Blogger Templates

Monday, 30 January 2012

Pelaris

Pesakit ni dah beberapa kali dtg tp ditakdirkan sy tiada sbb dtg mengejut dan x buat appointment dulu, sy x buat rawatan sepenuh masa, kalau cuti, hari minggu atau malam, insyaAllah ada, yg dtg kebanyakan buat appointment, tapi tak apalah, ini yg semalam telefon, pagi ni dia betul2 dtg, beritahu kawanya yg suaminya lari dari rumah dah balik, so, kawannya tak datang bersama. Pesakit ini selain sakit2 seluruh badan, lebam dsbnya,  ada masalah dengan suami dan perniagaan, banyak halangan yg berlaku, sebelum ni jenuh berubat merata tempat namun semuanya bukan cara Islam, ini kali pertama dia tahu dan jumpa perawat yg menggunakan kaedah Islam, dia ada bawa minyak pelaris dlm tas tangannya yg diberi bomoh, namun katanya masalah tak juga selesai bahkan semakin menjadi tak keruan, dengan suami juga bermasalah, di rumah dan dlm kereta ada banyak lagi tangkal dan azimat, bermacam2. Sy ambil masa agak lama menerangkan ttg rawatan Islam agar dia memahami kaedah ini dan terhindar dari amalam membawa syirik dan  kufur. Dia berjanji tak akan mendatangi bomoh atau mana-mana penilik lagi, akan dibuang segala tangkal, dlm hati sy kata ini bukan kerja mudah, mungkin ada halangan selepas ni, ancaman bomoh2 misalnya, namun doa kepada Allah dipanjatkan agar aqidahnya dpt diselamatkan dan yg syirik itu dihindari.

Peringatan: Sekiranya masih ada hubungan dengan mana-mana bomoh, dukun, kahin dan pawang yg mengamalkan perkara pelik dan berunsur sihir, jauhilah segera, putuskan hubungan rawatan dgn mereka kerana ia boleh membawa kerosakan aqidah dan membawa kesyirikan serta kekufuran.

No comments:

Post a Comment