Blogger Templates

Wednesday, 2 May 2012

Bolehkah manusia ghaib ?

Perkara berkaitan ghaib ini selalu ditanya oleh rakan-rakan perawat dan juga para pesakit mahupun org awam. Sy memang banyak menelaah  buku atau kitab mengenai kaedah dan cara2 serta amalan berkaitannya sejak akhir 70 an lagi, sewaktu di bangku sekolah, cuma sy tidak mengamalkannya, sekadar maklumat atau pengetahuan, lagipun tiada guru mursyid yg boleh sy rujuk ketika itu. Bagi sy semuanya ini adalah ketentuan Allah. Kita tidak boleh mendakwa boleh ghaib dan bila2 masa boleh melakukan demikian, sebab ini perkara yg mencarikkan adat. Selepas simposium perawat awal Januari lepas, ada peserta bertanya kenapa saya tidak menerangkan berkaitan ghaib, sedangkan ada catatan dlm kertas kerja saya. Saya hanya catat maaf dan rahsia, bimbang disalah guna. Maksud ghaib dlm kertas kerja tersebut ialah ghaib dari pandangan mata musuh, atau orang2 yang mempunyai hasad dan berniat jahat kepada kita. Bukannya ghaib dan kemudiannya menghilangkan diri dan kemudian berada di tempat lain. Ia sebenarnya berupa hijab dan terlindung pandangan, menerusi bacaan rugyah pendinding, di samping ada juga menggunakan bahan tertentu. Seperti juga masalah gangguan kita guna garam, lada hitam, air dan sebagainya, mohon zuriat guna akar beringin, elak gatal guna daun mambu dsb. Kita boleh memohon pelindungan daripada Allah agar dilindungi, misalnya keberadaan kita di sesuatu tempat tidak disedari atau dilindungi dari pandangan orang tertentu atau musuh, sedangkan hakikatnya wujud. seperti juga mohon perlindungan untuk rumah kita dari sasaran pencuri atau penyamun. Penjahat tidak nampak rumah kita atau pandangan mereka dihijabkan. Permohonan kita terus kepada Allah, bukan kepada makhluk lain. Ini bukan sihir atau pukau atau melakukan hipnotism, kuasa metafizik, aura atau tenaga dalam, atau perantaraan seperti tangkal dan azimat tetapi lebih kepada memohon agar diselamatkan dari musibah dll. Ingatlah bahawa pergantungan hanya kepada Allah, bukan pada mentera, jampi, tangkal atau objek2 tertentu. Penyalahgunaan boleh berlaku sekiranya kira melakukan sesuatu melampaui hajat dan keperluan. Mungkin sewaktu melintas jalan orang akan melanggar kita kerana tidak nampak kita, sedangkan kita nampak diri sendiri. Kita pun tak boleh confirm orang tu tak nampak kita. Adalah bertuah sesiapa yang meperolehi atau dianugerahi maunah, ialah satu anugerah Allah kepada sesiapa yang dikehendakinya, dengan berbagai cara dan bentuk tertentu. ok dulu sekadar ini.

No comments:

Post a Comment