Blogger Templates

Wednesday, 9 May 2012

Duit Tukaran Jadi Panas

10.05.12 ( Khamis)
Sy merasakan ada sesuatu yg tak kena hari ni. Pesakit satu keluarga dari Alam Damai dtg utk sambung air, menceritakan sejak rawat rumah tempuh hari, byk dak ok, tak ada lagi mimpi2 ngeri, kelibat, bunyi, bau dsb. Kali ini antaranya anak mereka, prpm, 20 th, ada masalah resdung dan bersih tidak pututs malam dan pagi, maih belajar di UiTM. Sy test dulu samada ada resdung atau tidak dgn menggunakan kaedah bekam resdung iaitu pakai lilin. Setelah confirm ada resdung, berdasarkan benda warna hijau keluar setelah disedut dgn bekam lilin, juga bapanya telah diuji, juga ada resdung. Anak mereka yg satu lagi, prpm, 23 th, kerap mimpi ulat kecik2 dlm bilik air, juga mimpi rambut putus, bila toleh ada nampak kelibat. Seterusnya mak mereka, 49 th, kaki kebas sebelah kiri, bisa. Pernah operate di Columbia Asia, kerana ada ulser urat, urat besar dah pun dibuang, ini dah 3 th, namun sakit masih ada, macam bisa. doktor pula kata tak ada apa-apa. Slps ruqyah sy minta dia jaga pantang makanan2 tertentu.

Seterusnya pesakit prpm, 40 th, ada masalah keluarga dan berniaga, suami dia ada affair dgn prpm Indon, janda beranak 5, sakit , panas dan bisa, setiap malam kena letak air batu kat kepala baru boleh tidur, kini dia hamil 5 bulan, anak ke 6. Suami pula asyik berkepit dgn prpm Indon, habis kerja ke rumah prpm tu, sampai tak balik rumah sendiri, panas katanya, suami dia asyik nak marah, dia tolong bayar sewa rumah Indon tu dan bagi belanja, bayar semua bil, dsb, semua duit gaji diberi pada prpm itu, hubungan ini dah berjalan 4 th. Bagaimanapun suami dia kedekut dgn anak2 sendiri, tiadak diberinya belanja dan keperluan lain. Prpm yg dtg ni mengadu pernah nampak lembaga hitam kat pintu rumah, Dia yg berniaga kata jualan juga terjejas, sejak ada peniaga lain kat situ dtg tukar cuit kecil dgn dia, disentuhnya duit itu terasa panas, sejak itu urusan berniaganya bermasalah, sampai pelanggan tak nampak gerai dia, seolah2 tak berniaga. Ini mungkin salah satu bentuk sihir kerana dengki dsb, gerak hati sy mengatakan demikian, namun sy tak mengatakan demikian kpd pesakit ini.

Pesakit lain, dtg dgn suami dan anak-anak. Dia cerita masa sy rawat rumah dia sblm ni, anak sulungnya, lelaki, tak percaya dia sakit, seolah2 dibuat2, namun semasa sy rawat mak dia, berkebetulan rawat rumah sekali, baru dia percaya mak dia kena gangguan, merasuk dan meracau2. Dia cerita kalau mandi masa maghrib rasa panas, berpijar dan berpeluh2. Masa sy ruqyah, sy rasa amat mengantuk, namun sy teruskan, akhirnya dia menderam dan tak sedar, sy biarkan beberapa ketika, lps tu ok. Suami dia nampaknya ada tempias juga, sy suruh minum air ruqyah utk satu keluarga.

No comments:

Post a Comment