan diagnosis dsb. Penyakit ini menyerang di bahagian telor kemaluan sehingga bengkak sebelah kanan, ari2, juga naik ke bhg pinggang sblh kanan, kedudukan buah pinggang serta pundi2 kencing, sampai dia sakit tak boleh berjalan. Masa dtg nampak kesakitan dan terhinjut2. Sy ruqyah pd dia, air , beduk sejuk dan air zamzam serta beri penerangan kaedah guna bahan2 tadi. Setelah itu nampak macam ok sikit, steady dan balik.
Kes seterusnya seorang ibu, anak tunggalnya, perempuan dan kawannya, org sekampung di Kemunting,Taiping. Kisah ibu ini, yg juga guru al-Quran berlaku pada awal tahun ni, setelah jatuh di sebuah pasar setelah perasan ada benda cuit pinggang dia, lepas tu jatuh dan sampai sekarang sakit. Jumaat lepas dia dtg rumah anak di Puchong dan jadi tak sedap badan, jam 3 petang  menggeletar, panas sampai tengah malam, jam 3 pagi kemudiannya jatuh macam ada benda tolak masa ambil sejadah nak solat tahajud. Masa di Taiping dia selalu ziarah emaknya yg tinggal sorang2, juga di Taiping, adik beradik lain takut nak bermalam di situ, hanya dia, yg mengaku selalu baca Quran dan berzikir, gangguan jarang berlaku padanya di situ. Namun kali ni berlaku semasa berkunjung rumah anaknya yg tunggal dan juga tinggal sorang2. Dia mengaku ada cubaan nak pindahkan saka dari emaknya. Ringkas cerita, masa rawat dia, dia turut membaca ayat Quran kerana saaya perasan, nampak badan mula menggigil, sy terus ruqyah dan setelah selesai dia mengatakan sewaktu diruqyah tadi badannya rasa panas dan macam ada sesuatu menghembus keluar dari kedua2 telinga, kedua2 mata, hidung dan kepalanya, kiini dia rasa lega dan sakit kepala tak lagi terasa. Sy minta dia balik nanti terus amalkan zikir dan bacaan surah2 tertentu. Sy turut menghadiahinya sebuah buku ruqyah terbitan DS untuk dia amalkan demi kesejahteraan diri dan keluarganya nanti.
Kes anaknya pula, dia dah bertunang dan akan berkahwin, namun tunangnya tidak semena-mena buat hal, seolah-olah nak memutuskan pertunangan. Terdapat juga gangguan pada dirinya, juga di rumah yg didiaminya sekarang, ada kelibat dan bunyi2 macam2 spt guli dsb. Sy turut beri dia air ruqyah untuk dia gunakan dalam tempuh rawatan ini.
Pengajaran:

No comments:

Post a Comment