Blogger Templates

Wednesday, 16 May 2012

Alam Misteri

Banyak kes2 yg dianggap misteri atau ghaib yg dilaporkan baik secara lisan mahupun menerusi media. Sebahagian org mempercayainya dan sebhg org mengatakan karut, mustahil, tahyul dan khurafat. Bukan mudah utk memahami hal ini jika tidak memiliki ilmu atau pengetahuan berkaitan. Umum mengetahui makhluk berakal yang dijadikan oleh Allah selain manusia ialah golongan jin. Kedua2 golongan ini adalah makhluk yg berakal, ada kehidupan, ada nafsu, keinginan berkeluarga, makan minum, bekerja dsb. Mereka berkongsi bumi ini, iaitu ruang  yg sama dgn manusia, kecuali alam berlainan. Antara perbezaan besar antara dua golongan ini ialah manusia tidak nampak mereka sedangkan mereka boleh melihat manusia. Hal ini jelas disebut dalam al-Qur'an. Menafikan kewujudan mereka dan menidakkan campurtangan mereka dlm kehidupan manusia adalah satu kesilapan dan kejahilan. Mereka umpama CCTV yg boleh memerhati setiap aktiviti manusia di mana-mana juga, bila-bila masa, selain mereka juga diberikan keupayaan tertentu yg tidak dimiliki oleh manusia biasa. Semua ini bagaimanapun dgn kehendak dan izin Allah. Surah al-Baqarah (surah 2; ayat 3) sendiri menegaskan kita wajib beriman (percaya) dgn perkara2 ghaib.  

No comments:

Post a Comment