01.15.12 (Selasa)
Seorg ibu dari Balakong beritahu utk ikhtiarkan agar anak dia, prpm, yg belajar di Melaka, kini tak nak balik rumah, ikut keluarga angkatnya ke mana-mana, dan tak pergi kuliah lagi sedangkan hanya tinggal 2 semester sebelum tamat belajar. Dia merayu anaknya namun tak nak balik rumah dan ini amat merisaukan dia. Sy menenangkan dia dan cuba berusaha ikhtirkan dgn doa dan solat hajat agar Allah kembalikan dia kpd keluarganya.
Petang ni sy diminta ke rumah satu keluarga (appointment dah lama, cuma petang ni baru dpt pergi) yg ada gangguan utk proses rawat rumah. Didapati gangguan di rumah ini agak teruk. Sy perasaan ada beberapa barang dari beberapa bomoh, dukun dan guru persilatan yg tak elok disimpan dlm rumah ini kerana dikhuatiri ada pendamping akibat dijampi dan dimentera. Dia mengaku pernah mendatangi bomoh dan dukun dan anaknya juga terlibat dlm persilatan sehingga ada menyimpan kain putih utk diselubungkan masa tertentu , iaitu kaedah dptkan kesaktian dan kekebalan. Masa balik sy diberikan 3 helai kain/baju hitam yg pernah disediakan oleh dukun utk dipakai masa mandi, dia , suami dan anak, selain itu kain putih dari perguruna silat dan beberapa ketul tahi besi yg diletak di atas kayu kat pintu masuk rumah. Barang 2 ini sy baca ruqyah pembatal dan pemusnah.
Mlm, prpm, 34 th, asal Segamat, beritahu masalah suami dia, 36 th, (tak dibawa bersama krn sakit, terlantar). Suami dia ni pernah dpt rawatan santau dari Us M di Kajang (juga guru sy, bab santau). Kini dia pulak disahkan ada TB, oleh Institut Rapirastory Negara, dkt Hosp. Tawakal, paru2 sebelah kiri teruk, bila makan, muntah, sakit2 badan. Masa call tadi dia tak beritahu pasal TB, kalau tak sy cuba sediakan ramuan2 tertentu utk suami dia. Dia sendiri juga ada gangguan, lebam2 badan, tak sihat sangat, pernah ke DS Segamat pada Ahad lepas, dia juga nampak kelibat2 dlm rumah. Sy ruqyah dia dan tangan dan lengan kanan dia terangkat2 seolah2 gerakan menari, sy teruskan ruqyah, tangan kiri pula terangkat dan meliuk2, kemudian kedua2 belah tangan terangkat2 dan dia sudah tidak sedarkan diri. Sepanjang gerakan seolah2 dia cuba menyapu atas payudara pesakit ni, seolah2 menyapu sesuatu. Gerak hati sy mengatakan kemungkinan ada masalah kat situ atau terkena barang sihir, Sy cuba berdialog, namun dia jawab hanya menerusi gerakan kepala dan tangan saja. Setelah selesai dan pesakit sedar, dia membisikkan bahawa payudara dia semakin mengecil dari hari ke sehari, macam budak prpm sekolah rendah, suami dia komplain juga kenapa kecik sgt macam budak, dia nak buat macam mana, dah jadi mcm tu, sblm ni pernah dirujuk klinik dan hospital tapi doktor cakap tak ada apa-apa masalah. Dia pelik, sedangkan masa mula2 kahwin ok, elok saja walaupun dia tidaklah berisi sangat. Dia mengaku suaminya pernah belajar silat dan mengambil keris dari gurunya. Dia ada anak 4 org, setiap kali lps bersalin, dia menyusu cuma 2 minggu, lps tu susu kering sendiri dan payudara kembali mengecil. Sy sambung doa tertentu termasuk doa pembesar dan mengecil, selain minta dia kalau dtg lain kali bawa 7 helai daun sirih dan minyak VCO serta air zam-zam utk rawatan. Ini integrasi kaedah rawatan tradisaional dan Islam. Blh dilakukan asalkan tidak menyalahi hukum/syariat, jgn ada jampi serapah, mentera atau memohon bantuan jin, syaitan dan iblis, atau khadam2.
Seterusnya bayi, 2 bulan, asyik menangis dan berjaga, lama baru tidur, tak nak susu botol, menyusu badan hanya masa mula2 lahir, lps tu tak nak, masa kat rumah terutama lepas maghrib mata dia syik memandang dan melalak ke atas. sy ruqyah doa pembuka selera dan mengelak gangguan MH dll, selain itu guna daun pokok kacang botol sbg bahan mandian untuk menjauhkan bayi dari gangguan benda2 halus, sekiranya ada. Kenapa guna daun kacang botol?. Ini dah diceritakan dlm blog ini.
No comments:
Post a Comment