Blogger Templates

Friday 4 May 2012

Toyol Kencing

24.04.12 (Selasa)
Petang, jam 6.30 sy sampai ke rumah yg ada kes toyol semalam. Tuan rumah mengatakan pagi tadi ada pulak air kencing tempat yg sama diberak semalam. Dlm hati sy kata ni kena ajar betul2 ni. Juga beberapa keanehan berlaku seperti daging ayam yg siap dibersih utk dimasak esoknya, didapati terbuka tutupnya disusun elok2 di atas lantai di ruang dapur beralas kain alas kaki, ikan 2 ekor dlm balang juga tiada, ditemui seekor di tengah2 ruang tamu dan 1 lagi tidak ditemui. Yg ditemui itu dah mati tapi tak berbau langsung dan tidak juga dihurung semut. Anak dia mengadu kepala gatal dan ada yg demam, panas tak turun2. Sy meneliti keadaan rumah dan sy merasakan ada sesuatu yg disembunyikan oleh tuan rumah iaitu tangkal azimat yg menjadi penyebab kemasukan makhluk2 halus dgn mudah, namun demikian sy teruskan ruqyah pembatal sihir dan pendinding makhluk halus dgn menggunakan air, garam dan lada hitam. Petang ini sy buat sendiri dan esok dan lusa diminta tuan rumah lakukan sendiri balingan itu.

Malam ada beberapa pesakit nak dtg namun sy kata besoklah (sy perlu kerehatan mlm ini), namun demikian tiba2 sampai pesakit yg tiada appointment, so, terima jugalah. Pesakit pertama wanita 33 th, dari Kg Melayu Subang, tangannya bisa sebelah kanan sampai tak boleh angkat apa-apa, sejuk panas. Baru sy tahu, tadi dia nak pergi mengurut dgn seseorg dekat sini, namun tukang urut tu tak nak mengurut dia, kalau mengurut dia sendiri yg demam, so tukang urut itu cadangkan dia jumpa sy utk dirawat sebab sakit tu tak boleh diurut. Dia dah 2 hari rasa bisa tangan sampai tak boleh buat kerja apa-apa. Selesai dirawat, dia nampak ok dan sy minta dia istiqamah minum dan sapu air yg telah didoakan itu. Kemudian kakak dia pula, prpm 45 th, dulu pernah operate sebab ada cyst kat breast, kini sakit berulang pulak, urat bengkak dan breast kiri sakit. Sy merasakan memang kedua-dua beradik ini ada gangguan. Kes begini tidak boleh mengurut, kalau tidak tukang urut yg sakit sampai tak boleh mengurut org lagi.
Juga ada panggilan dari bekas jiran sy yg kini bertugas di utara semenanjung, masalah gangguan anaknya yg selalu berat kepala, sakit tengkuk dan belakang. Sy beri beberapa petua utk mengatasinya.

No comments:

Post a Comment