30.04.12 (Isnin)
Mlm, Pesakit ulangan nak sambung air, sakit2 badan, mimpi org bagi budak, dia ambik, juga kalau nak solat saja, ada gangguan dan dia kena lawan, lps tu sakit.
Mlm, Pesakit ulangan nak sambung air, sakit2 badan, mimpi org bagi budak, dia ambik, juga kalau nak solat saja, ada gangguan dan dia kena lawan, lps tu sakit.
Kemudian pesakit prpm 66 th, kepala dia pusing, macam mabuk, tangan jadi bengkok, tak blh angkat, ini dah 2 bulan, dia juga ada kencing manis dan darah tinggi. pernah scan di hosp. serdang, tak ada apa2, ujian darah juga tak ada apa2 penyakit. Tidur sikik sangat, menggigil dan mimpi2 yg menakutkan. mimpi ada org tengok jari kiri dia, ada paku katanya, dibelah jari, diangkat , ada darah terpercik, ini berlaku bulan Mac lps. Bila sedar rasa sakit berdenyut2, pergi klinik, doktor cucuk, macam tu juga. Poin yg amat sakit ialah tangan kiri, kaki kanan, belakang ke bahu dan mabuk2. Pernah dia pengsan. Asal dia Melaka, ada bunyi kena baling2 kat rumah, sekali selaka bunyi batu, pernah tak makan apa-apa, tak ingat makan.
Berdasarkan simptom tadi, sy ruqyah dia, tak lama jin dlm badan dia keluar dan berdialog. Dia dakwa sihir lama yg nakkan dia, sukakan dia, tuan dia hantar, sy kata dia dah jadi nenek, kamu nakkan dia lagikah?, itu cerita lama, sudahlah, hentikan dendam dan khianat kamu ni, beritahu tuan kamu, cukuplah kamu siksa dia selama ini, dari muda sampai dah jadi nenek. Sy gunakan perdekatan berlembut, psikologi dan kaundeling, akhirnya jin penyihir itu akur, nak tinggalkan badan org ini. Dia akui ada 3 paku di kepala dan 1 di tangan kiri. Sy dah baca ruqyah pembatal, mudah2ah kesannya hilang. Sy dakwahkan dia, minta dia bertaubat dulu dan beri nama (nama dirahsiakan). dia mengucap 2 kalimah syahadat dan berikrar tidak akan murtad selama-lamanya. Lps tu dia pergi ke satu tempat (dirahsiakan). Semoga dia menjadi jin muslim yg baik, insyaAllah. Sy tak pasti ini jin yg ke berapa masuk Islam, sebab nak semak cacatan makan masa, dah berpuluh2 buku catatan. Inipun kena taip mana-mana yg patut dlm blog perlukan masa. Selepas cuti nanti dan masuk kerja belum tentu ada masa macam ni.
Berikut pesakit yg pernah sy rawat di DS tapi kali ni dtg nak bawa beberapa barang tangkal dan azimat. Antaranya buku/kitab lama cetakan 1965 bertajuk DH(ini kependekan tajuk) mengandungi kaedah dan cara2 membuat dan menyediakan tangkal, azimat, wafaq dll, juga menghadirkan jin pendamping dan khadam. Sy teliti sepintas lalu, ada perkara2 yg menyalahi syariat dan aqidah terkandung dlmnya, lalu sy beitahu dia ttg ni dan dia pun tak mahu lagi simpan kitab ni dan beramal dgnnya. Satu lagi cincin teras kelo yg bila sy pegang macam ada suatu aura yg tak elok, panas, berdenyut dsb. Dia baru kahwin tak sampai 2 bulan masa jumpa sy dan mengadu sejak kahwin macam2 benda pelik berlaku padanya termasuk rasa nak mati dll (ada dlm cacatan sebelum ini).
No comments:
Post a Comment