Hari ini sabtu (18.02.12), rawatan di DS, pesakit agak ramai. Dalam ramai2 tu ada beberapa kes yg blh dijadikan renungan. Antaranya pasangan suami isteri yg dah lama kahwin, usia melebihi 30 an, mereka tinggal di UK (Bradford), sambung belajar di sana, pernah masa balik ke Malaysia pergi mengurut, bomoh tu kata mereka memang susah nak dpt anak dan rawatan menggunakan batang mancis sekotak sorang, disusun atur atas badan suami isteri, dan rawatan secara pakej kalau nak dpt anak juga ialah bayar RM 500.00 seorang dan kalau dapat rezeki seperti anak dan kerja elok, kena lagi pakai sejenis tangkal, seorang satu. Dia sempat urut isterinya pakai telur ayam kampung, bomoh tu kata ada org hantar melalui angin. Mengenai zuriat ni, isteri kata dia ada 5 beradik, 4 perempuan dan 1 lelaki. Hanya lelaki dpt anak, perempuan semuanya tak dpt anak termasuk yg sulung dah 20 th kahwin belum dpt anak. Dlm hati sy kata ini antara simptom gangguan dan mereka ada kesungguhan ikhtiar setelah pelbagai usaha termasuk jumpa pakar2 di UK dan bomoh2 di sini. Kini mereka dah faham dan mengaku rawatan Islam dpt menyelamatkan aqidah dan hanya Allah saja yg boleh memberi anugerah kpd mereka iaitu zuriat. Pemeriksaan alopati menunjukkan mereka sihat dan normal dan tiada masalah utk hamil, namun sy mensyakkii rahim isterinya telah dikunci atau dijerut dari memperolehi zuriat, Wallah A`lam.
Kes lain, pesakit ni rasa nyilu, lesu, bisa dan lemah seluruh badan, doktor check semua ok, kerap pergi bomoh dan antaranya di Bukit ... , Banting, yg menilik dlm air, katanya ada org cuba nak kenakan dia sebab tak puas hati kerana sesuatu. Disuruh suaminya balik rumah nanti, azan sebelum waktu maghrib dgn cara mengellingi sejadah, mula mengadap kiblat sampai mengadap kiblat balik, buat 7 kali, tiap2 hari selama 7 hari berturut. Dia rasa pelik dan tak teruskan sampai habis. Sy kata azan sebelum maghrib akan mengelirukan, ini bukan syariat. Diberi juga oleh bomoh tu air untuk minum dan limau utk dibaling ke pintu depan dan belakang dan suaminya diminta baca ayat jampi tertentu. Suami dia tak ikut ke DS kerana katanya ada kerja. Sy syak sesuatu tapi tak teruskan pertanyaan. Anak dia ada yg tak nak ke sekolah, suka melawan, degil dsb.
Seterusnya remaja lelaki 17 th, sakit sejak November 2011, ada ketikanya dia agresif tapi kemurungan, nampak ketakutan, kurang bercakap sedangkan sebelum ni petah dan riang. Dia ada belajar silat, satu gelanggang di sekolah dan satu lagi di luar dgn guru lain2. Yg di luar dia turut diajar ilmu kebatinan, baru belajar dah jadi macam ni, dia sering kata takut mati dan ada org suruh dia bunuh diri dll, dimasukkan wad psikiatri di sebuah pusat perubatan kerajaan sejak 3 minggu lepas dan dibawa keluar utk dirawat di DS. Sayang dia masih muda dah dimasukkan dgn ilmu2 kebatinan yg tak mampu ditanggungnya, dirujuk kpd guru silatnya, dia seolah2 lepas tangan. Rawatan masalah seperti ini perlu masa sekurang-kurangnya 40 hari. Pengalaman sy merawat penagih dadah tegar (yg dah tak kenal mak bapak dan ahli keluarga serta kawan2) memerlukan masa sekitar 40 hari utk sembuh dan pesakit macam ni juga begitu. Sy syorkan keluarga ini istiqamah dan yakin dgn rwatan Islam serta terus mendoakan kesembuhan dari Allah swt.
Kes2 lain seperti susah nak tidur, masalah berat jodoh, tunang tengok macam rupa lain, baby terkejut siang dan malam, juga bapa mendakwa anaknya, lelaki (tak nak dtg DS) dah tak nak solat sejak berkawan dgn seseorg dan pakai cincin dan rantai yg diambil entah dari mana, dia berkeras tak akan tanggalkan cincin dan rantai itu dan marah kalau org bertanyakan tentangnya.
Kes berikut ialah pesakit gangguan yg sakit hanya sebelah kanan dari pinggang hingga ke pundi2 kencing. Jin dlm badannya mengaku sukakan air kencing, sebab itu duduk beralih2 , sekejap di rusuk kanan dan sekejap di pundi2 kencing dan memberi kesakitan kepada pesakit ini. Doktor pun pening dan buntu utk mengenalpasti punca sebenar, alih2 diberikan ubat gastrik, katanya.
Malam pula ada beberapa kes, antaranya pesakit yg dirawat semalam (jumaat malam 17.2.12) dtg lg membawa bungkusan yg mengandungi tangkal dan azimat utk dibatalkan, juga ibunya yg ada gangguan termasuk telinganya sentiasa berdesing. Rasukan mlm ini lebih kuat dan teruk berbanding semalam, siap bertempik kuat, namun anak2nya yg datang semalam tak ikut, cuma tambah emak dan mak saudara, selain suami. Lagi emaknya cakap seorang adiknya yg usia melebihi 30 an, memliki karier yg bagus di sebuah bank terkenal, namun dia tidak mahu berkahwin setelah pelbagai ikhtiar dilakukan, sedihnya beliau berkawan dgn seorang tomboy berusia 42 th dan tak mahu balik rumah, asyik ikut tomboy itu dan turun ke selatan tanahair semata-mata nak jumpa tomboy tu dan hubungan ni dah 5 th terjalin. Dia minta air ruqyah utk sedarkan anaknya/
Seterusnya seorg lelaki yg mengikuti kuliah pengajian sy di sebuah surau, bawa isterinya yg sakit belakang, rahang kanan, turun ke belakang, sekarang kebas lengan kiri, abdomen sakit, mata gatal dan pedih, hilang fokus, macam ada habuk, kadang2 sakit bawah teling dan mimpi tak eloka. Di rumah ada nampak kelibat bhg dapur, anak dia juga ada perasan ada kelibat, macam orang menangis, waktu subuh 6.oo am.
Pengajaran:
No comments:
Post a Comment