Semasa merawat pesakit2 yg mengalami gangguan (penyakit rohani atau spiritual) perawat ada ketikanya berdialog dgn makhluk halus dgn tidak semena2, ada yg berdialog panjang, ada yg memendekkan dialog dan ada yg tak layan langsung. Ada yg memujuk, ada yg menempelak, ada yg menengking, ada yg mengancam, ada yg ugut bunuh sepeti pancung, sembelih, ikat dan penjarakan dsb. Ramai perawat bertanya, nak buat macamana, apa yg lebih baik, layan ke tidak. Ada juga jin dan syaitan tak hadir walau lenguh meruqyah. Ada ketikanya kita tak peduli dia hadir atau tidak dan adakah patut kita usahakan agar dia hadir (menerusi ruqyah ayat2 mengesan serta doa menghadirkan jin) . Kenapa?. Ini bergantung kpd simptom dan jenis gangguan yg dialami pesakit, tempuh dan asal usul makhluk halus itu, juga bergantung pd pelbagai situasi, pesakit, perawat dan jin itu sendiri, bahkan org2 yg ada sekitar kita waktu merawat. Perkara ini timbul kerana ramai perawat yg ambil jln mudah, rawat ala kadar, dan selesai, suruh pesakit balik, minum air, kalau tak sembuh datang lagi. Pernah beberapa kali sy memendekkan dialog dan rawatan semata2 kerana bilangan lelaki yg ada di situ tak cukup, sy kira 10 lelaki diperlukan sekiranya pesakit ini mengamuk dan merasuk ..utk memegangnya.
Perawat perlu mengumpul sebanyak mungkin pengalaman dlm tempuh dan ruang yg ada. Sy kerap jumpa ahli2 lama yg memakai kad perawat dan bertanya dia merawat di mana. Dia kata tak adalah, cuma sekali sekali dtg hari selasa, no. kadnya bawah 100. Ada yg sejak dpt ijazah lebih 10 th lepas x pernah jenguk DS dan memang tak pernah merawat, bila diberitahu kini pelajar DS kena hafal 3 kumpulan ruqyah, dia tercengang-cengang, ya kah?. Ada yg dah lebih 5 th dpt ijazah, tiba2 dtg nak praktikal, sy tanya kenapa baru sekarang, dia kata baru2 ni ada kawan dia minta tolong, ada gangguan, dia cuba merawat...tapi dia tak mengaku apa kesudahannya. So, dia dtg untuk memperkemaskan diri, tak apalah. Cuma bila dah dtg tengok kita merawat, nak praktikal, kalau kita minta dia ruqyahkan kpd air utk kes2 biasa seperti degil, mohon terang hati dsb cubalah bantu, kita yg minta ,tapi dia enggan, selamba saja, dia kata tak naklah, ustaz sajalah yg buat. Sungguh kecewa, memang dia org senior, dah lama terima ijazah, tapi sy faham, ruqyah dulupun dia dah lupa, apatah lagi nak hafal ketiga2 hafalan ruqyah. Sy kata kpdnya, sebelum merawat, kita kena hafal sekurang2nya 300 kumpulan ruqyah dari ayat2 Quran, bukan hanya bergantung kpd 33 itu saja. Dia terdiam, tunduk. Kembali kepada dialog...
Pendapat sy begini:
1) Adakalanya dialog perlu dan ada kalanya tidak perlu.
2) Ada yg perlu dipendekkan dan ada yg boleh dipanjang.
3) Kalau jin tak hadir, biarkan dan ada ketikanya perlu diusahakan hadir.
4) Kalau jin kafir atau tiada agama boleh didakwahkan kpd Islam, kalau syaitan tak payah dakwah, buang masa.
5) Maklumatnya biasanya tak boleh dipercaya, kadang2 berunsur fitnah, namun ada yg boleh diterima.
6) Pujuk, ugut, ancam dsb hanyalah pendekatan atau teknik sebab makhluk halus ialah makhluk yg berakal, banyak tipu muslihatnya.
7) Jgn ego masa berdepan dgn jin dan jangan pula terlalu merendah diri.
8) Sentiasa ikhlaskan diri sewaktu hadapi kes2 gangguan dan jangan rasa diri hebat.
9) Usahakan dakwah kpd golongan jin kafir dan tidak beragama dan dedahkan ttg kesalahan dan kezaliman mereka serta diri mrk yg tertipu dgn helah ketua2 mereka atau tukang sihir.
10) Terangkan ttg kebaikan Islam, usahakan agar mereka bertaubat, meninggalkan kerja2 jahat mereka selama ini dan ajaklah mereka beriman kpd Allah.
11) Kesempatan berdialog perlu dimanfaat sebaik-baiknya, jgn hanya asyik menanya hal2 sulit dan ghaib, tapi tanyalah sebab dan punca mereka menggangggu manusia.
12) Kalau dinafikan sama sekali dialog ini, maka ruang berdakwah sudah ditutup lebih awal. Mereka makhluk berakal dan ada kesempatan utk menjadi sebahagian dari makhluk Allah yg beriman. "Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada Ku ".
13) Belajarlah teknik berdialog dgn org yang mahir dan berpengalaman, kalau tidak kita sendiri yg terperangkap.
AY
No comments:
Post a Comment