Blogger Templates

Thursday, 3 May 2012

Toyol Berak

23.04.12 (Isnin)\
Malam, pesakit lelaki ini, dulu ada masalah gangguan, mengigau2 masa tidur, mimpi seram danmenakutkan, bunyi macam2 di rumah, bau macam2 dll kejadian aneh, kini semua itu dah tiada. Kali ini dia tak boleh makan, tak ada selera, kalau makan keluar balik, tenaga dah tiada, tak boleh kerja, mata pula tak boleh buka, asyik nak tidur saja. Hal ini dah lebih seminggu. Kalau suap makanan, tak masuh, tendang keluar. Kalau telor 4 biji masuk separuh, boleh masuk tapi kena cepat2 hirup, perut juga jadi kembung. Mata dia kini ada bayang, nampak objek bertindih, pejam lagi baik.

Pesakit berikut seorg. prpm, 28 th, rasa tak tenang, dia rasa diri dia macam tak ada kaki, terapung, ada mimpi macam2 spt org mati dll. Dia kerja perhilitan, pernah 2 th lepas pergi kursus selama 2 bulan di beberapa lokasi. Habis kursus balik rasa panas dari hujung kaki ke lutut dan fikirannya asyik nak mati saja. Dlm masa 2 th sakit ni dia dah pergi merata, macam2 tempat, bomoh, dukun dsb, tak juga sembuh. Tangan dia menggeletar sblh kanan, seolah2 rasa tak ada kaki dari lutut ke bawah, fikiran melayang, tidur mimpi dan sesak nafas, dia perasaan ada benda dlm rumah. Sy kata kes2 macam ni biasanya berpunca dari benda2 yg kita ambil di hutan tanpa izin atau memakai tangkai azimat sebagai pendinding, kita anggap ia boleh menolong, namun benda2 tu tidak memberi manfaat apa pun kecuali menyusahkan. Dia dan suaminya saling memandang. Dia akui ada kayu kemuning yg dibuat cincin, pernah juga arwah bapanya beri kayu secabir kecik dan suaminya buat cincin utk pelindung. Dia juga memakai talipinggang putih dan di dlmnya ada azimat dlm lipatan kertas utk dipakai di pinggang, ada 3 utas semuanya.  Sebelum dirawat sy terpaksa memberi penjelasan ttg penggunaan benda2 dlm kumpulan tama`im, tiwalah dan wafaq yg boleh mengundang kesyirikan dan kekufuran kerana menyengutukan Allah. Setelah dirawat dia dah ok, tangan tak menggeletar lagi dan dia kata dia dah ada kaki sekarang.

Pesakit beikut, mengadu pada awal pagi tadi, bibinya terjumpa najis yg masih baru di luar pintu bilik anaknya. Setelah disiasat dan diperiksa semua seluar anak2nya, didapati tiada sesiapa pun yg berak. Lps tu bibi dia basuh. Dia juga mengaku sering kehilangan duit di rumahnya, kerap sangat, tapi bukan semua hilang. Sy lebh cenderung mengatakan ini permainan toyol tapi taklah beritahu dia ketika itu. Rumah itu dihuni oleh 7 org termasuk bibi. Sy beri air yg diruqyah utk diminum oleh semua ahli rumah dan direnjis di tempat2 tertentu dlm rumah. Sy juga janji akan tengok rumahnya petang besok sblm maghrib. Seterusnya pesakit suami isteri yg ada masalah peribadi yg amat sulit dan rumit. Ini kes ulangan dan mereka kata dah ok sikit cuma nak sambung air penawar agar hati mereka dpt bersatu kembali.

No comments:

Post a Comment