Blogger Templates

Tuesday 15 May 2012

KONGRES PENGUBATAN ISLAM NUSANTARA

13.05.12 (Ahad)
Ada program di sebuah masjid sebelah pagi, namun sy tak dapat hadir kerana ada meeting di tempat lain dan ada juga pagi ni hari keluarga jabatan, juga tak dpt hadir, dah beritahu P.A. Meeting ini sy terpaksa hadirlah kerana sy akan mempengerusikannya, selaku pengarah Kongres Pengubatan Islam Nusantara yg akan berlangsung pada 1-2 Disember 2012. Meeting ini juga diisi dgn bengkel dan didapati hasilnya amat baik dan berkesan, para ajk nampak bertambah semangat, tak sabar2, cuma yg belum confirm sekarang ialah tarikh yg dicadangkan krn sy kena jumpa TGUH dulu utk dptkan endorsement, sedangkan TGUH sejak pulang dari San Francisco petang semalam (setelah 42 hari di sana) masih perlu berehat beberapa hari lagi. Sy minta menantunya memanjangkan hasrat ini, insyaAllah perkara ini akn selesai secepat mungkin. Tujuan sy cerita ini supaya para pelawat blog ini yg berminat bolehlah menyertainya baik sebagai peserta mahupun sbg pembentang. Sy menjangkakan berpuluh2 kertas kerja akan dibentangkan meliputi pelbagai sub-topik berkaitan pengubatan Islam.
Nak tahu lanjut pasal kongres, klik tajuk AKTIVITI.

No comments:

Post a Comment