Blogger Templates

Monday, 7 May 2012

Mulut Berbuih

05.05.12 (Sabtu)
Rawatan pagi sabtu di DS. Pesakit dua beradik, prpm, masalah zuriat dan gangguan, sambung rawatan, sementara tunggu gliran tepuk, mereka jumpa sy mengadu macam2, gangguan yg berlaku, juga akan send via email gambar2 dua ekor haiwan pelik yg ditemui di rumahnya setelah dirawat tempuh hari. Mereka terdiri 3 beradik semua prpm. Mereka juga kata kakaknya yg menetap di UK dan kahwin mat salleh (usia tua, dah pencen) akan kembali ke Malaysia, dia juga tak akan dpt anak. sebab suaminya, itu  dah dipotong, dah tak boleh keluarkan benih lagi. namun ada 2 anak tiri iaitu anak suaminya dgn isterinya minah salleh dulu. Sy yakin mereka akan sembuh berdasarkan komitmen mrk menerima rawatan.
Berikut, seorg prpm dan suaminya dibawa masuk ke bilik rawatan oleh seorg perawat wanita DS, minta tolong sy penuhi hajat org ni.  Dia  kata, ada seorg pesakit lelaki 54 th,  kenalannya, skrg  berada di wad ICU Neurosains PPUM, kena stroke, jatuh dlm bilik air dan tak sedarkan diri sejak April lepas, Semalam dah buat operation tapi belum sedar. Dia baru bercerai dan kini dlm proses kahwin lain. Bakal tunangnya (janda 3 anak) selalu datang ziarahinya bersama kawan2nya dgn kelakuan yg agak anih dan mencuigakan, mulutnya berkumat-kumit membaca sesuatu mcm jampi mentera setiap kali dtg tanpa jelas apa yg dituturnya. Dia mohon agar sy bantunya, datang ke PPUM utk didoakan kesembuhan, juga agar pesakit sedar. Sy kata dlm hal ini, insyaAllah sy pergi, namun ada syaratnya...eloklah ahli waris dia sendiri seperti anak-anak dia yg memberitahu dan mengundang sy, telefon ke apa ke, sebab takut ada salah faham di kalangan ahli waris lain, sebab mungkin ada yg tidak percaya atau menolak kaedah rawatan Islam di DS. Dia kata mamang betul sebab ada ahli keluarg pesakit yg tak percaya rawatan alternatif, selain hospital. Kalau semua adik beradik atau anak-anak pesakit sepakat nak jemput sy, maka sy tidak boleh menolak membantu org. Inilah etika dan prinsip yg diamalkan di DS selama ini. Kami tak menawarkan diri, namun kalau diminta bantuan, kenalah tolong. Sy memang dah pergi banyak hospital dan pusat2 perubatan terkenal, berbagai penyakitDia faham dan akan balik berbincang dgn anak-anak pesakit.

Seterusnya prpm, 48 th, badan rasa lemah, tak bertenaga, asyik tidur samada di rumah mahupun di ofis, sejak akhir2 ni sakit dada, muntah sampai tak boleh bangun, anak dia juga selesema tak baik2. Kemudian kanak-kanak prpm, 11 th, juga syik tidur saja sepanjang hari, ini dah 1 minggu, dia jadi panas dgn mak dia. Dia anak tunggal. Bapanya tak tinggal bersama dgn maknya dan dia tapi mereka tak bercerai. Bapanya balik kampung kerana susah, tak mampu lagi tanggung keluarga. kini kerja kampung, dulu dia usahawan berjaya, mewah, pakai kereta2 mewah, merz dsb, kini dah jatuh bisnis, kata mak budak ini.

Pesakit seterusnya prpm 48 th, gatal2 dari lutut ke atas, ini dah 2 minggu, dah 2 kali ke klinik doktor kata tak ada apa-apa, dia kata badan dia bau busuk, sebelum tu dia ada mimpi ada org bagi keris kat suami dan suami dia ambil, dia juga dengar bunyi guli, pasir dll dalam rumah, juga nampak kelibat.

Seterusnya prpm 51 th, anak 5 org, ini susulan ke 3 di DS, ada gangguan, sakit dada kiri, tidur tersentak2, kalau nak tidur saja berbuih2 mulut. Setelah diruqyah datang jin yg mengaku jin penyihir dari Siam, melakukan pendarahan, pesakit dirasuk dan menderam kuat, agak ganas, akhirnya jin itu keluar dan pesakit keletihan. dia mengaku suaminya bertugas di luar semenanjung, NAVY, Dia di sini dan suami di sana, dia rasa tak perlu tinggal bersama sebab sejak 2 tahun lepas dia dah tak boleh bersama suami, setiap kali nak bersama, anu suami dia tak naik, period dia bagaimanapun regular, suami dia asyik baran tak tentu pasal. Juga pesakit yg buat rawatan tepuk santau, ada masalah bersama suaminya dan juga di tempat kerja.

Petang ada satu temujanji rawat rumah yg ada masalah gangguan selain gangguan pd para penghunu. Rawat sehingga masuk waktu maghrib selesai.

No comments:

Post a Comment