Blogger Templates

Saturday, 18 February 2012

Buka selera, hemangioma dan pelaris

Hari ini 17.02.12 (Jumaat) ada beberapa pesakit dgn keluarga masing2 datang, petang dan malam. Antaranya pesakit wanita warga emas yg hidapi pelbagai masalah, dibawa keluar dari sebuah hospital terkenal di Lembah Pantai, utk dirawat setelah pelbagai usaha dilakukan oleh pakar2 masih buntu. Setelah disiasat dia pernah dibawa oleh iparnya yg pernah berubat dgn seseorang, dia kata rawatan Islam, sebab guna ayat2, sy tahu dan kenal perawat tu (sebenarnya bomoh, dia bela penanggal, pesakit lain bagitahu, dia bukan warga Malaysia). Ah, pedulikan dia, tak nak cerita pasal dia, biarlah dia dgn urusannya. Pesakit ini nampak hampir putus ada, tak ada selera makan dll, anaknya macam risau sangat sebab emaknya tak nak makan, tiada selera, macammana nak sihat dan bertenaga, sy kata org sakit memanglah tiada selera, kena fahami hal ini. sy turut ruqah utk buka selera selain doa2 lain.
Pesakit seterusnya menghadapi hemangioma tahap yg agak kritikal, dah acap kali sy rawat dan semakin ok, namun dia agak abaikan, utk minum dan sapu air ruqyah serta bahan2 yg perlu diambil, so, sejak beberapa hari keadaan kembali buruk, diharap dia konsisten untuk lakukan amalan bagi rawatan susulan dgn menggunakan air zamzam.
Seterusnya seorg guru yg disyakki menghadapi saka, dgn simptom sendawa tidak putus2 dan kuat, masalah sekarang bukan berkaitan saka, tapi situasi tempat kerja dan berkaitan dgn bosnya. Bosnya disyakki mengamalkan ilmu hitam iaitu ilmu penunduk agar semua staf ikut dan akur arahannya, sesiapa yg membantah dan mempertikaikan keputusan akan mengalami sakit2 badan. Ini dilakukan menerusi jampi mentera tententu yg diwarisi dari nenek moyangnya di negara seberang. Setelah ruqyah selesai sy minta dia melakukan amalan tertentu utuk menentang sihir dan gangguan yg bukan saja berlaku ke atasnya bahkan ke atas staf2 lain di tempat kerja. Pesakit ini sebenarnya memiliki sijil pengubatan Islam, sy kenal dia kerana saya adalah pengujinya (tasmik) sebelum diijazahkan, namun beliau masih belum mampu merawat org kerana diri sendiri belum kuat dan bersedia melalui dunia pengubatan yg mencabar, bagaimanapun sy berharap suatu hari nanti beliau akan menjadi perawat Islam.
Pesakit seterusnya juga seorg wanita, peniaga, dah 3 bulan berhenti, kini kerja lain, duit dapat banyak, jualan habis, tapi duit entah ke mana, dia dtg bersama suami dan 4 anaknya. Masalah dia sakit bahagian kaki, dari lutut ke bawah sebelah kiri, kadang2 kepala dan belakang, sakit pula on off, mimpi macam2, ramai bomoh ditemui termasuk bomoh Indon, dibei pelaris, duit kertas RM 10 pelaris (ada 2, dia bawa dari bomoh berlainan) , tangkal diikat di katil, batu ambil di jalan lalu digantung tempat berniaga dll, ada ketikanya dia berubat dgn 2 bomoh sekaligus, sakit tak juga sembuh. Setelah diruqyah dia menangis kuat, anak2 dan suami kehairanan, sebelum ni berubat tak jadi macam ni. Minta jangan disakitinya, kemudian ruqyah di bahagian betis ke kaki sebalah kiri yg didakwa sentiasa sakit, lepas tu ok, poin yg dikesan ialah di belakang, bahagian bawah pangkal leher. Setelah ok 5 minit, sy merasakan ada sesuatu cuba menyerangnya kembali, memang benar dugaan, ia kembali dirasuk dan menangis, sy ambil segemggam garam dan keluar rumah serta baling ke arah tertentu, bila masuk ke dalam rumah, keadaan nampak ok, ruqyah diteruskan dan pesakit agat penat, dibiarkan berehat. Sy cuba menasihati pesakit ini dan ahli keluargnya tentang keburukan mempercayai tangkal dan azimat serta amalan2 yg diminta oleh para bomoh agar dia lakukan. Dia janji nak bawa banyak lagi tangkal dan azimat utk dibatalkan dan dimusnahkan.

Pengajaran:

1 comment:

  1. as-salam..hemangioma.... boleh diubati ke... baby sy pn ade penyakit nie...

    ReplyDelete