Blogger Templates

Wednesday 2 May 2012

Khadam Ayat Terbangkan Hafiz

21.04.12 (Sabtu)

Catatan utk hari ni dah hampir siap tadi, namun entah kenapa tiba2 hilang, so, kena taip lain semulalah ni. Hari ini sy rawat 20 org dan agak memenatkan kerana sebahagiannya adalah kes2 kronik. Pesakit pertama pasangan suasmi isteri sama2 usia 24 th, kahwin akhir 2008 namun belum dikurniakan zuriat, isteri pula period tak konsisten. Kedua kanak-kanak lelaki 11 th, kerap kencing malam, sejak usia 7 th sampai sekarang, dia juga nakal, tak nak belajar, tak nak solat, pernah berubat di Puncak alam, pakai darah masa berubat. Pesakit lain, prpm 44 th, batuk tak baik2, pernah berdarah, dada sejuk mlm, ada gangguan, mimpi2, dia ibu tunggal.

Berikutnya pesakit lelaki 79 th, dari Felda Kechau 1, K.Lipis, sakit kepala, belakang dan ada gout sejak 4 th lepas. Kemudianya pesakit bayi , 65 hari, mata pandang2 penjuru bilik waktu mlm dan mudah terkejut, dia cucu pesakit yg tinggal di KMS. Seterusnya pesakit lelaki 68 th, dari Taiping, ada angin, sekak perut, muntah2, dah 2 minggu, sakit berulang 2-3 kali setahun. Lepas itu anaknya, guru, pesakit wanita 35 th, disyakki ada gangguan saka, rumahnya ada perempuan tua rambut panjang, kini dia hamil 7 minggu iaitu kehamilan ke 3. Pesakit berikutnya prpm, 6 th, namanya agak pelik, dia ketakutan, nak berteman dan asik nangis, dah 1 minggu mcm ni, tidur pandang atas dan kurang selera makan.

Pesakit seterusnya mengalami gangguan yg teruk dan ganas. Dia datang sama kawannya, kedua2 guru di sebuah sekolah tahfiz dekat Jenjarom. Dia seorg hafiz, mengaku ada didampingi sejak usia 14-15 th, masa belajar di sekolah tahfiz lagi. Dia kata mulutnya masin, apa saja dia sebut, akan jadi, seperti nak terbang dan berjangkit dari satu pokok ke pokok lain, dlm tidur mahupun sedar, dia rasa ada benda mengalir dlm badannya, Kalau tidur dia tutup lampu, benda tu ajak dia pergi mengubat, kalau buka lampu tak berlaku. Dia sering bermimpi dan betul berlaku apa yg dimimpikan, macam halusinasi. Dia boleh nampak macam2 di alam ghaib. Maklumat ini penting sebelum memulakan rawatan. Sy mulakan dgn ruqyah berkubu, pelemah dan penentang sihir, pesakit ini mula tunjukkan aksi yg agresif, terangkat badannya bersama2 kerusi, bergerak/berpusing kiri dan kanan, sy letak tangan di lutut, dia mula menepis,menderam. Sy hentikan dulu ruqyah utk minta bantuan rakan2 perawat lain bantu pegang pesakit ini. Kini selain pesakit ada 4 org kesemua utk pegang dan tindih ke lantai. Ruqyah diteruskan dan benda dlm badan dia amat ganas sehingga dia menyentap lalu terpelanting semua. Dia ditenangkan kembali, rehatkan dia. Dah ada antuan tambahan sehingga 6 org maka ruqyah diteruskan, dia makin agresif, namun akhirnya dia longlai, sedar dan ok.

Berikut pesakit wanita 38 th, dlm tempuh 6 bulan dah masuk hospital 5 kali, check ada ulcer colon, pernah minum air akan kenerak yg dibeli dari seorg perawat di DS, tak berkesan. sampai kena operate, kini timbul rungsing, tak boleh tidur, berdebar2, tangan terketar2, blur, tak ingat apa org cakap, bos dia pun tak sukakan dia. Dia kerja profesional, handle projek hampir RM 500 juta, kini maintain 4 projek serentak, namun ada staf lain yg cemburu dan buat khianat, katanya. Bila masuk ofis saja terus sakit2, di luar ok. Kat rumah juga tak boleh tidur, baru saja bercerai dgn suami, dlm eddah lagi, tiada anak. Dulu suami dia pernah bawak jumpa bomoh, bomoh tu kata nama dia tak sesuai, dia kena mati dulu dan kena mandi di beberapa air kolah masjid tertentu. Suami dia suka jumpa bomoh dan ambil pelaris. Suami dia juga hutang dengan dia lebih RM 200K tapi tak mahu bayar, larikan duit begitu saja Mak dia di kg juga lumpuh. Ada beradik 5 org semua prpm. Kini dia tak boleh tidur langsung, cuba juga berzikir sampai terlelap, tak tak boleh, ini berterusan sampai pagi. Doktor beri ubat tidur, tak boleh tidur juga, jadi blind. So, pergi kerja jadi lemah dan tiada fokus.  Dia minta tolong usahakan agar hati tenang dan boleh kerja dgn baik. Setelah diruqyah dia menangis terisak2. Pendekatan kaunseling digunakan dan dia nampaknya ok sikit dan makin ceria.

Petang. Ada saudara pesakit yg minta ke rumahnya utk rawat lelaki 75 th, sakit pinggang, tgak boleh berjalan, kena papah, tak lalu makan dan tak boleh tidur, ini dah 2 minggu. Dia kena di Slim River tapi dibawa ke rumah saudaranya dkt sini untuk berubat. Sy juga terima panggilan seorg lelaki yg kehilangan motornya pagi tadi dan minta diikhtiarkan agar motor itu dpt dikesan atau dikembalikan, sy kata insyaAllah.

Malam, pesakit prpm yg dulu ada masalah biji2 gatal tumbuh seluruh badan, dia dtg lagi nak sambung air ruqyah. Katanya kini fikirannya tenang sikit, tak lagi berat atau rungsing, sebelum ini tidur dihimpit, ditekan kepala dan rasa macam ada jari pegang dia, bahkan pernah ternampak kelibat tangan dan jari yg panjang kira2 3 jengkal, macam jari katak. Kini tiada lagi. Masa ruqyah dulu dia rasa sakit sangat, menggelupur dan berguling2. Dia bawa air zamzam dan mineral utk didoakan. Apabila diruqyah, masih ada sikit2 getaran tapi dah jauh berkurang berbanding kali pertama dulu.

Seterusnya bayi 9 bulan, ada gangguan di rumah, di tangga, asyik pandang ke atas, bila letak atas katil terus menjerit, dulu kakak dia nampak ada org tua di katil tu. Bayinya menangis setiap kali suami tak ada kat rumah, juga ada bunyi guli dan nampak pocong melayang2 di lorong depan rumah. Jiran dia sebelah kiri mendakwa ada bunia manakala jiran (suami jiran)  sebelah kanan baru mula mengubat orang, buat tangkal azimat dan jampi2 dan tak kerja. Selain dirawat dia juga mohon pagar rumah bila ada kelapangan.

Pesakit lain, lelaki, kes ulangan tapi kini lengan kiri berasa sakit, kesan accident yg dah sembuh. Juga cucunya 27 hari yg badannya panas, demam, dulu kuning, dah ok. Juga ruqyah nenek bayi tadi, kes ulangan, sendawa yg kerap.

Berikut, prpm 20 th, pelajar politeknik, sakit kepala, angin satu badan, sakit dan lenguh2, kembung perut,  tidur ok pulak. Dia juga period sakit, ada senggugut, sampai berguling2, bangun tidur juga sakit, kepala lagilah. Yg akhir budak prpm, 9 th, mohon kesejahteraan dan penrang hati.

No comments:

Post a Comment