Blogger Templates

Sunday, 13 May 2012

Memonyok utk kumpul tenaga

12/05/12 (sabtu)

Hari ni sy tak dpt bertugas sepertimana biasa di DS Bangi kerana ada Hari Kelurga MASWAPEM di Tmn Tasik Dato' Keramat. Setiap tahun kami ahli2 keluarga akan berkumpul  beberapa kali utk berbagai2 acara demi meningkatkan silaturrahim. Bilangan ahli keluarga setakat th 2011 adalah seramai 3870 org, dan bilangan ni dah dijangka melebi 4 ribu th ni sebab ada ramai kelahiran tahun ini dan banyak perkahwinan dilangsungkan setiap tahun.  Kami bertuah dilahirkan dlm keluarga besar dan berjaya pula menyediakan data base ahli yg lengkap. Ni bukan nak cerita pasa acara hari keluarga , tapi pasal benda lain.

Acara tahun ini, sy bagi peluang pada anak2 ambil bahagian, acara dewasa juga isteri turut serta, sy hanya memerhati dan mengambil peluang bersembang dgn ahli2 dewasa, tak byk aktif macam th2 terdahulu. Rehat memang rehatlah, tapi dah jadi rutin bg sy, kalau tak merawat barang sehari jadi letih, lesu, apatah lagi hari sabtu ada beberapa pesakit kronik nak jumpa sy hari ini, kes susulan, namun tak dpt penuhi kecuali mlm nanti.  Sy cuba buat monyok atau memonyokkan diri kerana itu adalah satu cara utk menjimatkan tenaga dan mengumpulkan kekuatan dalaman bagi digunakan kemudian nanti. Ada beberapa org tegur sy, kenapa ni tak masuk acara,, sakitkah, tak nak join acara kah? ...Sy cuma jawab...tiada org yg tak sakit, kita kena mengaku, apatah lagi kalau kita terlibat mengubati org. Kita ini manusia biasa, bukankah sakit itu adalah ujian Allah. Ramai yg tak faham ttg hal ini, semakin ramai kita merawat org, semakin banyak potensi kita mendapat sakit, bukan saja penyakit fizikal, malahan spritual. Selain kawan dan kenalan yg ramai kita perolehi, juga semakin ramai musuh kita kumpulkan. Musuh ini bukan saja dari kalangan manusia (bomoh. dukun, pawang dsb), bahkan bukan manusia. Sy mengaku isteri sendiri tidaklah memahami sepenuhnya hal ini, sedangkan dia menyaksi sendiri sy mengubati beribu2 org. Dia berkata seakan berbisik: mengubat org,  tapi diri sendiri pun sakit. Sy hanya diam... moga suatu hari dia memahami. Dlm hati sy kata, Nabi saw sendiri sakit, para sahabat sakit, ahli keluarga Nabi saw sendiri sakit, tapi sy diam saja, moga satu hari nanti dia faham . TGUH sendiri sakit, petang ni beliau sekeluarga sampai dari San Fransisco, setelah mendapat rawatan di sana selam 42 hari. TGUH sendiri telah merawat lebih suku juta pesakit (ikut anggaran sy), jadi kalau sekali sekala diri sendri sakit, perkara biasalah. Sy yg cuma merawat baru beberapa ribu pesakit ini pun, biasalah kalau sekali sekala agak letih dan kurang bermaya, namun kalau berdepan dgn pesakit, sy rasa keletihan itu terbang melayang.

Memang sy cuba nak nampakkan diri letih, monyok, tak nak banyak bergerak sana sini, duduk diam, makan-makan, minum, dan melayan org2 yg tegur sy, itu saja. Kalau masuk bidang ini ada beberapa pantang atau perkara yg dulunya kita selalu buat, namun kini kena membataskan  diri atau berhati-hati, antaranya makan minum di tempat2 awam (yg ramai org mengenali kita, kecuali majlis kahwin, keagamaan atau kematian), atau kerap ke pasar, supermarket dsb, bukan tak boleh tapi kena bataskan. kenapa?. Memang sukar nak jelaskan di sini. Samada org yg dekat dgn kita faham atau tidak, bukan perkara penting lagi...cuma kena berhati-hati. Sy perlukan persiapan mental dan fizikal yg cukup utk menghadapi situasi yg sukar dijangka malam nanti.

No comments:

Post a Comment