Blogger Templates

Wednesday, 22 February 2012

Pesakit Lymphoma meninggal, disetubuhi jin dan sawan

Hari ini Khamis (23.02.12), pagi tadi sy terima sms jam 9.47 am dari ibu pesakit di Hosp. Selayang mengatakan anaknya yg hidapi Kanser Lymphoma (sejenis kanser darah) sudah meninggal sebelum subuh tadi. Dua minggu lepas sy mengunjunginya di hospital atas permintaan keluarganya untuk mendoakan kesembuhan, ketika itu dia koma dan keadaan amat kritikal (lihat post sy sebelum ini). Sy dah menjangkakan hal ini mungkin berlaku berdasarkan keadaannya kritikal, justeru itu sy minta ahli keluarga yg menemaninya baca selalu surah Yasin, selain itu sy cuba beri semangat agar keluarganya tetap tabah dan terus memohon kesembuhan kepada Allah. Justeru itu sy tidaklah terkejut bila terima berita ini. Entah kenapa semalam sy teringat pesakit ini yg mungkin dah...Kesihan dia masih muda dan meninggalkan anak-anak yg masih kecil. Juga kesihan suami dia, namun dia org lelaki, pandai-pandailah dia bawa diri selepas ini. Yg penting anak-anak tidak terabai. Inna Lillah wainna ilaihi raaji`uun.

Malam sorg wanita yg pernah dtg bersama suami dan 2 anaknya, dtg utk sambung air ruqyah, memberitahu situasi semakin ok, sebelah kakinya yg dah lama sakit dulu kini dah baik, ok, cuma salah seorang anaknya rasa sakit2 badan, diberikan air ruqya utk sapu dan minum, jadi baik. Dia cerita masa balik mengubat beberapa hari lepas, dia dibisikkan supaya membaca mentera yg dia sering baca dulu, kini dah tak buat, bisikan itu mengajarnya mentera dan jampi tersebut namun dia enggan ikut. Dia perasan satu lagi yg masih berlaku ialah ada benda sebelahnya masa tidur, katil terasa macam ada org naik dan selepas bangun dia dapati macam dirinya telah didatangi, ada ledir di kemaluan, sedangkan beliau suami isteri tidak melakukan apa-apa hubungan malam tu. Dia juga beritahu hal ini sering berlaku, termasuk ketika suaminya kerja syif malam.

Selepas itu seorg lelaki, pelajar sy di kuliah pengajian di surau bawa emaknya, usia 64 th, anak 12 org, dari Gua Musang, baru sampai 2 hari di rumah anaknya, mengadu dah lama kebas kaki sebelah kiri, juga dia ada sawan tarik seperti yg disahkan oleh dokor, sebelum kejang ada org perempuan depan diri, makin lama makin tinggi sehingga dia mendongak ke atas, akhirnya kejang, inilah yg selalu berlaku, bila berlaku dia tak sedar dlm masa 20 minit, lazimnya pada jam 2 -3 pagi. Perkara ini terjadi ke atas dirinya sejak emaknya meninggal dunia. Dia skrg ada 12 anak masih hidup, 1 dah meninggal, masing2 duduk tempat lain, kerja dan belajar. Dia tinggal berdua bersama suami di Gua Musang. Sawan ini berlaku selama 3 tahun, selepas ambil ubat doktor dah 3 th tak kena sawan, tapi ubat kena ambil terus, tiga biji setiap malam, kalau tak ambil jadi sawan balik. Satu lagi ialah masalah peranakannya jatuh, iaitu prolaps. Sy ruqyah pada dia dan minta minum serta sapu tempat2 sakit, juga amalkan tekap kepala dgn air ruqyah setiap mlm selain sapu air bawah ari-ari.  Semoga penyakitnya sembuh dgn izin Allah.

Satu lg sy terima call dari seorg wanita di Shah Alam, mengadu dirinya disihir, dah berubat dgn 5 org, namun semuanya gagal, sy tnya kenapa, dia kata mereka tak boleh dan tak sanggup, bomoh2 kata ini angkara kawan sebilik dia yg mahu supaya dia mati. Lagi satu ada seorg lelaki sukakan, dia sampai ambil darahnya, nak buat sesuatu agar nampak muda sedangkan lelaki tu dah berusia. Dia menderita sakit dah 1 bulan. Sy tanya tahu pasal sy dari siapa, dia kata dari kawannya dia dpt no. telefon, tapi dah lama tak berhubung dgn dia (lelaki ini yg belajar bersama satu tempat tetapi dia terpaksa tarik diri kerana sakit). Disebut namanya, sy kenal lelaki tu, seorg yg berusia lebih 30 th tapi nampak macam 17 th, sy kenal sangat dia, dia kerap jumpa sy mengadu masalahnya tapi dah 2-3 bulan menghilang, dia ada kaitan dgn bunian, sebagai kembar bunian (cerita pasal dia tiada dlm blog ini, tapi ada dlm catatan lengkap saya). Lelaki ni pernah sy rawat, bila pegang tubuhnya tak rasa macam pegang tubuh manusia, rasa lembut, macam sentuh baldu. Kisah pasal bunian agak menarik, anih, misteri dan sy pernah beberapa kali berkomunikasi secara langsung dgn bunian ni, termasuk bunian lain yg tiada kaitan dgnnya (sy tak bercadang nak cerita lanjut pasal bunian di sini). Oklah sy kata pada wanita tadi, blh dtg ke mana-mana pussat rawatan DS terdekat, namun kalau nak jumpa sy kena buat appointmen dulu dan confirm.

Pengajaran:

No comments:

Post a Comment