Blogger Templates

Tuesday, 14 February 2012

Panggilan kecemasan dan gerak hati

Hari ini Selasa (14.02.12) sy terima 3 panggilan kecemasan dan beberapa panggilan biasa. panggilan pertama dari Putrajaya, pemanggil seolah2 ketakutan, katanya dia tak boleh keluar dari rumah kerana diugut dan diancam oleh makhluk halus, kalau keluar akan kena sesuatu, dia bersama 3 rakan serumahnya yg lain. Dia call minta bantuan. Lalu sy call rakan perawat yg tinggal berdekatan utk bantu, dia sanggup uruskan hal ini. Setelah diberikan alamat tepat, dia uruskan perawat ke sana dan sejam lebih kemudian dia sms semuanya dah settle.

Panggilan kecemasan kedua dari dari S.Alam, seorang suami kata isterinya sedang merasuk, meracau2, menjerit mengilai2, cakap sorang2 dsb, suaminya beritahu tinggal di mana dan minta sy datang, sy kata ok sebelum maghrib sy sampai, sy tak perasan tempat tu bukan yg sy sangka, bila search, agak jauh dan utk pergi dan balik makan masa lebih 2 jam, mlm ni pula ada temujanji dgn beberapa keluarga pesakti. Lalu sy minta setelah ok sikit, blh dtg mlm ni, dia kata nak panggil imam berdekatan dulu, sy kata ok. Selepas maghrib dia sms kata dlm perjalanan ke rumah sy. Dia beritahu imam tadi dah ikhtiar tapi macam tu juga. Dia sampai rumah dpt giliran kedua, tapi sy minta pesakit lain utk rawat dia dulu sebab ini kes serius dan dia tinggal jauh. Setelah diruqyah hampir 10 minit, dia meracau2, menjerit2 minta jgn disakitinya, dia sayang org ini, dah duduk lama, sejak dia kecil, sy kata tak peduli, kamu tak ada pilihan, kena keluar atau kamu beriman kpd Allah, dia ini tak menganut apa2 agama, kemudian ketawa mengilai seolah2 mempermainkan sy, sy kata jgn main2, kamu dah zalimi org ini, akan mendapat kemurkaan Allah, dia semakin degil dan cuba menentang sy. Gerak hati mengatakan ada sesuatu di badannya yg menghalang jin ini keluar. Sy terpandang gelang jed yg dipakainya, dia kata dari negeri China dah lebih 10 tahun dipakai, sy minta utk tengok, dia tanggalkan, memang naluri sy merasa sesuatu yg panas mengalir dlmnya, tapi hal ini sy tak beritahu dia dan suaminya, sy cuma kata elok tak pakai lagi gelang ni, carilah ganti gelang lain, dia angguk. Sy teruskan ruqyah ayat2 pembakar dan akhirnya pesakit sedar, disentuh di semua poin2 penting, dah ok, sy minta teruskan rawatan dgn minum air ruqyah dan mandi daun bidara.

Lepas itu dirawat beberapa pesakit yg berkaitan dgn gangguan, penyakit fizikal tapi disyakki ada campurtangan permainan makhluk halus. Ketika jam 11 mlm lbh, call dari sebuah hospital di Kelang, kawan dia sakit kronik, aslinya pesakit ini Indonesia dah koma, dah ambil air sumsum tulang belakang tpi doktor hairan, tak tahu apa sebabnya, sy kata insyaAllah esok sy cuba usahakan.

Pesakit yg dtg 2 mlm lepas, tiba dgn isterinya, bawa dua bungkusan tangkal dan azimat serta sebatang buluh tumpat yg disimpan di rumahnya, yg diberi oleh beberapa bomoh sebagai pendinding dan beberapa bentuk cincin penguat, penunduk dsb.  Mereka bawa utk dibatalkan dan ditawarkan kesan2 yg ada pada barangan tadi. Esok sy akan musnahkan mana2 yg patut, samada dibakar atau ditanah. Sy tak hanyutkan ke sungai atau ke laut kerana bimbangkan kesannya, kerana barang2 ini dikhuatiri ada bisa dan racun, kalau buang ke sungai, dimakan ikan ke, lalu pemancing dpt ikan ni, dimakannya pula, maka kesan racun dan bisa akan masuk dan mengalir dlm tubuhnya, ini membawa mudarat. Sy sentiasa ingat pesan guru di DS ( Pakar rawat santau) bhw barang2 sihir jangan dibuang sembarangan.

Peringatan: Pertama, kalau terima kes2 kecemasan kena hati2, terutama dari org yg kita tak kenal, elok pass kes ini kpd perawat yg tinggal berdekatan utk minta bantuan, jadi tak perlu pergi sendiri, kecuali pesakit itu dah kenal kita dan beria2 nakkan kita pergi. Kedua, pasal gerak hati kadang2 membantu kita selesaikan masalah, mohon agar Allah hindari dari bisikan syaitan. Gerak hati tak boleh diceritakan sewenang2nya kpd seseorang hatta kpd pesakit, kalau dpt petunjuk teruskan rawatan. Ada beberapa ayat Quran yg blh dibaca utk dapatkan petunjuk bila kita dlm keadaan buntu. Ketiga, selamatkan aqidah umat Islam dari kesyirikan yg berpunca dari amalan sihir samada sebagai pengupah, apatah lagi sebagai penyihir, jgn putus asa walaupun cabarannya besar. Tadi sy merasai menerima ancaman dan ugutan sewaktu nak meruqyah dua bungkusan tangkal azimat tadi, tapi sy teruskan tawakkal kpd Allah sebab Dialah penyelamat sebenar, kena yakin sungguh2. Kita memperaktikkan semua ini pun kerana Allah, demi kesejahteraan umat manusia.

No comments:

Post a Comment