15.04.12 (Ahad)
Petang ke Setia Alam, utk rawatan pagar rumah seorg pesakit yg dulu mendakwa ada gangguan, sampai benda tu tukar channel TV , atau TV terbuka sendiri di rumahnya. Dia ni adalah kwn satu tempat kerja dgn kenalan sy, sampai rumahnya spt dijanjikan. Mereka sekeluarga sering dengan bunyi guli, org berjalan, kelibat terutama lepas maghrib, org tolak pintu, anaknya rasa macam terangkat, pernah masa separuh sedar, mcm abg ipar dtg menindihnya, sedangkan abg ipar dia ada tempat lain masa tu, kereta rasa berat, kelibat depan pokok dpn rumah, ada org panggil2, ada haiwan spt belalang , mentadak dll kat luar rumah dll. Sy rawat rumah tu spt diajar oleh TGUH.
Mlm pula ada beberapa kes, pertama lelaki, ceraikan isteri kerana marah stlh kahwin 4 th, tiada zuriat, kini kesian dan amat teringatkan isterinya, entahkan makan, entahkan tidak, apa keadaannya skrg. Dah 1 minggu kerinduan yg amat sangat. Kes lain pesakit gangguan lama, ada ketua syaitan dlm badannya. Seterusnya pesakit batuk kronik sejak 1 1/2 bulan lps, juga pesakit yg ada masalah dgn bosnya, yg tak nak sokong confirmation kerjanya. Berikut adalah pesakit kanak-kanak 2 th lebih, tapi belum boleh bercakap apa-2, kecuali ma ma dan ba ba shj. Dll.
No comments:
Post a Comment