Blogger Templates

Wednesday, 29 February 2012

Syaitan temberang, jerut perkahwinan dan pelaris kedai

Khamis (1.3.12), ada beberapa kes, antaranya wanita dtg bersama suami, ini kes ulangan, isterinya ada gangguan sejak hamil anak bungsu, ke 6. kena operate utk bersalin, lepas tu ada gangguan, sempat jugalah berdialog dgn syaitan tu yg mengaku datang dari Golok, Siam, dihantar oleh salah seorang ahli keluarganya sendiri, suami dia mengaku sebelum kahwin ada juga ahli keluarga sebelah isteri yg tidak suka. Syaitan itu tak akan bagi hidup keluaganya senang, nak musnahkannya. Sy kata kat syaitan tu, kamu bukan tuhan nak tentukan itu ini, kamu adalah makhluk yg lemah, dia cuba nak tumbuk sya berkali2, sy tahan, cubalah, tapi dia tak berani, sekadar acah2 tapi acah2 yg geram, sy memang dah standby kalau ada apa2 berlaku. Pesakit nampak lemah dan diberi munim air daun bidara, dia kata busuk dan pahit, itu tandanya syaitan masih ada, dia kata ada 50 syaitan dlm badan org ni, sy kata tak nak ambil tahu sebab kamu suka bohong, itu temberang kamu, sy terus ruqyah dan akhirnya pesakit sedar dan diberi lagi air daun bidara, setakat ni ok, bergantung pada pesakit sendiri utk istiqamah mengamalkan doa2 dan zikir2 tertentu sebagai benteng dirinya dari gangguan syaitan yg degil ini.
Kes seterusnya seorang wanita yg dikatakan disihir agar dia tak kahwin sampai bila2, masa dialog jin penyihir tu mengaku, namun spt biasa sy tidak pegang sepenuhnya apa yg dikatakan oleh makhluk2 ini, sebab dia suka memperdayakan manusia dgn penipuan yg sungguh licik. Ini juga kes ulangan, bapa dan mak dia datang bawa dia utuk sambung air penawar sebab kata mereka keadaan dia jauh lebih baik berbanding dulu, cuma air ruqyah dulu dah lama habis, sejak itu keadaan kurang stabil, lemah dan tak nak campur dgn kawan2. Setelah diruqyah dia menggigil dan sedikit menderam, juga sempat juga sy berdialog dgn makhluk jin tu, yg datang dari tokong Budha. Setelah itu pesakit pengsan/tidur, sy kata 5 minit lagi insyaAllah sedarlah dia.
Sementara tunggu pesakit tu sedar, saya melayan pesakit lain yg bawa banyak barangan tangkal dan azimat yg dikutip di kedainya (dia dpt dari beberapa org bomoh sebelum ni) utuk dimusnahkah/ditawarkan. Juga dibawa garam kasar, lada hitam dan air mineral utk rawatan di kedai dan rumah nanti. Dia cerita pasal saka keluarganya yg dulu ada menjamu makhluk tu dan juga kehadiran harimau putih (saka rimau) ke dalam rumah keluarganya, nampak lembaga, kelibat dsb. Katanya ini nenek atuk dia yg buat, kini mak dia sakit, suka marah2 dan baran dgn anak cucu. Dia sendiri belum ada anak dan peluangnya agak tipis kerana isterinya dah masuh 42 tahun kecuali dirawat betul2, insyaAllah. Adik perempuan yg datang bersama juga belum kahwin, usia dah lebih 40 th. Sy kata samada saka atau tidak, kalau ada kehadiran maklhluk2 tu perlu diselesaikan.

Pengajaran: Berhati2lah dgn penipuan syaitan yang amat licik, jangan sampai terperangkap, Begitu juga sentiasa memohon agar Allah selamatkan diri kita dari sebarang perbuatan khianat sihir sehingga sukar mendapat jodoh. Selain itu tangkal dan azimat untuk tujuan pelaris perniagaan sebenarnya mengundang lebih banyak masalah kepada manusia.

Kelibat sering melintas

Rabu (29.02.12), ada beberapa pesakit nak dtg mlm nanti, sy kata malam lps isya'  tiada di rumah sebab ada kuliah di Pusat Dakwah Serantau. Peserta adalah terdiri dari bakal2 pendakwah (Da`ii), semuanya adalah saudara baru (majoriti dah lebih 5 tahun memeluk Islam) yg mengikuti kursus selama setahun, datang dari pelbagai negeri seluruh Malysia dan ada dari luar. Sy bertolak sebelum maghrib sebab tempat tu agak jauh dan balik sampai rumah 12.00 mlm. Justeru itu beberapa pesakit minta dtg waktu siang, yg lain2 nak confirm lagi mlm esok. Antara kes ialah berkaitan anak kecil menangis malam, tiada selera makan, sering nampak kelibat melintas di lorong dalam rumah, resdung dll.

Muka jadi belon

Selasa (28.02.12), ...ada beberapa kes, hanya satu nak dicoretkan iaitu pesakit seorang lelaki, dia datang dgn isterinya. Lelaki ini juga dulu pernah datang, sakit agak teruk, diganggu masa di rumah, masa tidur, masa kerja dll, kini terkejut masa tidur sampai 5-6 kali terjaga dah tak ada, mimpi2 seram dah tak ada, sakit2 dah ok. Semua tangkal, azimat, wafak dsb yg banyak di rmahnya telah dikeluarkan dandibatalkan. Masalah sekarang dia datang dgn muka macam belon, menggelembong kedua2 pipi dan muka, berkilat, dicucuk2 sakit, matapun tak boleh buka, dah pergi klinik, hospital, doktor tak dpat kesan punca, disyakki silap makan, kata doktor kena ambil sampel darah, lepas tu 2 minggu akan diketahui keputusannya. Isterinya ajak dtg ke sini, so datanglah dia dan diruqyah. Minta dia teruskan memohon kepada Allah agar disembuhkan dari segala penyakit baik penyakit fizikal mahupun rohani. Jangan bila ok sikit, dah rasa sembuh, mula lupa berdoa dan solat hajat. Perlindungan hendaklah dipohon dari Allah sentiasa.

Pengajaran: Dalam tempuh rawatan, kita hendaklah sentiasa istiqamah, memohon kesembuhan kepada Allah, jangan putus asa dan yakinlah Allah akan sembuhkan penyakit kita baik bersifat rohani mahupun jasmani.

Monday, 27 February 2012

Takut anak, Lari rumah, syaitan panas dan kunci nafsu

Isnin (27.02.12) kes hari ni agak mendebarkan dan ada yg menghibakan namun menjengkelkan.
Antaranya kes seorang isteri mengadu pasal bekas suaminya tak nak jumpa anak-anak, anak pergi jumpa dia di rumah isteri baru pun tak diendahkan, akhir dpat jumpa setahun lepas, kalau nak tunggu dia nak cari dan jumpa anak2 jangan haraplah, katanya. Anak perempuannya yg sulung, 21 th, baru2 ini muntah keluar batu dan darah dan dia mengesyakki angkara isteri baru bekas suaminya kerana dia pernah kata tak akan lepaskan keluarganya, akan disantaunya. Dia dtg jumpa sy untuk minta tolong doakan agar bekas suaminya ingat anak2, itu saja, ini tidak, kalau anak2 dtg jumpa masa isteri barunya tak ada rumah, dia nampak macam takut2, jumpa pun luar rumah, tak dipelawa masuk, kini bekas suaminya dan pindah tempat lain pulak, tak mahu dikesan2 anak. Isteri ini juga dah kahwin lain, dia mengaku pernah seorg Pak Aji , org Indon, (yg menawarkan rawatan kpdnya), beri barang seperti minyak dlm botol tapi dia tak pakai, geli tengok, botol berisi sesuatu dan kemenyan, barang2 ini dia bawa bersama utk dimusnahkan. Wak itu beri dia th lepas dan sms kata dia cintakan perempuan ini dan ajak nikah, sedangkan dia dah bersuami baru, ertinya isteri org, Wak itu cakap dia ada pssantren di Indonesia, juga pernah belajar di Mekah, barang yg diberi itupun dia kata dibawa dari Mekah, untuk pendinding. Secara selamba katanya, kalau tidak ke Lomboklah dia dibawa lari, kalau calit minyak tu, kini ada di Lomboklah dia  bersama Pak Aji tua tu.  Dia kata masa bersama suami terdahulu, dia juga diberi kemenyan oleh bomoh yg dibakar depan pintu rumah, pernah buat 3 kali, sekarang tak buat dah, kerana sejak itu didapati anak2nya suka melawan, degil, panas baran dan dia sendiri mula pukul anak2, suami dia sendiri dah mula pandai caci maki dan sebut perkataan2 kotor dan hina. Dia mengaku pernah masa hamil, lembaga hitam datang melakukan hubungan jenis dan dia tak mampu buat apa-apa hanya menyerah, ini berlaku dua kali, sampai mahkluk itu capai klimaks dan dia dapati ada kesannya, ini berlaku dalam keadaan sedar. Masa dtg dia bawa dua org kawannya yg menemaninya, berpandangan sesama sendiri kehairanan, cuma sy harap mereka tak jaja cerita ini di luar, sebab ini kerahsiaan yg perlu dijaga.
Kes seterusnya seorang ibu mengadu anaknya dah 3 kali lari dari rumah dlm tempuh sehingga 5 hari setiap kali lari. Masa tingkatan 2 pernah lari, kini tingkatan 3 lari lagi, ikut lelaki teman satu sekolah sampai ke Johor, dah 5 hari sana habis belanja, nak makan susah, lalu call maknya, lalu pergilah maknya ke Johor ambil anaknya bawa pulang. Dia kata anaknya kalau lari mesti ikut laki, dlm hati sy kata ini bukan lari, tapi saja pergi ikut laki, dia jenis liar, cakap pun yg kotor2 , kata babi, syaitan dan dsb tak lekang dari mulutnya, emak dia ni risau, apa nak jadi, habis ikhtiar, sedangkan anak2 yg lain2 semua ok, baik dan dengar cakap, dia ibu tunggal.
Seterusnya kes seorg lelaki yg tadi siang call nak dtg, masa tu dia ada urusan di pejabat Baitulmal, masalah dia diceritakan sedikit pada pegawai di situ, lalu dicadangkan utk jumpa sy utk selesaikan masalah, sy dlm hati kata takkan sampai mcm tu sekali, pegawai2 agama di situ ramai, boleh bantu di segi kaunseling, perundingan dsb. Sy kata insyaAllah. Malam, sebuah bas persiaran melalui lorong depan rumah sy, berhenti ke depan selang beberapa buah rumah. Dia sendiri pandu. Dia keluar bersama 4 orang anak dan seorg wanita yg kelihatan tidak terurus. Tidak pernah ada org nak berubat dtg bawa bas dan tak pernah bas melalui lorong rumah sy. Masa call tadi dia cerita pasal isterinya lari meninggalkan keluarga, dia dan anak2 sejak hari pertama tahun baru 2012. Sejak itu anak-anak terabai, dah tak sekolah, dia kerap keluar kawasan jauh2 bawa bas persiapan, sampai beberapa hari tak balik, so, anak2 pandai2lah mereka sendiri uruskan, termasuk yg masih kecil. Isteri dia menduakannya, ikut laki lain, suami org pulak tu, namun dia tetap nakkan isterinya, ingatkan isterinya, tak boleh lupa, sedangkan isterinya bencikan dia, tengok muka dia lagi benci, lalu larilah dia ikut laki lain. Sebelum ini tak pernah dia merayu pd seseorang, kini dia sanggup merayu, melutut agar isterinya kembali. Hal menduakan dia berlaku sejak Julai 2011 dan kini khabarnya isterinya menumpang di rumah abangnya. Isteri dia tak ingatkan anak2 lagi, tak bertanya khabar pun. Masa kahwin dia duda anak 2, dan isterinya janda tiada anak. Kini dah 13 th kahwin, anak dah 4 dgn isteri yg ini,  tak sangka jadi macam ni, sedangkan dialah katanya yg selamatkan isterinya. Selamatkan dari apa?, nantilah...
Berbalik hal tadi, sebaik2 giliran utk rawat  dia sampai, dia ceritakan pasal wanita yg dibawanya, terus cakap dia (bibik ini) keluar dari mulut rimau, masuk mulur singa, kini lari dari bekas suaminya yg nak bunuh dia, guna sihir. Sy terpinga2, dia cerita tanpa muqaddimah, tiba2 masuk plot yg rumit, Wanita itu adalah bibiknya, baru tadi diambilnya, belum sempat bekerja, sebelum ni mana pernah pakai bibik, segalanya isteri yg buat. Nasib dia, sebaik saja dibawa bibik ini balik, bibik ini terus sakit, meracau dan pengsan. Kesempatan nak dtg ni dia dibawa bersama. Bibik ni kena dera oleh suaminya di Lombok, lalu lari kerja kat Johor dgn satu majikan bangsa Cina, adalah 2-3 bulan, lepas tu lari. Dia kata tak diberi makan, setiap hari hanya seketul roti diberi yg terpaksa berkongsi pulak dgn anjing majikannya, tidur pun berkongsi kandang dgn anjing, Bibik ni Islam, namanya elok, segala kain tudung, telekong, kain sembahyang, sejadah dll habis dibakar oleh majikan cina tadi, tak bagi dia solat, lalu ditempatkan tidur sekandang dgn anjing dan berkongsi makanan anjing. Dia dtg tak bertudung, lalu sy minta isteri berikan tudung agar menutup aurat sebelum diruqyah. Baca saja ayat pelindung dan pelemah, dia mula menderam dan merasuk, sy rasa ini kes berat, lalu sy hentikan dulu sesi ruqyah, dia masih meronta2 sakit, sy call 2 org pembantu sy untuk dtg pegang kerana pesakit ini terlalu agresif dan amt bertenaga walaupun badannya kurus. ..sambung...sementara dua pembantu sy sampai, sy diberitahu isterinya masa dikahwini adalah janda, sebelum kahwin dgn suami dia dulu, dia mengalami peristiwa hitam yg dahsyat, bapanya merogolnya beberapa, kali, bapa2 saudaranya juga tumpang sekaki, dan dia syak adik beradiknya juga turut merosakkan hidupnya, lepas kahwin suaminya pula melacurkannya sehingga dia diceraikan. Dia tak tahu hal ini semua, yg dia tahu isterinya adalah janda dan yatim, tiada beribu bapa lagi maa dikahwini. Masa berbulan madu, diberitahu isterinya sedang hamil (bukan anak dia) dan cerita2 silam isterinya baru diketahui. Namun semua ini dia tak peduli, dia sayangkan isterinya, sampai dia dapat 4 orang anak lagi (turut dibawa). Sebelum ini isterinya elok saja, jaga anak dan buat kuih untuk jualan, sedangkan dia sendiri pemandu bas persiaparan yang adakala berada di luar kawasan beberapa hari, kadangkala berminggu, membawa pelancong asing. Sehinggalah diketahui isterinya buat hal, menduakan dia sejak julai tahun lepas, barulah dia rasa susah hati, sebab anak2 mula diabaikan, ditinggalkan ikut lelaki lain, suami orang, pemandu treler. Masa sambut tahun baru 1 januari 2012 isteri dia terus langsung meninggalkan rumah. Sekarang ini pulak dia berdepan dgn tuntutan fasakh oleh isterinya di mahkamah, ini lagi merungsingkan dia, dia sanggup berlutut agar isterinya balik, tak dapat lupa, walau macamana sekalipun nusyuz yg dilakukan, dia tak boleh lupakan isterinya, dia tahu orang anggap dia dayus tapi dia tak peduli semua ini. Dalam kesusahan begini, dia disyorkan ambil bibik, dapatlah bibik seorang ni, yg dia bawa tadi, yg merasuk tu, diceritakan di sini.

Sebaik2 saja sampai 2 pembantu, sy teruskan ruqyah , perempuan itu duduk berlunjur, sy pegang kedua2 hujung kaki, mula saja ruqyah dia bertempik, panas!, panas !, berulang2 kali, ada juga suara  jin tu nak matikan dia, tak akan lepaskan dia, sy tak peduli, kali ni tak mahu layan, buang masa,  sy tukar posisi pegang kepala sementara 2 pembantu pegang kaki, dia makin agresif, meronta2, sy cuba pendekkan sesi rawatan, terus ruqyah pelemah, pembakar dan mohon Allah keluarkan jin syaitan yg bersarang dlm badannya, akhirnya dia tidur/pengsan setelah diruqyah ayat penidur (ayat ni digunakan sekali sekala saja). Lima minit kemudian dia sedar dan sy beri dia minum air yg dicampur daun bidara, dia minum dgn rakus dan lahap, macam sedap. Sy percaya dia dah ok, sebab kalau masih ada jin jahat atau syaitan bersarang dlm badan manusia, dia tak nak minum, akan ditepisnya, tapi yg ni dah ok, diajar mengucap, dia ikut. dibirkan dia berehat. ... Lelaki tadi meneruskan aduannya mengenai isterinya, sy hanya menjadi pendengar, sekali sekali mencelah. Tiba2 perempuan Lombok tadi terima call, dia beritahu sy ada org nak cakap, dia hulur telefon, sy sambut, pemanggil memperkenalkan diri, dia adalah bekas majikannya, pernah kerja dgn dia hanya 2 hari, kerana pengsan dan merasuk, kini dia pula yg sakit2, gatal2, anak2 dia malam2 dicekik, juga dapat penyakit anih dsb setelah perempuan tu diberhentikan kerja. Dia kerja doktor perubatan dan minta bantuan sy, sy kata malam ni tak bolehlah, dah lewat mlm, sy kata lusa okeykah, dia kata lusa ada oncall, di luar KL, so sy kata apa-apa esoklah call balik. Kebetulan pulak esok sepanjang hari ada problem line telefon, sy tak terima call dari doktor ni. Sy pula tak folow up.

Lelaki tadi sambung cerita, katanya isteri dia ugut dia tak akan lepaskan dia. Dia pulak dah jumpa bomoh, baru 2 minggu, diikhtiarkan agar bomoh tadi kunci nafsu isterinya (sejenis sihir jerut), sy kata masyaAllah kenapa jadi macam ni, kita orang Islam hendklah mengelak dari menggunakan sihir untuk menentang sihir, lagipun kita tak tahu ini angkara siapa, sy katakan padanya bahawa isterinya mungkin jadi mangsa, dia bentu dia, kena kesihankan dia, dia ikut lelaki lain mungkin bukan salah dia, mungkin terkena sesuatu penangan, so, kena bantulah dia, jangan buat macam ni. Tuduh menuduh tak elok, mungkin juga dia menuduh saudara sepertimana saudara menuduh dia. Dia termenung kebingungan. Macam nilah sy kata, balik nanti banyak2 solat hajat, baca yasin, baca Quran, ajak anak2 sekali, agar Allah mengembalikan ibu mereka, mohon agar Allah selamatkan ibu mereka, memberi perlindungan kepadanya dari perbuatan sihir dsb. Dia datang tak bawa sebarang air utk rawatan, so, sy sedekahkan dia 2 botol besar air, utk keluarganya semua sekali.

Kes terakhir mlm ni, dua beradik dtg bawa 3 bungkusan besar, dari Johor, mak dia pesan utk dibatalkan barang tu sebab pemberian seseorang yg disyakki melakukan amalan yg tidak elok, sehingga dia sekeluarga mengalami sakit2 dan gangguan. Sy sempat nengok2 beberapa barang kerana banyak sangat, macam2, lagipun  dah jauh malam, maka diruqyah ayat2 pembatal sihir, pemusnah dsb, so, esok akan dibuat sesuatu pd barang2 tadi.

Pengajaran:

Kedai tak tutup, tapi macam tutup

Ahad (26.02.12) sy bercadang nak rehat sepanjang hari ni, lepas kursus dari pagi sampai tengahari, balik dan lepas asar hantar anak ke asrama, hajat nak singgah sekejap di Mydin Subang Jaya, beli2 apa yg patut, mlm baru nak rehat. Namun macam biasalah , ada2 saja kes kecemasan, nak tangguh kesihan pulak, kecemasan katanya, dia minta sungguh2, sebab yg panggil tu saya kenal benar dia, bukan masalah dia tapi adik dia, seorang pengusaha bengkel kereta. Tadi ada beberapa pemanggil nak dtg malam nanti, sy minta datang lain kali, tapi yg ini tak tergamak pula, dia datang jauh2, dan sanggup tunggu, tengah malam nanti balik rumahnya, dia tak tinggal sini. Kebetulan dia datang rumah kakak  dia di sini dan kakak dialah yg ceritakan, cubalah berubat secara rawatan Islam kaedah DS. Bengkel yg selalu dibuka dikatakan tutup, pekerja yg jaga kedai malam2 dikacauganggu dan dibisikkan jangan berniaga di situ, tadi dia masuk kedai,  melangkah saja terus jadi sakit, badan bahu kiri, batuk2 berterusan dll. Siang tadi masa balik dari Pahang, singgah beli air dan nak masuk ke kereta bau kemenyan. Hal2 anih begini sering berlaku baik di rumah mahupun di kedainya, sebuah bengkel kereta.  

Cucunya benih orang asli kafir

Sabtu (25.02.12) kes hani ini agak banyak, sy sendiri merawat kira2 30 org, termasuk di DS. Hanya beberapa kes nak dicoretkan di sini.
Pertama pesakit yg dah pergi kepada ramai bomoh dan hasilnya bila tengok cermin nampak badannya bongkok, tak tengok biasa saja. Penyakit dan simptom yg dialami bantyak sgt nak diceritakan di sini, dia pernah terlibat dlm satu aliran silat, masa sakit dulu pernah pergi mengurut, tukang urut itu pula yg sakit, lalu tukang urut tu pergi berubat, sejak itu tukang urut itu cuba mengelak, kini senyap terus, dia tak mengurut org lagi. Dia menghilang entah ke mana.

Kes lain seorg lelaki pertengahan umur, pengurus sebuah syarikat, masa main futsal, bola terkena lehernya, balik rumah tak boleh bercakap , besoknya tak boleh buat apa-apa, cakap lain tapi yg sebenarnya dia nak lain. Ke hospital scan dsb, ok tak ada apa-apa, lepas tu ke hosp. lain, disyakki ada darah beku, masalah saraf juga, memori ok tapi doktor kata masalah vocabulary, dia tak boleh sebut nama sendiri, dia ingat, boleh tulis, tapi bila disebut nama lain, begitu juga nama isteri dan anak2, hari pun lain, jam lain dsb. Dah 2 minggu dia macam ni.

Kes lain, ini agak berat, sepasang suami isteri dan emaknya mengadu dgn wajah sugul dan kebingungan. Ini masalah anaknya yg sekarang menjadi penghuni sebuah rumah perlindungan. dia minta diusahakan agar anaknya kuat semangat, tabah dan mendapat ketenangan. Sy seorang guru, tapi anak sy terlanjur, hanya itulah anak kami, prpm pulak tu, 17 th, nak ambil SPM, hanya sy dan suami serta emak yg tahu, lain2 ahli keluarga tak tahu, kami cuba sorok sebab malu dan tak mahu masa depannya terjejas. Sy biarkan dia ceritakan, lepasnya keluhan dan rasa sebak yg terpendam. Anaknya skrg dah ditukar sekolah (hanya dokumen sebab hakikatnya tak bertukar, sebab setelah selesai segala-galanya dia merancang utuk ditukarkan kembali ke sekolah asal). Kisahnya bermula bila anaknya mengalami period yg tak teratur, sedangkan sebelum ini ok. Dibawa ke hospital utuk check kalau ada apa-apa penyakit, ibubapa menjaga dia bagai menatang minyak yg penuh, dia anak tunggal. Bila diberitahu rahimnya dah berisi, usia 6 dah minggu, terkejutlah anaknya, bertempik dan meraung2, emak dan ayahnya hanya mampu tanggung beban, nak marahkah anak, hal ini dah berlaku, dah terlanjur. Emaknya kata anaknya seorg yg baik, tidak sosial, hanya keluar sekali sekala hujung minggu dgn kawan2 utk makan di restoran makanan segera, itu saja, tapi tak tahulah apa yg terjadi sebaliknya. Anaknya kata ada seorg lelaki yg dia kenal dan mereka suka sama suka, umur lelaki itu 21 tahun, tak sekolah, kerja bengkel motor. Sy hiba bila dengar emaknya cerita, lelaki itu adalah orang asli, betul2 org, asli, kafir pulak tu, beragama kristian dan ramai org perempuan yg dah dirosakkannya. Selepas diketahui hal ini mereka pernah bersemuka dgn pemuda itu dan dia buat selamba saja, dgn egonya, namun kedua ibubapa ni tak mahu repot polis sebab tak mahu kehilangan masa depannya, pelajarannya, rumahtanggannya nanti, malu pada kawan2, jiran, ahli keluarga dll. Emak dan ayahnya sejak diketahuinya perkara ini, terus pindah rumah walaupun tempat kerja masih sama. Justeru itu dia tak repot, hanya nak tunggu anaknya bersalin, kini usia kandungan 7 bulan, penantian 2 bulan lagi amat mendebarkan, apatah lagi doktor yg memeriksanya mengesahkan kandungannya songsang. kalau dibedah nanti, tentulah meninggalkan parut, parut yg sukar disembunyikn, sebagai bukti pernah bersalin, pernah terpalit noda,mana nak disorokkan. Luka boleh sembuh namun parutnya tetap ada. Ohh, dia menangis lagi, suaminya turut bergenang air mata, ibunya (nenek mangsa) juga yg dah tua ada sebelah mengesat2 air mata dgn hujung lengan baju yg dipakainya. Sesi ini memakan masa lebih sikit sebab pendekatan kauseling perlu dilakukan. Kena berikan semangat agar  kembali kepada Allah untuk memohon keampunan, mungkin sebagai balasan atas kesilapan2 kita masa lampau. Selepas bersalin nanti ibunya akan memasukkan kembali anaknya ke sekolah asal, pasal bayinya, dah ada org sanggup ambil, dia sendiri tak sanggup jadi nenek dari benih seorang org asli kafir, yg bukan menantunya. Emaknya harap bila sekolah semula, anaknya dpt lupakan mimpi buruk ini, igauan yg entah boleh dilupakan, entah tidak. Yg dirisaukan pemuda yg buat hal itu akan hubungi kembali anaknya, dan anaknya sendiri masih ada hati pada pemuda itu. Bingung sungguh kes ini, namun sekiranya kita memohon pertolongan Allah, nescaya Allah sentiasa menolong. Identiti watak2 dlm kisah benar ini tetap dirahsiakan sampai bila2. Setelah selesai dan diberikan air ruqyah, mereka keluar, lalu masuk pesakit lain yg gelisah menanti gilirannya dari tadi.
Malam pula, ada dua kes menarik, satu batu bersaiz dua penumbuk yg tiba2 muncul kalimah Allah dan minta saya pagarkan rumahnya dgn ruqyah perlindungan dari gangguan jin dan syaitan. Satu lagi kes syaitan yg menumpang dalam badan seorang wanita, degil, syaitan ini yg tak mahu saya datang ke rumah  pesakit ni, macam2 cara dibuat, dia kata akan sesatkan saya nanti, sampai tak jumpa jalan menuju ke sana, dia merayu2, menyembah2, minta jangan pergi ke rumah pesakit ini. Kata bertegas akan datang juga nanti, kita jumpa di sana. Pesakit ini sendiri yg minta tapi ada2 saja yg tergendala. Wahai syaitan laknatullah. akhirnya syaitan itu pergi, namun permainan ini belum berakhir. Sy pasti datang tapi belum dipastikan bila.

Pengajaran:


.

Tangkal tangki air, lembaga atas sejadah, kopi bakar dan penangan dadah

Jumaat (24.02.12) lepas kuliah di surau ingat nak rehat, namun dtg ramai juga, antara kes yg boleh dijadikan pengajaran ialah; seorg pesakit suami isteri yg belum ada zuriat, dtg bawa banyak tangkal azimat termasuk yg direndam dlm tangki air rumahnya, dah lama dah, sampai hampir reput, kata bomoh yg bagi utk pendinding diri.
Kes lain seorang wanita yg sebelum ni mimpi nak dipegang oleh 4 lembaga, esok paginya tak lalu makan, lepas tu amat lalu, nak makan saja, sampai tak boleh bernafas, tersedak, juga lembaga hitam duduk atas sejadah, sejuk sangat sampai nak solat asar dah tak boleh.
Kes lain pesakit yg dulu mengadu pasal perniagaannya dah ditutup, datang bawa baki sejenis serbuk macam kopi yg dibakar masa berniaga dulu, utk asapkan tempat berniaga sebagai pelaris. Masa nak dtg tadi dia sakit belikat, sebelah kanan dan menggigil. Waktu ruqyah sy perasaan bhg depan dahinya agak panas menajam sehingga jari manis sy terasa tercucuk. Sy agak ini kesan susuk. Bila ditanya dia mengaku pernak pakciknya beri dua botol benda berisi utk dicalit setiap pagi dan malm di bhg kening sebagai penyeri. Botol tu dah kosong dan dia lupa dimana diletakkan kedua2 botol kosong tersebut, sy minta cuba cari, kalau jumpa perlu dibatalkan. Sy pula kena ruqyah jari sendiri sebelah kanan utk hilangkan kesan tu dan al-Hamdulillah ok. Dia menceritakan suaminya tidak mempercayai tangkal azimat namun ada sesuatu yg disorok suaminya macam tangkal, marah sungguh kalau disentuh atau diminta tengok, beg duitnya pun tak boleh disentuh isteri, apalagi nak belek apa yg ada dalamnya. Selain azimat atau tangkal, suami dia ada menyimpan ganja termasuk di rumahnya sendiri, isteri  ada jumpa dan ambil sepeket utk simpan sebagai bukti, tapi dah dibuang sebab kesalahan simpan dadah. Isterinya mengaku suaminya ambil dadah dah lama, lebih 18 tahun sebelum nikah lagi, mereka sendiri pernah bersekedudukan sebelum nikah, sekarang dia dah insaf, bertaubat dan rajin juga solat, kecuali suami dia kini dah 3 bulan tak solat langsung, cuma solat jumat pergi juga. Anak2 tak tahu pasal ni kecuali yg sulung, ahli keluargnya juga tak tahu kecuali baru2 ni bila dia mohon fasakh. Antara sebab mohon fasakh kerana tak tahan sebab suaminya gila seks melampau. Setiap mlm dia masuk bilik air ambil dadah dan selepas itu minta bersama, dan nafsu suaminya ini tak kira samada dia period atau tidak, dia tak tahu pasal hukum, macam binatang, sedangkan isteri langsung tak bernafsu , katanya kalau hari2 macam ni, mana ada selera. Itu antara sebab dia mohon fasakh, tapi keluarga sebelah suami tak tahu apa yg ditanggungnya berbelas tahun, anak2 juga tak perasan.


Sunday, 26 February 2012

Kertas kerja di World Congress for Islamic History and Civilisation pada 10-11 Okt. 2-11

HIJAMAH  DALAM  TAMADUN ISLAM: APLIKASINYA DI MALAYSIA MASA KINI

Abdullah Yusof[1]

Department of Islamic History and Civilization, Academy of Islamic studies, Universiti Malaya, 50603, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 013-6720840, E-Mail: abdy@um.edu.my

Abstrak

Hijamah merupakan salah satu amalan pengubatan yang dipraktikkan sejak beribu-ribu tahun dalam sejarah peradaban umat manusia. Amalan ini dipraktiikan diseluruh dunia dan menjadi tradisi di kalangan pelbagai bangsa baik di Timur bahupun di Barat sehingga hari ini. Pada zaman Islam, Nabi Muhammad sendiri melakukan amalan ini dan diikuti oleh para sahabat, tabiin dan seterusnya diwarisi sehingga ke hari ini serta menjadi sebahagian dari sunnah Nabi SAW sepertimana ditegaskan menerusi beberapa hadith SAW. Di Malaysia hijamah dijadikan salah satu amalan dalam pengubatan alternatif bukan sahaja di kalangan masyarakat Melayu bahkan dalam masyarakat lain. Terdapat beberapa jenis dan kaedah hijamah dilakukan seperti hijamah kering, hijamah basah dan hijamah  luncur. Objektif kertas ini ialah mengenengahkan kebaikan dan kelebihan hijamah yang berupaya mengatasi pelbagai jenis penyakit baik penyakit jasmani mahupun penyakit rohani di kalangan manusia. Untuk memahami  amalan ini, kertas ini akan menunjukkan poin-poin utama hijamah, garis panduan dan kepentingan menjalani sunnah ini. Di kalangan masyarakat Islam di Malaysia, hijamah dikenali sebagai Bekam Sunnah.  Semoga kertas ini berupaya mengajak masyarakat Islam khususnya untuk kembali mengikut sunnah dengan mempraktiikkan kaedah rawatan hijamah selain perubatan alopati, alternatif dan komplementari lain.



Key words: Hijamah-bekam- cupping- pengubatan Islam-Nabawi









[1] Beliau merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarh dan Tamadun islam, Akademi Pengajian islam, universiti Malaya..

Kertas ini telah dibentang pada 7 Januari 2012

SIMPOSIUM PERAWAT DARUSSYIFA’ SEMALAYSIA 2012




TAJUK:
ETIKA PENGGUNAAN BAHAN  RAWATAN BUKAN HERBA: SATU TINJAUAN BERDASARKAN AMALAN PENGUBATAN ISLAM[1]
Oleh: Dr Abdullah Yusof, PhD [2]
Abstrak

Kertas ini ditulis semata-mata bagi memenuhi keperluan simposium iaitu menyentuh aspek etika dalam penggunaan bahan rawatan. Fokus diberikan kepada bahan bukan herba, memandangkan bidang herbalogi dan fitoterapi  (terapi tumbuhan) sudah lama diketahui dan diaplikasikan secara meluas di kalangan perawat Darussyifa’. Oleh kerana bahan selain herba juga turut digunakan sebagai bahan rawatan, maka setiap perawat yang menggunakan bahan tersebut perlu memahami dan mematuhi beberapa aspek atau etika berkaitan penggunaannya. Misalnya sebahagian haiwan liar dan hidupan eksotik adalah dilindungi, maka menyimpan, memelihara dan membunuhnya dianggap melakukan satu kesalahan yang diboleh didakwa di bawah akta tertentu. Berdasarkan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, haiwan di negara ini terdapat 292 jenis dalam kategori tidak boleh diburu, dibela dan dimakan; termasuk buaya, beruang, harimau dan kucing hutan. Begitu juga untuk menghasilkan ubat dan ramuan kesihatan berasaskan bahan tertentu, maka ada badan yang memantau seperti Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan.  Bahagian Farmasi, KKM. Darussyifa’ pula harus membentuk etika tertentu agar para perawat lebih berhati-hati dalam penggunaan bahan rawatan kerana kebanyakan perawat tidak mempunyai kompetensi dan latihan secukupnya dalam bidang ini. Selain itu kita sebagai perawat perlu mempunyai anjakan paradigma  untuk keluar dari kepompong dengan meningkatkan jatidiri, menambah ilmu dan pengalaman sehingga berupaya menghasilkan produk bahan rawatan dan kesihatan sebagai persediaan ke arah merealisasikan hasrat Tuan Guru untuk melihat sebuah Hospital Islam berkonsepkan Tibb Nabawi menjadi kenyataan.
1.       MUQADDIMAH
Berdasarkan sejarah peradaban manusia, terdapat berbagai-bagai sistem perubatan seperti perubatan Yunani (Greek), perubatan China (Acupuncture), perubatan India (Ayurveda), perubatan Herba, perubatan Islam, alopathy, homeopathi, oesteopathy dan perubatan tabii menurut kronologi usianya. Setiap sistem perubatan berkenaan mempunyai ciri-ciri yang tertentu walaupun wujudnya persamaan dari segi konsep dan cara perubatan antara satu dengan yang lain dalam aspek tertentu.
‘Pengubatan’ adalah berasal daripada perkataan ubat yang membawa maksud sesuatu benda yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit atau menyihatkan badan, sama ada dengan cara dimakan, diminum, leset, digosok, diurut, disembur, direbus, ditangas, dihidu, dilayur, disapu, dipupuk dan lain-lain. Manakala ‘tradisional’ pula bermaksud bercorak tradisi, atau dengan kata lain masyarakat yang mengamalkan cara hidup secara turun-temurun. ‘Pengubatan tradisional’ banyak menggunakan bahan-bahan tempatan asli seperti tumbuh-tumbuhan, herba, bahan-bahan semulajadi, haiwan, mikro-organisme dan sebagainya untuk dijadikan sebagai ubat. Pengubatan tradisional dengan istilah lainnya ialah perubatan alternatif.[3]
Dalam rawatan Islam, selain menggunakan kaedah ruqyah dari al-Quran dan hadith-hadith yang ma`thurah, penggunaan bahan rawatan dari sumber herba dan bukan herba digunakan secara meluas. Rawatan yang dijalankan di Darussyifa’  juga tidak terkecuali dari menggunakan bahan-bahan tersebut. Pendedahan mengenai penggunaan herba lebih banyak didedahkan kepada para pelajar dan  perawat berbanding bukan herba. Namun demikian bahan bukan herba tetap digunakan oleh para perawat meskipun herba diberikan keutamaan.
Persoalan timbul tentang sejauh mana bahan bukan herba boleh digunakan dan rujukannya dari sudut halal-haram serta kaedah pengambilannya. Untuk herba ada kaedah pengambilannya sebagai bahan ubat, namun bagaimana pula tentang sumber bukan herba. Ada ahli Darussyifa’ yang memegang pendapat bahawa hanya herba yang disebut dan diajar oleh Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din sahaja boleh digunakan (termasuk bacaan ruqyah sekali), kalau sebaliknya berlaku maka ahli tersebut dianggap melanggar etika dan menderhakai Tuan Guru. Ada pula yang mengambil kesempatan menggunakan semua bahan semulajadi baik herba mahupun bukan herba tanpa menyelidiki dan membuat rujukan pakar terlebih dahulu (termasuk  merujuk Tuan Guru). Halal dan haram sesuatu bahan bukan hanya kerana sifatnya dan ianya disebut secara jelas dalam nas, namun ada bahan yang asalnya halal namun menjadi haram kerana sebab-sebab tertentu termasuk beracun atau memabukkan. Semua perawat harus memahami aspek ini tanpa prejudis. Justeru itulah Tuan Guru selalu menyarankan kepada para pelajar, lazimnya pada sesi akhir kuliah tentang keperluan ahli-ahli Darussyifa’ terus menambah pengetahuan dan maklumat tentang ilmu pengubatan, kerana apa yang disampaikan semasa kuliah hanya sebahagian sahaja dari aspek asas pengubatan Islam. Kertas ini akan menyoroti aspek penggunaan bahan bukan herba memandangkan maklumat mengenai herba sudah sering didedahkan kepada ahli Darussyifa’. Minda kita harus  terbuka dalam hal ini, namun kita harus cermat dalam mengamalinya.








[1] Kertas ini dibentang pada Simposium Perawat Darussyifa’ SeMalaysia 2012 anjuran Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’) pada hari Sabtu 7 Januari 2012 di Dewan Nik Mohyiden Musa, IPGM, Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor, D.E.
[2] Pembentang ialah AJK Darussyifa’ (Ketua Biro  Penyelidikan dan Pembanguinan_R & D).



Pembangunan dan

Kertas kerja lengkap dibentangkan pada International Conference on Humanities 2011

International Conference on Humanities 2011

AMALAN PENGUBATAN ALTERNATIF DAN KOMPLEMENTARI


DI MALAYSIA MASA KINI: SOROTAN CIRI-CIRI RAWATAN ISLAM
Dr Abdullah Yusof



Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Abstrak
Kertas kerja ini merupakan suatu sorotan ke atas amalan pengubatan alternatif dan komplementari di Malaysia masa kini. Amalan ini dipraktikkan oleh para pengamal bukan allopati yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, penggunaan kaedah dan bahan rawatan yang mempunyai persamaan dan perbezaan tertentu antara satu sama lain. Pada masa kini terdapat banyak persatuan, akademi atau pusat rawatan yang memberikan pelbagai khidmat rawatan baik yang berdaftar mahupun yang tidak berdaftar. Rawatan diberikan termasuk berkaitan dengan masalah atau penyakit fizikal, penyakit spiritual atau rohani serta kombinasi antara kedua-duanya. Kertas ini bukan bertujuan untuk menghukum atau mempertikaikan mana-mana kaedah rawatan dan jauh sekali dari memperlekehkan amalan oleh para pengamal tertentu. Apa yang ingin didedahkan ialah mengenai ciri-ciri sebenar rawatan Islam berdasarkan Tibb al-Nabawi yang bersumberkan al-Qur’an dan sunnah Nabi SAW. Justeru dalam perkembangan pengubatan tradisional di kalangan masyarakat Melayu-Islam terdapat usaha transformasi rawatan ke arah Islam dan diterima dengan pelbagai persepsi oleh masyarakat. Namun demikian masih terdapat sebilangan masyarakat Islam yang menerima apa saja kaedah rawatan atas nama ikhtiar meskipun ianya jelas bertentangan dengan syarak sehingga boleh membawa kepada syirik. Kertas ini berusaha untuk mengajak anggota masyarakat untuk mencari keredaan Allah SWT dalam menerima rawatan kerana Dialah penyembuh sebenar dan para pengamal merupakan manusia yang mempunyai kelemahan dan kekurangan tertentu. Turut disentuh dalam kertas ini ialah konsep rawatan Islam, ciri-ciri perawat yang sebenar, etika rawatan Islam, penggunaan ruqyah dan bahan rawatan yang dibenarkan. Semoga kertas ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai agar mereka tidak tersasar dalam usaha atau ikhtiar mencari kesembuhan sehingga terjebak dalam amalan syirik yang boleh menjauhkan kita dari rahmat Allah SWT.

Abstrak Kertas Kerja utk Kongres Pengubatan Islam Nusantara 2012

Abstract for The 1 st Regional Congress for Islamic Medicine)
TITLE:
THE USING OF TIWALAH, TAMA’IM AND WAFAK AMONG THE TRADITIONAL AND ALTERNATIVE MEDICINE HEALERS  IN MALAYSIA: AN EXPLANATION FROM ISLAMIC PERSPECTIVE
By
Abdullah Yusof, Ph.D
Academy of Islamic Studies
University of Malaya
Penggunaan tiwalah, tamimah dan wafak di kalangan para pengamal pengubatan tradisional dan alternatif di Malaysia masih terus berlaku meskipun Islam telah menjejaki bumi Tanah Melayu dan Nusantara sejak beratus-ratus tahun dahulu. Sebahagian dari para pengamal masih menjalankan aktiviti mereka sebagai lanjutan atau warisan dari nenek moyang mereka terdahulu dan sebahagian lagi memiliki kebolehan tersebut hasil perguruan dan pengalaman yang diperolehi dari masa ke semasa. Kalimah tiwalah, tamimah @ tama’im misalnya telah disebut banyak kali dalam hadith-hadith sahih yang melarang penggunaannya kerana boleh membawa kepada kerosakan akidah dan terkeluar dari Islam, namun atas nama ikhtiar sebahagian bomoh, dukun dan pawang, bahkan ahli agama serta orang ramai masih terus terlibat tanpa sebarang rasa bersalah. Apatah lagi sebahagian amalan mereka telah diwarnai dengan unsur-unsur Islam dan mendakwa amalan mereka tidak bercanggah samasekali dengan Islam. Justeru itu ramai di kalangan orang jahil bahkan yang berpendidikan agama terpedaya dan terperangkap dalam tipuhelah ini dalam situasi  mereka mahukan kesembuhan segera walau apa cara sekalipun. Kertas ini akan membentangkan petunjuk-petunjuk dari al-Qur’an dan nas-nas dari Hadith Nabi SAW serta hujah para sarjana Islam mengenai penglibatan sebahagian dari ahli masyarakat Islam dalam permainan dan tipu daya makhluk halus yang terdiri dari samada jin, iblis, syaitan dan sebagainya. Semasa pembentangan nanti peserta akan ditunjukkan sebahagian dari foto yang dirakam dari objek-objek yang benar-benar digunakan dalam amalan perbomohan dan perdukunan bahkan yang mengecewakan sebahagiannya disediakan oleh ahli-ahli agama yang bergelar ustaz dan ustazah, imam, hafiz dan sebagainya. Meskipun amalan pengubatan adalah perkara yang dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri, menjadi fardu kifayah serta menjadi warisan tamadun umat Islam, namun pelbagai faktor termasuk kosmologi telah membentuk suatu situasi yang bercampur aduk antara haq dan batil. Apatah lagi usaha mereka mempamerkan banyak hal yang mencarikkan adat, maka tentulah dengan penglibatan makhluk halus samada disedari mahupun tidak, samada disengajakan mahupun tidak, adalah menjadi komponen penting dalam amalan para kahin, ‘arraf dan munajjim ini.


Kertas ini dalam proses pembikinan....

Abdullah Yusof, Ph.D
abdy@um.edu.my

013-6720840

Artikel Persidangan Antarabangsa-rawatan Islam

Ramai yg bertanya sy, macamana nak dpatkan artikel yg sy bentang di beberapa seminar mengenai perubatan Islam. Oklah, di sini saya sertakan.

Wednesday, 22 February 2012

Pesakit Lymphoma meninggal, disetubuhi jin dan sawan

Hari ini Khamis (23.02.12), pagi tadi sy terima sms jam 9.47 am dari ibu pesakit di Hosp. Selayang mengatakan anaknya yg hidapi Kanser Lymphoma (sejenis kanser darah) sudah meninggal sebelum subuh tadi. Dua minggu lepas sy mengunjunginya di hospital atas permintaan keluarganya untuk mendoakan kesembuhan, ketika itu dia koma dan keadaan amat kritikal (lihat post sy sebelum ini). Sy dah menjangkakan hal ini mungkin berlaku berdasarkan keadaannya kritikal, justeru itu sy minta ahli keluarga yg menemaninya baca selalu surah Yasin, selain itu sy cuba beri semangat agar keluarganya tetap tabah dan terus memohon kesembuhan kepada Allah. Justeru itu sy tidaklah terkejut bila terima berita ini. Entah kenapa semalam sy teringat pesakit ini yg mungkin dah...Kesihan dia masih muda dan meninggalkan anak-anak yg masih kecil. Juga kesihan suami dia, namun dia org lelaki, pandai-pandailah dia bawa diri selepas ini. Yg penting anak-anak tidak terabai. Inna Lillah wainna ilaihi raaji`uun.

Malam sorg wanita yg pernah dtg bersama suami dan 2 anaknya, dtg utk sambung air ruqyah, memberitahu situasi semakin ok, sebelah kakinya yg dah lama sakit dulu kini dah baik, ok, cuma salah seorang anaknya rasa sakit2 badan, diberikan air ruqya utk sapu dan minum, jadi baik. Dia cerita masa balik mengubat beberapa hari lepas, dia dibisikkan supaya membaca mentera yg dia sering baca dulu, kini dah tak buat, bisikan itu mengajarnya mentera dan jampi tersebut namun dia enggan ikut. Dia perasan satu lagi yg masih berlaku ialah ada benda sebelahnya masa tidur, katil terasa macam ada org naik dan selepas bangun dia dapati macam dirinya telah didatangi, ada ledir di kemaluan, sedangkan beliau suami isteri tidak melakukan apa-apa hubungan malam tu. Dia juga beritahu hal ini sering berlaku, termasuk ketika suaminya kerja syif malam.

Selepas itu seorg lelaki, pelajar sy di kuliah pengajian di surau bawa emaknya, usia 64 th, anak 12 org, dari Gua Musang, baru sampai 2 hari di rumah anaknya, mengadu dah lama kebas kaki sebelah kiri, juga dia ada sawan tarik seperti yg disahkan oleh dokor, sebelum kejang ada org perempuan depan diri, makin lama makin tinggi sehingga dia mendongak ke atas, akhirnya kejang, inilah yg selalu berlaku, bila berlaku dia tak sedar dlm masa 20 minit, lazimnya pada jam 2 -3 pagi. Perkara ini terjadi ke atas dirinya sejak emaknya meninggal dunia. Dia skrg ada 12 anak masih hidup, 1 dah meninggal, masing2 duduk tempat lain, kerja dan belajar. Dia tinggal berdua bersama suami di Gua Musang. Sawan ini berlaku selama 3 tahun, selepas ambil ubat doktor dah 3 th tak kena sawan, tapi ubat kena ambil terus, tiga biji setiap malam, kalau tak ambil jadi sawan balik. Satu lagi ialah masalah peranakannya jatuh, iaitu prolaps. Sy ruqyah pada dia dan minta minum serta sapu tempat2 sakit, juga amalkan tekap kepala dgn air ruqyah setiap mlm selain sapu air bawah ari-ari.  Semoga penyakitnya sembuh dgn izin Allah.

Satu lg sy terima call dari seorg wanita di Shah Alam, mengadu dirinya disihir, dah berubat dgn 5 org, namun semuanya gagal, sy tnya kenapa, dia kata mereka tak boleh dan tak sanggup, bomoh2 kata ini angkara kawan sebilik dia yg mahu supaya dia mati. Lagi satu ada seorg lelaki sukakan, dia sampai ambil darahnya, nak buat sesuatu agar nampak muda sedangkan lelaki tu dah berusia. Dia menderita sakit dah 1 bulan. Sy tanya tahu pasal sy dari siapa, dia kata dari kawannya dia dpt no. telefon, tapi dah lama tak berhubung dgn dia (lelaki ini yg belajar bersama satu tempat tetapi dia terpaksa tarik diri kerana sakit). Disebut namanya, sy kenal lelaki tu, seorg yg berusia lebih 30 th tapi nampak macam 17 th, sy kenal sangat dia, dia kerap jumpa sy mengadu masalahnya tapi dah 2-3 bulan menghilang, dia ada kaitan dgn bunian, sebagai kembar bunian (cerita pasal dia tiada dlm blog ini, tapi ada dlm catatan lengkap saya). Lelaki ni pernah sy rawat, bila pegang tubuhnya tak rasa macam pegang tubuh manusia, rasa lembut, macam sentuh baldu. Kisah pasal bunian agak menarik, anih, misteri dan sy pernah beberapa kali berkomunikasi secara langsung dgn bunian ni, termasuk bunian lain yg tiada kaitan dgnnya (sy tak bercadang nak cerita lanjut pasal bunian di sini). Oklah sy kata pada wanita tadi, blh dtg ke mana-mana pussat rawatan DS terdekat, namun kalau nak jumpa sy kena buat appointmen dulu dan confirm.

Pengajaran:

Apam, Areca Catechu dan bomoh kayap

Rabu (22.12.12)
Petang tadi sy terima call dari ahli keluarga yg ingin meminta agar didoakan supaya 2 org anak saudaranya dpt jodoh, dia org kerja profesional, usia melepasi 30 th namun belum dpt jodoh, sy kata insyaAllah sabtu malam nanti bolehlah dtg, dia kata boleh bila2 masa asalkan sy free.

Malam, terima panggilan dari seorg guru wanita di sebuah Maahad Tahfiz , katanya arwah datuknya yg meninggal 5 th lepas nak beri sesuatu tapi dia tak nak, cuma dpt 2-3 ayat jampi,  ini dlm mimpi, dia bomoh kayap masa hidup, skrg salah seorg pakciknya dikatakan mewarisi jadi bomoh kayap namun dia sakit. Guru ini risau kerana berlaku yg anih2, dia call tanya pasal DS, dia kata dah tel pej. DS berkali2 tapi tak ada org angkat, dah byk hari, mungkin tak kebetulan kot.  Dia nk berubat dgn sy, sy kata skrg ada di ramah, di DS boleh pergi bila2 masa, skrg ada beberapa pesakit nak dtg. Lepas 5 minit kemudian dia call balik kata nak datang rumah sekarang juga, sy kata jauh juga, dia kata tak apa, dah biasa di Puchong ni, so okeylah, sy sedang tunggu dia dan seorang lagi pesakit kanser payudara dari Nilai. Tiba2 dtg pesakit yg sy pergi rumahnya semalam, dtg dgn suami tapi tak masuk rumah, hanya singgah, dia beri 2 biji apam besar yg dibuat sendiri. Dia dgn suami nampak okey benar dah, sebelum ni pun ok tapi kerap tak boleh tengok muka suami, jadi benci, al-Hamdulillah, mudah2an keadaan ini berterusan.  Sy menaip post ni sambil makan apam yg dia bawak, sementara pesakit2 tu belum sampai.

Pesakit wanita yg hidapi breast cancer tahap 4 (sebelah kanan) sampai dgn suami, dia bawa bahan2 yg sy pesan iaitu air zamzam, VCO dan sireh 11 helai (elok yg bertemu urat). Sebentar tadi sy dah siapkan bahan anti mcf-7 yg terdiri dari areca catechu serta 13 bahan lain sbg ramuan utk digunakan sebagai ubat periuk. Sy ruqyah pada pesakit serta bahan2 tadi. Sireh tu sy minta disapu sedikit dgn VCO kemudian dilayur agar panas sikit, setelah itu tekapkan pada payudara yg bermasalah kira2 10 minit sampai daun tu sejuk dan ulangi sampai 3 kali dgn 3 daun berlainan. Kaedah ini kena buat 3 hari berturut-turut. Ini suami dia kena buat sendrii di rumah sampbil pesakit baring terlentang. InsyaAllah ramai penderita kanser jenis ini yg dah buah dan al-Hamdulillah bertambah baik dan ok, ada yg sembuh langsung. Pesakit tadi turut mempunyai banyak lagi penyakit2 lain seperti busung, gatal2 seluruh badan,

Sementara itu pesakit gangguan, sorg guru tahfiz perempuan (usia baru 19 th) yg tadi tu, call, katanya dia tunggu kawan, sampai lewat sikit, hampir 12 mlm, dlm hati sy kata masyaAllah, lewat sgt tu, dia kata, tolonglah, nak suruh pergi DS, klinik dah tutup, nak tel pejabat Ds, tak pernah diangkat, itu katanya, sy senditi tak pernah tel. pejabat, kecuali tel personal staff, dia org angkat, mungkin tak kebetulan kot. Dia sampai dgn kakaknya dan abang ipar serta anak. Sy mula ruqyah, kira2 10 minit, dia mula gelisah, badan meliuk-liuk, mengerang perlahan, sakit katanya khasnya bahagian kepala, bwh belakang dan betis kiri, masa sy tekan tapak kaki kiri, dia kata rasa menyucuk di kepala. Dlm hati sy agak ini gangguan yg degil, babil dan keras. Setelah selesai dan ok sikit, dia cerita keturunan dia, datuk dia memang bomoh kayap, emak dia cerita datuk dia ada bela sesuatu, masa kecil sampai besar dia tinggal bersama-sama datuknya, berdua, dia yg jaga datuknya sampailah setelah pergi belajar dan kerja, setelah itu datuknya tinggal sorang2 di kampung. Setelah jadi arwah 5 th lepas, dikatakan ilmu perbomohan kayap diberikan kpd seorang pakciknya yg juga kini sakit terlantar di kampung. Pesakit ini pula enggan terima dari datuknya, kecuali 2-3 ayat jampi namun dia tak amalkan lagi dah, dia tak mahu. Masa datuknya sakit sebelum meninggal, seorg bomoh minta sediakan kambing hitam utk sajian, pulut kuning, beras kunyit, rokok, kelapa muda, jarum, kemenyan dsb sbg syarat mengubati datuknya, permintaan ditunaikan oleh keluarganya namun datuknya akhirnya jadi arwah. Dia selalu didatangi mimpi untuk ambil sesuatu dari arwah datuknya yg datang, tapi ada suara yg melarangnnya, so dia tak ambil, ini kerap berlaku. Perkara lain yg merisaukan dia ialah dia mencuri telefon bimbit pelajarnya sendiri, selepas ditangkap barulah dia sedar bahawa dia tak tahu apa-apa semasa mengambil telefon itu, dlm keadaan tak sedar dan di luar kawalan. Ibu bapa pelajar itu mungkin akan ambil tindakan dan dia sanggup kalau masuk jel 2 th ke 3 th ke, tapi dia benar2 mengaku tak sedar bagaimana dia boleh mencuri.u. Setelah diruqyah dan ok, sy nasihatkan dia amalkan bacaan surah2 tertentu sambil minum dan sapu air ruqyah di samping solat hajat. 


Pengajaran:

Tuesday, 21 February 2012

Gulai kambing cicah roti

Selasa (21.02.12) Pagi, sy dtg DS selain rutin kalau ada free, juga kerana beberapa sebab, pertama dah banyak hari tak bersua dgn TG, sekurang2nya dapatlah pd waktu rehat dan waktu lunch, kedua nak jumpa Tuan Pengerusi mengenai MOU dgn satu pihak berkaitan herba perubatan dan ketiga membantu rawatan/penerangan di klinik DS.

Mengenai rawatan ada beberapa kes yg agak gempar berlaku akibat rasukan pesakit. Yg satu tu, lelaki muda setelah diruqyah menggelepar, mengguling dan mengeletar macam cacing kepanasan, yg satu lagi perempuan muda yg mengganas dgn kekuatan luar biasa, tendang dan tumbuk, lalu sy ambil kain selimut di bilik ICU dan ikat betisnya. Kes lain kanak-kanak usia 1 th 6 bulan yg setiap minggu ada2 saja musibah menimpanya. Dlm dua bulan ni dia jatuh katil retak tulang peha, lepas tu kena air panas, kemudian  keracunan makanan, kemudian jatuh dlm bilik air sampai kena beberapa jahitan di kepala, ertinya banyak masa berada di wad di hospital, baru saja minta keluar utk dirawat di DS, kepala masih berbalut, lepas ni masuk hospital balik.

Ada kes kanser paydara tahap 4 (tahap kritikal/kronik) dan doktor syor operate saja, buang. Dia juga alami perut busung dan ketumbuhan, tompok2 dan gatal di badan, gatal macam miang buluh, rasa macam ada benda terlekat dlm tekak dll.  Dia tanya pasal bahan herba yg boleh diambil. Sy syorkan areca catechu, sejenis herba yg mampu menyingkirkan sel kanser payudara (mcf-7) dlm tempuh 48 jam, namun formulasi sy mengandungi antara 9-13 jenis herba sebagai pelengkap, juga ada sedikit kesan sampingan dlm 2-3 hari pertama selepas ambil herba ini, kalau nak sy kena buat formulasi/adunan khas sebab dia ada macam2 penyakit selain breast kanser. Bahan utama ialah areca catechu. Utk kanser sy tiada bahan yg ready made, sy akan buat khusus utk seseorang pesakit berdasarkan analisis penyakitnya. Itu pun kalau pesakit nak, sy tak offer. Kena sediakan juga air zam-zam selain air mineral. Dia janji sehari dua lagi akan follow-up.

Sy juga diminta utk melakukan tahnik (belah mulut bayi) kerana ada seorg wanita dan bayinya sampai lewat dan tak sempat ditahnik oleh TG, so sy diminta melakukan. inilah tahnik pertama sy lakukan di DS sebab selama ini semua dibawa kpd TG setiap hari selasa. .jam 11.00 pagi,...waktu rehat makan roti cicah gulai kambing agak menyelerakan, apatah lagi di meja berdepan dgn TG...oklah dulu sebelah pagi, malam nanti ada beberapa temujanji.

Pengajaran:

Tak nak sekolah, ular sawa dan mengamuk

Selasa (21.02.12) Malam.

Mlm ada beberapa kes, pertama budak lelaki 9 th anak bungsu 5 beradik, tak nak pergi sekolah, yg. terakhir pergi lebih 2 minggu lepas, sampai sekarang tak nak pergi, sebelum itu jarang2. Mak dia kata masa darjah satu selepas daftar langsung tak pergi sekolah, masuk darjah dua pergi walaupun banyak hari juga tak pergi, kini darjah 3 tak nak pergi balik, macam2 cara dibuat, paksa dsb tapi dia tak nak, dipakai baju tak nak, kalau dah sampai sekolah, tak nak turun dari motor, meragam dsb. Bila ditanya sebab, dia cuma diam dan geleng kepala. Dia di kelas hujung, maknanya prestasi tercorot. Ibubapa dia nampak kecewa, sy percaya macam2 cara, lembut dan keras dilakukan, namun mereka hilang punca.

Kes lain ialah penyakit kronik berpunca dari radang  paru-paru akibat jangkitan kuman, baru keluar hospital, sejak itu menangis malam2 antara 12 hingga 3 pagi, kalau tidur sering terkejut, dah 1 minggu macam ni.

Kes berikut, seorg isteri mendakwa berlaku gangguan berkaitan solat, juga sering mimpi solat, rasa ada lembaga ganggu seolah2 tak bagi dia solat, tolak dan tarik, lalu solat tak selesai, terutama masa tasyahud akhir, so, solat tak pernah selesai kerana diganggu, ini realiti. Dia juga sering mimpi main2 dengan bayi, juga suaminya turut main2, digigit ular sawa, sakit2 badan, masa mandi sebelum maghrib, ada benda macam sentuh badannya. Setelah ditanya pasal rumahnya, dia kata  tak pakai bomoh, tak juga simpan tangkal dan azimat, mereka tak percaya semua tu. Sy hairan kalau rumah yg bersih dari benda2 tu ada gangguan, kerana maklumat yg diberi tak menunjukkan ada unsur2 sihir atau saka. Sy bertegas, tentu ada sesuatu yg pernah dilakukan masa mendirikan rumah dulu, seperti menanam benda pemberian bomoh dsb, lantas suaminya mengaku, ini dah lama, lebih 8 th. lepas, selepas dapat anak bongsu yg dah berusia 8 th, sejak itu isterinya diganggu dan tak hamil2 lagi, rumah bermasalah, kelibat dan bunyi. suaminya kata itu dah lama, seseorg beri utk tanam di depan dan belakang rumah, kini dah masuk bawah konkrit lantai, atasnya sekarang ada mosaic. Katanya hanya utk memagar dan pendinding rumah. Dia pun tak percaya buat masa ini walaupun dulu percaya. Sy cadangkan buat pembersihan rumah dari kehadiran makhluk2 halus dgn kaedah tertentu dan dia sanggup.

Jam 11.00 mlm, datang perempuan dua beradik bersama tunangnya dan sy dirayu dtg ke rumahnya, anaknya kata ibunya sedang buat hal, mengamuk, banyak barang2 dipecahkan dan dibuang keluar rumah, bersepah rumahnya, sejak pagi tadi lagi, keadaan tak terkawal, dgn anak2 pun tak mahu bersemuka, bapanya tak mampu buat apa-apa, kalau keluar rumah lagi ibunya mengamuk. Ibu dan bapanya tak boleh bertentangan mata kerana ibunya benci dan meluat tenguk muka ayahnya. Tinggal sebumbung tapi panas. Sebenarnya wanita berusia 46 tahun ni pernah jumpa sy bersama anaknya beberapa minggu lepas, tapi berkaitan masalah suaminya yg buat hubungan dan sukakan seorg perempuan Indon, setelah dirawat, suaminya ok dan balik rumah, cuma rasa cemburu dan benci masih ada dan ini yg menghantui wanita ini. Wanita ini berjanji akan bawa semua tangkal dan azimat pemberian bomoh yg diberi sejak lama dah, untuk dibatalkan, namun tak mampu ditunaikan kerana dia sendiri kemudiannya dapat gangguan, sakit , demam, mengamuk, panas baran dsb. Sy minta perempuan ini minta bapanya hubungi sy sendiri krn sy perlukan keizinan selain request tuan rumah, tak boleh pandai2 ke sana. Bapanya call sy dan minta sy ke sana, Sy perlukan pembantu dan setelah hubungi seseorg, dlm tempuh 15 minit, ada 3 pembantu bersedia dan kami bertolak ke sana, jam 11.30 mula proses rawatan, bermula dgn menanggalkan dan mengumpulkan semua tangkal2 berbalut kain kuning macam uncang yg dipaku di segenap penjuru dan dinding rumah, tingkat atas dan bawah, juga banyak barangan lain pemberian bomoh. Setelah itu proses ruqyah berlaku, ke atas air, garam dan lada hitam juga ruqyah pembatal ke atas selonggok barangan tadi. Ibunya masa sy sampai nampak ok, baru sebentar tadi setelah call sy, suaminya bawa dia keluar dan pusing2 sekejap, baru tenang sikit. Sementara pembantu sy yg 3 org itu memagar dan membersih rumah, sy meruqyah ibunya dan seorang adik lelakinya. Setelah jam lebih 1.00 pagi sy minta izin utk balik dan minta dia meneruskan balingan garam + lada hitam utk sekurang2nya 2 hari lagi. Sampai rumah, rehat sekejp dan tidur jam 2 pagi lebih. Entah apa pula yg akan berlaku esok...

Pengajaran:


Angin pasang, sentuhan misteri dan putus tunang

Isnin (20.02.12) mlm, ada beberapa kes, antaranya seorg  isteri bawa suami yg dulu pernah datang kerana gatal seluruh badan, setelah macam2 dibuat termasuk pemeriksaan pakar2, tiada diketahui punca dan gatal makin menjadi2, setelah dtg berubat diberi air ruqyah dan zamzam, dia balik minum 2 hari, dah tak gatal lagi, isteri dia pernah call pasal ni, sy kata meskipun dah tak gatal, teruskan minum dan sapu air tu, jangan cepat leka, namun suaminya kata dah ok dan tak payah minum dah. Mlm ni dia dtg bukan pasal penyakit gatal sebab dah ok, namun timbul penyakit baru iaitu angin pasang, dah diperiksa doktor di hospital namun gagal mengesan puncanya setelah dilakukan diagnosis dsb. Penyakit ini menyerang di bahagian telor kemaluan sehingga bengkak sebelah kanan, ari2, juga naik ke bhg pinggang sblh kanan, kedudukan buah pinggang serta pundi2 kencing, sampai dia sakit tak boleh berjalan. Masa dtg nampak kesakitan dan terhinjut2. Sy ruqyah pd dia, air , beduk sejuk dan air zamzam serta beri penerangan kaedah guna bahan2 tadi. Setelah itu nampak macam ok sikit, steady dan balik.
Kes seterusnya seorang ibu, anak tunggalnya, perempuan dan kawannya, org sekampung di Kemunting,Taiping. Kisah ibu ini, yg juga guru al-Quran berlaku pada awal tahun ni, setelah jatuh di sebuah pasar setelah perasan ada benda cuit pinggang dia, lepas tu jatuh dan sampai sekarang sakit. Jumaat lepas dia dtg rumah anak di Puchong dan jadi tak sedap badan, jam 3 petang  menggeletar, panas sampai tengah malam, jam 3 pagi kemudiannya jatuh macam ada benda tolak masa ambil sejadah nak solat tahajud. Masa di Taiping dia selalu ziarah emaknya yg tinggal sorang2, juga di Taiping, adik beradik lain takut nak bermalam di situ, hanya dia, yg mengaku selalu baca Quran dan berzikir, gangguan jarang berlaku padanya di situ. Namun kali ni berlaku semasa berkunjung rumah anaknya yg tunggal dan juga tinggal sorang2. Dia mengaku ada cubaan nak pindahkan saka dari emaknya. Ringkas cerita, masa rawat dia, dia turut membaca ayat Quran kerana saaya perasan, nampak badan mula menggigil, sy terus ruqyah dan setelah selesai dia mengatakan sewaktu diruqyah tadi badannya rasa panas dan macam ada sesuatu menghembus keluar dari kedua2 telinga, kedua2 mata, hidung dan kepalanya, kiini dia rasa lega dan sakit kepala tak lagi terasa. Sy minta dia balik nanti terus amalkan zikir dan bacaan surah2 tertentu. Sy turut menghadiahinya sebuah buku ruqyah terbitan DS untuk dia amalkan demi kesejahteraan diri dan keluarganya nanti.
Kes anaknya pula, dia dah bertunang dan akan berkahwin, namun tunangnya tidak semena-mena buat hal, seolah-olah nak memutuskan pertunangan. Terdapat juga gangguan pada dirinya, juga di rumah yg didiaminya sekarang, ada kelibat dan bunyi2 macam2 spt guli dsb. Sy turut beri dia air ruqyah untuk dia gunakan dalam tempuh rawatan ini.
Pengajaran:

Tak jadi buang tangkal

Ahad 19.02.12, pagi ada kursus di sebuah masjid, tengahari ziarah anak di asrama SAMBEST USJ5 dan jam 2.30 ptg bertolak dari Subang Jaya  menuju ke Johor kerana menziarahi seorang lagi anak di asrama Pusat Matrikulasi Tangkak, lepas tu terus balik dan sampai Puchong sebelum maghrib, pandu antara 140-160 kmj, sekali sekala lebih sikit.  Selepas isya', datang pasangan suami isteri, dulu 2-3 bulan lepas pernah datang kerana sakit bisa tangan sebelah kiri, dah ok dah, sekarang sakit kaki pula, bahagian tumit, nampak bengkak, yang ni dah 2 minggu, seminggu lepas jumpa bomoh, katanya kerana kawan dia ajak, tapi tak sembuh, lalu dtg sini. dia dah kahwin 4 th, masih tiada zuriat, ada senggugut, masa awal perkahwinan masing2 tak suka, kalau mak dia sakit, dia juga turut sakit, di rumah juga ada gangguan, bunyi, nampak kelibat, mimpi bukan2, pernah dipatuk ular 2 minggu sebelum kahwin. Dia simpan banyak tangkal dan azimat di rumah, termasuk memasukkan sejenis kayu dalam tangki air, botol ada ranting kayu utk minum airnya, dia janji nak bawa semua benda2 tu esok mlm utk dibatalkan, namun sehingga post ini ditulis (21.2.12), dia belum datang. Mungkin juga silap saya sebab kali pertama datang dulu sy tak beritahu ttg keburukan benda2 tu yg boleh membawa kpd syirik, justeru dianggap dulu hanya penyakit fizikal, so rawat sebagai sakit fizikal dan dia pun tak beritahu ada simpan benda2 tu, dan sy pulak tak tanya, barangkali kesuntukan masa waktu tu.

Pengajaran:

Saturday, 18 February 2012

Jerut rahim, azan keliling sejadah,kebatinan silat & jin gemar kencing

Hari ini sabtu (18.02.12), rawatan di DS,  pesakit agak ramai. Dalam ramai2 tu ada beberapa kes yg blh dijadikan renungan. Antaranya pasangan suami isteri yg dah lama kahwin, usia melebihi 30 an, mereka tinggal di UK (Bradford), sambung belajar di sana, pernah masa balik ke Malaysia pergi mengurut, bomoh tu kata mereka memang susah nak dpt anak dan rawatan menggunakan batang mancis sekotak sorang, disusun atur atas badan suami isteri, dan rawatan secara pakej kalau nak dpt anak juga ialah bayar RM 500.00 seorang dan kalau dapat rezeki seperti anak dan kerja elok, kena lagi pakai sejenis tangkal, seorang satu. Dia sempat urut isterinya pakai telur ayam kampung, bomoh tu kata ada org hantar melalui angin. Mengenai zuriat ni, isteri kata dia ada 5 beradik, 4 perempuan dan 1 lelaki. Hanya lelaki dpt anak, perempuan semuanya tak dpt anak termasuk yg sulung dah 20 th kahwin belum dpt anak. Dlm hati sy kata ini antara simptom gangguan dan mereka ada kesungguhan ikhtiar setelah pelbagai usaha termasuk jumpa pakar2 di UK dan bomoh2 di sini. Kini mereka dah faham dan mengaku rawatan Islam dpt menyelamatkan aqidah dan hanya Allah saja yg boleh memberi anugerah kpd mereka iaitu zuriat. Pemeriksaan alopati menunjukkan mereka sihat dan normal dan tiada masalah utk hamil, namun sy mensyakkii rahim isterinya telah dikunci atau dijerut  dari memperolehi zuriat, Wallah A`lam.

Kes lain, pesakit ni rasa nyilu, lesu, bisa dan lemah seluruh badan, doktor check semua ok, kerap pergi bomoh dan antaranya di Bukit ... , Banting, yg menilik dlm air, katanya ada org cuba nak kenakan dia sebab tak puas hati kerana sesuatu. Disuruh suaminya balik rumah nanti, azan sebelum waktu maghrib dgn cara mengellingi sejadah, mula mengadap kiblat sampai mengadap kiblat balik, buat 7 kali, tiap2 hari selama 7 hari berturut. Dia rasa pelik dan tak teruskan sampai habis. Sy kata azan sebelum maghrib akan mengelirukan, ini bukan syariat. Diberi juga oleh bomoh tu air untuk minum dan limau utk dibaling ke pintu depan dan belakang dan suaminya diminta baca ayat jampi tertentu. Suami dia tak ikut ke DS kerana katanya ada kerja. Sy syak sesuatu tapi tak teruskan pertanyaan. Anak dia ada yg tak nak ke sekolah, suka melawan, degil dsb.

Seterusnya remaja lelaki 17 th, sakit sejak November 2011, ada ketikanya dia agresif tapi kemurungan, nampak ketakutan, kurang bercakap sedangkan sebelum ni petah dan riang. Dia ada belajar silat, satu gelanggang di sekolah dan satu lagi di luar dgn guru lain2. Yg di luar dia turut diajar ilmu kebatinan, baru belajar dah jadi macam ni, dia sering kata takut mati dan ada org suruh dia bunuh diri dll, dimasukkan wad psikiatri di sebuah pusat perubatan kerajaan sejak 3 minggu lepas dan dibawa keluar utk dirawat di DS. Sayang dia masih muda dah dimasukkan dgn ilmu2 kebatinan yg tak mampu ditanggungnya, dirujuk kpd guru silatnya, dia seolah2 lepas tangan. Rawatan masalah seperti ini perlu masa sekurang-kurangnya 40 hari. Pengalaman sy merawat penagih dadah tegar (yg dah tak kenal mak bapak dan ahli keluarga serta kawan2)  memerlukan masa sekitar 40 hari utk sembuh dan pesakit macam ni juga begitu. Sy syorkan keluarga ini istiqamah dan yakin dgn rwatan Islam serta terus mendoakan kesembuhan dari Allah swt.
Kes2 lain seperti susah nak tidur, masalah berat jodoh, tunang tengok macam rupa lain, baby terkejut siang dan malam, juga bapa mendakwa anaknya, lelaki (tak nak dtg DS) dah tak nak solat sejak berkawan dgn seseorg dan pakai cincin dan rantai yg diambil entah dari mana, dia berkeras tak akan tanggalkan cincin dan rantai itu dan marah kalau org bertanyakan tentangnya.
Kes berikut ialah pesakit gangguan yg sakit hanya sebelah kanan dari pinggang hingga ke pundi2 kencing. Jin dlm badannya mengaku sukakan air kencing, sebab itu duduk beralih2 , sekejap di rusuk kanan dan sekejap di pundi2 kencing dan memberi kesakitan kepada pesakit ini. Doktor pun pening dan buntu utk mengenalpasti punca sebenar, alih2 diberikan ubat gastrik, katanya.

Malam pula ada beberapa kes, antaranya pesakit yg dirawat semalam (jumaat malam 17.2.12) dtg lg membawa bungkusan yg mengandungi tangkal dan azimat utk dibatalkan, juga ibunya yg ada gangguan termasuk telinganya sentiasa berdesing. Rasukan mlm ini lebih kuat dan teruk berbanding semalam, siap bertempik kuat, namun anak2nya yg datang semalam tak ikut, cuma tambah emak dan mak saudara, selain suami. Lagi emaknya cakap seorang adiknya yg usia melebihi 30 an, memliki karier yg bagus di sebuah bank terkenal, namun dia tidak mahu berkahwin setelah pelbagai ikhtiar dilakukan, sedihnya beliau berkawan dgn seorang tomboy berusia 42 th dan tak mahu balik rumah, asyik ikut tomboy itu dan turun ke selatan tanahair semata-mata nak jumpa tomboy tu dan hubungan ni dah 5 th terjalin. Dia minta air ruqyah utk sedarkan anaknya/

Seterusnya seorg lelaki yg mengikuti kuliah pengajian sy di sebuah surau, bawa isterinya yg sakit belakang, rahang kanan, turun ke belakang, sekarang kebas  lengan kiri, abdomen sakit, mata gatal dan pedih, hilang fokus, macam ada habuk, kadang2 sakit bawah teling dan mimpi tak eloka. Di rumah ada nampak kelibat bhg dapur, anak dia juga ada perasan ada kelibat, macam orang menangis, waktu subuh 6.oo am.

Pengajaran:

Buka selera, hemangioma dan pelaris

Hari ini 17.02.12 (Jumaat) ada beberapa pesakit dgn keluarga masing2 datang, petang dan malam. Antaranya pesakit wanita warga emas yg hidapi pelbagai masalah, dibawa keluar dari sebuah hospital terkenal di Lembah Pantai, utk dirawat setelah pelbagai usaha dilakukan oleh pakar2 masih buntu. Setelah disiasat dia pernah dibawa oleh iparnya yg pernah berubat dgn seseorang, dia kata rawatan Islam, sebab guna ayat2, sy tahu dan kenal perawat tu (sebenarnya bomoh, dia bela penanggal, pesakit lain bagitahu, dia bukan warga Malaysia). Ah, pedulikan dia, tak nak cerita pasal dia, biarlah dia dgn urusannya. Pesakit ini nampak hampir putus ada, tak ada selera makan dll, anaknya macam risau sangat sebab emaknya tak nak makan, tiada selera, macammana nak sihat dan bertenaga, sy kata org sakit memanglah tiada selera, kena fahami hal ini. sy turut ruqah utk buka selera selain doa2 lain.
Pesakit seterusnya menghadapi hemangioma tahap yg agak kritikal, dah acap kali sy rawat dan semakin ok, namun dia agak abaikan, utk minum dan sapu air ruqyah serta bahan2 yg perlu diambil, so, sejak beberapa hari keadaan kembali buruk, diharap dia konsisten untuk lakukan amalan bagi rawatan susulan dgn menggunakan air zamzam.
Seterusnya seorg guru yg disyakki menghadapi saka, dgn simptom sendawa tidak putus2 dan kuat, masalah sekarang bukan berkaitan saka, tapi situasi tempat kerja dan berkaitan dgn bosnya. Bosnya disyakki mengamalkan ilmu hitam iaitu ilmu penunduk agar semua staf ikut dan akur arahannya, sesiapa yg membantah dan mempertikaikan keputusan akan mengalami sakit2 badan. Ini dilakukan menerusi jampi mentera tententu yg diwarisi dari nenek moyangnya di negara seberang. Setelah ruqyah selesai sy minta dia melakukan amalan tertentu utuk menentang sihir dan gangguan yg bukan saja berlaku ke atasnya bahkan ke atas staf2 lain di tempat kerja. Pesakit ini sebenarnya memiliki sijil pengubatan Islam, sy kenal dia kerana saya adalah pengujinya (tasmik) sebelum diijazahkan, namun beliau masih belum mampu merawat org kerana diri sendiri belum kuat dan bersedia melalui dunia pengubatan yg mencabar, bagaimanapun sy berharap suatu hari nanti beliau akan menjadi perawat Islam.
Pesakit seterusnya juga seorg wanita, peniaga, dah 3 bulan berhenti, kini kerja lain, duit dapat banyak, jualan habis, tapi duit entah ke mana, dia dtg bersama suami dan 4 anaknya. Masalah dia sakit bahagian kaki, dari lutut ke bawah sebelah kiri, kadang2 kepala dan belakang, sakit pula on off, mimpi macam2, ramai bomoh ditemui termasuk bomoh Indon, dibei pelaris, duit kertas RM 10 pelaris (ada 2, dia bawa dari bomoh berlainan) , tangkal diikat di katil, batu ambil di jalan lalu digantung tempat berniaga dll, ada ketikanya dia berubat dgn 2 bomoh sekaligus, sakit tak juga sembuh. Setelah diruqyah dia menangis kuat, anak2 dan suami kehairanan, sebelum ni berubat tak jadi macam ni. Minta jangan disakitinya, kemudian ruqyah di bahagian betis ke kaki sebalah kiri yg didakwa sentiasa sakit, lepas tu ok, poin yg dikesan ialah di belakang, bahagian bawah pangkal leher. Setelah ok 5 minit, sy merasakan ada sesuatu cuba menyerangnya kembali, memang benar dugaan, ia kembali dirasuk dan menangis, sy ambil segemggam garam dan keluar rumah serta baling ke arah tertentu, bila masuk ke dalam rumah, keadaan nampak ok, ruqyah diteruskan dan pesakit agat penat, dibiarkan berehat. Sy cuba menasihati pesakit ini dan ahli keluargnya tentang keburukan mempercayai tangkal dan azimat serta amalan2 yg diminta oleh para bomoh agar dia lakukan. Dia janji nak bawa banyak lagi tangkal dan azimat utk dibatalkan dan dimusnahkan.

Pengajaran:

Thursday, 16 February 2012

Meningitis dan tuli (kunci atau ikat pendengaran)

Hari ni (Khamis 16.02.12), mlm, keluarga pesakit ini (lelaki usia 17 th) datang dari Pahang, dekat kawasan Lentang, Bukit Tinggi, ibunya baru ambil pesakit dari Hospital Temerloh di bawa kemari, sebelum itu dimasukkan ke hospital Bentong, doktor kata ada gastrik, beri pain killer dan disuruh balik, sebelum ditransfer ke situ. Kes ini agak pelik, doktor2 pakar hairan, pakar otak, pakar saraf, pakar telinga dll. Simptom ada tapi ada keanihan, doktor suspek macam2, namun tak konsisten, terakhir suspek dikatakan menghidapi meningitis (sejenis penyakit akibat jangkitan kuman pada selaput otak), air sumsum di tulang belakang sudah diambil, macam2 ubat dan vaksin dicucuk, diagnosis dibuat tapi puncanya belum dikesan. Ibunya cakap selepas balik dari hosp Bentong, anaknya muntah, jadi lembik, mata meliar, terkencing atas katil, dah buat CT Brain di Hosp Temerloh, dikatakan ada Meningitis tahap 4, lepas itu anaknya macam tak boleh mendengar, telinga mendengung (tuli total), menggelupur, tenaga kuat macam 4 orang lelaki dewasa, macam beruk bercakap dan beraksi (menurut ibunya). Ujian pendengaran sehingga tahap kebisingan 120db pun tiada tindakbalas. db adalah sklala  pengukuran tahap kebisingan atau kenyaringan di mana tahap ini menyamai kenyaringan jet supersonik sewaktu nak take-off atau bumyi letupan batu di kuari. Namun itupun tidak memberi apa-apa tindakbalas ke atas pesakit ini. Doktor di situ kata, belum pernah ada kes meningitis yg menggelupur macam ni. Rekod interaksi dgn doktor ada, tapi menggunakan pen dan kertas, tahap ingatan masih tajam. Dia mula kena serangan ni waktu bantu bapanya berniaga gerai di satu kawasan R & R  2 minggu lepas, kebetulan waktu maghrib. Masalah sekarang tak dengar apa-apa, dulu lidah macam itik, kaku, hanya bunyi mcm beruk, lepas 5 hari di ICU baru boleh bercakap, tapi tak boleh mendengar. Soalan ditulis baru dia jawab, pertuturan masih elok.
Sy rawat lelaki remaja ini dan bapanya minta air penawar. Ibunya macam rasa tak apa-apa, tak minta dirawat atau didoakan, cukup dgn air ruqyah utk anak, suami dan dia. Gerak hati sy mengatakan tentu ada sesuatu yg dia tak ceritakan. Selepas rawat suaminya dan seorang kakaknya (mak saudara pesakit), barulah dia duduk dan bersedia utk diruqyah. Sewaktu dia diruqyah, dia nampak relaks tapi cemas dan membaca sesuatu dan sy dengar macam ayat2 Quran, adakalanya dia ikut apa yg sy baca, mana-mana yg dia tak tahu dia diam,,,adakalanya hanya nampak mulut berkumat-kumit. Rasa macam ada getaran yg kuat, dlm hati sy kata ini bukan sembarangan org, namun yg ni sy tak ceritakan pd sesiapa. Selesai rawatan barulah ibunya membisikkan banyak perkara, apa yg dia amali masa dulu2 sampai sekarang. Dia dgn suami nampak baik dan mesra, dipanggil sayang pd suami, namun mereka tidak tinggal bersama, tinggal asing-asing, mereka ada 5 anak, sy tak nak cerita selanjutnya kisah yg mereka sendiri ceritakan, cuma mereka kata rasa panas, tinggal asing-asing tak apa, tapi kalau dekat, bersama tak boleh, oklah tinggalkan dulu kisah mereka. Isteri memang adakalanya boleh nampak sesuatu, pasal tragedi tsunami dulu, dia kata dah nampak sebelum berlaku lagi, dan kisah2 lain yg menggemparkan negara dia nampak sebelum berlaku lagi (sy tak nak sebut sebab sensitif dan kontroversi kerana melibatkan tokoh2 terkenal dan selebriti tanahair),  dia sering rasa macam nampak cahaya, kelibat dsb, bila diselidiki dia ada opah jadi bidan, bukan sorang tapi dua, bidan tradisional dan tukang urut yg ada dampingan. Setelah ditanya, maknya beritahu, sebelum anaknya berkelakuan anih, dia meleteri anaknya dan sebagai tindakbalas terjadilah sebagaimana yg terjadi, bunyi dan aksi macam beruk.  Dia ingatkan anak dia buat2 bodoh, sedangkan dia tak tahu anaknya dah tak boleh dengar apa-apa ketika itu, hanya kerkebil2 dengar leteran emaknya, lalu hot sakanlah maknya.
Mengenai apa yg dialaminya (mak pesakit) selama ini, dia rasa apa yg ada pada dirinya adalah kurniaan dan anugerah Allah, sentiasa berdoa dan minta pertolongan Allah, namun dia selalu mimpi yg anih2, misteri, ular macam2 jenis dan warna, banyak pulak tu dll. Dia kata setiap kali musibah, kemalangan, sakit dan sebagainya belaku pada hari Jumaat (siang atau malam), hari2 lain tak berlaku, sy jawab itu hanya kebetulan, jgn fikir yg negatif. Sy cuma berkata mintalah pertolongan Allah dari tipu muslihat dan tipu daya iblis dan syaitan, yg datang kpd kita biasanya yg tak elok, yg baik tak ada masa nak campur urusan manusia, yg dah mati, ruhnya tak akan kembali, yg datang dan mendakwa macam2 tu, wali ke tok syeikh ke, kemungkinan syaitan dan iblis. Dia mengaku ada kawan dia nampak dia ada dua, kawan dia nak tegur dan beri salam tak tahu yg mana satu. Dia juga tanya pasal qarin, sebab ada org kata dia ada qarin, sy kata memang ada disebut dlm Quran, namun kita tak tahu mana satu yg baik dan mana yg tidak, elok sentiasa memohon perlindungan Allah. Guru saya (TGHD) sering memperingatkan bahawa manusia yg sering nampak makhluk2 halus, bukanlah satu kurniaan, anugerah dan keistimewaan baginya, bahkan satu bala yang perlu dihindari dan perlu pohon agar Allah menjauhkannya.
Berbalik pada anaknya tadi, sy nasihatkan balik nanti potong rambut biar nampak kemas sikit, bersihkan diri. ini tidak, sangat kusut masai, panjang bergentel2, tak terurus dan baunya sudah cukup digemari oleh jin2 jahat. Tak apalah mungkin duduk hospital dah lebih 2 minggu. Sy cakap potong rambut nanti  jangan pakai mesin, pakai gunting saja utk elak gegaran. Tujuan sy agar air ruqyah tadi dpt disapu di kepala, mengenai kulit kepala,  dan diterap (bungkus) dgn tuala atau sapu tangan yg dibasahi dgn air ruqyah dan doa, agar sakit di kepala (selaput otak) dan telinganya sembuh dgm izin Allah. Berkemungkinan pendengarannya dikunci, dihijab atau ditutup oleh makhluk halus, sebabnya pemeriksaan rapi oleh pakar menunjukkan organ pendengaran elok dan tiada masalah. Bab kunci pendengaran, pertuturan, penglihatan dan fikiran sering berlaku dan sy hadapi byk kes2 sebegini.

Pengajaran:


Pergilah dulu jumpa pakar di hospital utk diagnosis dan kalau tak dpt dikesan puncanya, bolehlah guna rawatan cara Islam. Cuma kes ini agak lewat, setelah disyorkan berubat cara Islam, barulah datang. Pergi ke mana dulu pun tak apa, sebab hak kesembuhan hanya milik Allah.

Wednesday, 15 February 2012

Pasangan India mahu zuriat lelaki

Hari ini rabu (15.02.12), ada satu pasangan berbangsa India, janji nak dtg semalam namun  sy tunda sebab smlm agak ramai pesakit, so mereka berdua dtg sebentar tadi, bersama seorang ustaz, kawan dia satu tempat kerja. Pasangan ni beragama Hindu tapi percaya kaedah rawatan Islam boleh membantu mendapatkan zuriat, dia kata nak anak lelaki, anak sedia ada satu 13 tahun dan satu lagi 8 tahun, kedua2 perempuan, kalau boleh mahu anak lelaki pula. Masa dia call sy tak syak dia India kerana fasih macam org melayu cakap. Ok lah sy rawat mereka berdua dan doakan agar diberikan zuriat, sebelum ni mereka dah buat check-up dan tiada sebarang masalah, termasuk klink pakar di Damansara oleh pakar sakit puan terhandal di negara ini. dah makan berbagai jenis ubat, mengurut dsb, namun belum berhasil. Sy doakan juga pada air dan minta pasangan ini minum, sapu di beberapa bahagian anggota badan dsb...insyaAllah tuhan akan makbulkan, kena yakin.

Peringatan:
Pasal doa ke atas pesakit non-muslim ni, tiada masalah, di DS sendiripun ada juga pesakit2 non-muslim dtg kerana pelbagai jenis penyakit. Kita boleh doakan kesembuhan, namun tidak boleh memohon keampunan Allah utk mereka sebab mereka non-muslim, kita juga boleh doakan agar dibuka pintu hati dan diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah. 

Tuesday, 14 February 2012

Dialog dgn jin dan syaitan: Boleh ke layan ?

Semasa merawat pesakit2 yg mengalami gangguan (penyakit rohani atau spiritual) perawat ada ketikanya berdialog dgn makhluk halus dgn tidak semena2, ada yg berdialog panjang, ada yg memendekkan dialog dan ada yg tak layan langsung. Ada yg memujuk, ada yg menempelak, ada yg menengking, ada yg mengancam, ada yg ugut bunuh sepeti pancung, sembelih, ikat dan penjarakan dsb. Ramai perawat bertanya, nak buat macamana, apa yg lebih baik, layan ke tidak. Ada juga jin dan syaitan tak hadir walau lenguh meruqyah. Ada ketikanya kita tak peduli dia hadir atau tidak dan adakah patut kita usahakan agar dia hadir (menerusi ruqyah ayat2 mengesan serta doa menghadirkan jin) . Kenapa?. Ini bergantung kpd simptom dan jenis gangguan yg dialami pesakit, tempuh dan asal usul makhluk halus itu, juga bergantung pd pelbagai situasi, pesakit, perawat dan jin itu sendiri, bahkan org2 yg ada sekitar kita waktu merawat. Perkara ini timbul kerana ramai perawat yg ambil jln mudah, rawat ala kadar, dan selesai, suruh pesakit balik, minum air, kalau tak sembuh datang lagi. Pernah beberapa kali sy memendekkan dialog dan rawatan semata2 kerana bilangan lelaki yg ada di situ tak cukup, sy kira 10 lelaki diperlukan sekiranya pesakit ini mengamuk dan merasuk ..utk memegangnya.
Perawat perlu mengumpul sebanyak mungkin pengalaman dlm tempuh dan ruang yg ada. Sy kerap jumpa ahli2 lama yg memakai kad perawat dan bertanya dia merawat di mana. Dia kata tak adalah, cuma sekali sekali dtg hari selasa, no. kadnya bawah 100. Ada yg sejak dpt ijazah lebih 10 th lepas x pernah jenguk DS dan memang tak pernah merawat, bila diberitahu kini pelajar DS kena hafal 3 kumpulan ruqyah, dia tercengang-cengang, ya kah?. Ada yg dah lebih 5 th dpt ijazah, tiba2 dtg nak praktikal, sy tanya kenapa baru sekarang, dia kata baru2 ni ada kawan dia minta tolong, ada gangguan, dia cuba merawat...tapi dia tak mengaku apa kesudahannya. So, dia dtg untuk memperkemaskan diri, tak apalah. Cuma bila dah dtg tengok kita merawat, nak praktikal, kalau kita minta dia ruqyahkan kpd air utk kes2 biasa seperti degil, mohon terang hati dsb cubalah bantu, kita yg minta ,tapi dia enggan, selamba saja, dia kata tak naklah, ustaz sajalah yg buat. Sungguh kecewa, memang dia org senior, dah lama terima ijazah, tapi sy faham, ruqyah dulupun dia dah lupa, apatah lagi nak hafal ketiga2 hafalan ruqyah. Sy kata kpdnya, sebelum merawat, kita kena hafal sekurang2nya 300 kumpulan ruqyah dari ayat2 Quran, bukan hanya bergantung kpd 33 itu saja. Dia terdiam, tunduk. Kembali kepada dialog...
Pendapat sy begini:
1)  Adakalanya dialog perlu dan ada kalanya tidak perlu.
2) Ada yg perlu dipendekkan dan ada yg boleh dipanjang.
3) Kalau jin tak hadir, biarkan dan ada ketikanya perlu diusahakan hadir.
4) Kalau jin kafir atau tiada agama boleh didakwahkan kpd Islam, kalau syaitan tak payah dakwah, buang masa.
5) Maklumatnya biasanya tak boleh dipercaya, kadang2 berunsur fitnah, namun ada yg boleh diterima.
6) Pujuk, ugut, ancam dsb hanyalah pendekatan atau teknik sebab makhluk halus ialah makhluk yg berakal, banyak tipu muslihatnya.
7) Jgn ego masa berdepan dgn jin dan jangan pula terlalu merendah diri.
8) Sentiasa ikhlaskan diri sewaktu hadapi kes2 gangguan dan jangan rasa diri hebat.
9) Usahakan dakwah kpd golongan jin kafir dan tidak beragama dan dedahkan ttg kesalahan dan kezaliman mereka serta diri mrk yg tertipu dgn helah ketua2 mereka atau tukang sihir.
10) Terangkan ttg kebaikan Islam, usahakan agar mereka bertaubat, meninggalkan kerja2 jahat mereka selama ini dan ajaklah mereka beriman kpd Allah.
11) Kesempatan berdialog perlu dimanfaat sebaik-baiknya, jgn hanya asyik menanya hal2 sulit dan ghaib, tapi tanyalah sebab dan punca mereka menggangggu manusia.
12) Kalau dinafikan sama sekali dialog ini, maka ruang berdakwah sudah ditutup lebih awal. Mereka makhluk berakal dan ada kesempatan utk menjadi sebahagian dari makhluk Allah yg beriman. "Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada Ku ".
13) Belajarlah teknik berdialog dgn org yang mahir dan berpengalaman, kalau tidak kita sendiri yg terperangkap.
AY