Blogger Templates

Monday, 7 May 2012

Dulu Pelajar Pondok

04.05.12 ( Jumaat )
Suami isteri mengadu anaknya, lelaki 17 th , ke 2 dari 7 beradik, tak nak belajar, tak minat, asyik bermain game dgn kawan2. Dulu masa tikg. 2 - tkt. 4, belajar di sekolah pondok di Perak, elok masa tu, tapi dia mengadu terkongkong dan bukan atas kerelaan sendiri, hanya kehendak mak bapak, sekarang berkawan dgn budak2 tak sekolah, budak2, nakal, merokok dsb, serta tak solat lagi. Adik dia juga, 11 th, juga malas dan seolah2 menurut watak abangnya. Setelah didoakan pagar utk diberi minum pd anaknya, agar dilembutkan hati, sy beritahu elok kalau dpt pujuk anak dia tu, bawa ke mari, mungkin pendekatan psikologi dan kaunseling boleh membantu, sebab sy tak pasti apa masalah sebenar dia kerana menurut maknya, yg membisikkan kpd sy, suami dia selalu berkasar, selaku pukul dan belasah anak2, pantang silap sikit. Suami dia juga mengaku dia pernah belasah cukup2 anaknya itu , namun tetap degil.

Seterusnya prpm, 32 th, dari S.Alam, mengadu sakit dada, belakang dan kepala, paling teruk sakit dada, selalu masuk keluar hospital, terbaru dirujuk kpd pakar di KPJ, setelah diagnosis, tak ada apa-apa penyakit, lalu pakar tersebut syor agar mendapat rawatan ini (dirujuk kat sy). Tidur dia kadang2 da gangguan, kena tindih, ada juga lebam, doktor pernah suspect ada masalah jantung, diperiksa tiada apa-apa masalah. Kakak dia (masi rawatan susulan) yg bawa dia kemari, katanya adik dia ini masih solo, tak nak kahwin, kerja bagus kat bank, tapi berkawan dgn seorg tomboy bagai nak rak, rapat sangat, macam suami isteri. sy ruqyah dia dan ternyata ada getaran tertentu iaitu simptom gangguan, sy cuba berdialog, namun sy fikir dia masih nak menyorok, tak apalah, mungkin waktu lain.  Seterusnya rawatan ke ats kakak dia yg tadi, masa nak bawa adik dia tu dtg ke sini, sejak semalam dia mula rasa sakit semacam. Sy teruskan ruqyah ke atas dia dan air.

Selepas itu, kanak-kanak prpm 5 th, asyik demam, termenung, katanya ada budak berkebaya putih suka kat dia, ikut dia pergi mana-mana, di tadika dsb. Ramai yg syak ini bunian. Ini berlaku sejak dia masuk tadika, kwn dia (ada gangguan blh nampak benda2 tu) yg satu tadika kata ada budak tadi ikut kerana sukakan dia.

Seterusnya prpm, kes ulangan, katanya selepas dirawat dulu, balik tidur, jam 4 pagi mengigau2, lepas tu banyak dah ok, kini nak sambung air. Saudara dia, prpm, 68 th, datang berkerusi roda, tak boleh berjalan, lemah sangat, diangkat, letak atas kerusi roda pun lemah, asal Perak, ini duduk rumah anak2 kat sini, sakit teruk ni dah 2 bulan, sakit lutut, kaki, lebam dan bengkak. Tidur tak mahu lelap, 1/2 jam pun susah dpt, makan tak ada selera , selurh badan sakit2, bengkak dan bisa seluruh badan dan sesak nafas. Doktor setelah periksa dia, kata tak ada apa sakit, tapi doktor tu suruh dia berubat kampung, cara lain, itulah yg saudara dia bawa ni. Seterusnya anak pesakit di atas, prpm, 50 th, dia rasa takut2, dia angkut budak2 sekolah, tapi keretanya rasa berat, nampak senget keretanya sedangkan tiada yg rosak.


No comments:

Post a Comment