Blogger Templates

Tuesday 1 May 2012

Penangan Back to Face

14.04.12 (Sabtu)
Satu keluarga besar dtg berubat utk berbagai2 jenis masalah, semuanya 13 org, sy tak dpt ceritakan satu persatu.
Pesakit lain, pasangan yg baru kahwin 16.3.12 lepas. Suami cerita 2 minggu sebelum kahwin rasa macam nyawa nak ditarik, ketakutan. Ini berlaku bermula sejak dia tengok cerita perang Back to Face, lps tu dia rasa takut. Masa merisikpun dia rasa kena kapit muka dan gigi ditarik2, lps kahwin masaih ada rasa takut dan berdebar. Isteri dia juga mengadu ada masalah gangguan pada 2007, pernah berubat, juga masalah gangguan di tapak rumah di kampung. Dia berjanji akan bawak tangkal kemudian iaitu buku pengubatan (cara buat tangkal dll) sert keris silat.

Pesakit berikut ialah wanita, staf di salah sebuah hospital pakar perubatan terkenal  di negara ini. Ada masalah psiriosis iaitu ovary cancer, 16 cm @ 1 kg, dah operate sebulan lps, masa tu stage 3, kini dah buat kemoterapi 1/6 kali. Kini doktor cakap sel tu dah merebak ke liver, disyakki sel ini dah membesar. Sy ruqyah dia dan beritahu blh teruskan rawatan di hospital, cuma ada pilihan utk ditambah dgn doa dan ruqyah sebab kesembuhan itu sebenarnya milik Allah swt. Sy berjanji utk sediakan formulasi khas utknya (penyakit berkaitan hepatitis), berilah sy beberapa hari utk dptkan bahan dan sediakan khusus utknya.

No comments:

Post a Comment