Blogger Templates

Saturday, 5 May 2012

Selepas Terapi Air, Kemurungan

28.04.12 (Sabtu)

Remaja prpm, 16 th, asal kaki sebelah kiri sakit, selepas operate bengkak kanan, kini kedua2 belah, dibuat di HKL, ini dah 2 minggu. Doktor cakap ada kuman yg hanya didapati di ladang kelapa sawit atau lombng, namun dia mengaku tak pernah ke tempat2 tersebut. Masa operate doktor hanya buang nanah. Sy ruqyah doa mengecilkan bengkak dll. Seterusnya prpm 67 th, ada diebetes, kini lupa ingatan, butir2 percakapan tak jelas, kena ulang2, pernah kena minor stroke. Pesakit seterusnya budak prpm 5 th, tadika pasti, suka mengamuk, tak dengar kata dan degil.

Pesakit seterusnya, guru wanita, ini kes ulangan, buat rawatan santau, 2 minggu lepas muntah darah, sejak itu tak makan, tak boleh telan, selera tiada langsung, sakit belakantg, pinggang, kepala, leher hingga ke bahu, semua sakit, dada macam disiat2.  Anak dia, 13 th belajar MRSM, dan adiknya 7 th, mohon agar dipermudahkan belajar dan penerang hati.

Pesakit lain, prpr 37 th, dari Batu Pahat, buat rawatan tepuk (kes keracunan/santau . Rawatan sebelum ini keluar benang, dawai dll. Berikut pesakit wanita yg baru bercerai, seorg profesional, minggu lps datang mengadu tak boleh tidur, kini dah boleh, cuma masih ada resah, sedih dsb. Setelah ruqyah dia menangis kuat terisak2.

Pesakit prpm,  31 th, ada gangguan, keletihan, dah 2 th menjalani rawatan tepuk (santau), kini attack kat mata, dia benci tengok org, juga tak boleh tahan buang air, bila2 masa nak buang air, keadaan ini baru berlaku 2-3 bulan lps. Makan tak tapi buang tetap buang. Setelah diruqyah, ada gangguan,jari2 tangan kedua2 belah bergerak, menjungkil2 dan menggigil.

Pesakit lelaki 29 th, kepala rungsing dah 3 minggu, sakit sangat, mata dah tak jelas. Isteri dia, 30 th, ada angin, sakit kepala, tidur terganggu sampai 3-4 kali  terjaga kalau tidur.Bila sedar susah nak tidur, ini dah hampir 4 minggu. Setelah diruqyah dia muntah agak banyak.

Seterusnya pesakit wanita, ibu dan pelajar kejurteraan, peringkat PhD, org Arab warga Iraq, petugas kaunter serahkan kpd sy kerana dia hanya blh cakap Arab dan Inggeris dan ini kes ulangan rawatan tepuk. Masa diruqyah ada getaran kuat sampai kaki kiri terangkat2 dan terketar2, lama, akhirnya ok. Dia ni hafal Qur'an, dia kata anaknya yg ada bersama juga hafal beberapa surah. Sy uji dia minta baca surah Muhammad, dia terus baca, lancar dan baik, selesai baca sy ucap tahniah, namun yg dibacanya itu bukan surah Muhammad tapi surah lain, dia tertukar, tak apalah , dia budak kecil yg ada keberanian.

Kemudian prpm 15 th, dari Shah Alam, dah 1 minggu murung, suka dalam gelap, berlaku sejak mak dan bapa dia pergi umrah, kini dia tak nak buat apa-apa kerja sekolah, juga banyak tidur. Kes ini berlaku sejak mak dan bapa dia per gi umrah dan cikgu dia bawa dia pergi berenang iaitu sejenis terapi air untuk sejenis penyakitnya. Kini di rumah kalau dia mandi dgn pakai baju, berlama dlm bilik air, tak nak cakap dgn org, dll.
Malam pula antaranya lelaki 43 th, sebelum ni isteri dia dtg berubat, kini dia pula sakit belakang, kaki, pinggang dan dia mengaku mudah lupa serta gelisah masa nak tidur. Dah pergi check SJMC tapi tak ada apa-apa, disahkan sihat. Sihat, tapi sakit sangat, lalu datanglah dia.

No comments:

Post a Comment